Jangan sebut gaji haram, anda yang kecewakan rakyat, kata Mujahid kepada PAS
Kalau dengan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), ia membuatkan gaji wakil rakyat PAS haram, bagaimana pula dengan gaji mereka yang hanya mendiamkan diri apabila Pakatan Rakyat (PR) tumbang, soal Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu, yang kini pengerusi protem GHB Pulau Pinang, menuduh kepimpinan PAS gagal mengambil berat mengenai rakyat dan gabungan pembangkang. Beliau bertanya, tidakkah itu bermakna gaji mereka juga haram kerana turut mendapat manfaat daripada sekutu mereka dengan PR sebelum ini.
Mujahid berkata, isu dimainkan bagi menentang GHB, yang dibentuk satu kumpulan serpihan PAS, dan surat khabar arus perdana seperti Utusan Malaysia, digunakan bagi menyerang gerakan baharu itu.
"Sesuatu yang menyedihkan apabila ada orang daripada parti, yang merupakan sebahagian PR, kini menyerang gerakan baharu ini.
"Mereka membuat kenyataan tidak logik, contohnya wakil rakyat yang menyertai GHB makan gaji haram kerana mereka menang pilihan raya atas tiket PAS.
"Saya ingin bertanya mereka, adakah gaji wakil rakyat yang gagal menjaga rakyat dan yang menyerang PR juga haram?
"Saya ingin bertanya, adakah mereka menang pilihan raya kerana PR atau hanya kerana mereka daripada PAS?" soalnya pada rumah terbuka Hari Raya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan GHB di Komtar, Pulau Pinang malam tadi. -TMI
ULASAN GB
Tiba-tiba Mursyidul Am PAS yang baru keluarkan "fatwa" haram gaji dan elaun jika wakil rakyat PAS menyertai parti lain.
Memang pelik dan teruk sekali kenyataan berkenaan kerana jika demikian, kesemua gaji dan elaun wakil-wakil rakyat PAS yang tidak berpindah parti itulah yang sebenarnya haram kerana rakyat mengundi mereka bukan kerana mereka PAS semata-mata tetapi adalah kerana pada pilihanraya rakyat mengundi di atas dasar Pakatan Rakyat.
Jika mengundi di atas dasar PAS semata-mata, cuba lhat di kerusi-kerusi dimana pertandingan tiga penjuru iaitu di
1) Dun Kota Damansara (Selangor)
2) Dun Sungai Aceh (Pulau Pinang)
3) Dun Panti (Johor)
4) Dun Kota Putra (Trengganu)
5) Dun Bukit Besi (Trengganu)
6) Parlimen Labuan.
Keenam-enam kerusi tersebut akhirnya terlepas kepada Umno/BN! Di Sungai Acheh PAS dengan calonnya Mohd Yusni Mat Piah TELAH HILANG DEPOSIT dengan hanya mendapat 690 undi. Jadi jangan lupa, dengan restu Hj Hadi, PAS telah mengkhianati tahalluf siyasi dengan rakannya sewaktu PRU-13 lepas dan PAS kecundang di tempat-tempat yang tidak dibantu rakan dari Pakatan Rakyat. Lagi mahu sembang kencang dan mahu tunjuk sombong.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan dimana calon-calon PAS yang khianat dengan Pakatan Rakyat itulah yang bakal dihukum oleh rakyat. Gaji dan elaun merekalah yang lebih "syubhah".
Selain itu sebelum ini GB pernah menyatakan bahaimana pula wakil rakyat PAS yang gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat sepertimana yang diamanahkan? Mengapa Majlis Syura tidak mengeeluarkan hukum tentang gaji dan elaun yang diterimanya? Petikan:
Lepas tu hebat dan segera pula nak barua, celaka dan mentololkan orang lain.
Kita menunggu hukum kebenaran dan keadilan yang akan terus berjalan untuk menghukum pimpinan tertinggi PAS dan PAS sendiri lantaran pengkhianatannya kepada rakyat. Nanti akan ketahuilah semua siapa yang barua, celaka dan tolol sebenarnya....
IKLAN BERBAYAR

Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali.
Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu tiga undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan dan Undang-undang GST.
Dan yang paling teruk ialah semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, YB Marang itu ponteng lagi malah ketika itu beliau berada di Jepun!
Kelmarin, sewaktu semua ahli parlimen pembangkang terpaksa berhimpun di Padang Kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu, Haji Hadi ponteng lagi.
Rupa-rupanya beliau berada di Kelantan, mengeluarkan kenyataan dari sana akan memecat ahli PAS yang menyertai parti lain. Tidak uzur syarie.
Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen! Apakah tidak berdosa jika tidak menunaikan amanah atau dalam ertikata lain KHIANAT sebagai seorang ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat? Apakah hukumnya memakan gaji buta itu? Beliau yang sepatutnya dipecat dari PAS kerana mengkhianati parti juga.
Lepas tu hebat dan segera pula nak barua, celaka dan mentololkan orang lain.
Kita menunggu hukum kebenaran dan keadilan yang akan terus berjalan untuk menghukum pimpinan tertinggi PAS dan PAS sendiri lantaran pengkhianatannya kepada rakyat. Nanti akan ketahuilah semua siapa yang barua, celaka dan tolol sebenarnya....
26 ulasan:
mungkin inilah hikmahnya allah x bagi pr menang dlm pru13.....kalu pr memerintah sekarang mungkin dah haru-biru dgn perangai pas....semoga pru14 akan menjadi detik permulaan kerajaan baru tanpa pas...let's pray for good...
kalaulah itu caranya.
khalid ibrahim pun makan 'gaji haram'lah.
menang tiket pkr, kena pecat kerana engkar.
tapi sampai sekarang tak letak jawatan
adun selangor dan ahli parlimen.
itu satu contoh. sebenarnya banyak lagi.
apa punya bodohnya orang-orang pas ni.
stupid macam hassan malek dan ahmad maslan.
kah... kah... kah...
PAS dh giler haram kn sume bnda..yg halal PAS shj..kikikiki
Igt kn gile duit gile harta gile judi je ade..gile haram pn ade..APTB
MUHASABAH DIRI LAH PEMIMPIN2 PAS... CEK DIRI DULU SEBELUM CAKAP..
Taktik UMNO-BN kini digunakan oleh PAS iaitu asyik menyalahkan orang lain, menuduh orang lain, mengeluarkan "fatwa" ikut perasaan, ... tanpa melihat pada diri depa sendiri atau mereka memang sengaja untuk alih pandangan awam agar kelemahan depa tidak dibincangkan. Sayang sekali sebab semakin hujah dikeluarkan semakin buruk yang kelihatan sehingga bini sendiri boleh dicagar. Orang Islam disarankan sentiasa muhasabah diri apatah lagi seseorang yang dianggap tinggi ilmu agamanya.
Teringat aku akan peringatan yang diberi oleh pakar motivasi, Dr Shukri Abdullah iaitu memang mudah kita menuduh DAP, MCA, MIC, Cina, India atau ... sebagai alasan Melayu mundur atau tidak kompetent sedangkan kita tahu selama ini Perdana Menteri/Timbalan, Menteri Besar/Timbalan, Ketua Polis Negara/Timbalan, Ketua Askar/Timbalan, Ketua-ketua Jabatan/Timbalan, ... berapa kerat yang dipikul oleh Cina/India/... Bukankah semua jawatan itu diisi oleh Melayu sahaja? Tetapi dengan jawatan yang dikurnia tu, apa yang kita buat dalam mengatasi kepincangan ini?
sambungan ...
Dengan asyik menyalahkan orang lain boleh membuat kita maju ke hadapankah?
Perkataan2 baharu dan maksudnya:
Ahmad Maslan - bodoh yang teramat sangat
Hassan Malek / Syed Ali - membodek
Hadi Awang - mulut celupar / kaki ponteng
Sebelum muktamar bukan main hentam jebon lah, tolol lah,barua lah dan suruh tubuh parti baru lah
ALIH ALIH bila depa nak tubuh parti baru dah MEROYAN pula Pas ni. Apa benda punya Parti ni. Pas dah jadi Parti Haram Jadah. Tak payah sebok dan meroyan lah pasal GHB tapi terus dgn agenda membantu rakyat la.
Bodo punya parti.
Khalid Ibrahim ulamak yg pegang jawatan naib ketua ulamak dunia juga ke? Kalau jawapanya YA betullah perbandingan tuandengan HH dan ulamak2 PAS yg berjawatan MP.
Dalam kegopohan sdra mahu pertahankan HH, sdra telah menghina dengan membanding HH dgn Khalid Ibrahim yang bukan ulamak pun tetapi yg berpendidikan sekuler- satu geng yg HH kata beliau hendak bersihkn dari PAS dalam pemilihan lepaih.
I pangkah pas bukan kerana ianya pas tp kerana pakatan rakyat
Sblum 2008
Sblum PRU12..2008
Adakah..adakah projek yg umno bg kpd Lobai2 fakeh itu?
Apakah harta & jenis kereta yg Tontontv pakai??
Adakah projek Arong Dings yg juta2???
TETAPI
Slps PRU2008
Slps 2008 apb PR/pakatan tlh mnjd kuat dhati rkyt
Mencurah2 projek songlap ddlm GELAP drp hamno setan yg dikenali?
Mencurah2 projek-SONGLAP utk mngKHIANATI rkyat
FITNAH
FTNAH & RASUAH
Krn songlap-RASUAH, sggup onar-FITNAH
Mnipu umat hatta mendustai ALLAH
Lg nak mngarut halal-HARAM?
Oh! TUHAN..

Kita, umat Melayu telah menjadi umat Nabi Muhammad saw setelah beriman kepada Allah swt. Umat Melayu telah mengangkat martabat depa dari status kafir (Hindu) menjadi Islam. Umat yang dijanjikan syurga oleh Allah swt. Yang menjadi pelik dan hairan, kenapa umat terpilih yang dijanjikan syurga suka membuat fitnah pada umat kafir yang pasti penghujungnya neraka jahanam Allah swt? Sudah pasti umat Melayu yang sedemikian ingin hanya menjadi umat Melayu sahaja kot. Islam hanya alat sahaja bukan penghayatan. Kenapa seorang manusia yang dianggap MULIA dan SUCI sanggup melakukan perbuatan yang jijik yang dilarang Allah swt???? Adakah kita sudah lupa akan pahala dan dosa??? Sanggupkan kita memasuki neraka jahanam semata-mata kerana tindakan kita pada orang kafir??? Adakah darah orang kafir itu halal??? Ayah mana dalam Al-Quran yang menyatakan begini???
Ingat, umat Melayu tidak akan ke mana jika sentiasa dan asyik menyalahkan kaum lain. Teringat aku satu artikel yang menyatakan syarikat bukan Melayu tidak berminat mengambil graduan Melayu untuk bekerja dengan depa. Tahu tak kenapa jadi begini? Tepuk dada dan tanya minda dengan ikhlas. Apa beza antara graduan Melayu dan Bukan Melayu semasa depa memohon masuk universiti? Syarikat swasta bukan macam kerajaan. Syarikat swasta utamakan keuntungan dan kerugian tidak dibenarkan. Kalau muflis, maka akan jahanamlah syarikat. Depa tak sama dgn GLC kerajaan, rugi berbilion pun boleh diselesaikan oleh kerajaan dengan mem"beli" hutang2nya. Jadi syarikat swasta lebih berminat pada manusia yang berkompetent dan bukan manusia yang datang bekerja semata-mata makan gaji sahaja. Kalau aku pemilik syarikat, sudah tentu aku akan memilih pekerja yang berkualiti, rajin, sentiasa ingin maju ke hadapan, ... Fikir sendirilah wahai umat Melayu yang amat aku sayangi tapi masalahnya aku lebih sayang pada Islam daripada Melayu. Melayu tak ada pun tak apa, janji Islam ditegakkan. Allah swt hanya berjanji pada umat Islam dan bukan umat Melayu. Ingat rezeki adalah anugerah Allah swt (rukun Iman). Adakah kita masih beriman?
Ada siapa dalam pas penduli sumpah parliament? Si hadi tu ponteng pada hari yang dia kata nak bentang ruu. Kemana? Makan angin kat jepun share share knowledge. Habis tu Cina banyak Sini dia Tak share knowledge tapi hari hari Tikam cina ?
Hadi si kaki ponteng, sila pulangkan duit gaji haram kepada rakyat , Letak jawatan
Kalau Engkau jantan Ada telor
Satu idea yang cantik dari Encik Anon 12:01PM. Kalau buat ayat-ayat lebih kurang macam ini dan kalau salah guru BM tolong betulkan.
Si Harun tu nampak sangatlah ahmadmaslanya dalam politik. Kalau tidak cukup fakta atau tak cukup maklumat jangan buat kenyataan.
Beberapa ustaz mercun tak habis-habis menghassanmalik Presiden PAS.
Mat Taliban ni memang hadiawang cakap main lepas saja.
Kalau nakkan pasukan kuat ,semua mesti komited dan kita tidak mahu hadiawang!!
Anon 12:01 :-
Ahmad Maslan - bodoh yang teramat sangat
Hassan Malek / Syed Ali - membodek
Hadi Awang - mulut celupar / kaki ponteng
cantik tu.
nak tambah satu je....
Harun Din - haram utk kau, halal utk aku
Pasai nak org bengap duduk dalam parti sampai mampooos, sanggup parti buat baiah cerai bini talak 3. Apa punya walakkkkkkk da...
Anon 2:29
Hadi bukan tak ada "TELOR" tetapi sayang telor nya macam telor penyu, di rebus atau pun kulit nya tetap lembik. Kerana malu dengan kaedaan "TELOR" nya, sebab itu dia meracau macam jin yang tak cukup makan. Patat nya "SI BOMOH MELAYU" yang sengkatan dengan "HADI" memambantu nya dari pada mempertikai kan halal & haram elaun wakil rakyaat yang sudah tidak setia dengan PAS. Takut ia nya halal atau haram maka aku sudah lama tidak mengisi tabung PAS, tambahan bila PAS suka dengan "CHAI". Di zaman jahilah itu aku terikut ikut dengan puak puak "CHAI" untuk mendapat kan nombol ekor. Kesukaan aku yang dulu itu sudah di tiru oleh puak puak PAS yang berserban besar. Ada punya toor. Good bye PAS and I will never turn back.
En zuldi bin jentik (malu Sangat pangil dia doctor) - lepas Sial jentik cina kapir, siapa next? Nak Cuba anak Sarawak?
Anon 12:01 dan Anon 3:04 pm
Najib - Tolong bersama aku ......
Anwar I - Najib jom sama aku dalam bilik jel .... aku akan ajar macamana
hidup dalam penjara, macamana tulis diari seharian, macamana buat
buku dalam jel...
yes! yes! yes!
sekarang mujahid buat perubahan. Beliau dah mula jadi jantan, beliau dah berani lawan bomoh jin dan saka. Dulu beliau pun terketar lutut bila bomoh hantu keluarkan fatwa.
lawanlah mujahid! aku pun suka kau lawan si harun ni, terutama sekali mengenai makan harta haram. Kerana aku berpendapat, bahawa pendapatan dari tipu melayu bodoh dengan alasan keluarkan sihir dan saka juga harta yang batil.
isu sekarang kau sendiri wahai mujahid! setelah PAS beri peluang pada kau bergiat dalam politik dan mengajar pelbagai ilmu politik, kenapa pula kau menyerang PAS. Perbuatan ini amat tidak bertamaddun, PAS jadi guru kepada kau, mengapa pula kau gigit kaki PAS.
walaupun tidak semua orang tahu, bahawa kau tidak pernah memberi wala' kepada PAS, walaupun berdekad kau berkerja dengan PAS.
Hari ini kau kelihatan begitu beryakinan untuk menubuhkan parti baru yang memiliki wadah dan tujuan perjuangan yang kau cita-citakan. Semua ini adalah hasil didik ajar dan pengalaman kau bersama PAS. Kau sekarang boleh merdeka dan kemampuan yang kau miliki sama seperti ahli-ahli politik PAS yang besar.
Tapi sekarang kau jadikan PAS sebagai musuh no 1. Bahkan kau memusuhi PAS lebih kuat dari UMNO, dimana semasa dalam PAS, hanya UMNO kau anggap musuh no 1 kau.
Kau dikalahkan oleh beberapa pemimpin dalam PAS. Namun PAS tetap bersabar dengan tindakan kau dan tidak pernah bertindak membuang kau seperti sampah.
Salam kepada beberapa kawan-kawan kau, dan teruskam perjuangan mengikut acuan sendiri. Namun jangan menyerang PAS, kerana "daging parti PAS amat beracun".
Sebenarnya semua Wakil Rakyat dan Ahli
Parlimen Malaysia makan gaji haram terutama dari Barisan Nasional kerana menjadikan setiap rakyat nya berhutang dan kerana menjadikan ekonomi Malaysia bertambah teruk. Kamu semua makan gaji haram sebab hidup aku yang dulu senang dah jadi susah dan bertambah susah lagi. Bajet aku semakin mengucup dan aku mula terasa perit nak membayar hutang kerana jadual pembayaran aku telah terganggu kerana kos semakin naik.
Walaupun Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen PR telah membantah dan mendedahkan kesemua keborokan dan kepincangan BN tetap makan gaji haram sebab hidup aku masih menjadi susah dan bertambah susah ! Yang ini aku boleh maafkan.
Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen yang hadir setiap persidangan tetapi hanya duduk memanaskan kerusi pun sama makan gaji haram.
Dan pakar perubatan tradisional yang ambil duit dari pesakit dan orang dalam kesusahan pun makan duit haram sebab orang tersebut masih juga sakit dan orang yang dalam kesusahan terpaksa pula mencari orang lain dan terpaksa keluar belanja lagi kerana masalah kesusahan mereka tidak dapat di ubati dan di selesaikan.
Yang paling teruk makan gaji atau duit haram ialah orang yang mendapat Ilmu Tuhan dan Ilmu agama tetapi tidak menafaatkan nya ke atas dirinya sendiri dan orang lain
aku pun makan duit haram sebab membiarkan saudara-saudara ku yang lebih susah dari aku yang dulu memang susah, sekarang bertambah susah. Moga dosa ku ini di ampunkan oleh Allah. Kerana sekarang aku pun susah apalagi tak biasa dengan kesusahan wang ringgit.
Pemimpin PAS pun makan duit haram sebab main cai dalam pemilihan dan memberi sokongan kepada Najib yang menjadi punca segala punca permasalahan rakyat.
AJK PAS Pusat yang baru dilantik ni termasuk murSHITul Amnya berfikiran seperti otak di siku dan lutut. Disarankan agar mereka terutamanya Zuhdi Jentik, NAsa Tontodi dan Nik Aboduh siku lutut dan Razman kaki pow Kastam tu mengamalkan petua mujarab ni untuk kekal releven di kalangan ahli PAS yang tolol tu. Ambik najis ulamak ulamak kamu tu, campur dengan tanah dan sapu kat muka korang. Supaya terus kekal tolol dan berperangai macam barua broker. Jentik la sapa sapa yang korang suka dengan tolol nya ye
Mohon pimpinan ghb jangan layan sangat provokasi dari pas, fokus pada musuh utama iaitu umno bn.. ghb tertubuh sebab pimpinan ghb merasakan sudah tidak berupaya menyelamatkan pas dari dalam daripada pimpinan pas sekarang yang membawa pas dengan cara songsang.. jika suatu masa nanti pas kembali dengan pimpinan dan pembawaan tgna, mungkin penyatuan antara pas dan ghb menjadi suatu rahmat.. inilah politik.
Pada PRU13 undi untuk Saudara Mujahid adalah 26,015. Tolak 4,000 ahli PAS Parit Buntar .....?? PAS tak boleh claim kemenangan PRU13 Parit Buntar kerana undi PAS semata2..
Anon 7:31, daripada 4000 ahli PAS sbhgn besar tu dh sokog GHB.
Saya setuju sangat dengan kenyataan Anon 25 Jul 2015 11:39 AM. Allah s.w.t. sangat sayang kepada kita dengan tidak memberi kemenangan kepada PR. Kalaulah PR berjaya menubuhkan kerajaan dengan 'simple majority'. Sudah TENTU, ya sudah TENTU PKR dan DAP diugut oleh Hadi and Aaron . Kalau tak ikut kehendak mereka, mereka akan keluar dari PR dan bergabung dengan BN. Kalaulah mereka berkuasa tak kira disebelah mana, maka akan ramai pegawai-pegawai syariah akan dibuang sekiranya tidak mengikut telunjuk mereka. Ini telah berlaku di Kelantan. Kalau orang mereka menjadi menteri pertahanan sudah tentu Malaysia akan bergaduh dengan jiran. Ini kerana mereka suka mengguna siku dan lutut. Banyak perkara boleh disenaraikan. Cukuplah setakat itu. Alhamdulillah kita semua diselamatkan dari malapetaka bikinan manusia yang bertopengkan ugama!!
Catat Ulasan