26 Ogo 2015

Lagi Letak Jawatan AJK PAS Kawasan, PAS Panik Kata Penganalisis...

19 AJK PAS Sri Gading letak jawatan

Ahli PAS dilihat terus mengumumkan peletakan jawatan dalam parti masing-masing secara berperingkat, terbaru di Sri Gading, Johor malam tadi melibatkan seramai 19 ahli jawatankuasa (AJK) kawasan itu diketuai Yang Dipertua Mohd Salleh Samad.

Salleh berkata, peletakan jawatan itu sama seperti ramai rakan yang lain, susulan keputusan mereka menyertai kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB) sebelum pembentukan sebuah parti baharu ekoran perpecahan dalam PAS.

Pengumuman peletakan jawatan itu dibuat pada satu sidang media jam 10.30 malam tadi selepas PAS kawasan Kota Raja, Shah Alam dan Kelana Jaya di Selangor berbuat demikian beberapa hari lepas.

Sebelum ini, 91 AJK PAS kawasan dan cawangan di Gelang Patah juga meletak jawatan masing-masing bagi menyertai GHB menjelang pembentukan parti baharu mereka, Amanah, yang dijadualkan dilancar secara rasmi 31 Ogos ini.

Malam ini, gelombang sokongan kepada GHB ini akan bergerak ke Perak apabila pemimpin PAS kawasan Taiping dan Bukit Gantang pula dijangka akan meletak jawatan.

Mengulas perkembangan ini, pakar sejarah Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata kepada The Malaysian Insider sebelum ini, GHB berjaya mencipta gelombang dengan peletakan jawatan beramai-ramai ini.

Beliau juga berkata, tindakan ini menyebabkan PAS panik dan membuat pelbagai tindakan untuk menghakis persepsi ramai yang lari dari parti itu.

Ini termasuk membuat kempen pendaftaran ahli PAS baru di peringkat negeri, khasnya di Selangor. -TMI


GHB cipta gelombang dengan peletakan jawatan dalam PAS, kata penganalisis

Gerakan Harapan Baru (GHB) setakat ini berjaya menghasilkan gelombang dalam sokongan yang diterima mereka melalui peletakan jawatan beramai-ramai ahli PAS kawasan yang berlangsung di seluruh negara, menurut penganalisis.

Namun begitu, Profesor Datuk Dr Redzuan Othman (gambar, kanan) mengingatkan, ia tidak akan bertahan lama dan mereka perlu memberikan fokus khusus kepada usaha meneruskan penampilan mereka dalam pentas politik Malaysia.

"Mereka berjaya hasilkan gelombang, tetapi tidak boleh dengan cara itu saja. Mereka perlu fokus dalam aktiviti mereka selepas ini dengan memperkenalkan apa yang mereka perjuangkan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pakar sejarah dari Universiti Malaya (UM) itu mengakui, tindakan peletakan jawatan dalam PAS secara berperingkat ini menyebabkan parti itu panik dan terpaksa membuat pelbagai program bagi menanganinya.

"Saya akui PAS memang panik dengannya. Sebab itu kita lihat banyak tindak balas daripada PAS," kata Redzuan, pensyarah sejarah UM yang juga bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya UM (UMcedel).

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kumpulan ini umpama "budak-budak merajuk" dan akan kembali kepada PAS selepas habis rajuk mereka.

Beliau mendakwa, keluarnya mereka adalah satu pembersihan kepada parti Islam itu dan gembira dengan apa yang berlaku.

Namun, tindakan PAS dalam menghadapi isu ini membayangkan sebaliknya.

Mereka kini mula memberikan reaksi agak berlebihan dengan membuat pelbagai program khusus untuk menghadapi perkembangan dalam GHB mutakhir ini.

Dalam mesyuaratnya pertengahan bulan lalu, Badan Perhubungan Negeri Selangor memutuskan menggerakkan kempen pendaftaran ahli baharu bagi membuktikan ramai yang mahu menjadi ahli PAS walaupun penyokong kumpulan serpihan itu keluar.

Mesyuarat itu memutuskan, setiap kawasan PAS di negeri itu dikehendaki mengumpul 500 ahli baharu dengan meminta setiap cawangan mendapatkan sekurang-kurangnya 15 dan setiap ahli jawatankuasa (AJK) kawasan mendapatkan 5 ahli baharu bagi mencukupkan bilangan.

Majlis pengisytiharan dan penyerahan borang ahli baharu itu akan dibuat setiap kawasan sempena Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 13.0) pada 13 September ini, 2 hari sebelum pelancaran parti baharu yang bakal dinamakan Amanah.

Mesyuarat itu memutuskan, Pihak 13.0 akan diadakan di Banting, Selangor bagi memberikan gambaran PAS tidak terjejas dengan tindakan GHB.

Mutakhir ini, penggerak dan penyokong GHB mula meletakkan jawatan namun mengekalkan keahlian mereka dalam PAS menjelang pembentukan parti baharu mereka.

Ia bermula dengan PAS kawasan Kota Raja 19 Ogos lalu, dikuti Shah Alam pada malamnya dan Kelana Jaya 23 Ogos lalu, di Selangor.

Pada 23 Ogos juga, 91 AJK PAS kawasan dan cawangan di Gelang Patah, Johor meletakkan jawatan masing-masing.

Pada 24 Ogos pula, 6 AJK PAS Batu Gajah diketuai Naib Yang Dipertua Omar Bakar, meletakkan jawatan.

Ia dilakukan secara baik dalam mesyuarat bulanan PAS kawasan Batu Gajah dengan kesemua mereka menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi kepada Yang Dipertua PAS Kawasan, Dr Nuri Al-Amin.

Mereka akan kekal sebagai ahli PAS sehinggalah keahlian gugur secara automatik selepas menyertai parti baharu yang dijangka diumumkan 31 Ogos ini dan dijadual dilancarkan secara rasmi pada 16 September, bersempena Hari Malaysia.
-TMI






ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




17 ulasan:

Ayah Man berkata...

Insya Allah

Abdul Said berkata...

Yang sebenarnya PAS tidak ada apa-apa masaalah dalam Pakatan Rakyat. Namun apabila jin-jin tanah, polong-polong, hantu kubur, pontianak, penanggal, jembalang dan hantu kopek mula merasok presidennya, maka presidennya pun naik sawan, tiba-tiba pitam, air lior meleleh, mata-mata berpinar, percakapan tak tentu hala dan mula bercakap sorang-sorang. Untuk memulihkan PAS, Tuan Presiden perlu berubat atau direhatkan. Segala jin-jin, hantu, pontianak, jembalang dan seangkatan perlu dibuang atau dibunuh. Selagi tindakan tidak diambil selagi itulah keadaan akan bercelaru dan akhirnya PAS hanya layak untuk zombie Kg Pisang!!!

My Kakak berkata...

Tahniah! Pengishtiharan berperingkat. Satu hari satu. Pada hari pelancaran AMANAH ianya dilakukan serentak keseluruhan baki yg sedang menunggu term. Adakan Rally nasional!

Tanpa Nama berkata...

Ayo Yooo....hari-hari ada letak jawatan kaaa? Tak pa...besok saya ingat
mau letak jawatan juga lah.

Tanpa Nama berkata...

Ayo Yooo....hari-hari ada letak jawatan kaaa? Tak pa...besok saya ingat
mau letak jawatan juga lah.

Tanpa Nama berkata...

Tak risau tak risau...gumbira gumbira...kah kah kah . Mabuk pil kuda

tanya sama itu hud hud berkata...

Bukankah ada sifu penangkap jin dan hantu dlm pas?

Tanpa Nama berkata...

Purapuranya
Gumbira gumbira
Ruparupanya
Kuciwa kuciwa
Pelakon terbaik 2015 anugerah piala parti ularmak semalaysia PUS

My Kakak berkata...

Bukan sahaja hj hadi gumbira sepatutnya ketua2 PAS yg lain turut buat doa kesyukuran kerana semua jebon2 telah muncul dan keluar.

Tanpa Nama berkata...

Dalam Quran, setiap pemimpin adalah amanah rakyat tidak kira apa jenis pangkat. Kalau pemimpin amanah kita sokong penuh. Kalau pemimpin tidak amanah kita mesti perbetulkan keadaan.

Untuk lebih mudah memahami perjuangan untuk rakyat sila lihat khazanah filem dunia Melayu kita sendiri :

1. https://www.youtube.com/watch?v=eCgCIpPNOZo

2. https://www.youtube.com/watch?v=X8yMYJ7CO9c

3. https://www.youtube.com/watch?v=BddCXJwHswA

4. https://www.youtube.com/watch?v=lIyl0ToTNUQ

Mata pena, skrip, filem dsb boleh menyedrkan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Tumpang tanya, teman ni org perak.. NIZAR masuk ghb atau Pas sbb ada org kata die ghb,ada juga yg kata die kekal pas.mana satu ni,kami org perak mmg sokong Nizar dan harap2 die masuk GHB..mintak penjelasan seaiapa yg ada info..

Tanpa Nama berkata...

Bertahan lama atau tidak, masa yang menentukan nya. Yang letak jawatan ini berpengalaman dan memainkan peranan yang penting dalam PAS.

Sekali pun PAScai menjalankan kempen daftar ahli baru, yang ganti tidak sama dengan yang dulu.

Akibat dari tindakan letak jawatan ini menyebabkan ramai ahli PAScai yang lemah semangat. Dari cari ahli baru lebih baik PAScai pulihkan semangat ahli PAScai dengan mandi air yang di jampi.

Seperti kata Hj Hadi, ramai yang mohon jadi ahli sampai 9000 orang dan yang telah didaftar ialah 6000 orang. Maka eluk lah setiap kali perletakan jawatan AJK untuk menyertai GHB, setaip kali itu lah PAScai buat majlis menerima ahli baru secara berperingkat-peringkat dengan jumlah 500 orang sahaja. Ini dapat menguatkan semangat ahli PAScai yang masih bersama Hj Hadi.



Tanpa Nama berkata...

Yg tukang tangkap pun keturunan jin jugak.

Tanpa Nama berkata...

Gumbira gumbira...hahahahaha...waaawaaaa..waaaaa..waaaaaaaa.waaaaaaaaaaaaaaa.waaaĆ aaaaaaaaaaaaaaaa.

Tanpa Nama berkata...

Nizar dah masuk GHB pun...dia org cerdik,buat apa duduk dlm pas setakat jadi tunggul kayu...pas sekarang pun dipimpin barisan tunggul2 kayu.

Tanpa Nama berkata...

Yg keluar dsn masuk jadi ahli cuma ckp mulut..rasa2nya rakyat dah cerdik..mrreka tak akan pilih pas yg jumud kolot...ahli yg tak istihar keluar pas tp sokong GHB pun dah terlalu ramai.

Tanpa Nama berkata...

Yeke.Alhamdulillah lega teman dengor