27 Ogo 2015

KDN & Polis Perlu Patuh Keputusan Mahkamah: BERSIH Tidak Haram

Baru-baru ini pihak KDN dan Polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan BERSIH pada 29/30 Ogos ini adalah haram sedangkan ia ternyata membelakangkan keputusan Mahkamah sebelum ini yang menyatakan BERSIH tidak haram.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai 2012 telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri waktu itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH waktu itu yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Datuk Seri Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2012.

Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram.

Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH.

"Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya.

"Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon pertama dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan."

Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya.

Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan).

Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.

"... Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH,"
kata Shanmuga.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am.

Hakim Rohana telah jelas menyatakan bahawa keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.

Sementara itu, seorang peguam pemohon, K. Shanmuga memberitahu pemberita dengan keputusan itu, BERSIH 2.0 bukan lagi sebuah pertubuhan haram.

Justeru itu sebarang kenyatan yang menyatakan perhimpunan BERSIH adalah haram adalah kenyatan-kenyataan yang menghina keputusan mahkamah.

Sementara itu mengenai ugutan dan ancaman polis untuk menangkap peserta BERSIH juga tidak sepatutnya berlaku. Negara kita ada undang-undang. Polis tidak boleh sembarangan melarang dan menangkap peserta perhimpunan kerana semasa perhimpunan BERSIH 2.0 mahkamah pernah memutuskan polis bersalah menahan dan menangkap beberapa aktivis.

Malah kerana tindakan polis menangkap sesuka hati, pihak kerajaan Malaysia telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar gantirugi kepada aktivis berkenaan.

Berikut ialah berita-beritanya:-


Bersih 2.0 - Mahkamah Putuskan Kerajaan Bersalah Tangkap Naib Presiden PAS


KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Ganti rugi itu adalah berhubung dengan kes saman yang difailkan oleh mereka selaku plantif terhadap tangkapan yang tidak sah ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di KL Sentral.

Sebelum itu Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus memutuskan bahawa rayuan kerajaan Malaysia terhadap keputusan saman kedua-dua plantif adalah dibenarkan berhubung ganti rugi sahaja.

Kedua-dua plaintif telah berjaya dalam tindakan saman mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan diputuskan ganti rugi sebanyak RM70,000 tiap seorang atas tangkapan salah dan tidak sah tersebut.

Kedua-dua plantif diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil Noor, Abdul Aziz Hamzah dan Surya Putra Taulan Rasul.

Manakala Kerajaan Malaysia diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Haron.



21 aktivis bebas tuduhan perhimpunan haram


Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini menggugurkan pertuduhan terhadap 21 orang peserta yang didakwa berhimpun secara haram dan tidak mematuhi arahan polis dalam perhimpunan sambutan tahun pertama Bersih dan vigil anti ISA pada November 2008.

Pendakwaan terhadap peserta gagal untuk membuktikan prima facie berikutan kegagalan pihak polis menunjukkan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam perhimpunan tersebut.

Mereka telah dikenakan pertuduhan dibawah Seksyen 27 Akta Polis yang jika disabit kesalahan membawa hukuman antara RM2,000 sehingga RM10,000 dan/ atau penjara tidak lebih dari setahun.

Pada awal tahun ini Seksyen 27 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman.

Dalam kenyataan ringkasnya, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, keputusan mahkamah tersebut menunjukkan bahawa kesemua 21 orang peserta tidak seharusnya didakwa.

“Saya juga ingin menegaskan dan berharap agar Peguam Negara tidak membuat rayuan bagi keputusan ini,” ujar beliau.

Menyifatkan keputusan ini sebagai tepat, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, “Keputusan mahkamah ini sebagai kemenangan kepada kebebasan berhimpun dan menunjukkan bagaimana undang-undang sebelum ini menindas.”

Antara yang bebas dari pertuduhan tersebut antaranya ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Exco Negeri Selangor Ronnie Liu, ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan Ahli Majlis MBPJ Tiew Way Keng dan yang lain ialah seorang peguam S Ashok Kandiah, Paulino Francesco Miranda, Mohd Khairul Anuar Mohd Jamil, Mohd Fasya Mohd Tajudin, K Thengaran, Ong Boon Keong, Goh Jin Kiat, Henry Hor @ Henry James Hor, and Goh Chien Yee, Johny Andu @ Abu Bakar Adnan, K Raman, G Ramish, Augustine Gan Liam Tee, Andrew Ng Yew Han, Lim Cheng Inn, Ooi Suan Huah dan Ambrose Poh Teik Huat,

Kesemua mereka dituduh mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di hadapan bangunan MBPJ pada 9 Oktober 2008 untuk sambutan ulangtahun pertama Bersih dan vigil anti ISA. -HD (19/09/2012)



Bersih 1: Mahkamah bebaskan Tian Chua, Mat Sabu


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu (Mat Sabu) dan Naib Presiden PKR Tian Chua daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa Bersih 1.0 pada November 2007.

Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Datuk Jagjit Singh Bant Singh dalam keputusannya berkata, kedua-dua tertu berjaya menimbulkan keraguan munasabah semasa memberikan keterangan berhubung insiden di hadapan Istana Negara.

Sementara itu Jagjit dalam hujahnya berkata, pihaknya bersetuju dengan keterangan bahawa Tian Chua (SD8) dan Mat Sabu (SD10) pada hari terbabit hanya berjalan kaki ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang diPertuan Agong (YDPA).

Malah, semasa kejadian mereka tidak dihalang polis untuk menyerahkan memorandum.

“Mereka berada dalam himpunan di hadapan Istana yang tidak dihalang polis sebaliknya polis bagi mereka masa untuk serahkan memorandum.

“Tujuannya bukan untuk memudaratkan, maka saya berpendapat kedua-dua tertuduh telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah tehadap kes pendakwaan,” kata Jagjit.

Unit Amal tidak bersalah

Hakim turut menerima hujah lima tertuduh lain yang bertugas sebagai Unit Amal pada hari itu tidak menyertai himpunan tersebut, tetapi hanya bertugas menjaga keselamatan peserta dan mengutip sampah.

Keputusan itu sekaligus membebaskan mereka daripada hukuman penjara maksimum enam tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967.

“Kami bersyukur dan berterima kasih atas sokongan rakyat.

“Saya berpendapat sebarang kes yang melibatkan himpunan yang tidak bersenjata perlu digugurkan.

“Peguam Negera perlu pertimbang semula untuk tarik balik kes perhimpunan aman yang berdasarkan Akta Polis terdahulu kerana sekarang sudah ada Akta Perhimpunan 2012,” kata Mat Sabu ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.

Sementara itu, Tian Chua berkata kemenangan ini membuktikan perjuangan rakyat menuntut pilihan raya yang adil dan bebas sejak enam tahun lalu bukanlah perkara yang sia-sia.

“Terbukti perjuangan Bersih sejak dulu tetap relevan dan kita akan teruskan sehingga matlamat memulihkan sistem pilihan raya terlaksana,” katanya.








ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak buat mcm mano jang

Usop Ali berkata...

Pemimpin bangsat...menghina melayu...

Tanpa Nama berkata...

Penganjur Bersih 4.0 tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan pada hujung minggu ini walaupun telah diisytiharkan sebagai haram kerana tidak memenuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736). Perkara itu dinyatakan pihak penganjur yang diketuai Maria Chin Abdullah kepada polis dalam perjumpaan kali kedua dengan pihak berkuasa tersebut di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini pada pukul 10.30 pagi ini. Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihak­nya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap peserta yang berdegil menyertai perhimpunan tersebut.“Dalam perjumpaan hari ini pihak penganjur sekali lagi gagal menyediakan dokumen lengkap untuk berhimpun kerana tidak mendapat kelulusan daripada tuan tanah iaitu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). “Sehubungan itu, semua mereka yang hadir iaitu Maria, Farhana Abdul Halim, New Sin Yew, Faridawati Saharun dan Abdullah Lockman dinasihatkan untuk membatalkan perhimpunan tersebut tetapi mereka tetap mahu mengadakannya,” kata­nya ketika ditemui pemberita selepas perbincangan de­ngan pihak penganjur selesai. Menurut Zainol, sekiranya pihak penganjur mengemukakan dokumen yang lengkap, pihak polis akan mengeluarkan notis membenarkan perhimpunan tersebut dalam tempoh 48 jam. Dalam pada itu, beliau membe­ritahu, pihaknya akan menempatkan pegawai dan anggota polis secukup­nya mengikut keadaan semasa sekiranya perhimpunan itu berlangsung. “Walaupun penganjur bertegas akan berhimpun secara aman dan bersurai pada 30 Ogos ini selain berjanji tidak akan mengganggu sambutan Hari Kebangsaan, kita tetap akan ambil tindakan kerana perhimpunan itu telah diisytiharkan haram,” katanya. Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa menegaskan bahawa perhimpunan tersebut haram mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012. Sehingga kini, katanya, pihak DBKL bertegas tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di sekitar ibu kota khususnya di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL serta kawasan sekitarnya.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

PDRM dilihat sebagai entiti mempertahankan kerajaan yang memerintah. PDRM sudah hilang wibawa sebagai entiti penguatkuasaan undang-undang. Lantaran Najib adalah PM Msia, maka segala arahan beliau akan dipatahui oleh PDRM. Memang rakyat sedia maklum bahawa ramai anggota PDRM terpelajar dan profesional, namun slogan "saya yang menurut perintaah" menjadikan mereka harus tunduk dan akur kepada arahan orang atasan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa Perhimpunan Bersih 2 yang dilakukakn dua tahun dahulu tidak menyalahi undang-undang negara. Semua tangkapan dan tuduhan yang melibatkan Perhimpunan Bersih 2 telah dibebaskan. Kelmarin Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata Perhimpunan Bersih 4 menyalahi undang-undang. Rakyat semakin keliru, institusi manakah yang yang mempunyai autoriti untuk memutuskan sesuatu pertikaian yang melibatkan undang-undang. Jawapan tepatnya ialah mahkamah, tetapi sejak mutakhir ini Ketua Polis Negara dilihat seakan-akan mengambil alih tugas Ketua Hakim Negara. Renung-renungkan!

Tanpa Nama berkata...

Mahkamah Putuskan Bayaran Gantirugi RM 50,000.

Kita buat ikut format Maharaja Lawak.

Kali ini memang sah-sah kalau kena tangkap dapat ganti-rugi wow !! Bersih bukan pertubuhan haram yang disahkan oleh mahkamah.

Jangan lepas kan peluang merebut ganti-rugi RM 50,000 yang di tawarkan setakat ini.

Dengan satu syarat, kelayakan terbatal sekiranya peserta sendiri yang masuk dalam lori berjaring.

Tanpa Nama berkata...

Yang Haram Bukan Bersih.

Yang Haram ialah Derma dan Billion.

Bukan sahaja pemerintah tidak menghormati mahkamah tetapi tidak taat pada titah Sultan supaya jangan membohongi rakyat. Rasa nya Hishamuddin ada ketika Baginda bertitah.

Pelik jugak Polis guna Akta Perhimpunan Aman dengan alasan tidak dibenarkan oleh DBKL. Polis bertindak atas perhimpunan atau menceroboh ?? Kenapa tak istihar KL darurat ?

Mustahil lah sebab hanya dokumen tak lengkap Polis tidak benarkan perhimpunan. Berapa ratus dokumen yang kena di kemukan ? Seratus ? RM 2.6 billion pun tak perlu dokumen pun boleh masuk dalam akaun Najib..cit pohrah.

Kerana kita masuk 'tempat orang', jadi kita hormat lah kepada Polis dan Pegawai DBKL yang menunggu kita di Dataran. Sekurang-kurang nya beri lah senyuman pada mereka yang memandang kita. Dan pihak Polis pun kena lah hormat rakyat yang datang dengan letakkan lori gas pemedih mata di tempat tersorok.

Ada juga sesekali tenguk berita tapi tak pulak ada peniaga buku dan kain yang di temubual mengatakan perniagaan mereka rugi sebab di adakan perhimpunan. Kalau betul, kenapa ya??

Tanggung Jawab Menjaga Negara Adalah Tanggung Jawab Bersama.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa polis memerlukan kebenaran tuan tanah atau milik kawasan untuk perhimpunan apakah dewan bandar raya itu bukan hak milik rakyat yang membayar cukai apakah tanah dan kawasan yang akan dibuat perhimpunan itu hak milik persendirian majlis dewan bandar raya adakah kuasa yang dipertua seorang saja kat pemutus untuk membenarkan pengunaan kawasan perhimpunan itu nampak sangat ketololan penguasa yang dilantik oelh najib sama saja menteri dalam negeri yang dipilih untuk ganti TSMY,harap saja kelulusan ekedami tinggi tapi tiada berfikir secara seorang islam yang boleh berfikir secara islam.

Malaysiabaru berkata...

Turun !

Turun !

Turun !


2 juta orang


Guling secara demokratik


Jadilah sebahagian dari sejarah negara

dhoif berkata...

Bloger malaysiabaru ni brhati2 dgn dia,komen dia mnghasut,bersih tidak gulingkan kerajaan,tp perhimpunan,tgk blk tajuk utama matlamat bersih

Tanpa Nama berkata...



Kenyataan pemimpin BN bahawa akan berlaku kekacauan oleh anti Bersih adalah tidak masuk akal. Kewibawaan dan kehebatan PDRM di perlekehkan oleh pemimpin BN dimana sebelum ini beberapa siri Bersih tidak berlaku tidak berlaku kekecuhan walaupun ada khabar angin akan di ganggu oleh sekumpulan kecil oleh belia-belia bangsat.

PDRM pernah mengetahui beberapa senjata yang tersembunyi berhampiran lokasi perhimpunan dua hari sebelum tarikh perhimpunan !!

Polis jugak pernah membuat dakwa melalui akhbar tempatan bahawa beberapa pemimpin muda disyaki memiliki cocktail dan senjata merbahaya untuk di bawa ke perhimpunan.

Kedua-dua senario tersebut tidak pulak sampai menjadikan atau tidak menimbulkan cadangan untuk darurat !!

Kumpulan anti Bersih mudah di kenali kerana jumlah mereka tidak ramai dan mudah di kawal oleh Polis. Sebelum ini bukan tidak ada provokasi dari kumpulan anti Bersih malah Ketua Pemuda UMNO sendiri memimpin kumpulan tersebut.

Rakyat yang hadir pada perhimpunan Bersih tidak akan layan peserta yang membuat provokasi. Malah peserta tersebut akan di boo kerana di syaki sebagai ejen UMNO atau akan di tegur oleh rakan mereka sendiri.

Pernah dalam satu perhimpunan, ada beberapa kumpulan yang berbaju hitam telah menimbulkan kekecuhan sehingga mencederakan wartawan. Wajah mereka disiarkan terang-terang oleh akhbar dan lapuran Polis pun telah di buat. Adakah ahli kumpulan yang dikenali itu di tangkap dan di dakwa ?

Keadaan lebih panas dengan berlaku nya serang menyerang dengan balingan objek keras sehingga berlaku kecederaan semasa penamaan calun namun dapat dikawal oleh PDRM.

Kemarahan dan kekeciwaan rakyat akan sedikit lega sekiranya Polis berlaku adil dan memberi kerjasama. Musuh kita bukan Polis dan musuh Polis bukan rakyat !

Dan adalah satu tindakan yang paling bodoh sekiranya di istihar darurat ketika negara menyambut kemerdekaan.

Dan dari satu sudut lain, lebih baik darurat dan perhimpunan di kawal oleh Tentera. Alasan timbul huru-hara seperti Bangkok tidak timbul kerana jumlah penyokong Bersih lebih ramai dari anti Bersih. Sedangkan di Bangkok jumlah hampir sama banyak. Ini bermakna keselamatan penyokong Bersih lebih terjamin.


Abdul Said berkata...

Orang Melayu Malaya bila berkuasa, dengan orang Melayu rakyat biasa bolehlah tunjuk samseng. Dengan bangsa lain hulur sikit sen, dah kelabu mata. Kuasa orang Melayu boleh dijual beli. Tengok tindakan hero-hero kampung orang Melayu. Kalau dengan orang lain menikus, tak tentu hala,tak berani angkat muka. Dengan orang Sulu pun tak boleh settle dengan yang lain jangan ceritalah. Perairan kita orang keluar masuk je macam kita takde kuasa. Nelayan asing dan tentera laut asing. Kita tengok je. Setakat pukul orang tak bersenjata kat depan Sogo bolehlah. Cuba tengok kalau berani lawan navy Chin ke atau navy Indonesia!!

Tanpa Nama berkata...

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Mohamad bin Haji Labu mengulangi gesaan supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memantau semua laman web yang menyiarkan laporan berita yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
"Seperti yang telah saya katakan, SKMM akan memantau semua laman web dan akan mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang melanggar undang-undang," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini.
Abe Mat diminta mengulas mengenai notis dalam laman Facebook SKMM awal hari ini bahawa SKMM akan menyekat semua laman web yang menyiarkan dan menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 4.
SKMM membuat keputusan itu atas alasan bahawa laporan seumpama itu boleh mengancam kestabilan negara.
Pada Selasa, Mat Labu dipetik sebagai berkata bahawa GHB tidak akan menyekat menara telekomunikasi di pusat bandar semasa perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini.
Bagaimanapun, katanya SKMM akan memantau semua blog dan laman web yang menyiarkan mengenai perhimpunan itu.

Tanpa Nama berkata...

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak akan melindungi pekerja yang ditimpa kemalangan ketika menyertai perhimpunan haram yang diadakan esok dan Ahad ini di ibu negara.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, perhimpunan tersebut telah pun diharamkan oleh pihak polis dan menjadi satu kesalahan jika ada pekerja yang didapati menyertainya secara sukarela.
"Berdasarkan undang-undang yang ditetapkan, Perkeso hanya melindungi pekerja yang terbabit dalam kemalangan ketika bekerja selain ditimpa kecelakaan dalam perjalanan pergi serta pulang ke tempat kerja masing-masing.
"Melainkan jika mereka ditugaskan atau terperangkap dalam perhimpunan, itu kita akan lihat menerusi akta Perkeso.