2 Ogo 2015

[VIDEO & GAMBAR] Himpunan #TangkapNajib Bertukar Menjadi #TangkapRakyat

Protes #TangkapNajib diteruskan, ramai ditangkap ingkar amaran polis

Dua ahli Parlimen pembangkang ditangkap hari ini selepas tidak mengendahkan amaran polis untuk bersurai berhampiran kompleks membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur hari ini, menjelang protes #TangkapNajib petang ini.

Wail rakyat PKR itu – ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing – ditahan pukul 2.20 petang selepas mereka tidak mempedulikan arahan polis yang sudah mula mengambil tindakan terhadap peserta protes itu.

Kehadiran begitu ramai pihak polis dapat dilihat dengan kira-kira 80 anggota ditempatkan di sekitar kompleks membeli-belah popular itu di mana para peserta perhimpunan sedang berkumpul.

Dalam masa yang sama, lebih ramai orang ditangkap, sebahagian besar daripada mereka dikatakan aktivis.

Peserta protes juga dilihat membaling mercun dalam tindak balas mereka kepada polis dan ini menyebabkan beberapa kedai berdekatan terpaksa menghentikan perniagaan mereka.

Sumber berkata, polis juga menghentikan mereka yang memakai baju-T putih di stesen LRT Raja Laut yang berdekatan bagi menghalang mereka menyertai perhimpunan di Sogo itu. -TMI


#TangkapNajib: Aktivis ditahan polis

Auntie Bersih - wanita warga emas yang dikenali ramai dalam kebanyakan perhimpunan - atau nama sebenarnya Anne Ooi, adalah antara penunjuk perasaan ditahan polis di Kuala Lumpur hari ini.

Turut ditahan, pembantu Ahli Parlimen Klang, Jay Jay Dennis.

Seorang lagi peserta ditahan kerana didakwa melontar mercun ke arah pihak berkuasa.

Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen berkata, dia terkejut kerana polis memulakan penahanan sebelum perhimpunan bermula.

Pada jam 1.30 petang, hampir 100 anggota polis dikerah bertugas di kawasan pusat beli-belah Sogo yang menjadi pusat perhimpunan berkenaan.

Turut dilihat, tiga trak dan sebuah van polis - biasanya digunakan untuk mengangkut tahanan - diletakkan di depan kompleks berkenaan.

Pagi tadi polis menyatakan akan bertindak terhadap penganjur serta peserta perhimpunan #TangkapNajib.

Antara individu ditahan polis ialah aktivis anak muda Adam Adli Abdul Halim, Mandeep Singh dan Shukri Abd Razab.

Seorang lagi aktivis Hishammuddin Rais turut ditahan tengah hari tadi.

Menurut Hishamuddin, dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wang.

Himpunan #TangkapNajib dianjurkan oleh kumpulan Demi Malaysia bagi mendesak perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ditangkap kerana didakwa terbabit dalam rasuah serta salah guna kuasa.

Turut hadir, Adun Teja, Chang Lih Kang, dan Simpang Pulai, Tan Kar Hing.
-mk



















IKLAN BERBAYAR







8 ulasan:

Awanama berkata...

Tengok! Inilah akibatnya menentang najib rosmah. Sudah diberi amaran berkali2 masih hendak demo juga. Asyik2 orang itu jugak tunjuk berani konon..

Mana yang lainnya? Sebenarnya kamu rakyat malaysia adalah penakut lagi bodoh. Jangan cuba2 tunjuk berani. Sayangi keluarga kamu.

Najib rosmah sekarang bersedia dengan seluruh kekuatan yang ada untuk berhadapan dengan kamu, rakyat bodoh tidak reti bersyukur. Betapa ramai yang datang pun akan segera ditumpaskan.

Kamu rakyat bodoh dipersilakan melawan sekuat2nya. Najib rosmah tidak gentar. Lagi ramai kamu datang, lagi cepat kamu akan dikenali dan dihapuskan. Phuiii..

Rakyat penakut dan bodoh. Kamu gagal. Najib rosmah yang benar dan perkasa.

Awanama berkata...

Ini semua dalam ilmu Allah...kata hadi.kahkahkah

Awanama berkata...

Komen dr pengampu dn hati yg gelap..kesian

Awanama berkata...

lain kali kalau nak buat himpunan
#tangkapnajib buatlah besar-besaran.
ini kecik aje, senanglah polis tangkap.
buat disemua ibu negeri mesti polis kantoi.
buat serentak
di kuala lumpur
seremban
melaka
johor bahru
kuantan
kuala trengganu
kota bharu
kangar
alor setar
pulau pinang
ipoh
kuching dan
kota kinabalu.
barulah ada uuummmnya...
tengok, berapa ramai polis boleh tangkap.

Awanama berkata...

HIDUP MAKAN MINUM ENJOY SAKAN ANAK BINI DENGAN GAJI CUKAI DUIT RAKYAT

SEKARANG NAK ANIAYA RAKYAT BALIK

GIGIT TANGAN SUAP MAKAN PULAK

Apa nak jadi Orang Orang Melayu ZAMAN MAT MONGOL ini ??????

Tak takut KIOK dan SEKSA KUBOR ke ????

Awanama berkata...

Bukan pengampu tapi perogol bersiri,dia ingat kekuatan tu dtg dari najip rosmah,satu hari ko pasti tumbang,dan sehina2nya,,,biawak,SARKIS,ia tetap spesis lrg taib...hi.hi

Awanama berkata...

aku nak tambah
buat serentak juga di
london
paris
washington dc
sydney
jakarta
bankok
manila
kaherah
dan dimana saja terdapat
ramai rakyat malaysia menyokong
himpunan #tangkapnajib.

Awanama berkata...

Sebagai abdi kepada Allah swt - aku hanya mampu menukilkan ayat Al Qur'an : Surah Hud Ayat : 113 - bermaksud "Jangan Kamu Cenderung Hati Kepada Orang Orang Zalim -Nanti Kamu ( Seluruh Zuriat mu ) Disambar Api Neraka " .

Selalunya kita beranggapan Api Neraka hanya ujud diakhirat - sebenarnya kita telah dipesongkan dengan erti sebenar ayat Al Qur'an .

Pembalasan didunia pasti (tunggu akan sampai waktunya) manakala pembalasan di akhirat kekal abadi.

insaallah setiap kejahatan dan kezaliman - bermula dan berakhir atas kehendak Tuhan Maha Perkasa . Manusia pastinya menuju kematian , membawa amal baik dan amal jahat sebagai saksi di hadapan Rabbul Jalil.

Jangan kita merasa kecil , kecewa , resah gelisah - hadapkan wajah mu ke Rabbul Jalil untuk menyampaikan rintihan kepedihan hati mu .

Aku yakin 100 % Rabbul Jalil tidak akan menolak rintihan mu .

Solat dan Doa adalah senjata mukmin paling ampuh untuk mengalahkan musuh.


Ya Allah Ya Rabb - Kami hamba - hamba MU telah ditimpa musibah atas perbuatan tangan tangan zalim terhadap kami . Kami mengadu dan memohon Keperkasaan Mu semuga membela kepahitan yang kami hadapi ketika ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin.