31 Ogo 2015

Detik 3.00 Ptg: Sebuah Parti Baharu Bakal Dilahirkan...

GHB umum parti baharu hari ini

Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mengumumkan parti baharu pukul 3 petang hari ini sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 16 September ini sempena Hari Malaysia.

"Walaupun namanya bukan parti Islam selepas permohonan itu ditolak oleh kerajaan, kami akan umumkan hari ini parti baharu kami," kata Timbalan Pengerusi GHB Salahuddin Ayub kepada The Malaysian Insider.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan apakah nama yang akan digunakan parti baharu ini kerana ia hanya akan diputuskan dalam mesyuarat GHB yang berlangsung pagi ini.

Sebelum ini, GHB memutuskan namanya adalah Parti Amanah Rakyat atau singkatannya Amanah.

Mereka akan mengambil alih sebuah parti politik sedia ada namun ia bukan parti Kita setelah pemegang jawatan parti berkenaan menolaknya dengan membuat laporan polis.

Dua hari lepas, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penolakan permohonan untuk mendaftarkan Parti Progresif Islam.

Zahid berkata, ini kerana nama agama termasuk Islam tidak dibenarkan lagi digunakan kepada mana-mana parti politik kerana Islam untuk semua bukan untuk parti tertentu sahaja.

Berbeza dengan penubuhan parti serpihan PAS sebelum ini, Hamim dan Berjasa, parti baharu yang dirancang oleh GHB ini akan bersama pembangkang bukannya kerajaan yang memerintah negara.

Proses penubuhan parti baharu ini juga dilihat lebih tersusun kerana membentuk jawatankuasa melalui GHB di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak terlebih dahulu sebelum penubuhan parti.

GHB kini mempunyai penyelaras di semua peringkat negeri mahupun kawasan Parlimen di seluruh negara. Ia terdiri daripada pemimpin PAS sebelum ini yang sudah meletakkan jawatan.


Tujuh Ahli Parlimen PAS Bakal Sertai Parti Baharu

Sekurang-kurangnya tujuh Ahli Parlimen PAS akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang akan mengumumkan pembentukan parti baharu pada sambutan Hari Kebangsaan negara, Isnin.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, PAS hanya boleh memecat mereka daripada parti, tidak di peringkat parlimen atau kerusi negeri.

"Pemimpin PAS yang akan menyertai parti baharu ini kekal sebagai Ahli Parlimen dan wakil rakyat kerana kami membentuk gabungan baharu Pakatan 2.0 dengan kerjasama DAP dan PKR," katanya.

Tindakan tujuh Ahli Parlimen itu dilihat akan menggugat penguasaan parti Islam itu di Parlimen, sekali gus menyukarkan mereka untuk memastikan agenda hudud menjadi realiti.

Antara Ahli Parlimen yang akan menyertai GHB adalah, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Mohamed Hanipa Maidin (Sepang) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).

Turut bersama mereka adalah Kamarudin Jaffar (Tumpat), Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai).

"Mereka akan menyertai parti baharu secara rela hati," kata Dzulkefly.

GHB juga tidak menghiraukan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai Pendaftar Pertubuhan akan menolak permohonan untuk membentuk parti baharu yang dikenali sebagai Parti Progresif Islam.

Mujahid berkata, mereka akan mengumumkan pembentukan parti baharu itu pada Hari Merdeka.

"Kami tidak tahu kenapa RoS menolak nama parti itu. Islam ada agama rasmi negara.

"Sepatutnya tiada masalah untuk menggunakan perkataan Islam sebagai nama parti, kecuali mereka cuba menyukarkan GHB untuk membentu parti baharu," katanya.

Berhubung dakwaan pihak RoS bahawa GHB tidak mengemukakan sebarang kertas cadangan untuk membentuk parti baharu, Mujahid berkata, banyak parti tidak aktif yang boleh digunakan.

"Islam akan tetap menjadi asas kepada parti baharu kami," katanya. -mstar


ULASAN GB

Setelah berjaya dengan cemerlang menyertai Himpunan Bersih 4.0 selama 34 bermula kelmarin, kini sampai masanya GHB membuat perisytiharan rasmi parti baharunya petang ini.

Sekalipun nama asal yang dicadangkan iaitu Parti Progresif Islam telah ditolak oleh ROS, ia bukan menjadi masalah.

Pepatah menyatakana "Dimana ada kemahuan di situ ada jalan".... ada banyak alternatif yang telah disenaraikan oleh pimpinan GHB di dalam menghadapi sebarang kemungkinan oleh kerajaan tidak meluluskan parti baharu yang dikemukakan oleh GHB.

Petang ini, jam 3.00 akan tercatat lagi satu sejarah baharu... sebuah parti baharu berlandaskan Islam bakal tertubuh.. sebuah parti baharu yang akan menjadi komponen Pakatan 2.0 untuk merealisasikan perjuangan menengakkan kebenaran dan keadilan di dalam negara ini.

Semuga semuanya berjalan lancar dan cemerlang... Allahu Akbar!!!





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




14 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Rakyat Malaysia bergantung harapan kepada GHB

Pas tidak boleh di harap
Umno pun tak boleh di harap

Skrg ini mari kita harapkan agar perkasa di jadikan party politik untuk pecahkan undi umno
Manakala GHB dapat pecahkan undi Pas

Barulah kita ada sebua pikihanraya yang level playing field !!!

Tanpa Nama berkata...

Kami sekeluarga amat teruja dengan penubuhan parti baharu ini.

Kami selama ini telah berkorban jiwa dan raga untuk PAS. Namun PAS tidak lagi Islamik apabila kepimpinan ulamaknya mengeksklusifkan PAS.
Kami akan bersama parti Islam yang baharu.

Tanpa Nama berkata...

Zahid Hamidi baru2 ini telah menolak permohonan Harapan Baru utk menggunakan nama Parti Progresif Islam. Ini kerana Harapan Baru berpotensi besar menggagalkan perancangan PAS-UMNO yang selama ini telah terjalin.

Rancangan asalnya kumpulan2 progresif akan dibersihkan dari kepimpinan.

Selepas itu akan berlaku pembahagian kerusi antara PAS dgn PKR. Di hari penamaan calon kelak, PAS akan tarik diri dari semua kerusi yg UMNO telah menangi. UMNO juga akan memberi kemenangan percuma kpd kerusi2 yang PAS telah menangi.

Pada waktu yang sama PAS akan meletak calon melawan PKR dan DAP. Di kerusi2 tersebut UMNO akan menarik diri.

Hasilnya nanti PKR akan hilang sebahagian besar kerusi mereka.

UMNO/BN akan mendapat kembali majoriti 2/3 dengan bantuan kerusi2 yang dirampas oleh PAS dari PKR.

PAS pula akan memerintah di Kelantan dan Terengganu dan mungkin Kedah.

Haji Hadi dan Majlis Syura Ulama pula akan beri alasan, penting mengembalikan majoriti 2/3 kepada UMNO dan BN kerana hendak meminda Perlembagaan bagi membolehkan hudud.

Pendek kata segala2nya halal kerana hudud.

Harapan Baru menggagalkan perancangan ini. Harapan Baru akan meletak calon di kerusi2 yang UMNO dan PAS bertanding. Tidak akan berlaku menang percuma kepada PAS mahupun UMNO disebabkan Hrapan Baru.

Kalau PKR masih mahu terus mempercayai PAS, silakan.

Namun yang pastinya PAS akan mengkhianati PKR atas nama hudud.

TULANG BESI


ada kebenarannya tulisan TB.

pas br2 ni tlh brunding dgn pkr utk tidak meletakkan calon bertindih dikerusi2 mrk. peliknya... knp pas minta komitmen dr pkr supaya tidak letak calon dikerusi pas?

yg pastinya, pas adalah pengkhianat krn meletakkan calon2 mrk di kerusi2 pkr yg memenangkan bn dulu.

pengkhianat minta org yg mrk khianati supaya jujur dgn mrk? knp ek? supaya dia boleh khianat lg???

hahahahaaaaa...

pkr jgn lupa hadis mengenai kena patuk dua kali tu...

dan pkr jgn juga lupa... pj perak dah janji nak tanding disemua kerusi diperak dan ini sudah tentu termasuk kerusi2 pkr...

kalau pkr kena patuk juga, nampaknya pkr dah ganti pas dan pas dah jadi umno... malah lebih teruk lg...

shahsha berkata...

Kami sangat menyekong penubuhan parti ini. Kami berharap parti ini akan menjadi pemimpin keoada semua parti2 di malaysia. Doa kami supaya mat sabu dah dr dzul menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri apabila pembangkang menang nati

Tanpa Nama berkata...

Kami berharap dr mariah akan terus menjadi pemimoin yang adil demi rakyat dan negara

Tanpa Nama berkata...

Kami bersyukur mat sabu akhirnya berjaya memperjuangkan hak rakyat.sungguh terharu

Tanpa Nama berkata...

Kami nak menangis mendengar pengunguman ini. Mat sabu pemimpin terbaik bertaraf dunia

Tanpa Nama berkata...

Kami berasa gembira dengan kejayaan mat sabu ini. Germbira sungguh

Tanpa Nama berkata...

GHB ada stratijinya ,Tidak diluluskan nama Amanh sebab ada tulisan Islam .takpa ,dan memnag mungkin peminpin dah tahu ,tetapi kita ada nama lain yang sudah disediakan,jadi biarlah mereka gembira kerana tidak mnedapat kelulusan ,dan mereak lupa takdir Allah ,lupa kehendak Allah,lupa ketentuan Allah ,apa juga nama ,yang penting kita perjunagkan Islan yang benar yang bolih difahami oleh segenap lapisan masyarakt,dan dikagumi oleh semua agama Insyallah kita akan dihormati.Ynag penting peminpin jangan Ego,sombong.Jadikan TGNA sebagai idola kita dalam apa juga perkara seperti peribadainya,ajaranya ..islamnya .taktiknya ,tekniknya.rendahdiri dan tinggi peribadinya,Insyalalh

Tanpa Nama berkata...

Gumbira gumbira

Amal Jaya berkata...

Alhamdulillah. Syukur ke Hadhirat Allah SWT.

abuamir berkata...

InsyaAllah kita ada ustaz Ahmad Awang, ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dll yg akan meneruskan perjuangan TGNA mengikut sunnah nabi SAW. Ramai lagi agamawan akan menyokong PAN asalkan berpegangkan Ai-Quran dan sunnah.Berjuang kerana Allah bukan pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

Sangat terharu.Semoga perjuangan dirahmatiNya . JANGAN ADA RESIST DALAM SATU WADAH INI. Jadilah pemimpin yang dikenang sepanjang zaman dan ikutan. Tunjukan dan terjemahkan kalam Allah kepada umatnya supaya berbondong2 umat kembali kepada Nya.Amenn

Abdul Said berkata...

Kita tak kisahlah nama apa pun, cepat atau lambat didaftar, mendapat tentangan hebat dari propaganda kerajaan ke, itu tidak menjadi hal. Yang penting UMNO dan PAS perlu ditolak. Satu mengunakan nasionalisma untuk mengkayakan diri dan kerabat sendiri dan yang satu menggunakan ugama untuk tujuan yang sama. Asal bukan UMNO dan PAS!!!