1 Sep 2015

Sejarah Tercipta: Parti Amanah Negara Dibentuk

GHB ambil alih Parti Pekerja untuk parti baharu

Gerakan Harapan Baru (GHB) hari ini secara rasminya mengumumkan untuk muncul sebagai parti politik dengan menggunakan platform nama Parti Pekerja, kata Mohamad Sabu.

Pengerusi GHB itu berkata butiran lanjut mengenai pertukaran nama dan perlembagaan parti akan diputuskan kemudian dan ia akan diumumkan semula pada 16 September kelak.

"Pada tanggal keramat 31 Ogos 2015, kami GHB secara rasminya mengumumkan kami sudah pun memutuskan untuk muncul sebagai sebuah parti politik golongan pekerja dengan mengekalkan namanya 'Parti Pekerja'

"Ada pun pindaan nama serta perlembagaan parti akan kita kemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas diputuskan bersama, tarikh hari pelancaran pada satu lagi tanggal keramat akan diumumkan pada 16 September akan datang," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Mohamad berkata wadah politik yang kini dipelopori GHB komited meneruskan legasi politik Islam yang pernah ditunjukkan Yusuf Rawa, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, parti politik itu akan terus berpaksi kepada politik berasakan ilmu dan akhlak, mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam pelaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan seperti yang dituntut Islam.

“Sejurus proses pengambilalihan wadah politik ini sempurna, kami akan usahakan bersama momentum perubahan politik atas dasar tahaluf yang jujur dan komited dan perkara yang disepakati bersama rakan politik DAP dan PKR.

“Islam yang syumul serta bertindak secara inklusif tidak mengasing dan meminggirkan mana-mana segmen rakyat untuk memberi keadilan dan kesejahteraan merentasi semua kaum dan agama,” katanya.

Beliau menyasarkan keahlian parti baharu itu akan meningkatkan kepada 35,000 orang menjelang 16 September yang menyaksikan parti berkenaan berubah wajah dan tampil dengan nama baharu.

Selain Mohamad sebagai pengerusi, Ahmad Awang dilantik sebagai penasihat umum, Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan dan Hasanuddin Mohd Yunus sebagai naib pengerusi.

Manakala Dr Siti Mariah Mahmud dilantik sebagai ketua wanita, Mohd Sany Hamzan sebagai ketua pemuda, Mohd Anuar Mohd Tahir sebagai setiausaha agung dan Asmuni Awi sebagai bendahari agung.-TMI


PARTI BARU DILANCARKAN AMBIL ALIH PARTI PEKERJA

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Haji Mohamad Sabu mengumumkan pelancaran parti baru yang dinamakan Parti Amanah Negara sebentar tadi Hotel Vistana Kuala Lumpur.

Pelancaran PAN ini memang dinantikan oleh segenap rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar untuk mengetahui nama dan hala tuju parti baru yang bakal ditubuhkan.

Parti baru yang ditubuhkan ini bukan parti yang baru didaftarkan sebaliknya ia adalah parti lama yang ditukar nama dan perlembagaannya. Parti yang diambil alih ialah Parti Pekerja. Langkah ini diambil disebabkan ROS tidak membenarkan penubuhan Parti Progresif Islam (PPI) seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi.

Protem Parti Pekerja ini akan mengumumkan perlembagaan dan nama parti pada 16 September 2015. Pihak protem Parti Pekerja ini sedang giat menggubal perlembagaan parti baru ini.
Ternyata parti baru ini memang signifikan lebih-lebih lagi ianya mendapat sokongan padu dari DAP dan PKR serta NGO-NGO di Malaysia. Ia terbukti apabila program-program GHB mendapat sokongan dari DAP, PKR, NGO dan rakyat Malaysia pada program road show yang dianjurkan oleh GHB.

Begitu juga dalam himpunan BERSIH 4.0 semalam GHB dilihat mendapat sokongan padu dari demonstran yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara

Penasihat Umum : Ustaz Ahmad Awang

Pengerusi : Hj Mohammad Sabu
Timbalan Pengerusi : Hj Salahuddin Ayub

Naib Pengerusi :
Dato' Dr Mujahid Yusof
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Ketua Wanita : Dr Mariah Mahmud
Ketua Pemuda : Mohd Sany Hamzan
Setiausaha : Mohd Anuar Tahir
Timb. Setiausaha : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus
Bendahari : Hj Asmuni Awi
Setiausaha Organisasi : Suhaizan Kaiat

Ahli Jawatankuasa :

Dr Mohd Hatta Ramli
Dr Dzulkefly Ahmad
Ir Khalid Samad
Ir Izham Jashim
Hj Adly Zahari
Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al Jundi
Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
Mazlan Aliman
Aminolhuda Hassan
Mohd Hanipa Maidin
Dato' Fakhrulrazi Zawawi
Saari Sungib
Zulkifli Mohd Omar
Hu Pang Chaw
Gopalan K Papachan
Dato Wan Abd Rahim Abdullah
Hasnul Baharuddin







ULASAN GB

Nama Parti Pekerja akan digunakan .... sebelum nama parti itu diubah menjadi Parti Amanah Negara setelah ia memperolehi kelulusan ROS.

Apa pun nama parti tidak menjadi masalah asalkan matlamat perjuangan adalah betul dan benar.

Walaupun tiada perkataan Islam pada nama parti, namun ia tidak sesekali merencatkan usaha perjuangan Islam lantarannya.

Parti Amanah negara, atau ringkasnya AMANAH kini menjadi wadah baharu bagi meletakkan Islam itu sebagai "rahmatan lil alamin" (rahmat untuk semua).

Erdogan di Turki mengepalai AKParty, (Parti Pembangunan dan Keadilan) dan seluruh dunia tahu AKParty di Turki telah berjaya cemerlang memertabatkan Islam.

Semuga selepas ini, Parti Amanah Negara akan mendapat kelulusan ROS dan akan bersama-sama dengan parti-parti DAP dan PKR membentuk Pakatan 2.0.





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

secara otomatik mrk semua tlh gugur keahlian dlm pas. hadi mesti guling2 gumbira gumbira... heheheheee

mcm mana nak jadi ahli?

Malaysiabaru berkata...

Tahniah !

Apa guna ada nama islam jika mensesatkan umat dan juga men emarkan nama islam

Pas tu betul kerislam.. Party ajaran sesat kata Muhyiddin..dalam utusan

Cabaran party amanah adalah

1. Sabotaj oleh pas
2. Ugutan oleh pas
3. Memutuskan silaturahim oleh pas
4. Dianggap musuh halal darah oleh pas
5. Fitnah tak henti oleh pas..

Oleh itu hati hati lah wahai amanah ku!

Unknown berkata...

Syukur alhamdulillah. Rahmatan lil alamin.

Selepas ini, masa berkerja untuk Rakyat...

Tahniah PAN!

Tanpa Nama berkata...

Lupakan cerita lama, tulis cerita baru..

Unknown berkata...

Aku harap husam aku join parti AMANAH ni nanti... kalau husam ada dlm parti AMANAH Ni... harapan utk parti AMANAH pegang kelantan ada sinar di balik awan...

Tanpa Nama berkata...

Sy juga mendoakan Husam Musa sertai parti ini..... Amin

Tanpa Nama berkata...

Syukur sekurangnya ada Parti yang sanggup bangkit membela rakyat. Barisan terdiri ahli profesional dari berbagai latarbelakang. Diharap parti ini suatu hari nanti dapat menerajui Malaysia dengan jayanya. Membela agama, bangsa dan negara.
Mulakan langkah pertama di hari pelancaran untuk menoleh kebelakang kesilapan lalu. Supaya Parti menjadi lebih matang.
Syukur . Amin

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kpd semua yg terlibat. Teruskan perjuangan membela nasib rakyat. Semoga Allah merahmati kesungguhan anda semua.

Tanpa Nama berkata...

Betul.. itulah perangai pas sjak dulu lg.mngugut sape tolak pas tolak hkum islam, kafir mngkafir, ptus silaturrahim tulah amaln biase pas..hati2 sahabat

Tanpa Nama berkata...

Kalau ROS tidak benarkan nama parti di tukar, kekal kan saja dengan nama Parti Pekerja. Kita ada pekerja kepada Allah sebagai utusan sebagai khalifah di bumi Allah ini.

Parti Pekerja sangat sesuai kerana boleh membawa makna semua ahli dalam Parti Pekerja adalah bekerja hanya untuk rakyat dengan niat kerana Allah.

Parti Pekerja mengingatkan kita untuk terus bekerja demi rakyat bukan hanya bekerja untuk mendapat undi semasa pilihanraya.

Erti golongan pekerja perlu di perluaskan kerana kebanyakkan bos-bos dan ketua jabatan tidak menganggap jawatan mereka sebagai pekerja walaupun kita sedar sesiapa yang makan gaji adalah pekerja. Najib sendiri tidak pernah sedar yang dia adalah seorang pekerja yang dibayar gaji dengan wang rakyat !




Tanpa Nama berkata...

UMNO akan usul kan Hari Pekerja 01 Mei di tukarkan kepada nama lain.

Selain dari itu, perkataan 'pekerja' tidak digunakan lagi sebaliknya di gantikan dengan perkataan 'karyawan'.

Tanpa Nama berkata...

menyeleweng dn rompak hak negara serta salah guna kuasa adalah khianat pd rakyat. derhaka kpd YDP Agung.....tkira siapa termasuk PM

Tanpa Nama berkata...

Saya begitu tertarik dengan catatan yang
terdapat dalam blog Filem Klasik iaitu;
Selagi Kami mengaku Melayu, Cina dan India
selagi itulah keharmonian tidak akan tercapai.
Justeru itu, Kami mengaku Kami Bangsa Malaysia.

Adalah lebih baik Pakatan Rakyat iaitu;
Keadilan, DAP dan Amanah memulakan kempen
KAMI BANGSA MALAYSIA bagi mengelak Malaysia
terjerumus ke dalam kancah kehancuran kerana
ramai dikalangan kita berpuak-puak dan mengamalkan
perkauman (rasis) dan mengganggu kesucian agama lain.
Setelah 58 tahun Merdeka, kami bukan sekadar rakyat
Malaysia tetapi sewajarnya KAMI BANGSA MALAYSIA.

Perpaduan, keharmonian dan kedamaian adalah impian kami.

Tanpa Nama berkata...

Please...let husam joint the PAN...husam idola org muda...I WANT HUSAM..

Tanpa Nama berkata...

Bagus juga MAINTAIN nama Pekerja, SURE dapat publisity yg meluas percuma,golongan pekerja terlalu ramai,pekerja awam kerajaan,pekrja swasta,pekerja kilang,bank,perusahaan.....banyak lagi..hahaha

Tanpa Nama berkata...


Tahniah AMANAH.... Acronym AMANAH lebih sesuai dari PAN.

Setuju dengan Malaysiabaru, lihat saja apa yang dilakukan oleh PAS terhadap G18 dari mula lebel-label, kemudian halau keluar, kemudian ugut dengan baiah, kemudian paksa letak jawatan AJK PAS, kemudian keluar fatwa takfir dan darah halal dan bughah, kemudian paksa letak jawatan wakil rakyat, kemudian akn berlaku sabotaj dan seterusnya fitnah, fitnah, fitnah dan fitnah seterusnya Cina, DAP, Cina, DAP,.......

Program di Kuala Selangor Merdeka Race adalah pembuka tirai perbuatan PAS yang sudah kalut lagi cemburu dan cubaan mengurangkan pengaruh pengundi terhadap calun wakil Kuala Selangor Dr Dzulkifle. Himpunan PAS di Kelantan juga menzahirkan lagi kekalutan PAS terhadap Amanah yang tidak disangka mereka dalam waktu yang amat singkat penubuhan GHB telah dapat memberi impak kepada sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Semoga Allah senantiasa memberi petunjuk dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan.

Haji Hadi and the geng sepatutnya memang cukup gembira kerana Amanah yang akan hanya bertahan 2 tahun je. Tak payah nak ambil tahu pasal Amanah lagi, gembeling segala usaha untuk Islam.

Fokuslah kepada program membela nasib rakyat dan menyampaikan Islam dengan akhlak bermula dengan menyelesaikan nasib kami di Kelantan ini yang masih di khemah-khemah dan kem-kem milik kerajaan.

Tanpa Nama berkata...




Kalau boleh nak kekal Nombor Pekerja saya iaitu 074846.

Tanpa Nama berkata...



Sorban jubah bukanlah LAMBANG
Doa berjela bukan UKURAN
AMANAH itu...'niat' nya TERANG
Tiada yg terSEMBUNYI disisi TUHAN


Disis TUHAN semuanya TERANG
Ke London ke Turki 'wajib' diAUDIT
Walau SATU "sen" dari mana DATANG?
AMANAH ummah wajib di UNGKIT


Ke LONDON ke Jepun 'wajib' diAUDIT
Kalau PONTENG.."hukum" nya CURI
MenCURI Tulang..menCURI DUIT
Hudud menCURI...dipotong JARI!?


Sape yg SUKA dgn siPONTENG?
Sape yg tolol berIMAM kan PENCURI??
Songlap FITNAH..akidah meNYELEWENG
Melanggar AMANAH..khazanah diNODAI


AMANAH itu..SELFLESS hadirnya
Tak WUJUD ponteng FITNAH mencuri
AMANAH itu..bersih seBERSIH7nya
Se"zarah" pon TIDAK pentingkanDIRI


Jgn SEBUT soal AMANAH
Kalau HARTA-glamor diJIWA
Jgn di ikut..ponteng & FITNAH
Mencuri menyonglap khazanah NEGARA



AKIDAH pencuri..akidah SONGSANG
AKIDAH songsang..sggup memFITNAH
Bersih-AMANAH...wajib di JULANG
KASEH yg suci..dirahmati ALLAH





Tanpa Nama berkata...

Tahniah PAN. kerna tlh Berjaya menubuhkn parti baharu berwadah baharu.Nampak gagah dan semangat.Rakyat berharap ia akan menjamin Malaysia yg Berjaya.Penuh AMANAH.
Nampak gah dan mewah.
Kedudukan dan standard wajib dijaga.