22 Sep 2015

Harap Berita Ini Benar! Najib Berdepan Dengan Siasatan Rasuah AS

Najib berdepan siasatan rasuah AS, lapor New York Times

Badan kehakiman Amerika Syarikat (AS) kini menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas pembelian hartanah di sana oleh anak tirinya Riza Aziz dan ahli perniagaan Low Taek Jho, lapor The New York Times (NYT) hari ini.

Sebuah unit di Jabatan Kehakiman AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa sedang menjalankan siasatan itu, lapor NYT memetik sumber tanpa nama.

Siasatan itu memberi tumpuan kepada pembelian hartanah di AS sejak beberapa tahun kebelakangan dilakukan “syarikat bayangan”.



NYT melaporkan pada Februari mengenai pembelian ini yang menggunakan “syarikat bayangan” daripada pelbagai tokoh antarabangsa, termasuk Riza dan Low, juga dikenali sebagai Jho Low.

NYT juga melaporkan selain pembelian hartanah, siasatan rasuah itu juga akan melihat dakwaan AS$681 juta yang merupakan sebahagian daripada RM2.6 bilion didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib - pertama kali dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) dan kemudiannya disahkan pihak berkuasa anti-rasuah Malaysia sebagai "derma politik".


Pemindahan dana adalah di bawah bidang kuasa AS kerana ia melalui bank Amerika Wells Fargo, kata akhbar itu.

Dalam laporan NYT pada Februari, akhbar berpengaruh itu mendapati hartanah mewah bernilai lebih RM150 juta dikesan mempunyai kaitan sama ada dengan Low atau Riza.

Ini termasuk "penthouse" bernilai AS$30.55 juta di Time Warner Centre di Manhattan, rumah di Hollywood bernilai AS$39 juta, Hotel L'Ermitage di Beverly Hills dan sebahagian Hotel Park Lane di New York.

Ia juga mengesan sebuah kondominium bernilai AS$33.5 di Laurel Park, Manhattan, di samping hartanah lain di Los Angeles yang turut melibatkan Riza, melalui pelbagai “syarikat bayangan”.

Laporan NYT juga menyebut, bekas eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan menandatangani pembelian kondominium AS$4.5 juta yang dibeli “syarikat bayangan” dikenali sebagai Cricklewood One Madison LLC, tahun lepas.

Penjaga di bangunan itu mengesahkan seorang wanita dengan nama berkenaan tinggal di situ, menurut NYT.

Loo sedang dicari Bank Negara Malaysia bagi mendapatkan bantuan berhubung siasatan ke atas 1MDB.

NYT berkata, ia cuba mendapatkan maklum balas daripada beberapa individu dan syarikat yang disebut dalam laporan itu tetapi semuanya enggan mengulas.

Seorang peguam bagi Cricklewood enggan mengulas, manakala Loo tidak memberi respons kepada nota yang ditinggalkan di kondominium beliau.

Wakil Riza dan Low bagaimanapun memberitahu akhbar itu mereka tidak terlibat dalam apa-apa urusan jual beli tidak sepatutnya.

NYT berkata, Najib bersiap sedia untuk berlepas ke London minggu ini bagi konvensyen perdagangan dan dijangka ke New York selepas itu untuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Akhbar itu juga memetik bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott yang menyatakan Najib "benar-benar menghargai imej antarabangsa" dan mempersoalkan jika perdana menteri kini "dipulaukan".

Najib berada di bawah tekanan yang besar berhubung skandal 1MDB, yang beliau selia sebagai menteri kewangan, dan pemindahan wang ke dalam akaun peribadinya.

Beliau juga merombak Kabinet pada Julai, menggugurkan seorang timbalan perdana menteri dan seorang lagi menteri kerana mengkritik cara beliau mengendalikan syarikat sarat hutang itu, dan menukar peguam negara yang sedang melakukan siasatan terhadap 1MDB dan pemindahan dana ke dalam akaun peribadinya. -TMI

Dr M: Najib berpontensi ditangkap di luar negara


Berdepan beberapa siasatan penggubahan wang yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, perdana menteri berpontensi untuk ditangkap di luar negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad.

Beliau berkata demikian dalam satu ucapan pada Jumaat, berdasarkan kepada video klip yang dimuat naik penulis blog Din Turtle, yang menjalankan beberapa temubual kritikal Dr Mahahtir terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahahtir berkata Najib mungkin dapat mengelak siasatan terhadap skandal 1MDB yang sedang disiasat di luar negara, tetapi tidak di luar negara.

"Undang-undang dunia berbeza daripada dulu. Kalau jenayah buat di sini, undang-undang sini berkuatkuasa.

"Tapi jika (jenayah) kaitan dengan luar negeri, negara lain ada kuasa (untuk mengambil tindakan)," katanya.

"Sekarang ini, di Switzerland, Britian, Amerika Syarikat... (sudah ada siasatan penggubahan wang). Mereka berhak untuk saman untuk suruh Interpol tangkap (jika ada alasan kukuh).

"Kalau (dia) keluar daripada negara, mungkin akan berlaku tangkapan," kata negawaran dalam ucapannya dalam majlis 'Kumpulan Melayu Berani Bersatu' di Kuala Lumpur, seperti menurut video klip itu.

Bagaimanapun Dr Mahathir cukup berhati-hati dengan menyatakan ia hanya spekulasi.

"Itu mungkin. Saya cerita, bukan akan berlaku," kata bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.
-mk











23 ulasan:

hisham nor hisham berkata...

Gumbira...gumbira....tp saksi takde,

Malaysiabaru berkata...

kami menyalahka obama yang menjinak najib utk dijsdikan kawan dan teman mainan di padang golf

we malaysians blame obama for ahllowing najib to become south east asias newest diktator in the making

amerika kamu dan najib menjahanamkaf aspirasi rakyat malaysia

Tanpa Nama berkata...

geng merah mesti kata ini kerja agen US utk tumbangkan pemerintah melayu

jika mahkamah dlm negara sudah dipasung, maka mahkamah luar negara perlu diminta tolong

kalau perdangangan dan ekonomi malaysia tidak boleh tidak mesti berurusan dgn negara luar... maka apakah bab kehakiman yg adil tidak boleh melibatkan negara luar

jika malaysia perlu bersih utk meningkat ekonomi terutama hubungan dagang dgn negara luar.. maka apakah malaysia perlu menyimpan barah yg akan menjauhkan perdangangan luar dgn malaysia

apakah malaysia sudah cukup kuat utk melaksana ekonomi tertutup tanpa penglibatan dunia luar?

jika ini adalah percaturan politik luar utk campurtgn dlm negara ini, maka yg perlu disalahkan adalah pemimpin yg buat jenayah yg mengundang pihak luar masuk

jika anak jiran didera oleh bapaknya terpaksa lari minta tolong jiran, dan jiran masuk campur utk bantu anak yg dizalimi, apakah jiran dianggap masuk campur rumahtangga org lain?

justru punca nya iaitu bapak yg jahat itulah yg patut dihukum.. kerana dia punca pecah belah dan ketidakstabilan negara



apakah geng merah sudah cukup hebat nak lawan kuasa besar yg diadukan utk kita mendapat keadilan? atau hanya tunjuk samseng dok tendang pagar kedai2 cina di petaling street saja?

atau mereka akan menyokong kuasa luar jika mereka diberi t shirt merah berjenama mahal, makanan Kenny Rogers dan duit dlm US Dollar ... lebih sikit dr yg diberi penganjur geng merah.

JGN SALAHKAN RAKYAT JIKA KUASA LUAR MASUK CAMPUR

SALAHKAN ORG ITU YG MEMBUKA RUANG MEREKA MASUK CAMPUR



Tanpa Nama berkata...

Ini dah kira WORLD

Tanpa Nama berkata...



Ada chance lah Baju Merah pergi US. Mungkin di hantar untuk berdemo atau mungkin juga di hantar untuk menyerang bangunan FBI.

Tapi dengan syarat, mereka yang berminat hendaklah berdemo dengan memakai baju merah di hadapan Pejabat Kedutaan Amerika.

Melayu pantang di cabar dan melayu tolak campurtangan asing. Kita tenguk berapa ribu yang dapat di himpun kali ini?

Setinggi tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah. Hukum kebenaran !!

Tanpa Nama berkata...



Kim Swee memerlukan masa tahun untuk meletakan pasukan Malaysia di peringkat Asia, berapa tahunkah di perlukan untuk memulihkan ekonomi sesebuah negara ?

Tanpa Nama berkata...

Paling tidak pun KHALID ABU BAKAR akan mintak INTERPOL keluarkan waran utk tangkap BADAN KEHAKIMAN AMERIKA kerana menjejaskan demokrasi berparlimen Malaysia!! KPN kan suka mengarut...haha

Takut nanti BADAN KEHAKIMAN AMERIKA disiasat oleh PDRM kemudian dipindahkan ke JPM... Malaysia ni kan semua benda pelik dan kelakar boleh aje berlaku....kah kah kah


Melayu Agong
Melayu raja2/sultan
Melayu PM
Melayu TPM
Melayu ketua ATM
Melayu ketua PDRM
Melayu ketua segala jabatan
Melayu Gabenor BNM

Ehhh....tiba2 salahkan CINA DAP bila melayu jadi HAPRAK DAN HARAMJADAH...kah kah kah

Hanya melayu tolol saja yg sokong pemimpin jahat!!!

Tanpa Nama berkata...

buang dulu penjahanam ekonomi negara

beku dn rampas aset rompakan

pilih pemimpin yg beramanah

ketika barah dn penyakit anjing sudah dibersihkn aku pun blh bantu pulihkn ekonomi negara

negara ini kaya hasil bumi anugerah allah yg maha pemurah...cuma perlukn pengurus yg sedar dn ingat akan hari pembalasan

hari yg tidak berguna duit 2.6b yg diambil tanpa hak

hari yg semakin dekat betbanding usia yg sudah penghujung

hari yg rumah hanya sebuah lubang gelap dln tanah dn tinggallah hotel mewah di dubai

hantatkn lah talkin kpd org itu sementara nyawa melekat dibadan

jgn jd ularmak pengampu yg membiarkn tuannya alpa dr menghadapi penciptanya

hidup sihat kuasa wang dn penyokong berani mati semua ada....

tp mati blh dtg tiba2

Abdul Said berkata...

Alhamdulillah.

Tanpa Nama berkata...

SOKONG 100%

omar daud berkata...

Salam

Keadaan bila orang lemas,dia akan berpaut apa sahaja untuk enyelamatkan diri,Najib akan berpaut pada harun din dan hadi,begitu juga baju mearah nak tumpang sekaki dgn geng2 lebai2 hijau.Masaalahnya kedua-dua geng merah dan hijau sama-sama lemas.Mereka berpaut antara satu dgn yg lain,last-last kedua-duanya tengelam dibawa arus tsunami rakyat.


wassala.

Tanpa Nama berkata...

Kalau atau andainya pm najib ditahan di luar negara, apa yang terjadi di malaya ini? Inilah pertanyaan yang tuan kena jawab. Tuan2 pasti dapat pemangku pm yakni zahid hamidi. Dia duduk di meja pm dan buat kerja2 lebih btutal dan merapu demi menjaga harta merdak najib dan kawan2nya. Dia buat macam2 aksi gila sampai rakyat terkencing2. Apa tal boleh jadi macam ni ke2.

Kalau nak elak zahid naik jadi pm, tuan2 kena turun demo lagi sekali. Tak payah pakai baju pun tak apa. Kita demo minta parlimen lantik kerajaan sementara yang terdiri dari bn dan pakatan harapan. Supaya pilihan raya dapat diadakan semula dengan seadil2nya.

Maka tuan2 kena siap sedia semula untuk turun ke jalan raya. Pakai kain pelikat pun tak apa. Tunjukkan kita bukan nak gaduh. Tapi kita nak pilih semula sebuah kerajaan baru. Siapa yang menang kita terimalah.

Tanpa Nama berkata...

Sokong 2.6b...hahaha

Malaysiabaru berkata...

ptg tadi melayu ori dari sabak bernam kena sumbat sg buloh

esok mejayu ori darah bugis tapi nama mugajib sebab ada darah negro kna tahan fbi cia ....

Tanpa Nama berkata...

Tu la, istana lambat masuk campur! Mana budak2 tadika geng merah, tak mau demontrasi anti amerika ke?

Tanpa Nama berkata...

Tahniah. Pakatan sudah bentuk Pakatan Harapan.l tanpa pas...harap terus maju ke depan.jangan toleh belakang lagi.Jgn memujuk pas lagi

Tanpa Nama berkata...

Ini fitnah. Ini Yahudi yg bersunat dan x makan babi punya kerja. Laporan tu telah dipalsukan oleh WSJ. Kalau pesilat- pesilat Ali Rustam gi New York mampos omputeh yahudi ni dikerjakan. Kalau mrk betul2 anak jantan turun lah KL. Jamal ikan hangus sekinchan sedia menanti. Saje nak cari penyakit ngan Pesaka yahudi bersunat nie.

Tanpa Nama berkata...

anon 4 39 PM

Jika Zahid ganti senang dari Najib yang dah bertahun jadi PM. Jangan beri kesempatan kepada Zahid atur langkah. Sebaik sahaja dia jadi PM kita serang dia bertubi-tubi. Kalau tidak jadi macam Najib sempat masuk 2.6 billion dalam akaun.

Biar dia brutal selama mana dia boleh. Akhirnya macam Firaun habis tenaga dia pun hancur lenyap.

Tanpa Nama berkata...



Seperti Baju Kuning di larang pakai begitu juga kot hitam dan cermin mata hitam juga akan di larang pakai atau sekurang-kurangnya mesti berada jauh dari kedudukan Najib.

Ya tak ya juga. Apa kata ramai-ramai pakai fashion ala-ala agent FBI ??

Tak mampu. Ada satu cara lagi. Pakai cap yang tertulis FBI.

Tak senang hidup Najib.

Tanpa Nama berkata...

Minta ulama pas suci mulia bagi ajaran kepada kapir Amerika yang berniat Hina agama, tiada Saksi nampak jib Pegang duit kertas tu

Saksi mana Saksi? (Tak paham English )

Tanpa Nama berkata...

Ala..najib mesti lepas,usa mmg nk leader yg mcm ni dlm negara islam

Tanpa Nama berkata...

depa belanja bday diKapirio USD1juta smlm. satu botol champagne USD50ribu. penyanyi rap us pun terkezut tak pernah enjoi de menjoi cam tu.

hanya org yg dpt duit percuma tanpa usaha saje yg buat cam tu...

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin menegur orang yang menggunakan perkataan-perkataan yang tidak senonoh semasa memberi komen. Orang yang dikuasai emosi biasanya tidak dapat berfikir secara rasional. Seperkara kita harus ambil dalam ingatan bahawa kebanyakan ahli politk kita terima gaji dan pencen yang lumayan. Kalau mereka kalah dalam dalam pihan rayapun diberi jawatan yang bergaji besar. Oleh itu, rakyat jelata harus sedar bahawa ahli politk kita tidak mengorbankan apa-apa demi kesejahteraan rakyat. Mereka memnandu kereta mewah dan rumah merkea ada kolam renang. Oleh itu, orang ramai tanpa kira kaum harus memilih wakil rakyat dan pemimpin yang meangamalkan gaya hidup sederhana. Walupun saya bukan penyokong PAS tetapi saya menyanjungi Allaayrham Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana beliau telah menolak kemewahan. Kita harus memilih tokoh seperti beliau supaya negara kita maju. Pengerusi Perkasa harus sedar bahawa kemajuan sesuatu kaum terpulang kepada parti pemerintah. Beratus ribu warga asing mencari rezeki di Malaysia. Inikan pula rakyat Malaysia mengeluh tidak dapat peluang memajaukan diri dalam semua bidang terutama dalam bidang pendidikan. Kerajaan memberi pendidikan percuma, biasiswa dan pinjaman kepada semua kaum. Oleh ahl yang demikian, semua kauam harus merebut pelaung untuk memajukan kaum masing-masing. Lebih baik mencari kelemahan sendiri daripada bersikap iri hati terhadap kemajuan orang lain.