4 Ogo 2015

[VIDEO & GAMBAR] Tiada Keperluan Untuk Komen Tentang PAS Lagi - Mat Sabu (UPDATED)

Mat Sabu enggan komen apa-apa berkaitan PAS lagi

Pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menyatakan hari ini, beliau kini enggan mengulas apa-apa yang berkaitan dengan PAS.

Bekas timbalan PAS itu, lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu, berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seolah-olah berpihak kepada perdana menteri sejak kebelakangan ini.

"Itu kena tanya dia (Hadi). Kena tanya isi hati dia. Saya tak nak komen atas pandangan peribadi dia.

"Saya tak nak komen lagi hal PAS. Saya dah jadi ahli biasa," katanya selepas majlis 'Dialog Terbuka #Harapanbaru bersama Mat Sabu dan Pimpinan' di Kuala Lumpur hari ini.

Selasa lalu, susulan rombakan Kabinet, Hadi menggesa wakil rakyat PAS memerhatikan terlebih dahulu barisan Kabinet yang baru diumumkan sebelum membentangkan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat.

"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)... kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," beliau dilaporkan berkata.

Jumaat lalu, Najib memuji Hadi, menyatakan beliau menghargai sikapnya yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.

Sementara itu, pada majlis tersebut Mat Sabu dalam ucapannya berkata, umat Islam di dunia ini secara umumnya kelihatan hebat dalam perjuangan, tetapi apabila mendapat kuasa, gagal dalam pemerintahan.

"Kita melihat gerakan umat Islam perlu berubah di seluruh dunia, perlu berani membuat perubahan.

"Isu perkauman masih dimainkan oleh pemerintahan dan orang Islam sudah terperangkap. Parti Islam juga mudah terperangkap dalam isu perkauman," katanya tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.

Gerakan itu ditubuhkan oleh pemimpin PAS dari puak progresif dan golongan profesional yang tersingkir semasa pemilihan parti yang diadakan pada muktamar tahunan awal Jun lalu.

LAPORAN HIMPUNAN GHB WILAYAH PERSEKUTUAN

Majlis Ramah Mesra dan Taklimat Penerangan GHB Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur semalam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Dewan penuh sehingga ramai yang terpaksa berdiri di luar. Insya Allah rakyat bersama GHB dan rakan-rakan kami iaitu PKR, DAP dan NGO untuk merealisasikan hasrat kita menubuhkan kerajaan adil, telus dan peduli rakyat pasca PRU14 nanti.

















IKLAN BERBAYAR







16 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Apa tu Pas.... Siapa Pas...
Org dah lupa kpd pas... Expired... Not relevant... Out of date... Kuno.. Taliban...ortodok... Mullah Iran..

P.s sebentar tadi Iran setuju beli 80 boeing dari Amerika...

Aduh tok guru hadi Ping iaitu ayatullah mulloh iran dah berbaik dgn Amerika...

Di Malaysia hadi awe pin dah puji Najib ... Jadi ker projek bangsar dgn 1mdb? Oooo projected untung 1b oooi..

P.s siapa yg beli u.s Dollar mingu lepas dah untung jadi tolong derma kpd nloger pakatan 2.0 ( target rm4.80 = 1 Us dolar)

tanya sama itu hud hud berkata...

Bravo GHB!

Abdul Said berkata...

Saya setuju dengan kenyataan Bang Mat. Elok Bang Mat jangan sentuh hal diorang. Keadaan sekarang sedang meruncing. Amat tegang. Banyak tanda-tanda beberapa orang, jiwa mereka tidak stabil, fikiran bercelaru, kenyataan dikeluarkan tidak tentu arah. Elok Bang Mat diam. Kalau tidak Bang Mat mungkin boleh dituduh menyebabkan beberapa lebai dan ustaz menjadi mereng dan hilang ingatan. Namun bila GHB sudah menjadi parti politik Bang Mat perlu lah bersuara seperti yang diperlukan. Jangan kutuk sangat PAS tu manalah tahu tiba-tiba satu wabak penyakit menimpa pemimpin-pemimpin mereka dan pemimpin-pemimpin baru pulak nak join pakatan baru jadi taklah bercelaru dan harubiru!!!

omar daud berkata...

Salam semua:

Sambutan rakyat ,Nampak kesamaan gerakkan reformasi 1998 dulu di KL,Pimpinan terdahulu yg berceramah adalah x-umno issue2 yg dibangkitkan terlalu memusat pada "KEBENCIAN/maki hamun" dan tiada halatuju,disiplin tata-kerja yg hendak diberi pada audian.Tapi di masa kini,lebih membentuk pada jati-diri,disiplin,akhlaq,pendidikkan dan halatuju yg jelas.Dipimpin pula oleh "Pemimpin-pemimpin proven track record".Insyallah pemimpin-pemimpin yg berani menegur,menasihati ahli-ahli,dan menjadi tauladan pada audian/rakyat akan beroleh keberkhatan.

GO GO GHB
KIPIDAP
AMANAH,PROGRESSIVE,PEDULI
WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum muktamar suruh tubuh parti sendiri TAPI lepas muktamar puak dan suku Pas meroyan pula...why why why > SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

Tanpa Nama berkata...

Tentu Hj Hadi geram bila Mat Sabu tidak memberi apa-apa komen lagi.

Yang sepatutnya memberi komen ia lah wakil rakyat PAS dengan memberi pandangan mereka masing-masing mengapa mereka setuju dengan Hj Hadi.

Kepada Hj Hadi, bye bye.

Tanpa Nama berkata...




Kepada wakil rakyat PAS, masa Najib makan komisyen kamu bantah dan lawan. Sekarang komisyen dah tukar jadi duit dari penderma, sah-sah masuk dalam akaun kamu hendak beri sokongan. Dengan hanya memerhati sahaja bermakna kamu menyokong.

Komisyen ada jugak lah benda dan barang nya walaupun tidak bermutu dan tidak boleh diguna. Tapi duit derma, untuk apa tujuan nya? Adakah Najib perlu menjalani pembedahan dengan kos yang tinggi? Adakah anak Najib perlukan bantuan untuk pendidikan? Adakah rumah Najib telah di hanyut banjir lumpur?

Tanpa Nama berkata...

Syabas ghb..terus bicara perihal rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Janganlah ikut resmi pas, semakin membusuk semakin mengutuk.Berdegar2 sesuatu yang mustahil tetapi bila diberi peluang bentang boleh pula elak dengan enjoy sakan makan sushi.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang siapa yg nak dengar ckp Hj Hadi. Kalau asyik bila Hj Hadi bercakap, Mat Sabu je yg kena jawab, Bila Mat Sabu buat tak tahu, siapa yg dengar biji butir yg Hj Hadi cakapkan? Ya, Hj Hadi cakap semua org 'hear' tapi no one is 'listen' to him. Satu hari nanti, Mat Sabu akan berkata ' Siapa Hj Hadi? Yang mana satu dia? Tak ingat lah'

Bila kebenaran dan keadilan berjalan, Hj Hadi akan menghukum diri nya sendiri.

Tanpa Nama berkata...



Kesudahan dari semua tindakan menyokong najib mendapat jawapan bodoh.

Tak payah susah-susah nak bagi komen.

Tanpa Nama berkata...

Peristiwa Nabi saw pernah mengalami krisis kepercayaan apabila terpaksa membatalkan mengerjakan haji, sehingga beliau tahalul atas nasihat salah seorang isterinya. Jika kekasih Allah pun mengalami peristiwa sedih ini, apa lagi kita manusia biasa tambahan lagi Hj Hadi sebagai pemimpin parti Islam. Istiqamah di kalangan ahli PAS penting kerana yg akan merosakkan Islam itu bukan sahaja kafir ttp kalangan Islam yg dangkal ilmu agama.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya apa yang dikatankan oleh anon 10.11 disebarkan dan menjadi suatu berita untuk ahli pas diluar bandar yang masih beku otaknya,semua penjelasan tadi bukan fitnah dan adalah kenyataan yang dilakukan oleh Presdng sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Bijak mat sabu mendiamkan diri dan tidak mahu memberi komen kerana dengan cara tidak mahu memberi komen lagi mentikasakan jiwa pemnpin Pas,biarkan mereka dengan lebai2nya,

Tanpa Nama berkata...




Pandai pulak masa ini rujuk kisah Nabi saw.

Nabi saw membatalkan mengerjakan Haji, tapi Hj Hadi tidak membatalkan bercuti ke Jepun semasa sidang Parlimen untuk pembentangan hudud. Hihi.

Yang sidangkal ilmu nya ialah menang jadi ketua sebab cai, orang yang suka buat u-turn dan orang yang selalu ponteng mesyuarat/parlimen.

Krisis kepercayaan Hj Hadi ialah dari kalangan orang Islam. Yang lebih malang ramai di antara nya dari kalangan pemimpin parti yang banyak berjasa.

Yang dangkal orangnya ialah menyamakan peristiwa Nabi saw dengan se orang yang di putus kan mahkamah sebagai pefitnah dalam kes pil kuda.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

hantu ni bila dia sergah org, org tu tk terkejut buat tktau je

memang frust sungguhlah hantu tu

biarlah hantu mengilai semahunya... GHB terus bergerak