26 Ogo 2015

[VIDEO & GAMBAR] Sayangkan Negara, Turun Beramai-ramai Di BERS✔H 4.0

Abim seru umat Islam sertai Bersih 4, hapuskan kebangsatan

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyeru umat Islam agar menyertai himpunan Bersih 4 bagi menghentikan kebangsatan umat Islam yang khususnya kaum Melayu.

Presiden Abim Amidi Abd Manan berkata, ruang hak asasi manusia seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan perlu digunakan bagi tujuan menghentikan kebangsatan berkenaan.

"Keangkuhan dan kesombongan kepimpinan terhadap peringatan demi peringatan berkaitan rasuah, salah guna kuasa, penindasan, politik fitnah dan pembaziran tidak diendahkan selama ini.

"Abim menegaskan agar mesej dakwah ini tidak dicemari dengan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah dan melampaui batasan undang-undang.

"Sehingga melanggar prinsip demokrasi berparlimen seperti vandalisme, provokasi melampau dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amidi berkata kebangsatan dan kesialan sesuatu ummah atau bangsa adalah disebabkan kemungkaran yang bersarang dan berleluasa serta direstui segenap kalangan.

Katanya, umat yang terbaik didirikan dengan keberanian melaksanakan dakwah.

"Dakwah bermaksud menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Dakwah adalah komitmen yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah yang mengakhiri kebangsatan bangsa Arab terhina dibelenggu kemungkaran dan jauh dari kebaikan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Ahad berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.

Katanya, perkataan bangsat dipilih kerana tidak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan keadaan orang Melayu, yang akan cukup tertekan jika Umno kehilangan kuasa.

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau Umno hilang kuasa. Terbangsat... tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan," katanya.

"Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap." -TMI




Turun ke Bersih 4 satu patriotisme, kata NGO pesara tentera

Badan bukan kerajaan (NGO) pesara tentera menggesa supaya rakyat turun ke demonstrasi Bersih 4 pada 29 Ogos ini sebagai tanda patriotisme pada ketika negara berdepan dengan pelbagai krisis.

Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar menyifatkan mereka yang hadir ke demonstrasi hujung minggu ini sebagai seorang yang sayangkan masa depan negara.

"Mereka yang hadir pada demonstrasi pada hujung minggu ini adalah mereka yang sayangkan negara," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nazari berkata walaupun pada 31 Ogos adalah Hari Kebangsaan, ia tidak menjadi kesalahan kepada orang ramai untuk hadir ke demonstrasi besar-besaran anjuran Bersih 2.0 tersebut.

"Kita hormat orang menyambut Hari Kebangsaan tapi rakyat yang hadir pada Bersih 4 nanti juga berhak dan boleh dianggap sebagai seorang yang patriotisme.

"Mereka yang turun pada 29 Ogos ini nanti terdiri daripada mereka yang mengambil berat tentang krisis dan kemelut yang melanda negara ketika ini," katanya.

Menurut Nazari, sudah tiba masanya kerajaan mendengar suara rakyat bawahan dan tidak mementingkan diri sendiri semata-mata.

"Sudah tiba kerajaan mendengar suara rakyat, himpunan ini adalah aman dan bukannya satu rusuhan," katanya.

Nazari juga meluahkan rasa kebimbangan dengan keadaan ekonomi dan mata wang yang lemah dihadapi negara ketika ini akan memberi kesan buruk kepada rakyat.

"Dalam keadaan sekarang, ekonomi makin merudum kemudiaan ditambah pula dengan kenyataan daripada pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin yang mengatakan kita akan bankrap.

"Ini semua mengerikan kita, rakyat dalam terumbang-ambing. Mereka yang sertai demonstrasi nanti adalah lebih patriotisme tinggi kerana mereka ini bukan partisan,"
katanya.

Perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini bakal berlangsung di ibu negara dan penyertaan di beberapa buah negeri seluruh Malaysia dan seperti di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak serta bandar-bandar utama di seluruh dunia.

Tuntutan mereka kali ini ialah untuk pilihan raya yang bersih, kerajaan bebas rasuah, hak untuk membantah, memperkukuh demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi.

Sementara Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga hari ini mengumumkan himpunan Bersih 4 pada hujung minggu ini adalah haram.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata siasatan mereka juga mendapati Bersih 4 bergiat secara tidak sah dan mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.
-TMI



1,700 relawan GHB, DAP, PKR kawal BERSIH 4

Gerakan Harapan Baru (GHB), DAP dan AMK akan mengerahkan sukarelawan masing-masing, yang kesemuanya berjumlah 1,700 orang, bagi menjaga keselamatan himpunan BERSIH 4 pada Sabtu ini.

Sukarelawan itu terdiri daripada pasukan sukarelawan GHB - Amal Relief Malaysia (ARIF) seramai 500 orang, Unit Tindakan Khas DAP 500 orang dan SKUAD AMK 700 orang.

Antara tiga pasukan sukarelawan ini, ARIF paling menarik perhatian ramai kerana kebanyakan anggotanya merupakan bekas anggota Unit Amal PAS.

Ketua ARIF Juhari Osman berkata walaupun pasukan sukarelawan yang diketuainya telah tukar nama, namun kebanyakan anggota ARIF sukarelawan lama yang biasa menjaga perhimpunan.

Katanya, anggota sukarelawan ARIF akan berusaha menjaga keselamatan peserta himpunan dan membantu mengawal keadaan himpunan.

"Walaupun nama beza, tapi kami adalah orang yang sama," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Juhari Osman adalah bekas ketua Unit Amal PAS, dan kerap mengetuai Unit Amal PAS untuk bertugas dalam beberapa himpunan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Juhari berkata ARIF mempunyai 500 anggota setakat ini dan 70% daripadanya bekas anggota Unit Amal PAS yang kebanyakannya mempunyai pengalaman mendalam dan pernah bertugas dalam tiga himpunan BERSIH sebelum ini.

ARIF pakai baju jingga

"Anggota ARIF akan memakai baju jingga pada hari himpunan dan mula bergerak dari Masjid Jamek," katanya.

"Saya mengalu kehadiran semua rakyat ke himpunan BERSIH, kami berjanji akan memberi khidmat yang terbaik berdasarkan pengalaman kami," katanya.

Katanya, ARIF membuka keanggotaan kepada semua kaum dan mempunyai sasaran untuk mencapai 1,000 anggota pada akhir tahun ini.

Ditanya sebab meninggalkan Unit Amal PAS, Juhari Osman mendakwa Unit Amal PAS kini diikuasai ahli politik dan tidak dapat berkhidmat kepada rakyat secara terus.

"Kami tidak mahu budaya politik menguasai Unit Amal, maka kami terpaksa keluar kerana matlamat kami adalah untuk menjadi sukarelawan untuk rakyat," katanya.

Katanya, ARIF merupakan satu platform untuk mereka yang benar-benar ingin bekerja dan berkhidmat untuk rakyat.

Sementara itu, Ketua Unit Tindakan Khas DAP Eddie Ng Tien Chee berkata pihak anggotanya akan memakai baju merah pada hari himpunan.

Eddir Ng turut merupakan ADUN DAP Balakong, beliau berharap peserta himpunan dapat mengawal emosi jika menghadapi apa-apa provokatif semasa berhimpun.

Kawal emosi

"Kami ingin menegaskan perhimpunan yang aman, mungkin ada orang akan memprovokasi peserta himpunan namun saya menasihati peserta agar menahan emosi.

"Kami juga harap peserta dapat mengikuti arahan sukarelawan agar himpunan dapat dijalankan dengan lancar dan aman," serunya.

Katanya, Unit Tindakan Khas DAP adalah satu pasukan sukarelawan yang juga terlibat dalam pelbagai aktiviti bantuan bencana dan perkhidmatan sosial, selain bertugas dalam himpunan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi turut berkata SKUAD AMK akan mengerahkan 700 anggota untuk membantu dalam himpunan ini.

Ahli SKUAD AMK akan memakai baju uniform hitam pada hari himpunan.

"SKUAD telah menjalani latihan dan diberi taklimat berterusan tentang himpunan #Bersih4.

“Peguam-peguam AMK turut akan bertugas membantu pasukan guaman #Bersih4,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BERSIH 4 akan berlangsung serentak di tiga kota besar negara itu, iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching selama 34 jam sehingga detik 12 tengah malam Hari Merdeka.

Berdasarkan sambutan melalui sumbangan dana dan jualan kemeja t rasmi, ia dilihat sekali lagi bakal mendapat sambutan besar.

-mk













ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




8 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Insyllah dari kami 10 000 orang yang mahukan Malaysia baru !!!

Anak anak Kelantan terenganu Pahang di perantauan. !!!

Bersihkan MalaysiaL dari

Malapetaka kapal tak boleh selam, penyerang sulu, kapal hilang, kapal di tembak jatuh, Mongolia di bunuh, 1mdb, pemenjaraan Anwar, banjir besar, cincin 70juta, ringgit susut nilai, saham menjunam, bond tak laku, rusuhan kaum, pegawai di pecat, hakim di jual, pendemo di tangkap, rasuah di julang, menteri di buang, ahli umno di suap wang haram, bini jadi kepala negara...

Masyallah banyak ya ...
Tolong bersihkan !!!

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah selamatkan lah Malaysia.Berilah kami jalan dan kekuatan menempuh dugaan mu ini.

Tanpa Nama berkata...

Umno bodoh...Kumpulan merah terdiri dari budak yang tercicir sekolah atau iq yang lembab. Ketua mereka lagi hancur....Tak layak mereka ini bercampur dengan gen Y yang elit. Budak Sampah ! Badut merah genetik terencat !

My Kakak berkata...

Ya Allah selamatkan negaraku dari ombak tribulasi : kelumpuhan ekonomi yg bakal membuat ramai jd penganggur, kebuluran, serta kerumitan beraneka. Ya Allah bantulah mereka yg sedang menjadi benteng kami.. Go BERSIH go

Abdul Said berkata...

Encik Anon 11:28 PM. Tak baik kata orang bodoh yang dah memang bodoh. Macam kata babi kepada babi. Itulah standard budak-budak yang ditipu oleh nasionalis Melayu. Menganggor, kalau kerja pun kerja dengan usahawan Cina, kerja despatch spare part kereta, bunga, dreba van, berlonggok-longgok, kalau ada ijazah dan diploma pun tak laku lebih-lebih lagi kalau belajar dikolej orang UMNO. Tak de standard. Budak-budak ni kalau kerja kilang pun supervisor diorang ialah orang Bangladesh atau Indonesia!! Sebab tu bagi baju merah dan duit RM10.00 pun jadi je. Berani tak bertempat. Kalau berani buatlah demo kat Jinjang atau Jalan Kuchai Lama atau kat Kelang. Samseng taik kucing!!

Tanpa Nama berkata...



Setiap individu yang tidak mahu jadi warga Bangsat memberi sokongan kepada BERSIH 4 !

Anda sendiri lah yang menentukan nasib anda samada sebagai Bangsat atau tidak !

Dengan tindak-tanduk dan cara Najib menyelesaikan masalah sangat memalukan. Tidak ada satu pun manusia yang berakal di bumi ini yang tidak kena tempias di bangsatkan oleh UMNO !

Kepada Allah kita kembalikan.

Mr Oren berkata...

PAS Pusat mengatakan tiada kerahan ahli untuk hadir Bersih 4.0 dan tidak juga melarang. Banyak alasan diberikan. Tapi di peringkat kawasan, diadakan acara-acara lain pada hari yang sama dan arahan WAJIB HADIR dikeluarkan.

Di bawah ini adalah salah satu contoh arahan yang saya terima daripada satu kawasan di Selangor. Entah apa justifikasi mereka mewajibkan ahli hadir pada acara ala hari keluarga ini berbanding Bersih 4.0. Wajib bererti tak buat dapat dosa. Kalau tak berdosa di sisi Allah pon sudah tentulah bersalah di sisi organisasi. Ahli kawasan ini dikatakan berjumlah lebih 3 ribu orang dengan lebih separuh dikatakan aktif. Saya nak tengok berapa ramai yang mengikut arahan untuk bersukaneka di pantai tersebut. Saya juga mahu lihat apa tindakan terhadap ahli yang tidak hadir. Adakah setegas tindakan terhadap ahli yang menyokong GHB? Bila sesuka hati mengeluarkan hukum, kemudian tidak amanah melaksanakannya, insyaallah akan adalah balasannya. Setakat ini yang saya nampak selaku orang yang masih memegang jawatan dalam kawasan ini ialah ahli-ahli tidak begitu mengendahkan banyak arahan daripada kawasan khususnya kerja-kerja parti.

Peringatan!!!
��������������

HIMPUNAN KELUARGA PAS XXXXXX SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-58 ;

Tarikh : 30 Ogos 2015 (Ahad)
Masa: 7.30pagi - 11.00pagi
Tempat : Pantai XXXX XXXX
- Pelbagai acara santai turut dianjurkan..

- Tema = HIJAU

Semua Ahli-ahli Pas XXXXXX WAJIB HADIR dan digalakkan bawa sarapan tambahan masing-masing.

PAS KAWASAN XXXXXX
26 Ogos 2015

Tanpa Nama berkata...

Sertai Bersih 4 untuk menunjukkan ketaatan dan cinta kepada negara. Bebaskan negara tercinta kita daripada lanun-lanun Bugis. Sesiapa yang anti-Besih dan sokong Najib adalah pengkhianat dan harus dibersihkan. Pihak berkuasa yang enggan menghormati Perlembagaan harus dipecat dan dihumban ke dalam penjara apabila kerajaan baru terbentuk.