13 Ogo 2015

[VIDEO] Apa Beza Pendekatan Islam PAS Dan Harapan Baru?

Apakah Beza pendekatan Islam PAS dan Harapan Baru (HB)?

Temubual Dr Mujahid (Mkini). 8 Ogos 2015

1. HB lahir daripada hasrat untuk mengembelingkan tenaga seluruh rakyat dan menghidupkan semula semangat Pakatan Rakyat.

2. Berbeza dari sudut PENEGASAN CIRI2 yang kita nak tonjolkan. Kita tahu Islam itu tidak ada ciri2 yang kita boleh tempelkan. Islam adalah Islam. Cuma dari sudut bagaimana cara orang Islam atau parti Islam atau Organisasi Islam membawa PENDEKATAN Islam itu.

3. HB mengasaskan Islam yang sifatnya RAHMAH (Kasih Sayang), Ramah Tamah. dan bukan Islam Marah atau 'THE COMPESSIONATE ISLAM, NOT THE COMPELLING ISLAM'. Ada setengah pihak tanpa kita sedari, melalui pendekatannya, seolah-olah mengambarkan Islam itu Islam yang marah-marah.

4. Idea berkenaan Pendekatan Islam yang Ramah ini memerlukan kita merungkaikan semua cara kita berfikir, cara kita mendekati orang ramai, cara kita berdepan dan berinteraksi dengan masyarakat berbagai kaum, bangsa dan agama.

5 Ciri yang kami maksudkan ialah Islam yang bersifat SYAMILAH (INKLUSIF) bahawa tidak ada seorang pun tertinggal dalam hal ini.

6. Yang kedua, Islam yang sifatnya itu PEDULI bukan hanya soal agama tetapi juga soal politik, sosial, ekonomi, pendidikan yang boleh bagi keadilan kepada semua tidak kira kaum dan agama.

7. Islam yang sifatnya itu melihat perkembangan semasa itu perlu dijadikan sebagai tema bahawa Islam itu mampu bergerak dengan majunya pada setiap masa.

8. Kita mengambil kira soal realiti, perundangan negara, kepelbagaian yang ada tanpa kita cuba nak bulldoze (paksakan). Itu perbezaan nyata dalam konteks isu2 Islam seperti perlaksanaan hudud.

9. Isu2 yang melibatkan sensitiviti orang Islam, kita lebih berminat untuk menggarap persoalan itu melalui DIALOG, kepercayaan antara satu sama lain, dan lebih penting kita nak memelihara kesepaduan sehingga tidak muncul perpecahan akibat isu itu sehingga mengambarkan Islam itu bersifat tidak boleh berunding dan seolah-olah Islam itu cuba nak paksa orang lain menerima idea-ideanya tanpa dibawa dalam proses demokrasi dan dialog awam.

10. Apa yang kita bawa dalam kerangka negara kita menerimanya sebagai salah satu dari proses demokrasi dan orang ramai boleh berbincang soal itu cumanya perbincangan itu jangan sehingga membawa kepada kebencian dan segala pertentangan idea perlu dilihat sebagai sesuatu yang berada dalam kerangka demokrasi yang sihat dan bukan benci-membenci antara satu sama lain hatta kepada isu yang sensitif sekalipun. -mbo








IKLAN BERBAYAR







6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...



Tasek Kenyir tempat terapong
Si Lebai lutot bermandi manda
Niat yg busuk maseh disokong
Berputar IDEA tujuan nya auta

Kejap sorban kejap kopiah
Jubah putih mngAsyikkan sekali
Onar putar khianat FITNAH
Dihias dpuja bak PERMATA nan asli


Apalah guna merancang FITNAH
FITNAH pilihan ejen pilkuda
Laba FITNAH berjuta ghonimah
Inilah "RAHSIA" yg AKBAR risikonya


Beratus juta AKBAR risikonya
TAKDIR terbuka alangkah malu
Jubah SORBAN nak letak kat mana
BANGKAI yg busuk tak sape yg mahu


Beratus juta beRISIKO besar
Jubah SORBAN dah telan bangkai
Onar khianat FITNAH pon berputar
Si fakeh lutut 'PRASAN' pandai


TAKDIRnya rkyat mndpt kuasa
Sgl akaun PROXY diperiksa
Di audit seHALUS sgl harta
Besorban jubah PEROMPAK rupanya!?


Besorban jubah PEROMPAK hebat
Songlap FITNAH mngelirukan ummat
Mrk lah pengHALANG "kuasa" rkyat
Kuasa rakyat ...kuasa KERAMAT


Sapekah yg TAKUT kuasa rkyat?
Sapekah "penyokong" siTEKONG Bugis??
Takdirnya KUASA ketangan rakyat
Fitnah dan RASUAH terbongkar habiiss


Itulah sbbnya berputar-PUTAR
Khianat FITNAH sgl onar
Terlalu takut RAHSIA terbongkar
Beratus juta tlh disambar


Siapakah yg suka kpd PENCURI?
Sapelah yg sudi kpd PEROMPAK??
Sisiku lutut WALAON "suci"
Malang skali BUTA tak nampak!?


Tanpa Nama berkata...

Sudah sampai masanya hadi lepaskn jawatn...gelaran no 2 bkn pengukur kejayaan...dlm dunia politik hadi harus mengaji lagi..rakyat cerdik tolak hadi yg mahu 4 saksi tentang najib sebat duit 1 mdb...

Tanpa Nama berkata...

harap kita sebagai pendokong Islam tidaklah guna gaya politik yg perlekeh org. marah kita marah2 sayang. tegur kita, tegur yg hikmah. tunjukkan akhlak yg baik. jika kita ikut gaya mereka. kita serupalah dgn mereka juga. bila kita tidak bersetuju dan berbeza pendapat. kita berbicaralah dgn hujah. jgn terlalu mengikut emosi. kita kena matang dan berfikir secara kritis. jika kita nak tegur kesilapan dan keburukkan yg mereka dah buat. tegur dengan hujah dgn bersandarkan bukti. gunakan bahasa yg molek. tak usah la maki hamun dan perlekeh. gunakan kebijaksanaan yg kita ada. jgn kita terikut cara mereka yg tidak matang, beremosi, tidak kritis dan penuh maki hamun dan perlekeh org. politik gaya baru. berakhlak, berhujah dgn bukti, tidak emosi, matang, kritis dan penuh hikmah.

Unknown berkata...

Terbaiklah!

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Kepimpinan GHB dibarisi oleh kumpulan progesif dalam Pas suatu ketika dahulu. Kumpulan inilah yang merakyatkan dan memahami isu-isu semasa negara. Barisan kepimpinan PAS Pasca Muktamar 2015 tidak berupaya untuk mengulas isu Felda, GST, 1MDB, pendatang asing, wang "derma" RM2.6b dalam akaun Najib, kejatuhan nilai mata wang dan lainnya. Ketiadaan tokoh-tokoh progresif dalam PAS yang kini bakal menubuhkan parti baharu boleh memberi kesan yang mendalam kepada kekuatan PAS. Pemimpin-pemimpin GHB adalah deretan tokoh-tokoh hebat dan kontroversi dengan sejarah perjuangan mereka yang tersendiri.

Islam yang menjadi tunjang inspirasi GHB ialah bercirikan "syamilah atau Tadhamuniyah" iaitu konsep keterangkuman. Dasar politik GHB memperjuangkan nasib semua bangsa dan kaum serta kepelbagaian agama dan kepercayaan di negara ini. GHB bakal menyantuni semua peringkat strata sosial dan turut mengambil kira pelbagai aspek sebelum sesuatu keputusan politik dilaksanakan. GHB akan merealisasikan Islam sebagai "rahmatan lil alamin" manakala Pas pula mengimplementasikan Islam melalui hukum-hakam agama berteraskan hukum hudud.

Tanpa Nama berkata...

Islam tetap Islam.

Islam UMNO (pemimpin) hanya baik dalam mesjid dan semasa program ceramah perdana sahaja.

Islam PAS (pemimpin), dia je yang betul dan Islam yang suka buat U-turn. Islam tangkap jin.

Islam Najib, Islam pergi Haji dan hantar orang pergi haji dengan duit derma dari orang lain.

Islam GHB, Islam yang di sukai. Inklusif dan Peduli. Orang tidak menjauhkan diri. GHB mendekat kan lagi.

Islam tetap Islam. Ada yang Islam masuk syurga. Ada Islam yang masuk neraka.


Kepada Allah kita kembalikan.