Dari penjara, Anwar seru wadah baharu kekalkan semangat Pakatan
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar wadah baharu yang menggantikan Pakatan Rakyat (PR) menggembleng rakyat pelbagai fahaman untuk terus bersama membina negara.
Menurut bekas ketua pembangkang itu, wadah baharu perlu bersifat lebih menyeluruh dan mengangkat martabat semua orang di Malaysia.
"Dengan muafakat baharu ini, kita perlu menjana perubahan dengan wadah yang lebih kukuh dan utuh – menggembleng tidak sekadar wadah parti malah wadah rakyat yang lebih inklusif, mencakup semua kalangan yang setia pada semangat perjuangan memartabatkan setiap insan di negara Malaysia tercinta," katanya dalam satu kenyataan dikirimkan PKR hari ini.
Beliau turut menyeru wadah baharu itu mengekalkan semangat PR walaupun ia tidak lagi wujud secara rasmi.
"Perkembangan mutakhir yang bermula dengan bibit keretakan, kini mengakibatkan wadah formal PR tidak wujud lagi.
"Namun, saya tegaskan yang semangat dan dasar bersama disepakati PR tetap kekal malah semangatnya perlu ditingkatkan," kata Anwar.
Beliau yang kini merengkok di penjara selama 5 tahun kerana meliwat pembantunya menyampaikan amanat itu menerusi Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang juga merupakan peguamnya. -TMI
Krisis PAS, DAP tak akan selesai, wadah baharu diperlukan, kata Khalid Samad
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata adalah mustahil krisis antara DAP dan PAS akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat, sedangkan pakatan pembangkang yang kuat diperlukan bagi mencabar Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang semakin hampir.
Sehubungan itu, Khalid berkata usaha penubuhan sebuah pakatan pembangkang yang baharu amat diperlukan.
"Berpecahnya Pakatan Rakyat (PR) yang ada adalah antara PAS dan DAP yang tidak mungkin selesai dalam jangka masa pendek sedangkan pilihan raya umum tidak lama lagi dalam ketidaktentuan politik.
"Adanya keperluan satu pakatan baharu yang mampu mencabar BN dan dianggap usaha untuk menubuhkannya amat diperlukan," kata Khalid pada sidang media di pejabatnya, di Shah Alam hari ini.
Pembentukan pakatan baharu itu katanya perlu memastikan penyatuan penyokong DAP dan PKR bersama golongan Islamis.
"Pakatan baharu yang menyatukan hasrat rakyat, golongan Islamis, penyokong DAP dan PKR perlu diwujudkan kembali supaya ia mampu menandingi BN.
"Ada kemungkinan entiti Islam lain perlu diwujudkan untuk menggantikan PAS dalam pakatan itu," katanya.
Khalid berkata, pihaknya memberikan tempoh 100 hari kepada PAS sebelum ini bagi membolehkan parti itu kembali kepada suasana kukuh dan mantap dalam PR seperti sebelumnya.
"Tempoh 100 hari itu akan tamat pada 14 September depan. Jika PAS tidak berubah, kami terpaksa meneruskan agenda itu. Gerakan Harapan Baru. Matlamat kita nak wujudkan gabungan pembangkang yang mantap dan utuh," katanya.
"Melalui cara ini kita harap PAS berfikir dan berubah dan kembali kepada sebelum ini."
Khalid bagaimanapun berkata pihaknya tidak berupaya memberi gambaran sama ada PAS mampu atau tidak berubah dalam tempoh itu.
Bekas pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah panji-panji yang dinamakan G18 sebelum ini menjanjikan pakatan baharu selepas Aidilfitri bulan ini.
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, mereka mesti membina PR baharu yang lebih hebat daripada PR yang kini terkubur.
Beliau berkata ia perlu menjadi pakatan yang menjunjung integriti sebagai nilai paling penting.
"Tugas kita bukan hanya menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baharu.
"Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat lain selain daripada mengubah kerajaan," katanya.
ULASNA GB
Pakatan 2.0 tidak perlu lagi menghiraukan PAS.
Kerana PAS mahu pilih jalannya sendiri - menuruti jejak langkah UMNO yang berjuang di atas dasar assabiyah. Rujuk: [VIDEO] UMNO & PAS Kini Berlumba Untuk Jadi Juara Rasisma
PAS seperti telah berpatah arang berkerat rotan dengan DAP. Menuduh DAP sebagai "cauvinis" walhal empat jari menunjuk kepada diri sendiri...
Malah salah seorang AJK Pusat nya menyatakan: .
Kenyataan di atas itu BUKTI nyata mereka ingin sendirian, mereka tidak mampu dan tidak berupaya untuk bersama dengan orang lain lantaran kejumudan mereka. Saranan Ketua Ulamak Sedunia, Yusof Al-Qardhawi yang menyuruh tegakkan kehidupan Islam terlebih dahulu, bukan hudud, itu sendiri pun mereka bantah.
Perbuatan pimpinan PAS memfitnah dan memberi gelaran tidak baik kepada ahli yang berani menegur seperti Jebon, Anwarinas, tolol dan seumpamanya menunjukkan mereka adalah golongan jumud dan tertutup.
Perbuatan menghina ahli sendiri...menunjukkan contoh yang tidak baik kepada orang bukan Islam... Adakah ini sebuah parti yang dikatakan Islam?
Justeru itu biarlah mereka menyalak sendirian, kabilah Pakatan 2.0 perlu berjalan terus untuk tumbangkan BN.
23 ulasan:
Salam semua:
Bagi ahli-ahli umno totok ,umno itu melayu,melayu itu umno,islam sebagai secondarynya, mengekalkan kuasa melayu adalah matalamatnya, walaupun mengunakan "Matalamat menghalalkan cara".
Bagi ahli-ahli totok PAS, PAS itu islam, islam itu PAS,bangsa melayu sebagai secondarynya,Mendapatkan kuasa adalah matalamatnya,walaupun mengunakan "Matalamat menghalalkan cara"
Amalan umno ialah, membenarkan rasuah, mengkhianati bangsa melayu,seperti apa yg terjadi pada dasar ekonomi 30% bangsa melayu,lingkupnya UDA,FELDA,Bankbumi,bumiputra commerce,Tabung haji,demi memprkayakan kroni dan suku-sakat pemimpin2 melayu.tiada semangat setiakawan,dan mengajar orang melayu bertongkat,dan menanam semangat "Fiudelisma" pada orang melayu.
Amalan PAS, Membenarkan fitnah berleluasa,mengunakan ayat-ayat al-quran dan hadith berpilih-pilih,tiada amalan siddiq dlm berpolitik,dan tiada amalan setiakawan bersama-rakan-rakan.
Bila ke-dua-duanya,umno dan pas, dalam keadaan LEMAH,mulalah mereke mencari titik persamaan untuk mengekalkan kuasa dan mendapatkan kuasa.Umno transformkan amalan2nya sementara PAS transformkan amalan2nya.
So benarlah pas berasal dari umno,sekarang ni bibit2 penyatuan telah ada,PAS akan kembali pada umno.
Amalan yg jelas dan nyata ialah pemimpin2 tertinggi PAS, tergamak meninggalkan dan mengkhianati kawan setianya di sg buluh,manakala dalam masa yg sama sanggup mempertahankan musuh2nya(jelas dan nyata amalan rasuah mereka).
INSYALLAH PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN:
PAKATAN 2.0
HARAPAN & IMPIAN BARU: RAKYAT MALAYSIA.
WASSALAM.
Ada yg tidak sesuai dgn penyataan dlm perenggan terakhir posting ini iaitu 'Beliau yang kini merengkok di penjara selama 5 tahun kerana meliwat pembantunya menyampaikan amanat itu menerusi Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang juga merupakan peguamnya'. Ia sepatutnya 'Beliau yang kini......kerana difitnah dgn jayanya meliwat pembantunya.....'
Kecemerlangan PAS telah menjadi sejarah sahaja kini ia menjadi semakin kelam disebabkan bangangnya tindakan pimpinan pro ulama semasa muktamar yg lepas. Tiada apa pun kaedah lain yg boleh menjadikan PAS terus relevan, selagi pimpinan PAS yg ada pada ketika ini teramat bodoh bacaan politiknya. Itu sahaja.
Apa yg saya lihat dan dengar selama ini, setiap gelaran yg. timbul dicipta oleh macai2 bawahan dan juga blogger.
Pemusnah hubungan dalam Pakatan Rakyat diapi-apikan oleh bloger. Menokok tambah, membesarkan cerita dan menyerang PAS dengan menjadi agen kepada pemikiran sosialis.
Berfikirlah dengan akal yg dipimpin oleh iman. Apakah yg kita lakukan itu benar atau sebaliknya mengikut nafsu yg dikuasai oleh syaitan terkutuk.
Nauzubillahi min zalik.
Berfikirlah dengan jernih dan lapang dada. Betulkah tindakan kita saling menyerang dan merosakkan orang lain tanpa fakta yang sebenar. Kita hanya mengulas berita bersumber dari pihak munafik, tidak ikhlas mencatatkan berita sebenarnya.
Tahun 2016:: Parti PAS akan diabadikan dalam program HARI INI DALAM SEJARAH. PAS hari ini seumpama penagih dadah yang sudah hilang upaya walaupun masih ada anggota tubuh.Sekian, terima kasih. TAMAT. Full Stop#
anom :July 7, 2015 at 1:49 AM
Bila menegur ulama chai yg menipu dianggap sosialis???
Bila menegur ulama chai makan gaji buta, (ber fakta??) di anggap sosialist??
Bila ulama chai membuat fitnah dan membiarkan fitnah bermaharaja lela di depan mata di anggap sosialist???
Bila menurut membuta tuli ulama yg cakap tak seruoa bikin di anggap penganut islam sebenarnya??
Senangnya islam yg dianuti, tak sebulu dgn kita terus di labelkan sesuka hati.
Nauzubillahi min zalik.
Kau punya komen sebiji macam UMNgOk kata bila arwah Dato' Asri keluar PAS untuk tubuh HAMIM!! elok benarlah berangan bulan puasa ni
Jadilah PasCai
Aku ore kelantan. Aku dan masyarat sekeliling sudah merasa suasana dan senario umum mula membenci pas. Sekarang di mana saja org ramai bercakap soal pmimpin pas kel yg khianat dan tidak mampu bekerja. Kebencian umum sekarang sepertimana mereka membenci umno suatu masa dulu. Mujurlah umno tidak mampu tampil krn terus terpalit dgn isu ketirisan yg berskala besar. Ttp aku dan kluarga sudah bertekad unt tidak lg mberi undi pada Pascai.
dah dekat raya ni, kami mahu pakai yang baru, yang lama kita buat tauladan dan sempadan.
semoga yang baru lebih baik dan maju jaya.
yang masih minat antik silakan tiada paksaan dalam memilih cita rasa asalkan tidak bersalahan dengan hukum tuhan.
MANA AZMIN?
kehidupan dan kefahaman islam di malaysia ni masih lagi lintang pukang
///kehidupan dan kefahaman islam di malaysia ni masih lagi lintang pukang///
anom :8:40:
Saya setuju 1000% cakap tuan.
Macamana umat nak "hidup dan faham" tentang Islam, ulamak yg so called perwaris nabi tak ikut cara nabi.
Umat akan ikut Amalan ulama-ulamaknya, umpamanya ponteng kerja,makan gaji buta,ramai orang melayu ikut.Umpamanya ulama itu sendiri buat fitnah (fakta) dishahkan oleh hakim, tak hairanlah pengikut2 yg membuta tuli pun ikut.Ulama membiarkan fitnah terang-terang di depan mata,orang ramai mengangap itu tak apa.Inilah antara sebab masih lagi lintang -pukang.kenapa nak salahkan umat ini,mereka jahil, kenapa tidak mendekati mereka dgn kasih-sayang, ulamak tahu,nabi sendiri mendekati umat,sehingga dibaling batu,dilempar najis,perut kosong,lapar...adakah ulamak pewaris nabi,amal macam nabi?????
Menjadi satu kewajiban kepada PasMa dan G18 menubuhkan parti baharu sebagai alternatif kepada Pas yang tidak berpijak di bumi Malaysia. Pas sudah bertukar menjadi parti yang penuh keegoan dan mereka merasakan parti mereka terlalu popular di kalangan rakyat. Pada hakikatnya, sokongan pengundi kepada Pas sudah merudum kerana dasar parti yang tidak keruan.
Pas kini adalah parti yang mempunyai kasta. Hanya golongan ulama sahaja yang boleh memimpin parti. Ramai personaliti-personaliti yang bukan dari golongan ulama yang jasa mereka bukan calang-calang kepada parti dipinggirkan begitu sahaja. Di sisi Pas, golongan profesional dan progresif hanya layak menjadi "paria" parti sahaja. Amat malang bagi bangsa Malaysia jika golongan profesional dan progesif yang Islamis ini tidak berwadah dalam politik tanah air.
Parti baharu yang bakal ditubuhkan berupaya mengisi lompang Pakatan 2.0. PKR yang dianggotai oleh pelbagai pelbagai kaum, DAP yang dimonopoli oleh kaum Cina dan seharusnya parti baharu ini dianggotai oleh pendokong-pendokong Melayu yang Islamis. Kehadiran parti baharu yang Islamis adalah pelengkap untuk membina kekuatan kepada Pakatan 2.0. Tanpa kehadiran parti baharu, Pakatan 2.0 tiada kecukupan tenaga dan upaya untuk menawan singgahsana Putrajaya menjelang PRU 14. Masyarakat meyakini parti baharu ini akan menjadi laris seperti "pisang goreng panas" sebaik sahaja dilancarkan. Bermulanya kemunculan parti baharu ini adalah petanda berakhirnya regim diktator presiden Pas.
eloklah tubuh parti baru,tapi kalau parti je yg baru, tapi dipimpin oleh pemimpin yg lama tambah yg dah kena reject 3 PRU berturut-turut pun tak guna jugak. Pi mai pi mai tang tu juga.
Kalau kita imbas kembali sejarah perang Jamal diantara Saidina Ali dengan Saidatina Aisyah kedua2 mereka adalah orang yang paling dekat dengan Rasullullah, kalau kita berada dizaman tersebut dengan siapa kita nak berpihak? Begitu juga perang Siffin diantara Saidina Ali dengan Muawiyah dengan siapa kita nak berpihak kerana kedua2 mereka rapat dengan rasullullah. Kesimpulannya ulama juga boleh terkhilaf dalam tindakan mereka. Jadi bacalah alquran dan fahamilah tentang kehidupan ini dengan sebaik2nya.
Siapa lagi selain Anwar yang sanggup tinggal dalam sel penjara demi kebenaran walaupun kesempatan untuk nya menetap di luar negara terbuka luas?
Apabila Anwar mengirimkan kenyataan nya, ini menunjukkan walaupun dalam penjara, Anwar masih terus bersama-sama rakyat.
Jika Anwar dalam penjara masih terus lawan UMNO maka kita yang sudah merasa lemah perlu lah tingkatkan semangat kita.
Maka baru lah tepat PR baru, Parti baru dan dengan semangat kita juga yang baru !!!
Tak sabar nak tunggu penubuhan parti baru.. baru lah bersih parti ku dari musuh dlm selimut..
Anon - July 7, 2015 at 9:52 AM
Kalau muka baru pun tak guna selagi SPR pi mai pi mai tang tu jugak !
Tak sabar nak dapat PM Baru.
Nak tahu jugak berapa ramai yang ikut Najib tubuh parti baharu.
Kalau x kerana kes kajang mungkin anwar masih di luar..
Satu lagi parti pemisah bangsa Melayu bakal di wujudkan olih bekas pemimpin-pemimpin politik PAS yang sesuai dengan aspirasi dan matlamat utama pemimpin DAPigs. Pengikut PAS kini baru tahu bahawa mereka rupa-rupanya telah bergabung dgn DAP yang memang anti Islam dan PKR sebuah parti yang pemimpin nya tak kisah Islam diperkudakan demi kuasa.
Insiden kalimah ALLAH supaya disyirik oleh pihak gereja yang di sokong pemimpin DAPigs dan PKR jelas menunjukkan fahaman mereka yang merbahaya kepada akidah umat Islam Malaysia. Yang mengakibatkan perpecahan seterusnya ialah apabila pemimpin DAPigs minta supaya PAS ikut perintah mereka dan jangan teruskan Hudud ALLAH. Tak sesuai untuk Malaysia kata “ustaz” Lim Kit Siang yang di jemput Mat Sabu untuk beri ceramah di Masjid Kota Bharu tidak berapa lama dulu. Seolah-olah Lim Kit Siang lebih tahu dan pandai dari yang Maha Mengetahui sendiri.
Kini kesemua bekas pemimpin PAS yang menyokong kuat polisi DAPigs sudah keluar dari PAS dan sedang berusaha untuk menubuhkan parti pemisah bangsa Melayu yang namanya pun macam DAPigs jugak yaitu DIP. Secara logiknya mereka ini bakal meneruskan perjuangan DAPigs yang mahukan supaya umat Melayu di pecah belahkan supaya mudah mereka melemahkan musuh utama DAPigs – yaitu ajaran ISLAM.
Kepada mereka yang bakal menyokong DIP mereka harus meneliti hadis Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang berbunyi. “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”. Sekiranya tuan-tuan menyokong DIP atau DAP bererti tuan-tuan menyokong perinsip sesat lagi syirik mereka juga. Kalau nak tahu apa ancaman yang ALLAH telah firmankan semenjak lebih 1400 tahun dahulu sila lihat surah An Nisa ayat 48 yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar”.
Jadi fikir-fikirkanlah kerana pengorbanan yang bakal tuan-tuan berikan terlalu besar demi untuk memberi kuasa kepada orang-orang seperti Mat Sabu , Khalid Samad, Guan Eng dan Kit Siang.
Abi Hurairahra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: “Jauhilah olehmu berprasangka. Sebab berprasangka adalah sejelek-jelek pembicaraan. Janganlah kamu saling mencari kejelekan orang lain, janganlah saling bermegah-megahan, dan janganlah saling dengki mendengki. Janganlah saling mengumbar emosi, dan janganlah saling menjauhi. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersatu dan bersaudara sebagaimana yang telah diperintahkan Allah kepadamu. Seorang muslim dengan muslim lainnya adalah bersaudara, yang di antara mereka dilarang saling menganiaya, saling menghina, dan saling naeremehkan. Taqwa adalah di sini (sambil Rasulullah memberi isyarah ke arah dada). Cukuplah seorang muslim dikatakan melakukan kejelekan apabila dia menghina sesama muslim. Seorang muslim dengan muslim lainnya harus saling menjaga darah, kehormatan, dan harta kekayaannya.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Catat Ulasan