7 Ogo 2015

Rakyat Berdiri Teguh Bersama SPRM Siasat Rasuah & Salahguna Kuasa

Terima kasih atas sokongan

PUTRAJAYA- "Terima kasih seluruh rakyat Malaysia atas sokongan yang diberi," demikian respon Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Rohaizad Yaakob ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Rohaizad berkata SPRM berjanji akan menjalankan tugas mereka ‎dengan sebaik mungkin dalam menyiasat kes yang membabitkan pimpinan tertinggi negara.

"Terima kasih kerana selama ini anda memberi sokongan kepada SPRM, kami akan membuat kerja kami sehabis baik, secara telus dan jujur sepenuh masa.

"Insya-ALLAH, kami akan lakukan yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu, Rohaizad juga mengucapkan terima kasih kepada ahli Parlimen yang datang ke SPRM pagi ini untuk memberi sokongan kepada pihaknya.

‎"Terima kasih kepada yang datang hari ini, dan beri sokongan," ujarnya.

Antara yang hadir memberi sokongan adalah Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Harapan Baru, Mohammad Sabu, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan beberapa lagi ahli Parlimen pembangkang.


Najib diminta bercuti

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta agar bercuti supaya siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat dijalankan dengan telus.

Presiden Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), Mohamad Sabu meminta berkata, SPRM perlu bebas dan sebarang gangguan dari pihak lain perlu dihentikan.

"Sebab itulah kami (pembangkang) dari dulu lagi memohon orang nombor satu itu bercuti," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Walaupun berbeza pandangan dengan peranan SPRM, pihaknya menyokong usaha untuk membetulkan dan meletakkan kembali integriti suruhanjaya itu.

"Selama ini SPRM kurang berintegriti kurang berintegriti oleh rakyat," katanya.
-SH



SPRM terima sokongan hebat di Internet

Ketika dilihat tertekan dengan siasatan dan tangkapan polis terhadap anggotanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun menerima sokongan mencurah-curah di alam maya.

Di Twitter, hashtag #sokongsprm semalam menjadi antara yang paling hangat dibincangkan sebelum diambil alih oleh #MH370 awal pagi tadi.

Minat orang ramai terhadap topik itu menjadi-jadi selepas polis semalam terus menyiasat pegawai SPRM susulan kes kebocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tekanan demi tekanan itu kemudian menyaksikan suruhanjaya itu, di seluruh Malaysia, tampil dengan solat hajat memohon kekuatan daripada Yang Maha Kuasa untuk memerangi rasuah.

Malah, Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin nyata berang dan bersumpah dengan nama Allah untuk mencari ke lubang cacing dalang yang mengarahkan apa yang berlaku.

Beliau juga mendakwa pihak polis telah mengganggu tugas mereka untuk memerangi rasuah, seperti dinyatakan dalam Akta SPRM 2009.

#DearNajib kekal di atas

Laman pemantauan trend Twitter di negara ini Trendinalia Malaysia bagaimanapun menunjukkan penggunaan hashtag #sokongsprm semakin menurun.

Bagaimanapun, #DearNajib pula, yang dimulakan beberapa hari sebelum ini, masih mendapat perhatian ramai dengan berada di tempat ketiga.

Orang ramai juga masih mengikuti dengan rapat perkembangan kes kemasukan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini tergambar dalam apabila perkataan MACC, Sarawak Report dan Rahman Dahlan yang kini berada dalam kedudukan 15 teratas.

Datuk Rahman Dahlan, pengarah komunikasi strategik BN, kini antara pihak paling terkedepan mempertahankan Najib daripada dakwaan salah laku.

Sementara itu Facebook pula, semakin banyak laman menyokong SPRM muncul, terbaru “Rakyat Bersama SRPM” yang dalam masa singkat sudah disukai lebih 5,000 orang. -mk

Ribuan nyatakan sokongan terhadap SPRM di laman sosial

Kurang 24 jam selepas tertubuhnya kumpulan yang menggelarkan diri mereka "Rakyat Bersama SPRM" di laman Facebook, ia berjaya menarik penyertaan hampir 7,000 pengguna laman sosial.

Pengasas dan pentadbirnya, Azlan Sharif, 34 yang terkejut dengan sambutan itu berkata, pada mulanya beliau hanya menjemput 170 rakannya menyertai kumpulan itu yang ditubuhkan bagi menyatakan sokongan kepada perjuangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Secara jujur saya terkejut juga. Saya hanya kenal 170 orang yang saya jemput itu. Orang lain dalam kumpulan itu saya tidak kenal.

"Tetapi jelas sekali, orang ramai menyokong SPRM yang kini berdepan cabaran hebat dalam penyiasatannya terhadap rasuah dan salah guna kuasa," katanya kepada The Malaysian Insider.

Azlan, seorang aktivis sosial yang terlibat dalam kerja kemanusiaan dengan kumpulan seperti Orang Asli berkata, beliau memulakan laman Facebook Rakyat Bersama SPRM itu selepas pukul 6 petang semalam. – TMI









IKLAN BERBAYAR







6 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Negara dah hampir jahanam

Pasaran saham jatuh ke paras 1600 klci index

Matawang merosot 3.91 paras Anwar di pecat pada 2 sep 1998

Bond dah tak laku

Rating s&p dan fitch B- - -

Minyak mentah us 40 dollar

Kelapa sawit 1900/tan

Patutlah agensi kerajaan bergaduh dan bertelungkuh. Rupanya nagara dah jahanam !!!

Tanpa Nama berkata...

Kini SPRM tahu seluruh rakyat yang anti p0enyelewengan berdiri teguh memberi sokongan padu kepada agensi anti rasuah ini.

Dengan sokongan padu rakyat ini akan memulihkan semangat petugas SPRM dan juga menjulang tinggi moral mereka. Maka para petugas SPRM wajar membuka langkah baru dengan semangat baru dan jalankanlah tugas dan tanggunjawab kerana Allah.

Ambillah tindakan sewajarnya jika ada bukti. Jadikan sokongan rakyat sebagai sandaran untuk terus mara ke hadapan berlandaskan undang-undang.

Moto SPRM:
# Amanah dalam melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab
# Tegas menjalankan penyiasatan terhadap semua perlakuan rasuah secara objektif dan tanpa pilih kasih
# Adil bertindak secara saksama tanpa prasangka dan berat sebelah dalam semua keadaan berteraskan keluhuran undang-undang.

Tanpa Nama berkata...



Bagi pemimpin BN dan UMNO menyelamatkan Najib adalah memyelamatkan negara. Sekarang yang jahanam ia lah negara bukan Najib !!

Bangkit lah pemimpin-pemimpin dan para cendiakawan, bukan ini yang kita mahu kan.

Apa yang di buat oleh Najib sudah tidak boleh di perbetulkan. Sekiranya kita semakin jauh, susah kita nak balik kepengkalan. Ketika itu menyesal lah dengan bermacam-macam jenis menyesal pun, tidak ada erti nya lagi. Kerana ketika itu, kau tenguk muka aku. Aku tenguk muka kau. Sambil mencangkung mengenangkan nasib 'apa lagi selepas ini'.

Kita ambil keadaan sekarang, apa yang kita boleh buat untuk perbaiki kesilapan ini? Siapa yang ada formula untuk menyelesaikan masalah? Hutang dan pendapatan terlalu jauh beza angkanya. Menakutkan sekali.

Sekiranya PR 2.0 yang mengambl alih kuasa, satu-satu nya cara ialah merampas semua harta pemimpin BN UMNO. Itu pun kena ambil masa sebab kena ikut undang-undang.

Tetapi jika DSAI yang jadi Ketua Negara, insya-allah sebab satu masa dulu DSAI ada kata dia boleh meyakinkan rakan-rakannya di luar negara untuk membantu melabur di sini. DSAI telah membuktikannya di Selangor. Ini sahaja jalan penyelesaian nya.

Kita perlukan seseorang yang mampu memberi keyakinan kepada pelabur yang mempunyai cita-cita untuk kesejahteraan manusia yang sama dengan kita, bukannya se orang penderma. Jika Najib yang cehkai di dunia antarabangsa boleh dapat derma 2.6 billion, percaya lah Anwar boleh dapat lebih dari itu.

Malaysia hanya boleh di selamtkan oleh penghuni penjara Sungai Buluh. Buang kan rasa malu dan bersalah demi menyelamatkan Malaysia Tanah dan air kita.

(Kegawatan yang berlaku sekarang mungkin di sababkan oleh orang luar yang tidak suka pada Najib sebagai Perdana Menteri)


Kepada Allah kita kembalikan.





Tanpa Nama berkata...



Daripada suruh Najib bercuti, lebih baik pujuk Najib mengaku kalah.

Kita harap dengan sokongan rakyat ini, SPRM akan soal-siasat dan memujuk Najib dari pukul 5 pm sampai pukul 4.30 am tanpa henti. Dan pasti kan tingkap bangunan terbuka dan kamera keselamatan terpadam.

Dan kalau Najib di beri cuti, pergi memancing di Trengganu sebab bukan boleh pun ke luar negara.

Tanpa Nama berkata...

Kita hanya boleh tunggu PRU 14 nanti untuk mneghukum keseluruhan jentera UMNO kerana menjahanamkan negara.

Tanpa Nama berkata...

P.Mas dah bangun.
Rasa nya eluk dia tidur dari berjaga.
Dia nampak pandai bila dia pejam mata, tidur!