21 Ogo 2015

Lebih 30 AJK PAS Kawasan Bukit Katil & Pemuda Hulu Langat Letak Jawatan

Hari ini jam 5 petang, PAS Kawasan Bukit Katil Melaka akan mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan perletakan jawatan oleh kepimpinan PAS Kawasan Bukit Katil dan cawangan PAS sekitar Melaka.

Sidang media itu akan diadakan di pejabat Moveact Academy. Taman Pengkalan Jaya, Bukit Katil Melaka. Gambar sebelah ialah AJK PAS KAwasan Bukit Katil di muktamar PAS yang lalu.

Difahamkan, seramai 13 orang AJK PAS kawasan diketuai oleh Yang Dipertuanya, Sdra Sofi Wahab, 8 orang AJK Dewan Muslimat dan kesemua (kecuali 2 orang) daripada Dewan Pemudanya akan mengisytiharkan perletakan jawatannya petang ini.

Perletakan jawatan kepimpinan PAS Bukit Katil merupakan satu kejutan dan satu tamparan hebat kepada PAS Negeri Melaka kerana Melaka yang memperolehi kemenangan sulongnya di dalam pilihanraya umum yang lepas iaitu DUN Bukit Baru melalui calonnya Dr Hj Md Khalid Kassim,

Sdra Sofi yang mengetuai saf kepimpinan PAS Bukit Katil ketika itu dan pemuda yang diketuai oleh Mohd Jauhar Mohamad Dawi merupakan tenaga penggerak utama jentera pilihanraya DUN Bukit Baru sehingga DUN itu telah mencapai kemenangan yang bersejarah tersebut.

Sofi yang sebelum ini oernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka selama dua penggal di bawah kepimpinan Sdra Adly Zahari pernah mempersoalkan tindakan Pesuruhjaya PAS Melaka yang baharu, Kamaruddin Sidek yang membuat perlantikan jawatankuasa Perhubungan PAS dengan tidak mengikut Perlembagaan.

Kesemua yang meletakkan jawatan akan menyertai Gerakan Harapan Baru Melaka yang kini dipimpin oleh Sdra Adly Zahari. GHB Bukit katil telah berjaya ditubuhkan dan kini dipimpin oleh mantan tokoh veteran PAS Melaka, Hj Bakrin Sidek

Di dalam satu perkembangan berkaitan, di Hulu Langat Selangor, 10 orang ahli jawatankuasa pemudanya telah mengisytiharkan perletakan jawatan mereka kepada PAS Kawasan Hulu Langat.

Mereka adalah terdiri daripada ketuanya, Mohd Burhanuddin bin Othman, Setiausaha Ahmad Firdaus bin M Zabidi, Pen. Setiausaha Muhammad Safuan bin Harun dan Afrodi bin Ali serta tujuh orang yang lain. (rujuk kenyataan di bawah).

Perletakan jawatan dari PAS dijangka akan berterusan di seluruh negara menjelang pelancaran parti baharu hujung bulan ini, atau selewat-lewatnya awal bulan depan.


PERLETAKAN JAWATAN KETUA PEMUDA DAN JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS HULU LANGAT

21hb Ogos 2015

1. Saya mewakili 10 Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Hulu Langat telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Penolong Setiausaha PAS Kawasan Hulu Langat.

2. Ahli Jawatankuasa yang terlibat adalah seperti berikut:

a. Ketua Pemuda
Mohd Burhanuddin bin Othman

b. Setiausaha
Ahmad Firdaus bin M Zabidi

c. Penolong Setiausaha 1
Muhammad Safuan bin Harun

d. Penolong Setiausaha 3
Afrodi bin Ali

e. Ketua Penerangan
Manzurul bin Safar

f. Penolong Bendahari
Ustaz Hafiz Othoman

g. Pengerusi Lajnah Kebajikan
Dr Muhammad Omar

h. Pengerusi Lajnah Pendidikan Politik
Ustaz Wan Saifullah Wan Abd Ghani

i. Pengerusi Lajnah IT
Abdul Halim bin Abdullah

j. Pengerusi UKJ Semenyih
Hafidz Samsol

3. Kami mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua yang membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang menggalas amanah ini.

4. Kami juga memohon maaf sekiranya ada salah dan silap selama berada bersama DPPKHL dan PKHL.

5. Kami berpendirian ini adalah penyelesaian dan jalan keluar terbaik kepada konflik yang berlaku khususnya kesan dari kempen agresif sebelum Muktamar baru-baru ini.

6. Kami berdoa agar diberi kekuatan oleh Allah untuk terus Istiqaamah dalam perjuangan Islam ini tidak kira kami berada di wadah mana sekalipun.

7. Kami juga mengharapkan agar ukhuwwah sesama sahabat-sahabat di dalam Pas berkekalan, walaupun kita berbeza pandangan dan pendekatan.

Sekian, Terima Kasih

MOHD BURHANUDDIN BIN OTHMAN








IKLAN BERBAYAR







16 ulasan:

Unknown berkata...

Sehingga tarikh keramat lahirnya AMANAH elok ada kerjasama agenda pengishtiharan keluar PAS. Setiap hari mesti ada satu majlis. Ikut turn. Hari ni di Perlis, esok di Johor, Lusa di Sabah, Tulat di Perak....satu demi satu.....pada hari pelancaran barulah yg berbaki letak jawatan serentak... Pasti hj Hadi gembira....gembira...

Malaysiabaru berkata...

Takebeer! Alahuakhbar

Teruskan teruskan teruskan.

Amin ya rabalalamin...

Matlamat kami dah berjaya... Hadi tak nak letak jawatang ker? Sayang jawatang di perangsang seks Selangor? 60ribu sebulan

Abdul Said berkata...

Atas sayalah hendak hadir tidak mahu hadir. .....gembira...gembira....

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih banyak2 kepada abdul hadi yang membuka kandang harimau. Juga kepada zuhdi yang mengecat huduh2 harimau itu.

Tahniah kepada mat sabu yang dapat tangkap harimau itu dan latih semula untuk kerja2 mengaum sudah cukup menggerunkan siapa sahaja.

Nanti harimau2 itu akan mula menangkap dan menggigit di tengah2 kl, baru korang tahu betapa bodohnya hadi yang melepaskannya. He,he he.

Tanpa Nama berkata...

Kita mesti walak kepada tuan president. Kalau tak suka....buatlah parti baru. Jadi kita kenalah berhijrah beramai ramai sebagai walak kepada tuan president. Tentu tuan president akan suka. Gumbira gumbira. Saya sangat bersetuju supaya penghijrahan dibuat secara berperingkat. Kalau boleh satu supaya hari hari tuan president gumbira gumbira sebagai tanda walak yang berterusan. Sayang tuan president. Muuuahhh.

Tanpa Nama berkata...

ISLAM itu...PASRAH nan indah
Pasrah sePASRAH7nya khadrat TUHAN
ISLAM hadir ke-UMBI masaalah?
Simpul MATI...dpt diLERAIkan


Menyerah PASRAH didasar HATI
Ilham-CAHAYA terang BENDERANG
Sulohan TUHAN kedasar AZALI
Menyuloh khianat FITNAH yg CURANG


Menyuloh khianat FITNAH dan ONAR
Musang berJANGGUT..kuda beSORBAN
Menyonglap MENCURI penyamun PINTAR
Mentekedarah-UMMAT...halalan'TOYYIBAN!?


Mentekedarah-UMMAT..Musang beSORBAN
London JEPUN 'makam' ber'UZLAH
Penyonglap PENYAMUN level IMAMAN
Sekali FITNAH...berjuta GHONIMAH



AMANAH?

AMANAH itu...SELFLESS hadirnya
Hanya TUHAN berTAHTA dijiwa
Bukan HARTA..NOBAT dan glamor
INTEGRITY-transparency to d highest ORDER

AMANAH??

Semutlak7nya DIA..mengawasi diri
Tak PERLU kan sesiapa..mnjd SAKSI
Tak "WUJUD" FITNAH songlap mencuri
Luasnya KASEH..."CINTA" azali..



AMANAH???


AMANAH itu....'mendakap' ILAHI
Walau SATU "sen" diPAGAR rapi
KERINGAT ummat...HARRAM dicuri
Sbnr7HUDUD itu...didasar HATI..


Sejujur7BUDI...seikhlas7JASA
Sbnr7'HUDUD...'mendakap' ILAHI
SYSTEM-universe to d highest ORDER
Kaseh-SAYANG...CINTA abadi..


Melihat yg RAMAI...dari yg'SATU
Kaseh-SAYANG..CINTA nan suci
LANGIT dan Bumi meNYANYI berlagu
FANA lah donia..SYORGA menanti


Melihat "SEMUA"...dari yg'SATU
Kaseh-SAYANG...CINTA abadi
SYSTEM-universe...erat meNYATU
WHOLELY 'didakapan' deen-'ILAHI..

Tanpa Nama berkata...

ISLAM itu...PASRAH nan indah
Pasrah sePASRAH7nya khadrat TUHAN
ISLAM hadir ke-UMBI masaalah?
Simpul MATI...dpt diLERAIkan


Menyerah PASRAH didasar HATI
Ilham-CAHAYA terang BENDERANG
Sulohan TUHAN kedasar AZALI
Menyuloh khianat FITNAH yg CURANG


Menyuloh khianat FITNAH dan ONAR
Musang berJANGGUT..kuda beSORBAN
Menyonglap MENCURI penyamun PINTAR
Mentekedarah-UMMAT...halalan'TOYYIBAN!?


Mentekedarah-UMMAT..Musang beSORBAN
London JEPUN 'makam' ber'UZLAH
Penyonglap PENYAMUN level IMAMAN
Sekali FITNAH...berjuta GHONIMAH



AMANAH?

AMANAH itu...SELFLESS hadirnya
Hanya TUHAN berTAHTA dijiwa
Bukan HARTA..NOBAT dan glamor
INTEGRITY-transparency to d highest ORDER

AMANAH??

Semutlak7nya DIA..mengawasi diri
Tak PERLU kan sesiapa..mnjd SAKSI
Tak "WUJUD" FITNAH songlap mencuri
Luasnya KASEH..."CINTA" azali..



AMANAH???


AMANAH itu....'mendakap' ILAHI
Walau SATU "sen" diPAGAR rapi
KERINGAT ummat...HARRAM dicuri
Sbnr7HUDUD itu...didasar HATI..


Sejujur7BUDI...seikhlas7JASA
Sbnr7'HUDUD...'mendakap' ILAHI
SYSTEM-universe to d highest ORDER
Kaseh-SAYANG...CINTA abadi..


Melihat yg RAMAI...dari yg'SATU
Kaseh-SAYANG..CINTA nan suci
LANGIT dan Bumi meNYANYI berlagu
FANA lah donia..SYORGA menanti


Melihat "SEMUA"...dari yg'SATU
Kaseh-SAYANG...CINTA abadi
SYSTEM-universe...erat meNYATU
WHOLELY 'didakapan' deen-'ILAHI..

Naazar berkata...

Ana akan rasa lebih GUMBIRA kalau najib pelawa PASCAI yg telah SESUCISYURGA berUG dengan UMNO/BN

Unknown berkata...

Sedikit masa lagi pascai akan dikenali sebagai pas hj hadi and the geng.( trg )

Unknown berkata...

Kabhie Kushi Kabhie Gham, sekejap gembira sekejap sedih. sekarang gumbira.., gumbira,,, kemudian akan berlaku episod sedih. Ahli ramai tapi yg nak buat kerja tak ada. Masa tu baru tahu air laut dalam ke cetek!

azren berkata...

Turunlah tuan guru hj hadi.....berilah org lain pimpin Pas....seeloknya TITM.....dibwh pimpinan anta semuanya hancur

Ahli pas mersing

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Hari demi hari ramai pimpinan Pas di peringkat cawangan dan kawasan meletakkan jawatan mereka. Fenomena ini menggambarkan betapa Pas sudah hilang kekuatannya. Kekuatan sesebuah parti terletak pada kuantiti ahli dan kualiti pemimpin. Presiden pernah menyarankan ahli-ahli yang tidak sehaluan dengan beliau untuk menubuhkan parti baharu. Bukan itu sahaja, ahli-ahli yang tidak sependapat dengan beliau sering dilebel dengan panggilan yang tidak lunak untuk didengar. Lantaran sikap presiden yang tidak mesra ahli, menyebabkan ahli-ahli memenuhi harapan belaiu dan berbondong-bondonglah mereka meninggalkan Pas dan berhasrat untuk menyertai Parti Amanah Rakyat.

Presiden dengan gembiranya menyimpulkan ahli-ahli yang meninggalkan parti sebagai satu proses pembersihan parti. Memang tidak dapat dinafikan ahli-ahli yang membuat onar dalam parti sewajarnya dinyahkan. Parti akan menjadi bersih. Bagaimana pula seandainya yang keluar parti adalah ahli-ahli yang berkualiti dan memegang tampok kepimpinan di peringkat cawangan dan kawasan? Jawapan paling mudah ialah Pas kehilangan ahli-ahli yang berwibawa dan yang tinggal dalam Pas adalah mereka yang "walaq" dan berpesepsi presiden mereka adalah maksum. Ahli-ahli yang sebegini memang disukai presiden, tetapi akhirnya parti menjadi lemah dan hilang penghormatan.

Unknown berkata...

"gembira..gembira.."kata presiden pas bila ditanya pemberita tentang ahli pas yg menyertai GHB.

Unknown berkata...

Kapal dah senget.janggut kapten dah tebelit kat stering..

Tanpa Nama berkata...

Kita berjuang islam buksn nk kuasa tapi nok kredhoan Allah . Kaloh xkesah asal bila ada ceramoh ramai beri derma . Pakak derma pakak derma . Pemimpin bahang elaun Mp 26K sebulan . Selamat berjuang Islam ala ulamak mssa kini

Tanpa Nama berkata...

Dia orang ini tersilap, Yang Hj Hadi suruh berambus keluar tu ialah Mat Sabu, Hatta, Dr Zul dan lain-lain dalam G18 bukan nya PAS Bukit Katil dan Hulu Langat. Hj Hadi sikit pun tidak bermusuhan dengan PAS Bukit Katil dan Hulu Langat.

Hj Hadi sungguh tidak sangka kerana mengikut kiraan jumlah yang keluar selepas muktamar ialah cuma 18 orang sahaja.

Ini baru yang istihar keluar secara resmi sebab masing-masing ada jawatan, yang ahli biasa yang akan ikut jejak mereka akan keluar secara senyap.