30 Sep 2015

[CHECK MATE] PAS Selangor Akui Yang Menang Dalam Pilihanraya Dulu Ialah PR!

DAP masih ‘rakan sepasukan’ Pas di Selangor

SHAH ALAM – Pas Selangor masih menganggap DAP sebagai rakan politik dalam kerajaan negeri Selangor dan tiada keperluan parti Islam itu untuk berundur dari pentadbiran negeri itu berdasarkan kemenangan PR pada PRU13 lalu.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, walaupun parti Islam itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar lalu, namun kerjasama sebagai sebuah pasukan dalam kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa.



“Tidak timbul soal tahaluf siyasi, sebab kita dalam kerajaan, bermakna kita masih bekerjasama dengan PKR, malah DAP juga kita anggap rakan kita dalam kerajaan dalam semua peringkat.

“Pendirian kita adalah kekal dalam kerajaan, tiada isu lagi, kerajaan Selangor hari ini adalah kerajaan yang menang pada pilihan raya dulu,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas aktivis Pas, Mohd Riza Kamaruddin semalam yang menggesa parti Islam itu meninggalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya masih enggan bekerjasama dalam Pakatan Harapan.

Mohd Riza berkata, sekiranya Pas berkeras tidak mahu menyertai pakatan pembangkang baharu yang ditubuhkan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, maka parti Islam itu harus memutuskan segala hubungan dan keluar dari Selangor.

Dalam pada itu, Khairuddin juga berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan antara Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan kepimpinan Pas Selangor tentang kedudukan parti Islam itu dalam kerajaan negeri Selangor.

“Siapa pun boleh cakap suruh (Pas) keluar Selangor, biar realistik, jangan nak main politik. Tiada isu (Pas) keluar kerajaan negeri Selangor.

“Tiada perbincangan (kedudukan Pas dalam kerajaan) kerana urusan berjalan seperti biasa dan kita masih Exco dalam kerajaan Selangor,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kewujudan Pakatan Harapan di Selangor untuk mengambil alih peranan Pas, sedangkan kerajaan negeri Selangor tertubuh berdasarkan kemenangan pakatan pembangkang yang lama.

“Soalnya Pakatan Harapan duduk di mana di Selangor? Soalnya Pakatan Harapan ada ke di Selangor ini?” soalnya lagi. -SH

ULASAN GB

Check mate!

Sekarang baru nak mengaku bahawa yang menang di dalam PRU13 dulu ialah Pakatan Rakyat...nak kekal dalam kerajaan Selangor baru mengaku kemenangan PAS dulu adalah kerana yang menang dulu adalah Pakatan Rakyat. Bermakna beliau akui rakyat menyokong parti-parti yang bertanding dulu adalah kerana Pakatan Rakyat. Rakyat beri kemenangan kepada PAS pun adalah kerana Pakatan Rakyat.

Bererti juga PKR, DAP dan PAS bersama-sama di dalam pembentukan kerajaan Selangor dan apabila PAS menamatkan tahaluf siyasi dengan DAP, maka terungkailah pakatan berkenaan. Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi.

Oleh itu adalah betul tindakan 2 YB PAS yang bertindak menyokong PR dalam apa juga isu kerana yang menang ialah PR. Mereka sebagai "wakil rakyat" perlu ikut suara rakyat. Dan adalah betul tindakan pimpinan PAS yang bertindak keluar parti dan menubuhkan parti baharu kerana mereka diundi menjadi wakil rakyat kerana Pakatan Rakyat, bukan kerana PAS semata-mata.

Ahli PAS yang enggan untuk letak jawatan dan keluar dari kerajaan Selangor adalah terdiri dari muka-muka yang tidak tahu malu dan yang tidak bermaruah. Mereka adalah yang telah curang dan khianat dengan rakyat kerana rakyat mengundi mereka adalah kerana Pakatan Rakyat!

Yang nyata ialah keengganan mereka meletak jawatan adalah kerana keepentingan kuasa, pangkat, wang ringgit dan perut.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan, PAS Selangor akan menempa kekalahan yang akan mencampakkan mereka ke jurang yang paling hina di dalam pilihanraya akan datang. Suara rakyat suara keramat!

30 ulasan:

air gunung berkata...

Pakat fenin fil khuda ke pepuak neh.makin hari makin merapu.hulur jer mic trus bobek bobek pkai siku n lutut.otfu psl kantoi.

Lps neh tgok mnder plak dia belit bila sedar yg dia dah kantoi.kij kih kih.

Lepak tokyo jgak best.boleh pekena mee panas2 kat sana..jerubu pon tarak.cerita hudud semua jepun pkai hangguk2 hait hait..gembira2

Tanpa Nama berkata...

semua pas selangor elok masuk PH

sebb kalian dh tk wala dgn presideng yg benci dap tu

jgn sampai dijebonkn baru nk tukar

NOW OR NEVER

Malaysiabaru berkata...

maafkan saya admin

tapi sekali baca mcm Pas ni pelacur

bapa segala pelacur dalam politik

masyallah. pengajaran buat semua ahli politik supaya jgn contohi sikap pas

nuzubilah

Tanpa Nama berkata...

pas ni Nama penuh apa? Parti munafik cakap putar balik Tak habis habis

Sini Tikam, Sana suruh yang di Tikam minta maaf, lepas tu muka tebal kata masih bersama

Pas ni parti paling bodoh dan kotor

Tanpa Nama berkata...

Hadi, haron dan hasan adalah pelingkup pas dan pakatan. Cakap berbelit belit. Cakap quran dan sunah tapi perangai macam munafik mekah. Bila berjanji kemudian kianat. Kaki putar belit quran dan sunah.

lelaki dicermin berkata...

mula2 dulu mohd khairuddin nada dia semcm... skg nada dah perlahan dah... aku naik heran penyokong blog2 pro ulamak pas...memang jenis di anggap ulamak pas tak berak tgh jalan. Kes gelaran2 tu AMANAH yg bg gelaran kat pas.. bukan pas bg gelaran kat AMANAH.. bila tuan presiden mengelar pengkhianat pd AMANAH... walau pun telah di jawab oleh khalid samad... masih bertaraf ulamak tuan presiden tu..bg aku bagus sikap AMANAH skg... hanya bertahan dr serangan pas...harap2 akan tiba satu hari AMANAH akan membuat serangan pd pas...

Tanpa Nama berkata...



Sebenarnya pakatan rakyat sudah tidak ujud secara tidak resmi semasa isu MB Selangor.

Sebab YB PAS di Selangor tidak bersama dengan keputusan PKR dan DAP. Cuma dua orang YB PAS sahaja yang tetap berpendirian dengan PKR dan DAP. Sedangkan ketika itu PAS bersongkol dengan UMNO dimana YB-YB yang menurut kehendak Presiden ketika itu juga sanggup bersama-sama UMNO.

Memang mereka tidak tahu malu !

Tanpa Nama berkata...



Hubungan putus tapi kerjasama masih berjalan seperti biasa.

Masa kerjasama dibuat macamana PAS berhubung dengan DAP ?

Sekarang ini PAS Selangor menempek kat Pakatan Harapan dengan muka yang tebal dan selamba.

Tanpa Nama berkata...

Nak pertahankan jawatanlah tu...kalau ada prinsip, semua wakil PAS yang berjawatan dalam kerajaan negeri selangor kena letak jawatan.

Tanpa Nama berkata...

Parti yang satu ni dah jadi macam anjing... menjelir2 lidah mengharapkan habuan walaupun dihalau... elok sangatlah nak menyalak babi dalam bukit... sesuai sanagt dengan akronim yang sedia ada.

Tanpa Nama berkata...

mana2 peminpin Pas Selangor kalau bersetuju dengan pendapat S/Usahnya maka adalah wajar setiap pagi selepas solat subuh ambil cermin dan letakan dibawah buntut dan lihat wajah sendiri .yangmana lebih ada maruwah

Tanpa Nama berkata...

Kalau begini keputusan kamu wahai Peminpin Pas Selangor bagaiman pula dengan khutbah Aidil Ahda Di Pahang yang mufti tulis tentang DAP tu.Kamu semua telah menghina Mufti Pahang dan Ulamak Pas Perak.Secara tersendiri mana maruah Islam? Malaulah dengan bangsa cina DAP .Di Selangor terjelir lidah memninta simpati babi untuk mendapat sedikit habuan.

Tanpa Nama berkata...

DI IBARATKAN di Selangor ini.Gulai dalam satu Mangkuk hayun,didalamnya ada babi untuk DAP ,ada ikan untuk PKR dan ada kambing untuk PAS,Ha.ha.ha,Pas kata dia nak kambing aje dia taknak babi,dia tolak dengan sudu babi tersebut dan belasah kambing,Hukum makan makanan tersebut? muffffuuutttti pahan,ularmak perak dan presdien.mursidul am dan hularmak Pas tahu jawapangnya.Teruskan makan sehingga termuntah.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah tunggu pilhanraya pun ,sekarang kebanyakan peminpin Pas dah dihina sedemikan rupa.semua mereka dah taka maruah diri.yang tinggal hanya jubah dan serban aje.diharap peminpin Amanah jangan sekali2 mengeluarkan hinaan kepada ulamak Pas ,diam sahaj seperti sekrang ,biar rakyat dapat menilai akan yangman lebih mulia dan yangmana telah dihina.

bat8 berkata...

Tepat sekali bahawa PR telah runtuh apabila PAS ZPusat terutama HH dan pauk UG tidak bersama PKR dan DAP dalam krisis MB Selangor.

Kenyataan SU PAS Selangor ini masih angkuh sama dgn kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini. Bezanya, sekarang dia sudah sedar yang kedudukan PAS Selangor sudah tergugat ekoran tertubuhnya PH dan Amanah kini memileki 2 orang Adun dari PAS serta kemungkinan besar akan mendapat 3 Adun lagi dari PAS dalam masa terdekat.

Mamat ni juga paham dengan tertubuhnya PH, equation politik sudah berubah, tidak memihak kpd PAS lagi. Sekarang wujud peluang untuk membentuk kerajaan PH Selangor tanpa PAS. Aku percaya mamat ni ada pegang jawatan dalam GLC Selangor, tu pasai menyalak sekarang.

My Kakak berkata...

Dalam era media sosial ini, rakyat membaca, melihat dan mendengar serta berkongsi berita. Pastikan Amanah JANGAN bawa budaya hina, kutuk, keji, perlekeh sesiapa. Susun agenda, buat strategi laksanakan dengan teratur dan ikhlas. Pemimpin jgn gila mikrofon. Ikut SOP. Rakyat memerhati utk buat pilihan. Parti mana yg memiliki kemampuan dan integriti tinggi utk membina negara ini. Parti mana yg paling layak mengganti UMNO . Parti mana yg cakna. Parti mana yang peduli. PRU14 undi diberi!

Tanpa Nama berkata...

tuan khairuddin.....pru lepas kawe bui satu undi kat saudara.....tapi next pru rasanya tuan takkan dapat lagi undi saya....kalu amanah x bertanding kat paya jaras...kawe rela bagi undi kat bn drpd bagi kat pas....harap ada parti lain yg jd calon kat paya jaras selain pas dan bn...dan satu lagi x payah la hantar ucapan happy birthday kat aku tiap2 tahun...buat habis kredit tuan je.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju sangat dengan gagasan tuan 6.41. Berhentilah mengutuk2 pas tu. Marilah kita bagi nasihat dan cadangan bernas pada mereka apa salahnya.

Kepada yb2 pas selangor. Memandangkan harga baju pkr atau baju amanah pun tak berapa sen, maka belilah dengan kadar segera. Pakai dan jumpa kak wan ajak minum teh dengan azmin sekali. Buat ucapan ringkas 3 minit sahaja.

'Dengan ini kami melepaskan diri dari pas hadi dan mengaku dengan seikhlas2nya ingin menyertai (pkr atau amanah). Maafkan kami kalau ada salah dan silap serta janganlah menghina kami lagi selama2nya.'

Kak wan, azmin, bang mat dan tuan lim pun raikanlah sahabat2 kita ini dengan menjamu gulai kambing. Kalau mereka nak duduk dan pegang jawatan asal mereka pun, biarkanlah. Ini semua daki dunia sahaja. Nanti kita buatlah pilihan semula dengan seadil2nya.

Tanpa Nama berkata...

sedih..sedih..sedih...mana dia dasar agama islam..kami bukan parti sekular..kami bawa islam yg syumul..kami bawa hudud..didepan mata ada harta kekayaan di selangor...semua dlm pas tarikkkkkkkkkkkkkkkkk..brake...oops sekang boleh geng dgn parti sekular..parti tak nak islam..parti tak nak hudud..

hoitt pas..mana hududd..mana hudud??mana hududd..kata umno nak tolong buat hudud..manaaaaaaaaaaaaa HUDUD...Antara hudud dan babi yg mana kamu pilih???kamu pilih babi....idup islam ala pas.

mosabit berkata...

aku kadang kesian gak kat pas...tapi tak dapat nak tolong...sebab mereka taknak pertolongan ...
mereka ada hadi yg sanggup die hard...
aku tak salahkan para walak pas...sebab di depan ada harta karun yg sedang dihurung....

babi pun babi lah..makan jer ..dari mati kelaparan...makan babi lebih kurang sama jer dengan makan rasuah...cuma babi ni bila disamak bersih lah dia...

kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...



Terlihat kain serban melingkar atas lantai bilik air, ternampak jugak se ekur ular sedang bergulung di sebelahnya, pukul lah serban dulu sebab ular sedang bergulung, serban melingkar, kalau terpijak boleh tergelincir dan mungkin yang melingkar ialah ular dan yang bergulung ialah serban...

Tanpa Nama berkata...

dah kantoi tk laksana hudud... salahkan DAP

dh kawtim dgn umno yg berkuasa tkkan tkleh buat hudud lagi

salahkan DAP selama2nya

sekarang salahkan Amanah sebagai pengkhianat selama2nya

tertegak ke hudud dgn mencerca pihak lain aje

umpama dh terberak dalam seluar salahkan org lain sebb tk tolong basuh.
... nak kena sula mcm tu

hudud manaaaa

hudud manaaa

hudud manaaaa

penipu penipu.. kami nk hudud kami tknk masuk neraka

tapi pas tipu kami dan tipu Tuhan

hudud manaaa

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Analogi yang menyatakan BN ditumbangkan oleh Pakatan Rakyat pada PRU 13 adalah benar dan tiada siapa yang boleh mempertikaikannya. Kemenangan tersebut bukan mutlak kemenangan mana-mana parti sama ada PKR, DAP atau pun Pas. Kemenangan tersebut adalah kemenangan bersama di bawah payung Pakatan Rakyat.

Rentetan dari isu kegagalan "Langkah Kajang" akhirnya menimbulkan krisis hilang keyakinan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Mujurlah dua adun Pas Selangor membuat akaun bersumpah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Maka selamatlah kerajaan PR dari terlepas ke tangan pihak lain. Ekoran tindakan itu, dua orang adun ini dimaki, dicerca, dihina dan diberi gelaran-gelaran buruk oleh pimpinan tertinggi Pas. Besar sangatkah dosa YB Shaari Sungip dab YB Hasnul Baharudin sehingga mereka digantung dalam Pas selama setahun?

Sekarang ini Pas dengan angkuhnya tidak mahu menganggotai Pakatan Harapan, tetapi dalam masa yang sama tetap mahu berkongsi kuasa mentadbir Selangor. Sewajibnya Pakatan Harapan menolak Pas yang lidah bercabang dan tiada pendirian. Pakatan Harapan sewajarnya memberikan jawatan yang signifikan kepada mereka berdua sejajar dengan pendirian mereka yang penuh berprinsip. Di peringkat pusat, Pas sanggup bertalak tiga dengan Pakatan Harapan, tetapi sanggup bermukah pula di negeri Selangor. Pas, kamu ini bagaimana?

Tanpa Nama berkata...

Pas ini termakan baiah sendirinya,dihina,dimaki ,dihamun,ahli lari meninggalkanya,ini disebabkan cara peminpin ulamk dalam Pas menunjukan sikap sombong.bongkak,ego.menghina sesama kawan ,pecahan pakatan ,pecahbelahkan ahli Pas,berbgaikarenah peminpin ulamk .dari muktaar hingga kini tidak henti2 kebencian trhadap peminpin ualamk Pas dan Pas sendiri .Pas termakan diri,tunggu masa kemusnahanya.

Tanpa Nama berkata...

Nampak sgt nak pertahankan periuk nasi...puuiii...
Konon berprinsip dlm berjuang, diuji senang sikit dgn harta dan jawatan...habis tunggang langgang...
Bab ni aku tabik mat sabu, walaupun dah bnyk kali mahu diberi title datuk tapi mat sabu tetap tak mahu dan menolak...

Tanpa Nama berkata...

gila talak dan menamakan diri anjing?

kami babi di balik bukit?
siapa meyalak jika bukan anjing

wan amero berkata...

Perangai huduh ustat sampul dan lebai mercun semakin terserlah hari demi hari.
Membalak bersama ulama....negeri ambo kelate kayu balak habis kena curi...tunggu MB Mat Rileks respon.

Tanpa Nama berkata...

Doa laknat masa muktamar dah kena pada Pas sendiri kerana menzalimi Islam.

NAA ZAR berkata...

Contohilah abang Mat Sabu......bila muktamar pas umum putus hubungan dgn DAP .....terus abang Mat ISTIHAR MELETAK SEMUA JAWATAN dalam kerajaan P. Pinang

Tanpa Nama berkata...

Apa cerita ni sheikh ? Dalam muktamar yang lepas, Dewan Ulamak usulkan putus hubungan dengan DAP, usul diterima muktamar tanpa bahas. Skarang PAS Selangor kata PAS dan DAP sebagai rakan sepasukan di Selangor...dah tunggang langanglah PAS ni. dicadangkan YB2 dan ahli2 PAS di Selangor masuk je lah PKR atau AMANAH, kalau segan2 masuk je DAP.