26 Jul 2015

Tidak Ada Apa-apa Yang Boleh Halang Wakil Rakyat PAS Sertai Harapan Baru...

Wakil rakyat PAS Selangor sertai GHB, enggan letak jawatan

Wakil rakyat PAS di Selangor yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) menolak desakan beberapa pemimpin PAS yang menggesa supaya meletakkan jawatan atas alasan undi yang diperoleh mereka berdasarkan sokongan Pakatan Rakyat (PR) walaupun bertanding atas tiket parti Islam itu.

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud berkata, tidak ada sebab beliau berbuat demikian kerana dirinya masih ahli PAS yang sah dan GHB bukan satu entiti parti politik.

Katanya, undi majoriti 29,000 yang diperoleh adalah berdasarkan rakyat yang memilih PR dan bukan hanya terhad daripada ahli PAS sahaja, malah menganggapnya satu pembaziran berjuta ringgit jika memaksa diadakan semula pilihan raya.

"Saya masih ahli PAS. Saya tidak akan meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen kerana saya dipilih oleh rakyat. Yang undi saya bukan ahli PAS sahaja.

"Jadi, saya masih berkhidmat untuk rakyat dan akan teruskan khidmat saya,"
katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bekas timbalan ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu mencabar ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor yang lain meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana mereka juga menang disebabkan tiket PR.

Katanya, PAS bukan lagi sebahagian kerajaan PR di Selangor selepas pendirian rasmi Dewan Ulama PAS Pusat membatalkan hubungan dengan DAP pada 11 Julai lalu.


"Adun PAS perlu letak jawatan sebab mereka menang atas sokongan PR bukan hanya undi PAS. Kena faham situasi di Selangor tak sama macam di Kelantan," katanya.

Ditanya kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengenai wakil rakyat yang menyertai GHB diharamkan menikmati gaji dan elaun, Dr Mariah menegaskan wang itu bukan untuk tujuan peribadi tetapi untuk rakyat.

"Selama ini saya bukan goyang kaki dan saya dibayar oleh kerajaan untuk rakyat, bukan untuk PAS atau hanya untuk isu PAS sahaja," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, desakan supaya meletakkan jawatan kerana menyertai GHB itu tidak logik kerana bukan undi ahli PAS sahaja yang membawa kemenangan semasa pilihan raya umum lalu.

Sebaliknya bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, PAS Pusat perlu bermesyuarat, keluarkan satu kenyataan rasmi dan menghantar surat rasmi kepada mereka yang terlibat bagi melenyapkan kekeliruan pandangan peribadi yang berbeza mengenai status mereka.

"Ada yang kata belum langgar peraturan, ada yang kata sudah langgar.

"Sepatutnya pendirian datang bukan melalui media tetapi melalui surat mengenai pendirian rasmi yang diputuskan PAS Pusat selepas mendengar penjelasan kedua-dua pihak," katanya yang masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Seperti Dr Siti Mariah, beliau juga menganggap kenyataan Haron sebagai satu pandangan peribadi.

"Itu pandangan dia, kita pun ada hujah sendiri," katanya yang menjangkakan PAS Pusat bermesyuarat pada 8 Ogos ini.

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman semalam dilaporkan berkata, Adun dan ahli Parlimen PAS yang berhasrat menyertai GHB perlu mengosongkan kerusi mereka kerana ia ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS.

"Mengapa terlalu lama untuk isytiharkan diri keluar PAS? Kenapa perlu berselindung?" soalnya dalam satu kenyataan, mengulas laporan sebuah akhbar mengenai tiga wakil rakyat Selangor dikatakan menjadi sebahagian daripada GHB.

Selain Dr Siti Mariah, 2 lagi adalah Adun Morib Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang Saari Sungib, kedua-duanya sebelum ini digantung keahlian kerana menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.-TMI


Tak perlu letak jawatan jika sertai Harapan Baru

SHAH ALAM - [KEMASKINI] Gerakan Harapan Baru mempertahankan mana-mana wakil rakyat Pas yang mahu menyertai NGO itu agar tidak perlu meletakkan jawatan.

Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ini kerana kemenangan mereka bukan hanya bersandarkan kepada tiket Pas semata-mata.

“Sebagai contoh, di kawasan itu ada 5,000 ahli Pas tetapi mereka menang dengan 9,000 undi. Ini bermakna yang menyokong mereka bukan sekadar ahli Pas, tetapi rakyat.


“Kita juga tidak tahu apa sebab sebenarnya mereka menyokong wakil rakyat itu. Ada calon diangkat sebab nama mereka sendiri, sebab parti dan lain-lain, jadi ada banyak faktor kemenangan mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.‎

Sebelum ini, terdapat banyak desakan daripada Pas agar Adun dan ahli parlimennya yang mahu menyertai Harapan Baru supaya meletakkan jawatan.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dilaporkan berkata, mereka perlu meletakkan jawatan bagi mengelakkan pendapatan syubhah.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Titiwangsa, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, peletakan jawatan perlu dilakukan segera bagi menghormati mandat diberikan pengundi di kawasan berkenaan.

Antara wakil rakyat yang sudah mengesahkan akan keluar Pas dan menyertai Harapan Baru setelah didaftarkan sebagai parti ialah Adun Morib, Hasnul Baharuddin.

Menurut Hasnul, beliau dimaklumkan terdapat lebih ramai Adun dan ahli Parlimen akan menyertai Harapan Baru.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, tiada undang-undang yang mengatakan individu yang dipecat atau keluar parti perlu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.


“Sebagai contoh, Tan Sri Khalid Ibrahim masih kekal sebagai wakil rakyat walaupun dilucutkan keahlian sebagai ahli PKR. Jadi tiada sebab untuk mereka letak jawatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, tujuan utama penubuhan Harapan Baru ialah untuk memperjuangkan pendekatan Islam yang inklusif dan membawa rahmat kepada orang Islam dan bukan Islam.

“Apabila Pas kata tidak boleh bekerjasama dengan DAP dan terkuburnya PR, ini merupakan satu situasi yang mencemaskan umum. Ia bukan saja menjejaskan persepsi terhadap Pas tetapi Islam juga.

“Sekarang saya lebih khuatir kerana kita menyaksikan Pas hampir kembali kepada trend asalnya yang sangat keras,” katanya.

Beliau mendakwa, pendekatan inklusif gagal dilakukan oleh Pas dan hanya menjejaskan sokongan kepada parti itu, termasuklah ketika isu kalimah ALLAH dan hudud sedang hangat diperkatakan.

“Kami rasa pimpinan sedia ada tidak dapat teruskan unjuran ke situ. Jadi kami terpanggil untuk bawa satu wadah bagi membangunkan pendekatan Islam inklusif iaitu bukan untuk orang Islam saja.

“Daripada kajian, sokongan bukan Islam kepada parti lama kami sudah kurang daripada 10 peratus walaupun suatu ketika dulu pernah mencecah 70 hingga 80 peratus.

“Menang angka bukan segala-galanya tapi jangan kita lupa itulah kayu ukur sokongan pengundi dan rakyat kepada kita,” katanya.
-SH



Tak perlu kosong kerusi untuk sertai Harapan Baru

SHAH ALAM - Seorang Adun Selangor hari ini menegaskan bahawa Adun daripada Pas yang menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), tidak perlu mengosongkan kerusi Dun.

Adun Morib, Hasnul Baharuddin berkata, tindakan menyertai Harapan Baru itu melibatkan soal prinsip dan ia bukanlah satu kesalahan.

"Tak ada isu (berpindah parti). Lompat parti sebab tertentu seperti sogokan... itu dari segi moral jelas menyalahi moral dari segi politik.

"Tapi ini pindah parti sebab prinsip tertentu Pas yang tidak dapat dielakkan dan ia tidak menjadi kesalahan mengikut enakmen,"
katanya ketika dihubungi Bernama.

Hasnul mengulas kenyataan Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman semalam bahawa Adun dan Ahli Parlimen Pas yang berhasrat meninggalkan parti bagi menyertai Harapan Baru perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi terlebih dahulu.

Mohd Khairuddin berkata, ia kerana kerusi berkenaan ditandingi dan dimenangi atas tiket Pas.

Selain Hasnul, dua lagi wakil rakyat Pas Selangor yang dilapor menyertai parti baharu Harapan Baru adalah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan penubuhan Harapan Baru yang terdiri daripada pemimpin kanan Pas yang gagal dalam pemilihan parti bulan lepas.

Harapan Baru yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti Pas dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat selepas DAP dan Pas memutuskan hubungan.

Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR.

Dalam pada itu, Hasnul berkata, sokongan pengundi yang diterima Pas sebelum ini bukan disebabkan oleh dasar parti berkenaan tetapi menjadi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat.

Beliau berpendapat Pas tidak sepatutnya membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP sedangkan gabungan bersama dalam pakatan pembangkang yang menjadikan Pakatan Rakyat mampu menawan Selangor.
- Bernama


ULASAN GB

Desakan dan ugutan supaya wakil rakyat yang menyertai Harapan Baru supaya meletakkan jawatan tidak perlu dilayan.

Dari sudut apa sekalipun dipandang, tidak ada apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mereka sehingga memerlukan mereka untuk meletakkan jawatan.

Dari sudut undang-undang, meskipun pada bulan April 1991, Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan pindaan kepada Perlembagaan Negeri bahawa jika mana-mana ahli Dewan Undangan Negeri yang merupakan ahli kepada sesebuah parti politik, keluar atau disingkirkan daripada parti politik itu, kerusinya hendaklah dikosongkan, namun undang-undang itu telah dicabar di Mahkamah.

Dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin bin Salleh & Seorang lagi [1992], Mahkamah Agung memutuskan bahawa undang-undang anti lompat parti yang diluluskan oleh Kerajaan Kelantan sebagai tidak sah kerana ia melanggar hak kebebasan berpersatuan yang dijamin dalam Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Hak ini juga merujuk kepada hak untuk keluar dari persatuan. Mahkamah juga berpendapat bahawa undang-undang ini ‘ultra vires’ dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Kerajaan Persekutuan sahaja berkuasa untuk menggubal undang-undang sebegini.

Seterusnya, Mahkamah Agung berpendapat bahawa undang-undang ini tidak boleh digubal menggunakan alasan moraliti kerana perkataan ‘moraliti’ dalam Artikel 10(2)(c) Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada moraliti seksual sahaja.

Justeru itu mereka yang mendesak supaya wakil rakyat PAS meletakkan jawatan ternyata mereka yang buta undang-undang dan tidak faham apakah yang dimaksudkan "moral" yang ditekankan oleh mereka selama ini.

Malah jika dari sudut moral sekalipun, wakil rakyat PAS yang menyertai Harapan Baru tidak perlu meletakkan jawatan kerana tindakan mereka menyertai Harapan Baru itu lebih tinggi moralnya dari wakil-wakil rakyat yang masih berada di dalam PAS.

Ini kerana rakyat mengundi mereka bukan kerana mereka PAS semata-mata tetapi adalah kerana pada pilihanraya rakyat mengundi di atas dasar Pakatan Rakyat, bukan semata-mata kerana mereka bertanding di atas PAS.


Tentang baiah ia telah telah kita elas sebelum ini. Baiah itu telah terbatal sebaik saja PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan rakan komponen Pakatan Rakyat. Ini kerana yang terpilih sebagai wakil rakyat itu adalah ketika mana PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat. Apabila "kondisi" itu sudah berubah, maka dengan sendirinya baiah itu sudah tidak dapat dikuatkuasakan. Langkah memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP adalah kesilapan PAS yang paling besar.

Begitu juga dengan baiah talak yang telah pun diperbincangkan oleh para ugamawan dengan panjang lebar. Ia telah dinyatakan dengan jelas oleh Mufti Pulau Pinang bahawa:

Talaq tidak sah kecuali dengan niat dan keazaman yang ikhlas oleh sisuami untuk menceraikan isterinya, bukan dengan tujuan-tujuan yang lain seperti untuk mencegah dirinya daripada melakukan sesuatu atau untuk mengukuhkan tekadnya bagi mencapai sesuatu matlamat yang diingini.

Justeru itu beliau menyatakan sumpah taklik talak isteri wakil-wakil rakyat PAS (jika ada) adalah tidak sah.

Setiausaha Majlis Syura Ulama di dalam kenyataannya menyatakan, ba’iah talak tiga tiada dalam bai’ah yang diluluskan oleh parti dan Majlis Syura.

Dan oleh kerana baiah sedemikian tidak diluluskan oleh Majlis Syura, maka baiah talak itu tidak boleh diterima dan tidak boleh dikuatkuasakan. Kerana Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi parti dan setiap keputusannya adalah muktamad.

Oleh itu jelas kini bahawa tiada ada apa-apa yang boleh menghalang wakil-wakil rakyat PAS untuk menyertai Harapan Baru.






IKLAN BERBAYAR







20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kecian nye aku kat geng ostad. segala serangan thdp ghb dgn mudah dipatahkan.

inilah balasan atas keangkohan korg. serban dan janggut bukan lagi menjadi lambang keilmuan. malah ianya dicurigai dan dibenci.

pade muko!!!

aku memang dah lama tak percaya title haji dan serban ini. ada haji yg penipu. aku bukan fitnah sbb aku dah kena. buat perjanjian untung bagi dua. tp bila projek rugi, tak mengaku pulak. contoh lain ialah hadi - haji khianat, fitnah dan penipu!!!

kita jgn sekali2 bersangka baik pd org yg tlh nyata jahat.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya Adun Pas yang ingin menyetai GHB mainkan sikit kepada peminpin Pas terutama u,amak Pas.agar mereka terkesan dengan perbuatan mereka selama. ini,mereka sen mua meroyan macam gila khinzir,macam2 serananamfatwamdesakan ,sebab mereak semua dalam kebimbangan ,.

omar daud berkata...

Salam semua:

Biarlah mereka melalak,jelas sekali mereka ketakutan,biasanya kalau sesaorang itu atau kumpulan itu kuat,dan parti GHB,masih dlm kandungan akibat persenyawaan yg tidak terduga,belum jadi bayi lagi dia relax saja.buat-buat tak tahu ajerr.

Okay guys:Perjuangan kita mesti diteruskan,dijangkakan pilihanraya akan diadakan awal,Sebagai menjadi ahli yg berquality kita kena check dlm spr on-line kita mengundi dimana,pastikan check semua keluarga kita yg layak mengundi.Simpan elok-elok data ini,sebab seminggu sebelum mengundi mungkin data akan berubah.Jika anda berada di dun/parlimen,a/b.Dapatkan seramai boleh kawan2 yg sealiran dgn kita,dapatkan data mereka dalam spr,jika mereka malas nak check kita chechkkan,jika ada anak2 yg masih belum daftar,susruh diorang daftar,jika malas kita tolong daftarkan.Bayangkan tuan-tuan kalau kitabuat kerja taklah mahal sangat perbelanjaannya insyallah kita dah ready.
Bayangkan tuan2 dan kawan2, let say 100 orang yg hardcore dikawasan kita,dpt menarik dan menolong 100 setiap saorang orang biasa consistence selama2-3thn kita dah senang2 dpt 10k andaikata masa mengundi 10% tak dapat mengundi..Kita dah ada 9k dalam tangan. ......
Strategic kita ialah kita kena buat dimana GHB bertanding sahaja.PKR/DAP insyallah mereka dah kuat.

iNSYALLAH group pengumpulan data analysis sudahpun berjalan,cuma mengharapkan ahli-ahli berquality untuk sama-sama bergerak.

Okay bro!! selamat bergerak bersama-sama SELANGKAH "Kedepan" dari parti lawan kita.
WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...




Lepas satu, satu alasan di guna oleh pro hj hadi guna untuk menekan grup GHB. Bermula dengan merajuk dan keciwa diikuti dengan bia'ah, makan gaji haram dan sekarang letak jawatan sebagai wakil rakyat semua nya berbalik kepada mereka yang sokong hj hadi.
Malangnya mereka tak membalas dan memberi pandangan mereka, antara kedudukan mereka dengan grup GHB.

Kata merajuk dan keciwa , grup GHB masih bersemangat dan terus mendapat sokongan.

Kata bia'ah, grup GHB minta terangkan makna pengkhianat. Macamana penyokong bukan Islam minta penjelasan mengenai celaan dan kejian yang sampai sekarang tidak mendapat respon dari mereka, macam tu jugak lah pengertian pengkhianat tidak di jawab.

Kata makan gaji haram, siapa yang sebenarnya makan gaji haram? Dah tak lepas gaji haram, kata pulak kena letak jawatan. Sedangkan makan gaji haram dan letak jawatan tak dapat di perjelaskan kerana ada undi dari penyokong PR bukan semata-mata hanya dari undi ahli PAS.

Mengapa pemimpin yang menyokong hj hadi tak fikir habis-habis ? Percaya lah mereka akan terus mengunakan point yang sama yang tidak jelas dan yang berbalik kepada mereka balik.

Yang penting, rakyat menyampah dan bosan dengan politik PR. Matlamat PAS ia lah mengagalkan PR.

Jangan sebut , PAS masih menyokong PR dan PR masih ujud di Selangor. Kerana selagi itu lah nanti penyokong kuat hj hadi ambil kesempatan memburukkan PR. Keburukan gelagat PAS akan di kaitkan dengan PR.

Tanpa Nama berkata...

Berpisahlah secara baik. Suami isteri kalau tidak serasipun dibenarkan bercerai.Yang penting jalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan Adun di kawasan masing2. Rakyat memerlukan pembelaan. Rakyat bimbang masalah ekonomi yang menekan kehidupan. Dengarlah keluhan rakyat. Ahli politik dah berjanji nak bela rakyat. Bela lah. Jangan dok sibuk hal parti tak habis-habis. Rakyat tak berparti ni dok perati sahaja perangai sorang2 ahli politik. Bagi jalan keluar dari kemelut kehidupan yg menekan. Rakyat bimbang isu hutang negara melonjak setiap tahun. Rakyat bimbang duit ringgit jatuh merudum. Rakyat bimbang 1MDB gagal. Rakyat bimbang TPPA akan ditandatangani jua. Rakyat mengharapkan ahli politik menjalankan tugas dan amanah masing2. Biarkan GHB ikut jalannya sendiri. PAS ikut jalan yang dah dipilih masa muktamar. Apa lagi nak bising2. Kerjalah. Jalankan tanggungjawab masing2.

Tanpa Nama berkata...

Kepimpinan PAS kini ibarat burung unta. Burung pun bukan, unta pun bukan. Politik PAS kini caca marba. Nak dikatakan parti politik Islam, tingkah laku kepimpinan nya tidak mencerminkan mereka mengamalkan ciri- ciri- keislaman iaitu berstrategi, menghormati jemaah, berpegang kepada amanah dan janji. Nak dikatakan badan yang memperjuangkan moral keislaman pun juga tidak kerana membandingkan gelagat moral kepimpinannya yang gemar menfitnah, mempergunakan agama untuk kepentingan diri, memcemar imej Islam di kalangan bukan Islam dan yang paling ketara sifat taksub kepada jawatan sehingga sanggup mengenepikan prinsip. Saya rasa tak salah sekiranya Kepimpinan PAS disamakan dengan burung unta, cuma yang menjadi masalah ialah Din Ayam mungkin kena bertukar menjadi Din Burung Unta.

Malaysiabaru berkata...

Ibrahim katak takde telor nak tubuhkan parti politik... Setakat perkosa ngo jer selepas kena igut dgn ahli perkosa...

Tahniah ghb yg berani berbanding katak brahing menubuhkan party politik...

Tanpa Nama berkata...

Puak Hj Hadi nak mutaah kut, atau setidak tidaknya bayaran pampasan seperti pemain bolasepak professional yang telah diasah bakat oleh kelab siku dan lutut Hj Hadi

otoote berkata...

alahai lobai....ahli PAS yg dok bergayut kat kerajaan Penang & Selangor tu suruh le letak jawatan....temasok le si menantu tolol tuh.
Parti yg dah tskde maruah....Islam jadikan alas kaki.....apa punya bingai....dr ahli bawah sampsi presiden....

Tanpa Nama berkata...

Politik kepartian boleh menjadi begitu hodoh jika cagaran untuk kemenangan sesebuah kumpulan itu adalah rumahtangga.
Mufti Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berpolitik sepatutnya dibangunkan untuk membina masyarakat dan negara yang lebih baik.Itu kata Mufti

TAPI KATA AKU apa ke jadah parti yg mengaku Islam tapi kaedah ini diamalkan, kaedah Cai digunakan............PAS memalukan agama Islam sama dgn pemimpin cai mereka yg suka membarua, tololkan dan jebonkan Jemaah. MACAM NI KA PAS YG DIKATA PARTI ISLAM. Jujur kata ini parti memalukan agama bertopeng agama. Yg di Penang bila nak letak jawatan. Kata dah putus tapi masih kemaruk elaun dlm kerajaan DAP. Semua ini kerana nak bayar bil letrik, bil kereta dan bil HP kan....Mana maruah dan mana telur.

Duvid2

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi suka hati jea tak mau hadir meeting dan sidang parlimen...apa hukumnya wahai Haron Din?...kuman seberang laut kau nampak yea..gajah depan mata?
Dulu umno asyik salahkan Anwar jea setiap apa yg berlaku...skrg Pas pulak akan salahkan Dap setiap apa yg berlaku...itu jealah modal yg dia ada...cuba perati tengok kalau tak caya...

a ghani muda berkata...

Nak bertanya sikit kepada kekawan di blog GB.
Pertamanya. Banyakkah duit PAS mengeluarkan keseluruhan perbelanjaan pilihanraya untuk seseorang AP dan ADUN, setakat pengentahuan cetek saya setiap calon pilihanraya mengeluarkan duit poket sendiri untuk deposit SPR dan perbelanjaan kempen pilihanraya. Kemudian setiap ceramah diadakan kutipan tin milo atau kantung kain dihulurkan kepada pendengar.

Keduanya. Sebagaimana kata Dr. Mariah Mahmud AP Kota Raja, pengundi2 memilih atas nama PR bukanya atas lambang PAS. Berapakah jumlah solid ahli PAS di Kota Raja atau kawasan Kelang. Setahu saya itu kawasan majoriti india sebab apa Dr. Mariah dapat undi majorit 29000 undi. Apa tak boleh pikir ke geng2 ulamak @ ustaz masuk persatuan ulamak.

Ketiganya. Kena tengoklah macam mana keadaan yang dikatakan AP atau ADUN yg terlibat dgn GHB makan gaji haram. AP atau ADUN terlibat menang dgn majoriti diperakui oleh SPR, dan ada juga yg kalah pada peringkat awal pengiraan, alih2 disahkan menang oleh SPR kenapa tak pertikaikan.
Ponteng menghadiri parlimen sama juga ponteng ketempat kerja atau malas membincangkan masalah rakyat samalah juga malas melakukan kerja ditempat kerja. Sepatutnya kepimpinan PAS kena ingat rakyat adalah bos, dan rakyat nak tahu apa kamu kerjakan atau perjuangan hak2 rakyat
Semakin pemimpin2 PAS bercakap menghentam GHB, semakin jelas kebodohan dalam politik.

Tanpa Nama berkata...

Saya berharap pasikulutut lebih bijak dari pkr &dap dan umngok bn.namun telahan saya tidak tepat bila terbaca satu komen yang sangat saya sukai.Komen itu sangat tepat dan relevan dengan apa yang tersimpan didalam hati saya selama ini.terima kasih kepada komen yang bernas itu..
"" Bila sebut nama hadi teringat perbuatan dan pecakapan yang tidak baik.Jangan pula suatu hari nanti nama hadi ini macam nama hassan malek dan mat maslan yang sinonim dengan kebodohan.Suatu hari nanti akan ada orang berkata

1. "janganlah awak hadikan orang" maksudnya seseorang kawan menegur kawannya supaya jangan mengumpat/fitnah/tipu/label orang lain.

2. Ponteng - Seorang guru bertanya kepada muridnya "kenapa awak hadi kelas kelmarin.""

Tanpa Nama berkata...

Kenapa siput babi bergerak perlahan?

Sebab sambil bergerak dia musykil sama ada dia SIPUT atau BABI.

Abdul Said berkata...

PAS ibarat sebuah kenderaan yg membawa penumpang ke satu destinasi yang dijanjikan. Bila penguasa kenderaan sering ditegur (kerana pelbagai sebab), mereka mengambil tindakan mentolol dan menghalau penumpang-penumpang berkenaan keluar. Dengan penuh keyakinan kenderaan meluncur laju kononnya tanpa pengacau. Tanpa disedari jalan hadapan yang ditempuh memasuki fasa yang sukar (jalan becak, ditahan penyamun, cuaca hujan ribut, pokok tumbang dan sebagainya - keadaan negara). Diantara yang dihalau ada yang mempunyai kemahiran, kepakaran dan kelengkapan dan yang penting ramai yang boleh berfikir secara sistematik. Kini kumpulan yang dihalau berhasrat memiliki sebuah kenderaan baru untuk menuju ke destinasi yang dirancang bertahun yang lalu. Kenderaan lama kini menghadapi kesukaran dan cabaran dari manusia dan peralatan seperti pemandu tak datang kerja dan tayar kenderaan pecah. Pemandu dan krew sudah macam orang mabuk. Kenderaan semakin tenat menghadapi masaalah mekanikal, elektrikal dan fizikal. Yang parahnya ada tanda-tanda menunjukkan krew kenderaan lama sedang menghadapi tekanan mental, stress dan sakit jiwa sehinggakan biji butir percakapan mereka diketawakan umum! Penumpang-penumpang kenderaan lama yang masih waras dijemput menaiki kenderaan baru yang akan tiba kelak. Sama-sama kita menuju ke destinasi yang telah dipersetujui. Sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Brp kali

Brp kali tlh pon ALLAH ulang2

ALLAH ulang2 sebutan HISAB = MATHS/matematik

Solat 5 waktu = simple'MATHS/hisab..FARAID = MATHS/hisab...kiraan HARI/bulan/abad = MATHS

Jumlah surah2 ddlm Quran = MATHS/hisab...jumlah ayat Quran pon = MATHS/hisab..

Kiraan harta/ZAKAT = MATHS/hisab

Ringgit DINAR/dirham = MATHS

Majoriti undi = MATHS



TAPI,

MALANG..

Malang skali yg mngaku FAKEH siku LUTOT itu lah yg paling "dhoif" tentang MATHS/hisab?

Klu diberi ujian subjek MATHS level "UPSR"pon belum tentu sorgpon dr MSU tu boleh lulus!?

Kat Slangor nih brp "KERAT" jer undi ahli2-PAS? dan skrg dah brp bnyk ahli2 kluar-PAS??

MORSHiiiiTTOL yg prasan GEMPAK tu pon tak pernah menang dngeri-MAJORITI-melayu-Islam?

Krn tolol tahap siku-LUTOT ddlm subjek hisab/MATHS...mrk tertipu ddlm ilusi/MIMPI

Mrk betul2 tolol tahap siku-LUTOT yg betol2 bodoh TAK sedar diri

Sbb tu mrk "kacang" skali mnjd LAUK kpd setan2 yg dikenali!?



MALANG

Malang amat2 malang skali..

Slalu lebai2 tolol-siku-LUTOT nih konon2 nasehatkan kita...agar kita "MUHASABAH" diri

TAPI mrk sendiri buta-TOLOL kpd makna/ERTI/definasi "MATHS = HISAB" itu sendiri



TETAPI

MALANGnya...maseh ramai siTOLOL-siku-LUTOT ini yg "syiok" dipanggil ULAMAK..

Walhal nya siFAKEH siku-LUTOT itu hanya layak dipanggil SUFAHAK = bodoh/TOLOL jer!?

Sbb tu hamno yg dah bebal-BODOH tu pon maseh mmpu mnTOLOLkan mrk stolol2nya!

Fullstop!!!

Faizal berkata...

Baik bos. :)

Tanpa Nama berkata...

kuiz

siapakah pemimpin pas yang pernah memeluk saddam hussin

sorri bukan jawapan

http://www.islamtimes.org/id/doc/article/394680/cermin-sheikh-maher-hammoud

Tanpa Nama berkata...

Dalam PAS La ni tinggal HAMPAS dari presiden hingga ko murshidul.Setiap perkataan dan kenyataan semuanya HAMPAS.Semua perbuatan HAMPAS.Mungkin inilah BALASAN DARI ALLAH kerana sikap MUNAFIK Pemimpin Pas.Mengkafirkan golongan lain.Menyalahguna Ayat2 Allah dan Hadith Rasulullah untuk kepentingan duniawi.Ambo doakan agar puak2 ni cepat sedar MUHASABAH diri BERTOBAT dan kembali kepangkal jalan Amin.

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah
kesiannya. Masa kes perak dulu depani lah jugak yang bermati matian suruh ahli yang lompat letak jawatan. Nak buat pelihanraya semula.
Tapi bila kena diri sendiri dah jadi lain pulak.
Ni lah HIPOKRIT namanya.
Memang ahli politik kat malaysiani HOPOKRIT.