3 Sep 2015

AMANAH Selar UMNO Kaitkan Bersih 4.0 Dengan Perkauman

Timbalan Pengerusi parti AMANAH Negara, Tn Hj. Salahuddin Ayub membidas pemimpin UMNO yang membuat kenyataan cuba mengaitkan himpunan Bersih 4 pada 29 hingga 30 Ogos lalu, dengan isu perkauman.

Di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan petang semalam, beliau dengan tegas menyatakan tidak timbul langsung isu perkauman dalam Bersih 4 seperti yang cuba diapi-apikan oleh pemimpin Umno itu.

"Saya sendiri tidak akan mengikuti himpunan bermula Bersih 1 hingga Bersih 4, jika dengan jelas atau berselindung ia bertujuan mahu menjatuhkan kerajaan dengan kekerasan, menghapuskan kuasa aja-raja Melayu atau mempertikai hak dalam Perlembagaan," katanya.

Tetapi, semua rakyat termasuk beliau sendiri, telah turun menyertai Bersih atas kesedaran yang tinggi dan sebab yang jelas, iaitu menuntut pilihan raya yang adil dan ketidakadilan dalam urus tadbir kerajaan seperti rasuah dan salah guna kuasa, tambah kenyataan itu lagi.

"Ingin saya tegaskan bahawa, rakyat yang turun ke himpunan Bersih tidak boleh dikaitkan dengan isu perkauman kerana yang turun itu terdiri daripada pelbagai kaum," ujarnya.

Katanya, adalah tidak benar sama sekali untuk mendakwa Bersih 4 cuba mencetuskan isu perkauman dengan melatarbelakangkannya dengan tragedi 13 Mei.

"Bagi saya, tuduhan yang dibuat oleh pemimpin ini sangat jahat dan rasis," tegasnya.

Jika kita masih ingat, ketika himpunan Besih 1, ramai orang Melayu menyertainya, namun pemimpin Umno yang sama jugalah ketika itu menuduh bahawa Melayu yang turun ke himpunan itu adalah barua kepada orang Cina, kononnya Cina sibuk berniaga, orang Melayu pula hendak menjatuhkan negara.

"Oleh yang demikian, saya daripada Parti Amanah Negara (Amanah) ingin menjelaskan sikap kita bahawa penyertaan dalam himpunan Bersih 4 adalah untuk bersama tuntutan rakyat dan tidak timbul langsung isu perkauman seperti yang cuba dimainkan," tambahnya.

Pada hujung minggu lalu, ratusan ribu rakyat memakai baju T kuning turun ke jalan raya bagi menyokong tuntutan BERSIH di dalam satu perhimpunan selama 34 jam di Kuala Lumpur yang menuntut reformasi sistem pilihan raya yang telus, adil dan bersih disamping menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan ekoran dakwaan skandal 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadinya.

Akhbar-akhbar juga UMNO telah mengulas perhimpunan berkenaan dari kacamata perkauman dimana Utuan malaysia misalnya menyatakan kononnya perhimpunan BERSIH telah ditawan oleh DAP.

Ada pihak yang mendakwa jumlah peserta Melayu di perhimpunan tersebut hanya sekadar 20%.

Beberapa pemimpin BERSIH telah menjawabnya dengan menyatakan pada perhimpunan BERSIH 4.0, jumlah peserta Melayu tidak berkurangan tetapi, jumlah keseluruhan peserta perhimpunan BERSIH yang terbesar di dalam sejarah negara itu telah bertambah dengan penambahan peserta dari kalangan bukan-Melayu naik mendadak.

Perhimpunan BERSIH 4.0 telah berlansung dengan aman para peserta yang terdiri dari pelbagai kaum telah menunjukkan disiplin yang tinggi dengan masing-masing bekerjasasama untuk bantu-membantu diantara satu sama lain dan perhimpunan berkenaan telah mendapat liputan meluas di media-media antarabangsa.





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




8 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Tepat sekali

Penyertaan melayu tetap sama sejak dari dulu hingga sekarang .tiada perubahan. With or witbout pas and pkr.

Masalahnya kesedaran orang cina terhadap hak di bawah perlembagaan makin kuat dan itulah lonjakkan org cina bertambah dari 15 000 di bersih 1 sehingga 150 000 di bersih 4.

Ada org cina sanggup tutup kedai rugi beribu ringgit semata nak dtg bersih !

Tapi melayu tak sanggup tinggal kelapa sawit dan getah serta lembu dan kambing kerana takut hilang hasil.

Susanhnya nak berjuang org melayu nih.. Demi masa depan anak cucu sampai bila nak noereh nak jolok tandan buah ...potong rumput bg lembu mkn?

Abdul Said berkata...

UMNO dan perkauman adalah kembar siam. Tidak boleh dipisahkan. Orang Melayu ditakut-takutkan dengan kaum lain terutama saudara kita sesama rakyat keturunan Cina. Mereka lupa negara ini bukan negara Melayu. Negara ini adalah Malaysia. Didokong oleh pelbagai bangsa yang menjadi rakyat, yang membayar cukai-cukai, yang patuh kepada prinsip rukunegara. Yang sentiasa memainkan isu perkauman ialah UMNO. Dari peristiwa 13 Mei 1969, peranan Biro Tatanegara sampailah kepada dasar pelajaran dengan mengubah fakta-fakta sejarah untuk menaikkan nama UMNO. Wilayah Persekutuan ditubuhkan adalah kerana polisi perkauman yang tidak mahu kerajaan negeri Selangor dirampas dari tangan UMNO. Namun ia tidak berjaya. Kejayaan Singapura ialah sebahagian dari kebodohan polisi UMNO mengenepikan peranan rakyat Malaysia berbangsa Cina. Kerana sifat perkauman yang sempit ramai rakyat Malaysia berbangsa Cina bekerja di luar negara terutama di Singapura. Sehingga pernah dikatakan lebih dari 30% tenaga pengajar fakulti undang-undang universiti kebangsaan Singapura adalah rakyat Malaysia. (Kalau mereka tidak bijak adalah mustahil Kerajaan Singapura akan mengambil mereka!!!). Walau pun rakyat keturunan Cina dan India ramai di negara ini tetapi peratus mereka dalam sektor awam adalah kecil. Itulah sebabnya sektor awam mengambarkan budaya kerja Melayu serta perangai orang Melayu yang sebenar dan bukan menunjukkan budaya kerja Malaysia yang berbilang kaum. Itulah puncanya pelbagai isu yang melibatkan sensitivi perkauman sentiasa berlaku!! Isu perkauman adalah senjata UMNo kerana orang Melayu tidak tahu dan tidak ambil tahu perkara sebenar. Suka tidak suka negara ini bukan negara Melayu tetapi adalah negara Malaysia yang terdiri dari berbagai kaum dan hak semua kaum dijamin oleh Perlembagaan Malaysia!!!

Tanpa Nama berkata...

Jho Low tu Bugis ke Minang ?

Hatabenross berkata...

Tuan Salahudin.. Syok sendiri bagus. Fakta MELAYU datang sokong. Kencing kenyataan ok jer.. buatlah apa pun. TAPI BIG BOS DAP bila mahu ALASAN MAT SALIH (sah fakta) boleh ke GUNA PAKAI alasan MELAYU SYOK SENDIRI diterima.. INGAT BIG BOSS DAP .. bukan otak MELAYU.. yg boleh layu bila bila.. kecuali MELAYU GEN Y.. Tolong jgn amal sindrom KENCING BODOH.. Tarak discipline.

Tanpa Nama berkata...

Dermawan Arab

Hatabenross berkata...

Agaknya.. Keturunan acuan bentuk. JOLO.. Bugis...MINANG.. Haaa dapat dah.. KETURUNAN.. JALOR GEMILANG....

Tanpa Nama berkata...

Kekurangan melayu pd himpunan bersih 4 bukanlah kerana merosotnya sokongan melayu terhadap perjuangan Menuntut keadilan sebaliknya menggambarkan bangsa melayu adalah satu bangsa yg terikat samada sebagai kakitangan awam, pekerja swasta yg takut diambil tindakan oleh majikannya, pelajar universiti yg bimbang ditarik balik kemudahan pinjaman atau digantung pengajian, pesara yg ragu kemudahan pencen akan disekat dan faktor lain seperti cuti panjang utk balik kampung dan majlis perkahwinan. Inilah gambaran sebenar masyarakat melayu yg bukan saja mudah diugut, dimomokan oleh penguasa dan semangat perjuangan yg sentiasa mengikut musim. Samada melayu majoritinya penyokong PAS tidak keluar menyertai Bersih 4 adalah amat diragui. Saya kira mengikut senario politik sekarang penyokong PAS boleh dikira dengan jari. PAS tidak lagi menjadi tonggak kekuatan melayu. PAS dan UMNO adalah dua entiti yg mencerminkan politik melayu yg kian pudar. Mereka adalah liabiliti. Mereka tidak boleh dipercayai. Mereka hanya mementingkan diri dan kelompok mereka saja. Mereka angkuh dan tidak berupaya memikul tanggungjawab menerajui negara dan yg paling ketara mereka ketandusan pemimpin. Bangsa melayu akan membuat pilihan pada 2018 dan ternyata bangsa melayu telah lama ditipu dan diugut. Bangsa melayu sudah letih.

Tanpa Nama berkata...

Rosaknya bangsa melayu kerana telah dimanja dengan islam eksklusif utk org melayu.

SO PLEASE DON MENGAKU DIRI U SEBAGAI BERAGAMA ISLAM IF STILL HAVE FIKIRAN ISLAM UTK ORG MELAYU SHJ. I DON CARE WHAT RACE YG MEMERINTAH BUT WHAT I CARE WHAT RELIGION KETUA PEMERINTAH KITA. PLEASE ALWAYS THINK ON THIS AND ALWAYS THINK ISLAM 1ST BUKAN RACE 1ST. REMEMBER ISLAM ALWAYS HAVE SOMETHING RACE ALWAYS HAVE NOTHING. AND ALSO REMEMBER RACE TAK AKAN ADA JAMINAN DARI ALLAH UTK MSK SYURGA BUT ISLAM ALWAYS HAVE GUARANTEE DARI ALLAH BAHKAN DIKUATKAN OLEH RASUL KITA UTK MSK SYURGA ALLAH. GUNAKAN KURNIAKAN ALLAH IAITU OTAK UTK BERFIKIR. SO FIKIRKANLAH.