Pakatan baharu diumum selepas Hari Raya, kata Mat Sabu
Bekas pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah panji-panji yang dinamakan G18 menjanjikan pakatan baharu selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini.
Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata, mereka mesti membina Pakatan Rakyat (PR) yang baharu yang lebih hebat daripada PR yang kini terkubur.
Beliau berkata ia perlu menjadi pakatan yang menjunjung integriti sebagai nilai paling penting.
"Tugas kita bukan hanya menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baru.
"Saya sokong kuat kerajaan Pulau Pinang kerana ia mempunyai integriti dan mengamalkan budaya dan nilai yang serupa dengan ajaran Islam.
"Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat lain selain daripada mengubah kerajaan," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di The Light Hotel di Seberang Jaya malam ini.
Mohamad, juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Islam agama yang menganjurkan keamanan dan Al-Quran juga mengajar umatnya bercakap dengan santun dan menggunakan perkataan yang baik apabila berbicara atau berhujah, baik dengan orang Islam mahupun dengan bukan Islam.
"Ia tidak mengajar kita menggunakan perkataan seperti serigala, anjing atau jebon.
"Tak kena tu," katanya, memperli Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggunakan perkataan seperti itu semasa ceramahnya minggu lepas.
Hadi mengatakan serigala dan anjing boleh terus menyalak, tetapi PAS tidak akan berganjak daripada agenda hududnya.
Selain Mat Sabu, turut hadir ialah presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi, bekas pemimpin PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, bekas strategis PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Mujahid berkata, tidak perlu sedih dengan terkuburnya PR kerana satu kuasa baharu akan muncul.
Beliau berkata gabungan yang lebih kuat akan terus berusaha untuk rakyat.
"Kita tidak pernah lihat sebelum ini, yang kalah disanjungi. Saya bercakap ini, tentang parti saya (PAS).
"Kita akan lihat satu gelombang baharu. Harap-harap dengan ketibaan Syawal, kita akan lihat munculnya gelombang baharu," katanya di majlis tersebut.
Phahrolrazi bersetuju dengan Mujahid, mengatakan wujud keperluan segera untuk menubuhkan satu gabungan baharu di kalangan parti pembangkang.
Katanya, beliau berkata demikian bukan bagi pihak organisasinya, tetapi mewakili semua kumpulan yang menyokong PR, dan menaruh harapan tinggi pada pakatan tersebut dan kini luluh melihat ia terkubur.
"Kita mesti ada gabungan baru. Saya sudah katakan, kalau G18 tak buat, PasMa akan buat," katanya.
Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, sasaran dan hala tuju utamanya ialah menumbangkan BN, menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan negara kepada rakyat.
Katanya, mereka tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin membina kerajaan perpaduan dengan Umno.
Beliau berkata mahu bekerjasama dengan mereka yang benar-benar mahu memperjuangkan rakyat.
"Kami akan menunggu berita terkini (tentang parti baharu) dan menunggu untuk menyatukan kekuatan kita melawan BN," katanya.
DAP dan PAS berbalah sejak parti Islam tersebut membentangkan dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Mac.
Awal bulan lepas di muktamar tahunan PAS, parti itu menerima tanpa bahas usul dari Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Berikutan ini, DAP mengisytiharkan PR kini mati dan pemimpin progresif PAS yang kini dipanggil G18 sedang mempertimbangkan pertubuhan parti Islam baharu untuk mewujudkan gabungan pembangkang yang baharu. – TMI
ULASAN GB
Tertunailah hasrat rakyat Malaysia nanti dan ahli-ahli akar umbi PAS.... sebuah parti baharu bersama Pakatan yang baharu... InsyaAllah, Putrajaya sudah makin hampir dengan wujudnya Pakatan Baharu tanpa PAS lagi!
"Biar serigala dan anjing menyalak.... kabilah baharu ini akan berjalan terus ke Putrajaya..."
Moga Allah menyampaikan hasrat dan cita-cita murni kita itu bersama dengan keredhaanNya... InsyaAllah.
26 ulasan:
Terbukti PASCAI memang tak sesuai duduk dalam gabungan Pakatan Rakyat. ..sebab dari dulu lagi asyik menjadi gunting dalam lipatan dan bergaduh pasal isu hudud tak sudah2...bila dekat nak pilihanraya BN akan lempar isu hudud ni dan PASCAI akan sambut dan bergasak dgn DAP...akhirnya BN terus menang dan menang pilihanraya...begitulah episodnya setiap kali...dgn tiadanya PASCAI maka insyaAllah harapan rakyat utk melihat perubahan akan menjadi lebih mudah...
Tahniah Gb,berita gabungan yg pantas,
saya salute pada ketua Pasma ir.Phakorazi kerana bersama G-18, dan tidak menunjukkan sifat ketamakkannya untuk menubuh parti baru dulu dan sanggup berbincang dgn G-18, Jika G-18 menubuhkan parti baru pasma akan ikut, PERMULAAN YG CUKUP BAIK dan MENARIK.
Berita yg cukup baik bagi rakan-rakan pejuang rakyat:
sambungan Tips/kemenangan pilihanraya.
Telah dijelaskan umno/bn terlalu sukar dikalahkan mereka mempunyai terlalu banyak advantage, tetapi kalau kena caranya dan jalanya insyallah:
Bagaimana nak kalahkan mereka????Advantage pembangkang di Malaysia cuma, kita ada Issues,Dedicated manpower dan akal kurniaan ALLAH sahaja, disamping tidak lupa berdoa meminta pertolongan ALLAH.
PERTAMA: Saringan manpower,pemimpin-pemimpin,pertugas-pertugas parti,ahli-ahli parti hendaklah dimulakkan dgn segera kempen seramai yg mungkin.Parti keadilan Nasional dulu menubuhkan nya di HOTEL RAESEDENCY Ampang.keangotaan ahli dibuka pada hari itu,borang2 disediakan dimerata2 tempat pintu masuk ,lebih kurang 10k-20k ahli baru dapat di registered.
saya nak cadangkan pada parti baru di rasmikan di Johor(mesti ada top-gun PKR/DAP..kalau tmj nak rasmikan lagi bagus) klu mampu di hotel/tak mampu di markazpun dah cukup, dan seterusnya follow-up di semua negeri2 masing-masing, pemimpin2 jagAn tertumpu di suatu tempat,DI 13 Negeri dibuat serentak, di ketuai oleh jawatankuasa negeri dan pemimpin2 PKR/DAP negeri,pertugas-pertugas borang ke-ahlian disediakan.Jika tak mampu juga, di buat melalui on-line.Iklan-iklan,banners dan fliers mesti di gunakkan sebagai lonjakkan untuk memperkenalkan NEW-BRAND Parti baru, untuk RE-BRANDING PAKATAN 2.0.(Cuma cadangan, jika tuan2 ada cadangan yg lebih effective silakan).
Product Parti baru, hendaklah diberi publicity yg MELUAS, Melalui internet,akhbar keadilan,selangorkini dan fliers.
(to be continuied)
Perjuangan KEMERDEKAAN KALI -ka 2.
PAKATAN Version 2.0
HARAPAN & IMPIAN BARU:RAKYAT MALAYSIA.
WASSALAM.
Nasihat untuk G18. Tunjukkan akhlak Islam kamu, ada masalah bawa berbincang, jangan bersahabat dengan media BN dan yg penting jaga "mulut" kamu. Jangan jadi org Islam berkelakuan syaitan seperti Tuang kita. Kami ahli bawahan sentiasa memerhatikan kamu. Pahrolradzi, bersatulah kamu dgn G18 dalam menubuhkan parti baru. Biar orang kata kamu jebon atau anjing, jangan kamu kisah kerana orang itu sudah mabuk TODI yg UMNO berikan.
Kita tahu bahawa parti baru itu nanti akan memerlukan manpower diperingkat akar umbi diseluruh negara dan bantuan kewangan. Sekiranya parti baru ini berteras Islam yang progresif, ia akan mendapat bantuan dan sokongan dari semua rakyat Malaysia dari berbilang bangsa. Saya percaya rakyat yg tidak berparti dari semua bangsa yang berkongsi satu tujuan untuk menumbangkan BN akan turun membantu baik dari tenaga maupun kewangan.
Yang diharapkan kepimpinan parti Islam baru ini ikhlas dalamembawa perjuangan rakyat berlandaskan Islam yang progresif. Jangan hanya untuk kepentingan politik diri s3ndiri sahaja.
Alhamdulillah......TAKBIR !!!
Pascai bagaikan anjing tersepit yang sedang menyalak. Mereka sudah meroyan kerana gila talak lantaran kesombongan mursyidung ang, keceluparan tuang presideng, kehingusan ularmak cai serban bertanduk syaitan. Mereka akan terus menyalak dan terus membelitkan kata kata yang akan membelitkan mereka kembali. Mereka sudah keterlaluan dalam kesombongan yang bersangatan. Tarian mereka semakin sumbang dan akan terus menyalak membarua menjebon menyiku melutut bagaikan orang kehilangan akal. Mereka sedang meroyan dan menggeelaabaaah.
Ahli PAS tolak semua pemimpin PAS professional tetapi ulamak PAS nak bersahabat dengan UMNO pulak.Hey UMNO tu kumpulan ulamak ka semuanya atau ramai yang Professional? Ulamak PAS dah bengong la nih.Kumpulan Professional PAS dia tak nak tapi UMNO dia nak yang kuat menipu dan curi duit dia nak sokong. Apa....PAS dah haprak
Ya Allah satukan hati2 kami yg cintakan negara ini. Satukan semangat dan setiakawan sesama kami. Kami yakin dgn akhlak islam sejati org cina dan india akan memeluk islam dan menjadi saudara sekalimah. Ya Allah jayakan PR 2.0. Saudara Omar dan pemikir2 lain teruskan perjuangan mulia tuan2. Mulakan persiapan utk menyambut kelahiran dari sekarang. Jgn lupa anak2 muda kita. Cuma ingatkan mereka, mereka ada semangat dan tenaga tetapi yg tua2 ada pengalaman. Gabungkan keduanya.Ya Allah bantulah kami. Kami cintakan Malaysia. Bukankah Nabi bersabda " cintakan tanahair adalah separuh dari iman ". Kita berjuang utk negara yg kita cintai.
Peringatan itu penting. Hati2 usaha memecahbelahkan PR 2.0. Kita sedang melalui lorong sempit. Dikirikanan penuh ranjau duri. Angin bertiup kencang. Baju pula nipis. Berjalanlah berhati2 saudara2 yg sedang berjuang.
Saya masuk Pas tahun 1988, terlibat menubuhkan satu Cawangan Pas di selatan semenanjung dulu, nombor ahli saya 255xxx, bila tertubuhnya parti baru nanti, kami 4 beranak akan mohon menjadi ahli, insyaa ALLAH.
Salam GB, skang zahid hamidi sebuk nak bawa masuk 1.5 juta bangla. Ni mcm prepare utk mengundi PRU14..
skang pun dah ada lebih 7 juta warga asing. Kalau drang ni boleh megundi susah jugak pakatan baru nak menang nanti.
Salam
fread
Maka melepas lah pas....
Ada kah kita hanya mampu mlihat si lady dipakaikan kasut umpama cinderella..malah si frenky senyum kepuasan meratah setiap hari darah rakyat..kita ne rasa mcm dah terhimpit sgt sgt dah ne...hilang rasa kesabaran.....
saya salah seorang yg akan mendaftar. seharusnya borang boleh dikeluarkan sekarang. nnati masapelancaran sudah ada yang menjadi ahli. perlu diwujudkan laman web, fb dan apa sahaja media sosial untk pendaftaran ahli.
Salam, ain't these are faces we love? Nampak smart Abg Mat Sabu pakai batik. Setelah bertahun-tahun inilah kali pertama saya teruja amat tunggu raya.
-RSM-
Kita tinggalkan parti yg mana pemimpin hanya boleh berfikir pakai SIKU dan LUTUT!!! Kesian sangat sebab mereka perasan bagus dan bijak!!
Kami akan bersama parti baru dan pakatan baru.Biar parti PASCAI UG terjun bersama labu mereka....
Cadangan yg baik
Tuan kena bergerak mulai dari sekarang mberi penerangan dgn jujur dan ikhlas agar rakan2 lain dan keluarga mereka juga bergabung untuk kita menbangkan UMNO dgn segala bala jentera pilihanraya mereka. Braveheart!
BOLEH KA DAFTAR DAN BAYAR YURAN PAKAI SISTEM. TAK SABAQ NAK DAFTAR NI.
berhati2 dlm melantik ahli ke jwtn nanti. jgn ada snake, zuhdi, taliban dan sewaktunya dgn nya. jgn lupa umno dgn bantuan segala agensi mungkin menggerakkan operasi meresapkan agen2 mrk.
nyahkan mrk2 yg lunak thdp umno.
mungkin mat sabu pun agen? mana tau...
jgn marah abg mat... seloroh gitu...
penyelesaian pengundi bangla 1.5 juta
. hormat dan buat baik dengan bangla
. jadikan antara mereka sebagai ejen kita
. ujudkan hubungan antara kerajaan negeri dengan pelabur dan peniaga bangla
. belajar serba sedikit bahasa bangla
. adakan pusat aduan untuk pendatang
. rayu kakitangan yang terlibat menyalurkan maklumat kepada kita
bersiap sedia dengan hujah dan jawapan yang mengaitkan penubuhan parti baharu ini kerana ramai pihak sudah mula mengaitkan:
1. Ditaja oleh DAP
2. Parti ini akan dikuasai oleh DAP
3. Presiden Parti Baharu ini dan Presiden PKR akan mengikut telunjuk DAP
Kita buktikan Parti baharu ni salah satu Parti yang menarik minat golongan muda serta buktikan parti baharu ini tidak akan tenggelam sekirang mempunyai organisasi yang tersusun dan sayap parti yang mantap.....
Ya Allah, tunjukkanlah yang benar itu benar, yang bathil itu bathil.lindungilah kami dari kefasikan,kemunafikan dan sifat2 mazmumah.lindungilah kami dari bala bencana & malapetaka akibat dari kesalahan kami & ummat islam seluruhnya. janganlah engkau perangi kami akibat sesetengah dari kami telah memerangi orang2 yang engkau kasihi..
ikhawan semua, nawaitu antum nk musnahkah BN/ UMNO ke nak tegakkan ISlam bersama pemimpin bukan Islam?khabarkan kpd ana, bagaimana untuk tegakkan ISlam bersama pemimpin bukan Islam?
Wahai anon 7:48
Islam hanya dpt ditegakkan dengtan meruntuhkan sistem jahiliyah (UMNO BN).
Untuk meruntuhkan UMNO BN, kita perlu bergabung tenaga dengan parti-parti lain.
Islam hanya dapat ditegakkan apabila telah wujud kebenaran dan keadilan.
Apabila bukan Islam melihat kebenaran dan keadilan, maka pada ketika itu Islam sudah tidak digeruni dan tidak disalahanggap lagi.
Aku harap satu sayap seperti Unit Amal perlu digerakkan juga dalam parti baru ni.. tanpa Unit sebegini, gerakan pemimpin akan terbatas. Kelancaran untuk membantu PR 2.0 memang mengharapkan gabungan agak sukar kerana mereka juga ada agenda parti sendiri.
Catat Ulasan