6 Ogo 2015

Tiba-tiba Pasukan Khas Siasat 1MDB Dibubarkan!

Tidak Perlu Ada Pasukan Petugas Khas - Peguam Negara

PETALING JAYA: Pasukan Petugas Khas yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi wujud.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan SPRM petang Rabu bagi menjelaskan pengumuman suruhanjaya itu pada 3 Ogos lalu yang dibuat tanpa melibatkan dua agensi lain yang menganggotai Pasukan Petugas Khas itu.

"SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara bahawa tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas.

"Sebaliknya agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing," menurut kenyataan itu.

Susulan arahan terbaharu ini, kata SPRM, tiga agensi berkenaan yang mempunyai pasukan petugas khas dalaman akan mengemukakan hasil siasatan masing-masing kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

"Pihak Peguam Negara akan membuat keputusan sama ada terdapat kes untuk didakwa di mahkamah ataupun sebaliknya," katanya.

SPRM juga menegaskan, Pasukan Petugas Khas dalamannya masih meneruskan siasatan kes SRC International dan sumbangan derma RM2.6 bilion.

"Sebagaimana telah disebutkan beberapa kali sebelum ini, SPRM menekankan bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan isu 1MDB, sebaliknya, siasatan keseluruhan kes 1MDB dijalankan pihak polis," katanya yang berharap orang ramai akan memahami bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan 1MDB. -mstar

Pasukan petugas khas 1MDB bubar, kata SPRM


Pasukan Petugas Khas peringkat tinggi kerajaan yang menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini dibubarkan dengan ketiga-tiga agensi utama diarah bekerja secara bersendirian, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan hari ini, agensi anti-rasuah itu cuba meredakan kebimbangan yang ia mengeluarkan kenyataan berhubung wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun perdana menteri tanpa penglibatan pihak polis dan Bank Negara Malaysia (BNM), yang merupakan komposisi asal pasukan petugas yang diketuai bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail .

"SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara Malaysia, tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas.

"Sebaliknya, agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing," kata suruhanjaya itu. Ia bagaimanapun tidak menamakan peguam negara yang mana satu yang dimaksudkan kerana Gani kini digantikan dengan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali minggu lepas.

Sejak penyingkiran Gani dari jawatan Peguam Negara pada 27 Julai, kedudukan pasukan petugas itu yang terdiri daripada Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan polis menjadi pertikaian dengan pengkritik mempersoalkan jika ia masih berkuat kuasa.

Dalam seminggu yang lalu, bagaimanapun, ahli pasukan petugas itu dipanggil untuk disoal siasat Bukit Aman mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin, orang keenam yang dipanggil, mengatakan beliau disoal berhubung draf surat pertuduhan terhadap Najib yang diterbitkan laman pemberi maklumat Sarawak Report minggu lalu.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairy turut ditangkap bersama Tan Sri Rashpal Singh, bekas penasihat SPRM, dan Jessica Gurmit Kaur, seorang pegawai Jabatan Peguam Negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan orang nombor dua SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull turut akan dipanggil pihak polis.

Terdahulu hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilaporkan sedang bercuti selama seminggu ketika ini.
-TMI


ULASAN GB

Tiba-tiba Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Menyiasat 1MDB dibubarkan.

Sungguh licik. Setelah dipecatnya TPM dan Peguam Negara, dilantiknya beberapa orang anggota Petugas Khas sebagai menteri dan timbalan menteri, sekarang dibubarkan pasukan berkenaan.

Ketara sangat ada pihak tertinggi mahu supaya isu 1MDB itu ditutup segera untuk mkenyelamatkan kedudukan orang tertentu.

Setelah sekalian banyak peruntukan wang rakyat digunakan untuk penubuhan Pasukan Petugas Khas itu bagi menyiasat skandal terbesar negara, tiba-tiba pasukan itu dibubarkan. Begitu mudah mereka menghabiskan wang rakyat. Kemudian perah lagi rakyat melalui GST dan sebagainya.

Kita yakin hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.

Pesalah sebenar erta yang bersubahat dengannya akan tetap terima balasannya. Itu harapan dan doa sekalian rakyat Malaysia.





IKLAN BERBAYAR







15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang berkenaan kena faham, pasukan petugas khas itu tidak mempunyai kuasa, bekas bendahari umno itupun tidak boleh mempastikan orang yang disyaki itu telah selamat, sebab yang benar-benar berkuasa adalah Allah SWT. Seandainya Allah hendak menjadikannya sesuatu maka jadilah ia, walaupun kita ada berpuloh pengawal, dilingkungi oleh tembok yang tebal tetapi antara Allah dengan kita tidak ada dinding pemisah akan begitu juga dengan kematian.....
Janji Allah itu benar belaka......

Malaysiabaru berkata...

Siapa AG baru?

Siapa Apandi Ali ?

Bekas bendahari pemuda umno Kelantan...

Apa lagi mauuu cakap..... Ini barang cap ayam meh... Siapa dengar kes rayuan liwat Anwar ??? cap ayam ni lah

Tanpa Nama berkata...

agung majlis raja2 tak boleh buat apa2 ke? ATM takkan nak tengok aje kebejatan ahli2 politik? Singapore dan batu putih terbang di takluk tanpa satu biji peluru tengok juga?

cam tu tak perlulah kapalselam, sukhoi, dan segala mcm senjata kalau kedaulatan negara boleh di jual dgn mudah.

dah berapa ribu kali ruang udara diceroboh oleh saf?

Tanpa Nama berkata...

betul juga tu...
meh kita kaji siapa penderma

singapura? hasil jual tanjung pagar
US? upah MH370 dan sain TPPA
china? hasil pelaburan felda yg diapung
perancis? hasil beli kapal selam
limbang apa cita ye?
kiram?

1MDB - ketua negara berniaga sebuah syarikat.

byk persoalan la.

Tanpa Nama berkata...

Budak Kampong keluar GUA semua di ingat nya BODOH

Apa nak jadi dah tua tua tak kenal KUBOR???

Sekongkol dgn Mat Bahalol pulak.

Tanpa Nama berkata...


TGHH kata tak masuk akal duit sebanyak itu (RM2.6B) masuk akaun peribadi jibby.

Tak masuk akal GHB boleh meraih sokongan. Bertahan dua tahun jer.

Fikir-fikirkan lah.

Tanpa Nama berkata...

Kenapalah si apandi ni mahu menerima jawatan tu...pencen tak cukup makan ke????. Dia tau tak yang dia sekarang masuk raga telur...kalau satu nanti pecah...telur dia pun pecah terbarai. Kan lebih baik menolak dan duduk beribadat sementara menunggu malaikat datang mencabut nyawa kau. Kalau jadi AG hanya untuk menyelamatkan najib dajal seorang penyamun dan perompak wang rakyat...pengkhianat kepada rakyat namanya!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya.parlimen bubar

Tanpa Nama berkata...

Semua siasatan SPRM harus diserahkan kepada AG untuk pendakwaan. Habislah...SPRM tak perlu buang masa siasat lagi.

Tanpa Nama berkata...

Dengan ujudnya Petugas khas ini, ianya tidak boleh menghalang siasatan PDRM atau SPRM atau Bank Negara yg di jalankan oleh agensi-agensi berkenaan.

Maklumat dan hasil siasatan agensi-agensi tersebut yang dijalankan secara berasingan adalah untuk kegunaan sendiri atau terpulang lah pada Bos jika ada keberanian mendedahkannya atau mengambil tindakan selanjutnya dimana ianya adalah sesuatu yang mustahil.

Adalah satu tindakan yang tidak tepat apabila SPRM jalankan siasatan ke atas Najib bukan sebagai Perdana Menteri. Najib sepatutnya disiasat sebagai se orang warga negara seperti mana penjawat awam yang lain termasuk lah semua rakyat Malaysia. Tetapi Najib telah diberi keistimewaan kerana dia orang politik dan pulak dari UMNO. Kes Anwar di siasat dan dibicara sebagai orang awam sedangkan pertuduhan dan penglibatan beberapa individu adalah atas sebab-sebab politik. Begitu juga Najib sebab akaun tersebut akaun peribadi Najib bukan akaun Kementerian atau badan-badan di bawah bidang kuasa dia.

SPRM buat kerja SPRM. PDRM buat kerja PDRM.

SPRM sebenarnya boleh siasat Pegawai PDRM kerana tidak segera ambil tindakan ke atas lapuran polis berhubung 1MDB atau lapuran dari Sarwak Report sebagai asas siasatan seperti mana Polis siasat dan tahan Pegawai SPRM.

Yang tangkap orang-orang SPRM dan seterusnya yang bakal menyusul seperti yang didedahkan iaitu Gabenor Bank Negara, tidak kena mengena dengan PDRM yang di lantik sebagai Petugas Khas. Polis-Polis ini bertindak atas arahan seseorang yang berkuasa. Sebab itu Petugas Khas di bubarkan. Ini kerana PDRM dalam Petugas Khas pun tidak ada kuasa untuk menyoal siasat sesiapa yang mereka rasa perlu di siasat.

Tetapi SPRM, Suruhanjaya, tidak perlu arahan dari Menteri jadi kedudukan Suruhanjaya lebih berkuasa. Itu sebab semua plot ini dikatakan sebagai satu sendiwara. Baik PDRM, SPRM atau Bank Negara, semua nya berakhir di tangan Peguam Negara yang akan menentukannya termasuk keputusan siasatan Petugas Khas ! Pi Mai Pi Mai...

Samada Petugas Khas atau siasatan secara berasingan, yang penting ialah tujuan nya untuk memastikan tidak ada salah-laku atau sebarang perlanggaran undang-undang negara. Tanggung-jawab SPRM ialah samada berlaku pecah amanah atau salah-guna kuasa dalam kes 2.6 billion ini bukan untuk selamatkan orang dari masuk neraka. Walaupun sebagai seorang Islam, tidak di nafikan kenyataan tersebut adalah benar tetapi yang perlu ditekankan ialah professionalisem SPRM itu sendiri.

Awal penubuhan Petugas Khas, berikutan pengalaman dalam insiden-insiden seperti NFC dan MH, ialah supaya dapat mengelak percanggahan maklumat dan menjaga isu-isu yang sulit. Tetapi ketiga-tiga agensi ini tidak dapat berkongsi maklumat atau mempunyai pandangan yang tidak sekata apabila campur-tangan ghaib.

Sebenarnya, kalau perkara ini tidak di jadikan sendiwara, samada Petugas Khas atau tidak (berasingan) tidak menjadi masalah. Tetapi adalah lebih baik siasatan secara berasingan kerana banyak pendedahan yang becanggah yang akan di temui, itu pun jika tidak ada rundingan sulit dalam bilik gelap. Masing-masing akan cuba menjadi yang terbaik apalagi apabila nama mereka sudah tercemar.

Nak sebut jugak disini, Anwar jugak yang berani ! Yang lain hanya boleh bermain-main dengan cucu.


Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Aku dah kata awal2 yang aku tak akan sesekali percaya apa2 kenyataan yang keluar dari jabatan2 yang dihujungnya ada huruf "M" - sprM pdrM uitM rtM... boleh bayangkan macamana Ramlee, Sudin, Aziz dan rakan sekelas menggelakkan murid yang menyatakan huruf "M" dalam kelas mereka dalam filem Pendekar Bujang Lapok... kah...kah...kah!

Tanpa Nama berkata...

Tengok rasa nak baca, baca sakit hati. Dibuatnya kita ni bodoh mcm pandir

Tanpa Nama berkata...

"Jihad yang paling afdhal adalah dengan berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.” [Riwayat at-Tirmidzi no. 2174, Abu Daud no. 4344 dan an-Nasa’ie no. 7834]

kalau membela orang zalim apa agaknya?

Unknown berkata...

Benar kata kata 6.04...huruf hunjung M tu memeang bahalol...rukun islam lengkap ke idak...rukun iman entah kemana...rukun negara mereka langar juga...apalah nak jadi...ini la bala yg allah turun kan...jgn la subahat ngan manusia munafikin la...bahalol oooo bahalol

Tanpa Nama berkata...

SSsshhhhhh...... Korang nih bisinglah..... kesian MP Temerloh dgn Pasir Mas yg tengah tido tu....