6 Ogo 2015

Ini Kerja Gila, Kami Yang Menyiasat Cari Kebenaran, Kami Pula Yang DItangkap!


Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disiasat polis Cawangan Khas selama lebih 3 jam di pejabatnya hari ini melahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap siasatan polis ke atas siasatan mereka terhadap operasi dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin berkata beliau juga terkejut apabila timbalan pendakwa raya (SPRM) mereka ditangkap polis di malam hari.

"Saya cukup kesal perkara ini berlaku kerana kami menyiasat dengan sepenuh hati siang dan malam bagi mencari kebenaran.

"Tiba-tiba DPP kami diambil pada pukul 1 pagi dan ia amat menghairankan kenapa boleh berlaku perkara sedemikian,"
katanya sewaktu ditemui wartawan selepas disiasat polis di pejabatnya di Putrajaya, petang tadi.

Bahri adalah sebahagian daripada pasukan khas yang menyiasat 1MDB.

Beliau turut melahirkan rasa curiga dengan individu lain yang dipercayai berada di belakang siri serbuan polis ke atas mereka yang menyiasat 1MDB.

"Saya rasa pihak polis tak akan buat kerja gila begini kecuali ada pihak lain memaksa pihak polis melakukannya," katanya.

Sementara itu, Bahri berkata siasatan polis terhadapnya petang ini dibuat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan berkaitan kebocoran dokumen yang didakwa sebagai "draf pertuduhan".

Beliau dipercayai merujuk kepada salinan gambar dokumen yang didakwa sebagai draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – satu perkara yang sudah dinafikan Jabatan Peguam Negara.

"Saya yakin sepenuh hati bukan daripada kami benda itu dan ia dihasilkan semula," katanya.

Satu pasukan, dipercayai daripada Bukit Aman, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 2.45 petang ini.

Bahri, yang tiba di pejabatnya jam 3.07 petang, kelihatan terkejut dengan kehadiran ramai petugas media di hadapan bangunan ibu pejabat itu.

Beliau diiringi ke dalam bangunan oleh pegawainya dan beberapa anggota keselamatan.

Sabtu lepas, polis menahan pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur dan bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh untuk disoal siasat berkaitan dengan kes itu.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Mereka dibebaskan pada malam yang sama apabila pihak polis gagal mendapatkan perintah reman untuk menahan mereka lebih lama.

Penangkapan Rashpal dipercayai berkaitan dengan laporan yang beliau ada menemui pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London.

SPRM bagaimanapun menafikan kebocoran dalam penyiasatan Putrajaya berhubung firma pelaburan negara yang dibebani hutang itu dibuat orang dalam agensi anti-rasuah itu.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob pada 21 Julai berkata Rashpal tidak mempunyai akses kepada siasatan berterusan yang dijalankan agensi itu kerana tempoh perkhidmatan beliau sebagai ahli lembaga itu berakhir pada Februari. -TMI


Demi Allah, saya akan cari dalang ke lubang cacing

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

"Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini.

"Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini, berlanjutan sepanjang hari raya baru ini.

"Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat.

“Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," beliau berkata.

Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

“Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

Bahri berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Difahamkan, individu yang disiasat termasuk orang nombor tiga dalam operasi khas SPRM, Roslan Che Amat, serta menyerbu pejabat mereka di Putrajaya, dipercayai berkaitan kertas pendakwaan bocor terhadap perdana menteri.

Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan bagi kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Polis setakat ini sudah menyiasat beberapa pegawai SPRM dalam operasi yang bermula awal pagi Sabtu lalu dengan penahanan timbalan pendakwa raya suruhanjaya itu, Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Kesemua penahanan itu dibuat ketika ketua peseuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sedang bercuti.

Bahri turut disiasat pada Isnin lalu.
-mk



Siasatan 1MDB Semakin Hilang Arah

Rombakan kabinet baru-baru ini menepati ramalan saya bahawa ia adalah untuk menutup skandal penjarahan duit rakyat terbesar dalam sejarah Malaysia. Lebih buruk apabila aparatus negara yang sepatutnya memelihara kepercayaan rakyat diragui penguatkuasaannya.

Contoh terkini ialah apa yang berlaku kepada siasatan PDRM terhadap SPRM amat mengecewakan rakyat sehingga SPRM terpaksa membuat solat hajat dan Ketua Pesuruhjaya SPRM terpaksa mengambil cuti rehat setelah beberapa pegawai tingginya disiasat.

Timbalan Perdana Menteri yang baru menggunakan kuasa PDRM untuk menimbulkan berbagai ugutan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyiasat akaun RM 2.6 bilion yang dikatakan milik Perdana Menteri Malaysia sekarang.

Tidak mengejutkan Malaysia akan mengalami krisis kepercayaan apabila institusi yang bebas turut menjadi mangsa ugutan hanya kerana mahu menjalankan siasatan bebas dan telus.

Saya mengharapkan pihak SPRM tidak gentar untuk menbenteras rasuah walaupun diugut untuk diambil tindakan. Jangan kecewakan kami hanya untuk menjaga seorang dua yang boleh menghancurkan kepercayaan rakyat kepada pemerintah hari ini.

Kembalikan Kepercayaan Rakyat!

Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia



SPRM solat hajat mohon keselamatan, kekuatan

Berdepan dengan 'dugaan' semasa warga kerja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini buat julung kali mengadakan solat hajat diimami timbalan ketua pesuruhjayanya, Datuk Seri Zakaria Jaffar.

Antara lain solat hajat itu diadakan bagi memohon kepada Allah supaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".

“Kami memohon kepada-Mu ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan tugas dengan sebaik-baik mungkin.

“Jauhilah kami dari perbuatan mungkar, berilah kekuatan kepada pejuang-pejuang rasuah ini supaya mereka dapat menyelamatkan diri dan keluarga mereka, organisasi, masyarakat terutamanya negara yang kami kasihi ini daripada dicerobohi perbuatan orang yang mengamalkan rasuah,” katanya membacakan doa selepas solat hajat Untukmu SPRM di Putrajaya sebentar tadi.

Majlis itu diadakan selepas solat Zuhur di bangunan SPRM itu disertai kira-kira 100 kakitangannya.

Mengulas lanjut tujuan solat hajat berkenaan, Zakaria berkata ia adalah amalan biasa bagi mereka namun pertemuan petang ini dibuat bagi memperbaiki kelemahan yang ada pada pegawainya.

Nak halang orang masuk neraka

“Sebenarnya kita buat secara berterusan secara individu tapi petang ini kita berjumpa dengan pegawai-pegawai SPRM untuk tengok dan perbetulkan (kesilapan) kita supaya Allah sentiasa memberi kebaikan,” ujarnya.

Mengakui tugas mencegah gejala rasuah sebagai besar dan berat, Zakaria berkata mereka berharap Tuhan memberikan anggota agensi itu kekuatan untuk melaksanakan tugas mulia berkenaan.

“Rasulullah kata memberi dan menerima rasuah akan masuk neraka. Jadi, (kami) nak cegah orang masuk neraka ini satu pekerjaan yang berat dan besar.

“Kita kena minta tolong daripada Allah supaya menunjuk jalan serta membantu kita melaksanakan tugas," katanya.

Polis semalam mengambil keterangan dari seorang lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tuan Roslan Tuan Mat berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan terhadap kebocoran dokumen sulit kerajaan.

Roslan adalah pegawai SPRM keempat yang disoal siasat berhubung kebocoran dokumen dalam siasatan membabitkan agensi milik kerajaan, 1MDB.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazalee Abdul Khairi ditahan pada pagi Sabtu dan disoal siasat lebih dua jam.

Sebelum itu, polis mengambil keterangan daripada Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Forensik SPRM IG Chandran, masing-masing selama tiga jam.

Polis setakat ini tidak memperincikan mengapa mereka menyoalsiasat para pegawai tersebut, tetapi difahamkan keempat-empat mereka terlibat dalam siasatan SPRM terhadap SRC International Sdn Bhd yang dikaitkan dengan 1MDB.
-mk



Tindakan Tangkap Pegawai SPRM Seolah-olah Laporan WSJ & Sarawak report Itu Benar

Tindakan kerajaan dan pengakuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai penangkapan beberapa orang untuk membantu siasatan berkaitan kebocoran maklumat 1MDB seolah-olah membuktikan laporan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report (SR) benar.

Blogger dan penganalisis politik, Shahbudin Husin, berkata jika maklumat yang disiarkan dalam media itu tidak sahih, maka apa sebabnya pembocor maklumat ingin dicari.

Menulis dalam entri blog terbarunya, Shahbudin membuat kesimpulan tumpuan siasatan yang sepatutnya mengenai kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, berubah haluan dan disusurkan ke arah mencari pembocor maklumat pula.

“Adakah ini yang menyebabkan saman terhadap WSJ terus tertangguh, manakala Sarawak Report hanya disekat dan The Edge digantung permitnya?” soalnya.

Beliau juga merasakan kes yang menyimpang daripada hala tuju asal akan membuatkan rakyat merasakan sudah tidak lagi penting untuk mengetahui hasil siasatan pasukan petugas yang dipimpin bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan usaha disasarkan terhadap pencarian pembocor maklumat.

“Bagi yang ingin mengetahui kebenaran, pasti turut tertanya-tanya, apakah setelah pembocor maklumat diketahui nanti, isu wang RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan Najib itu akan diteruskan siasatannya atau bakal disenyapkan begitu saja?” tulisnya.

Dia juga membangkitkan cadangan Suruhanjaya Diraja bagi menggantikan Pasukan Petugas Khas kerana dengan siasatan yang semakin melencong, ia (suruhanjaya) adalah pilihan terbaik untuk mencari sebuah kebenaran yang seakan-akan semakin kabur hari demi hari.
-FMT








IKLAN BERBAYAR







17 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Najib tak gila

Cuma hilang akal

Rosmah tak sewel

Cuma kurang siuman

Inilah cara org berpolitik putar belit situasi dan keadaan untuk memihak kepada mereka..

Kami tak siasat task Force kami cuma nak tahu siapa bocorkan kemaluan Najib kpd imum dan dunia... Ayat SB dan JSJ

Malaysiabaru berkata...

Apabila Najib menerima rm2b

Adakah Najib pengkhianat dan ancaman kepada keselamatan negara..

Apakah Najib perlu mengikut telunjuk penderma?

Tanpa Nama berkata...




Cantik punya skrip.

Tanpa Nama berkata...

sprm patut tutup kedai, menghabiskan beras sahaj.
kuasa di peruntukan untuk raayat.

Tanpa Nama berkata...

Macamana nak percaya, hasil siasatan SPRM pun kena maklumkan pada PM. Sejak bila pulak SPRM bebas dari PM?

Dalam keadaan Najib semakin teruk, tak mustahil adegan-adengan PDRM & SPRM adalah satu lakunan.

Memang betul kena tangkap dan kena soal. Semua nya real tapi digunakan sebagai sendiwara.

Sepatutnya SPRM jangan sebut draf pertuduhan ke atas Najib di hasilkan semula tetapi kata lah tanya lah Peguam Negara sendiri. Kalau dah nafikan, habis lah kelebihan yang ada pada SPRM.

Lagi satu, SPRM mengambil masa yang lama dan teragak-agak. Jika SPRM pantas tentu Najib dah kena cekup. Jadi siasat siang dan malam sepenuh hati pun tak guna, sebab begini lah kesudahan nya.

lagu tu laa berkata...

Inilah uniknya malaysia,sprm diberi amanah dan dpegang erat dikata salah malah ditahan pegawai2 sedangkan yg pecah amanah terlepas bebas.uniknya malaysia yg bercakap dan mempertahan atas prinsip kebenaran akan dianggap jenayah.uniknya malaysia ni yg tak boleh tangkap tu,itu yg nak sangat tangkap(clare sarawak report) yg tak boleh siasat tu dia nak sangat nak siasat(kes kt thailand) dalam negara sendiri pun setel,lintang pukang,pendekata ada nafsu,tenaga lemah. uniknya malaysia

Tanpa Nama berkata...


Memang kerja gila !!

Baru tahu ke?

Bukan hari ini gila sejak lembu duduk kondo dah gila.

Berapa banyak repot pasal pemimpin UMNO sebelum ini tak siasat, alih-alih yang Najib punya kena siasat. Tak gila nama nya !

Lagi gila bila duit masuk dalam akaun Perdana Menteri yang dah tentu-tentu salah mengikut undang-undang tapi SPRM boleh kata duit derma. Tak kerja gila nama nya!!

Salah ke tak salah duit yang begitu besar jumlah nya masuk dalam akaun Najib? Buat apa susah solat hajat ?




Tanpa Nama berkata...

Malaysia "The Bolehland.."

Tanpa Nama berkata...

Btlla kata kata kartunis zunar,malaysia darul kartun.semua dh mcm cter kartun

Tanpa Nama berkata...

Sshhhhh..... jgn bising-bising sangat.... Ahli Parlimen Pasir Mas dan Temerloh tengah tido.... kesian ke diorang tu.... (Khhaakkk ppttuuuiiii...)

Unknown berkata...

laaaaa takkan sprm tk faham2

negara ni memang undang2 terpilih, dr dulu rakyat dh tau

siapa jadi PM dialah maharaja zaman purba kala yg tk boleh disentuh langsung

tu sebb kita nk perjuang utk negara dipimpin PM yg beriman berilmu bijak adil dan penyayang mcm Erdogan

walaupun anwar dinafikan hak itu tp perjuangan akan berterusan dan pasti akan ada insan2 mulia yg akan dilantik Allah utk umat ini

buat masa ini yg pasti calon tersebut bukan dalam umnu atau PAS

kalau disebut erdogan sebagai contoh terbaik, maka golongan 'erdogan' dn anwarinas telah disingkir dari PAS.... bukankah kedua2 gelaran itu adalah nama2 tokoh agung zaman mutahir ini

insyaallah 'Erdogan' dalam PR2.0 atau dari GHB akan lahir

... untuk menghadapi Arrogant dlm PAS dan umnu

amiinnnn

Tanpa Nama berkata...

Style yg sama dgn Pas, fitnah, caci halau, akhirnya bersekongkol dgn musuh bersama! Nanti akan ada dlm Pas org macam kunan dan mat maslan.

Tanpa Nama berkata...

aku tak simpati pun dgn depa ni. mana pergi org no. 1 2? pakat ke? pdrm serbu masa depa ni cuti?

apa2 pun aku masih ingat korg yg menyebabkan kematian teoh dan sarbani...

Tanpa Nama berkata...

Bersyukur jugak lah tak kena buat terjunan gaya bebas di bangunan sendiri.

Apa makna nya SPRM nak soal-siasat Najib?

Dakwa je terus biar Najib jawab dalam mahkamah. Fakta dah cukup RM 2.6 billion masuk dalam akaun Najib tak kira lah duit tersebut dari mana walaupun dari Asia Barat.

SPRM sepatutnya siasat mengapa duit tersebut tidak di masukkan ke akaun proxy. Biasa lah Najib tak percaya orang UMNO tapi tak kan sahabat baru Najib, Haron Din dan Hj Hadi pun Najib tak percaya. Masa tu rundingan dan kerjasama sedang berjalan cantik. Jangan masukkan semua sekali bahagi tiga termasuk Rosmah.

Duit banyak macam tu perlukan se orang Akauntan dan Pengurus. Mustahil Najib boleh jaga duit keluar masuk melain kan duit tersebut masuk dua tiga kali dan keluar lima enam kali. Siasat lah orang-orang ini, bukannya Najib.

SPRM tak boleh dedah siapa penderma tetapi mengapa sebut Asia Barat? IS dan Taliban pun dari Asia Barat. Israel pun dari Asia Barat yang berkaitan dengan APCO !

SPRM tolong selamatkan PM Malaysia dari masuk neraka ! Oleh itu sebelum siasat tolong beritahu rakyat SPRM sudah ada salinan akaun lajer Najib. Kita perlu tahu selepas itu Najib derma kan duit tersebut kepada siapa. Sekali dengan soal-siasat bekas TPM.

Tanpa Nama berkata...

siapa pun kita, siapa pun mereka, siapa pun punya kuasa di Malaysia tapi Allah SesungguhNya Maha Kuasa.

Tanpa Nama berkata...

penderma?

pak man telo?

george soros?

illuminati?

rotchild&rockefellar?

mmmmm

Unknown berkata...

Suruhanjaya DiRaja perlu dibentuk utk menyiasat skandal 1MDB sekiranya kerajaan benar2 serius mencari kebenaran.