3 Jul 2015

UMNO Sudah Bersuara, PAS Jangan Malu-malu Lagi...

Tidak mustahil Pas, Umno bergabung kembali

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik percaya Pas dan Umno akan bergabung kembali mewujudkan kerjasama membentuk kerajaan.

Menurutnya, perkara itu tidak mustahil akan berlaku jika Pas sanggup bekerjasama dengan parti bukan Melayu yang berada dalam BN.

“Untuk melihat penggabungan ini berjaya perlu melihat kesudian Pas untuk bekerjasama dengan parti bukan Melayu seperti MCA dan MIC yang ada dalam BN.

“Penggabungan Pas dan Umno adalah idea yang baik melihatkan kepada senario politik kini,” katanya, semalam.

Beliau berkata, Pas dan Umno perlu menghentikan persengketaan yang telah lama wujud antara kedua-dua parti tersebut.

“Sampai bila nak bergaduh? Ini bukan waktu untuk bergaduh lagi. Kalau boleh bergabung itu adalah yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua parti perlu memikirkan idea penggabungan ini secara serius demi kepentingan Melayu dan Islam.

“Saya percaya sudah ada cakap-cakap dalam kedua-dua parti (mengenai penggabungan ini). Jika tidak, mana mungkin perkara ini akan diperkatakan sekarang,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal menyiarkan kenyataan bekas pemimpin kanan BN yang tidak mahu dinamakan bahawa kedua parti ini akan berganding bahu dalam menghadapi PRU14. -SH


Kerjasama Umno-PAS dalam PRU depan?

Persengketaan antara dua parti iaitu Umno dan PAS telah berlangsung sekian lama dan dianggap mustahil dapat diselesaikan.

Malah, perbalahan beberapa dekad juga pernah memecahbelahkan anggota keluarga dengan berdasarkan cerita-cerita daripada orang Melayu di kampung-kampung.

Bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sering menggambarkan bahawa kerjasama dengan Umno seperti 'dosa' yang tidak dapat dimaafkan.

Bagaimanapun, perkara sebaliknya mungkin boleh berlaku selepas ketiadaan Nik Aziz, selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi menggiatkan agenda hudud dan bersedia bekerjasama dengan Umno bagi mencapai matlamat keagamaan itu.

Tambahan pula, Hadi sering digambarkan sebagai penggerak utama agenda kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama Umno Kelantan juga menyokong PAS untuk melaksanakan hudud.

Oleh itu, seorang bekas pemimpin kanan BN percaya bahawa Umno dan PAS akan berganding bahu demi kepentingan bersama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Tidak kira apa yang pengkritik atau penganalisis akan kata, tetapi percayalah, ini adalah idea yang boleh dilaksanakan dari segi politik – bekerjasama demi pilihan raya," kata pemimpin yang tidak mahu namanya disiarkan kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, bekas menteri itu berkata, jika seseorang meramalkan bahawa DAP dan PAS akan bersama, orang tersebut akan dituduh tidak waras.

Katanya, PAS merupakan saingan terbesar Umno dan jika kedua-dua parti itu boleh berdamai, peluang kedua-dua pihak akan lebih besar dalam pilihan raya.

Ini, katanya lagi, memandangkan iklim politik semasa menyaksikan kedua-dua parti itu kini menghadapi masalah dalaman.
-mk


ULASAN GB

UMNO dah bersuara. PAS tak perlu lah malu-malu untuk menyambutnya.

Haji Hadi pun dah mengesahkan bahawa UMNO tidaklah seburuk Firaun walaupun dahulu Haji Hadilah juga yang mengkafirkan UMNO.

Sebelumnya Haji Hadi menyatakan bahawa ada pihak yang cemburu akan hubungan Pas dan Umno. Konon ada yang cemburu Haji Hadi dah keluar TV, dah dapat liputan media massa arus perdana seperti Utusan & BH.

Jelas beliau, hubungan yang terjalin adalah berlandaskan syariat bagi tujuan merealisasikan hukum hudud, walaupun Haji Hadi dan PAS telah ditipu UMNO berkali-kali.

Oleh kini jangan ditolak lagi jika percaya sangat kat UMNO nak laksana hudud. Gabunglah... kami dah tak marah, sedikit pun kami tak cemburu kerana kami sudah nekad untuk bersama dengan parti baharu untuk membentuk Pakatan 2.0.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biawak pon tak terjon lubang berkali2.. paling kuat 2,3 kali.. tp tatau la kalau ada pemimpin yg sanggup terjun kali ni.. hahaha

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Nampaknya hasil kpd keputusan muktamar PAS ke 61 yg berlangsung. baru2 ni sudah makin menjadi kenyataan

Tanpa Nama berkata...

Haji Hadi mengatakan bahawa ada pihak yang cemburu akan hubungan Pas dan Umno? Inilah yg dikatakang ulama perasang!!! Berambuslah dari PR, lagi cepat lebih baik. Itu sahaja.....

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah......Ini jasa TERAGUNG Tuang Presideng aku ni untuk membawa PAS masuk BN dan memang SAH jiwa Tuang Presideng aku setaraf MACAI UMNO.Hidup Tuang Presideng. Semuga harga minyak dan GST naik lagi!

Tanpa Nama berkata...

Jangang Malu-malu kucing pulak... nak tunggu kad jemputang rasmi ke Ayah Chik...

Malaysiabaru berkata...

Pas tak malu pun

Sedang prepare nk ganti umno

Budaya fitnah maki hamun ajaran sesat
Dan terbaru senarai chai mirip umno

Pas memang dah umno
Stopa Ali bekas timb menteri di zaman bn..

Cuma g18 dan pkr masih kena kelemtong dgn pas sehingga laa ni

Tanpa Nama berkata...

PAS kolot boleh apa sahaja. Sekarang akan ditubuh parti Islam baru yang berteraskan akhlak dan akidah. PAS kolot sudah tiada tempat di negara ini.

Tanpa Nama berkata...

Kalau boleh PAS join BN sebelum ghaya. Cepat sikit jadi menteri, exco, pengara, pengerusi dan sebagainya. Cepat sikit dapat projek. Cepat sikit pakai kereta besar..oops serban besar. Duit banyak cepat sikit dapat bini baru. Apa lagi jangan tangguh-tangguh!!

Unknown berkata...

Salam semua:

Ulasan menarik GB;PAS tak perlu malu-malu menyambutnya.
Saya rasa PAS, akan bergolak lagi, ada separuh ahli-ahlinya yg totok akan membantah bergabung dgn umno.

Pada rakan-rakan perjuangan yg masih muda yg mempunyai tenaga yg gagah,dan akal yg bijaksana dan mula nak berkecimpung di dalam politik baharu di sini,saya nak berikan tips dan pengelaman bagaimana nak memastikan kejayaan parti baru ini.Pertama kita kena FOCUS , ialah nak mengalahkan BN dgn cara dibenarkan oleh perlembagaan negara.dan memastikan pemerintahan yg bercirikan islam/good governance dilaksanakan.
kedua kita kena tahu kekuatan BN:BN mengandungi 14 parti termasuk sabah dan serawak di mana umno ialah ketuanya.Total Kawasan parlimen ialah 222 semenanjung plus sabah dan serawak.PR12 DAN PR13 BN/umno tak dapat 2/3 majority.jika kawasan semenanjung sahaja dikira BN/UMNO TIDAK DAPAT MEMERINTAH NEGARA, ianya banyak dibantu oleh Parlimen Sabah dan serawak, bermakna sabah dan serawak adalah fix deposit umno/bn.
kekuatan umno/bn dgn 4 M:a/Money b/machinery c/Media d/Manpower.umno adalah satu2nya parti dalam dunia belum pernah tewas sejak merdeka.
ketiga:Kelemahan mereka ialah mereka terlalu banyak scandal,majority rakyat menolak mereka.
Pembangkang:Kekuatan mereka banyak issue2 RAKYAT DAN NEGARA utk menjatuhkan BN.
Kelemahan mereka: Mereka berpecah.Tak sehaluan.di samping tiada kekuatan 4M.
Disamping itu, kesedaran politik rakyat malaysia,adalah di tahap terlalu rendah, minyak naik berpuluh kali setahun relax jerr,kapal terbang meletup/hilang, response rakyat malaysia macam terima accident kereta,rakyat tahu PM/Isteri PM boros dan melingkupkan keewangan negara..apa response orang melayu umno..takpalah dia melayu..jika berlaku kenaikkan harga petrol di indonesia rakyatnya akan keluar dijalanraya di jogjakarta 1 juta org,jika kapal terbang JAL Japan airline meletup menteri pengankutannya letak jawatan,jika kerajaan thailand ada ura-ura nak buat tol,rakyatnya bangun memberontak.Disebabkan kesedaran politik rakyat yg rendahlah membuatkan umno bermaharajalela, akhirnya majority rakyat menderita.
Jadi pejuang-pejuang parti baru sekelian, inilah reality yg akan kita tempuhi,utk mengalahkan umno/bn.bukan sahaja dgn 4M yg dimilikinya, kita terpaksa berdepan dgn rakyat malaysia yg rendah kefahaman politiknya.
Walaubagaimanapun jika kita nakkan perubahan yg TOTAL,sasaorng/group/kumpulan kena memulakannya,jika tidak kita tak kemana.

(TO be continuied)

PAKATAN version 2.0
HARAPAN & IMPIAN BARU :RAKYAT MALAYSIA
WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

Shy shy tiger yang hanya bergusi dan tidak berkuku. Berambuslah cepat cepat. Semak aku tengok.

Anti Fitnah berkata...

Bila sebut tentang Melayu Islam, aku naik meluat dengan kenyataan ini. Melayu yang memperjuangkan Melayu Islam ni, kebanyakan munafikun belaka.
Melayu dan Islam adalah dua perkara yang amat berbeza. Islam tak pernah membenarkan perjuangan keMelayuan. Islam adalah untuk semua umat manusia di dunia dan Melayu hanyalah sebahagian daripada umat manusia tu. Aku tidak pernah reda dengan manusia yang memperjuangkan hak Melayu tetapi aku lebih berminat pada perjuangan menegakkan syiar Islamiah. Melayu tidak mampu membawa ke syurga Allah swt.
Orang Islam adalah manusia yang terpilih terutamanya umat Nabi Muhammad saw. Perlukah kita berpatah balik menjadi Melayu setelah Islam. Mungkin Melayu akan marah dengan aku tapi apa aku peduli. Allah swt lebih pentingkah atau Melayu lebih penting.
Lihatlah pada JUARA MELAYU ISLAM hari ini yang penuh dengan skandal. Kalaulah kita dipandang HINA oleh orang lain, jangan salahkan depa tu sebab kita yang menjadikan diri kita HINA DINA. Ingat, Allah swt menjadikan umat Islam "a class above" tapi kita yang merendahkan taraf kita. KeTUANan Melayu membolehkan kita menyeleweng sewenang-wenangnya. Dalam Islam, kalau saudara kita melakukan kesalahan, hukuman tetap harus dijalankan kerana kita sayang akan saudara kita tu. Adakah Allah swt akan menyayangi manusia yang memperjuangkan hak Melayu Islam dan mengabaikan manusia yang memperjuangkan hak Islam semata-mata? Jangan main silap mata sebab Melayu bukan Islam dan Islam bukan Melayu.

Tanpa Nama berkata...




PAS anak dara tua yang tergedik-gedik bila ada orang masuk pinang. Setiap hari duduk tepi jendela bila lah nak di pinang. Bila rombongan masuk, hati punya lah melonjak tak kira lah yang masuk tu lelaki tua yang dah bertongkat dan kaki songlap dan menipu sana-sini Bila di tanya samada suka atau tidak, tersipu-sipu.

PAS pun macam tu lah jugak. Baru satu pemimpin yang buka mulut secara terang. Bila dah cukup tiga pemimpin yang buka mulut dan PAS pun diam tersipu-sipu, apa makna nya?

Dalam poket PAS dah siap, siapa mak andamnya, siapa caterer, siapa jurugambarnya dan siapa ketua kompangnya.

Selamat Berbahagia sampai ke PRU.

Tanpa Nama berkata...

Yang di sebut hanya sekiranya PAS sanggup bekerjasama dengan parti bukan Melayu. Sesiapa yang berkawan dengan PAS akan bergaduh selagi PAS dengan hududnya. UMNO lah yang mula-mula menolak hudud dengan berbagai-bagai alasan yang mengarut sampai ke tahap Islam di hina. Bagaiamana PAS nak bergabung sekiranya isu hudud ini tidak di tangani dahulu. Nanti nampak macam PAS mengadai prinsip Islam. So, Hudud di bentang dan di luluskan di Kelantan dan ini menyebabkan DAP membantah dan PKR tersepit dimana akhirnya PKR pun tidak bersetuju dengan tindakan kurang bijak PAS tersebut.

Bila PAS dan UMNO mula bergabung, kita tak boleh tanya adakah PAS akan membawa hudud? Jawapan dari kedua-dua pihak ialah dengan menguna semua alasan yang telah kita berikan ketika PAS bersama PR.

Jadi tidak menjadi masalah untuk MCA dan MIC menerima PAS sebagai jemaah dalam BN.

Tanpa Nama berkata...

klu pas bertanding sendirian mmg ko. pemimpin gagalist pas menyebabkan pas berpecah. dah termaktub dlm sejarah. for survival sake pas terpaksa bergantung pada umno, suka atau tidak

Unknown berkata...

Salam semua. Jika diimbas kembali kekuatan arwah PR menjelang PRU13 yg lalu, tidak keterlaluan jika dikatakan peluang gabungan tiga parti itu utk menggantikan kerajaan 'rosak segala' UMNOBN adalah sangat cerah. Selain drp penipuan SPR yg lengkap dgn barisan bukti kukuh juga petisyen yg semuanya ditolak mahkamah kangaroo atas Alasan teknikal, masukkan sekali rasa hairan akan sikap PAS atas arahan HH yg menjadikan PR vs PR vs BN yg semuanya dimenangi oleh BN. Pendedahan saudara rafizi ttg keengganan HH menerima DSAI menjadi PM jika PR menang, isu hudud yg kembali lantang dilaungkan walaupun HH sendiri menyatakan bahawa byk lg perkara lain yg perlu diperbetul juga gelaran2 yg bersifat menikam belakang kawan2 sendiri adalah satu sbb cita2 besar PR ruyup dan musnah. Tanpa perlu berselindung, selain menyalahkan taktik kotor UMNOBN, wajib juga dilihat Dari sudut sakit hati @ busuk hati sesama sendiri. Ada manusia yg bersikap begini, jika aku tak dpt sesuatu jgn harap org lain akan dpt. Katakanlah nnt akan wujud satu pakatan baru, berikrarlah, watak2 yg memporakperandakan PAS kini, walaupun dari mana2 parti gabungan sekalipun, jgn biarkan bertunas apatah lg membesar kerana kesannya adalah buruk semata2.

bat8 berkata...

Sebenarnya puak UG PAS pun banyak melakukan sabotaj untuk mengalahkan calon2 PAS progresif dalam PRU 13 yang lalu. Ini adalah sebahagian dari strategi yang melreka atur untuk merampas kepimpinan PAS dalam pemilihan lepas dengan apa cara sekalipun termasuk cara kotor. Sabotaj calon progresif PAS dalam PRU 13 lalu adalah salah satu daripadanya.

Unknown berkata...

Salam semua. Jika diimbas kembali kekuatan arwah PR menjelang PRU13 yg lalu, tidak keterlaluan jika dikatakan peluang gabungan tiga parti itu utk menggantikan kerajaan 'rosak segala' UMNOBN adalah sangat cerah. Selain drp penipuan SPR yg lengkap dgn barisan bukti kukuh juga petisyen yg semuanya ditolak mahkamah kangaroo atas Alasan teknikal, masukkan sekali rasa hairan akan sikap PAS atas arahan HH yg menjadikan PR vs PR vs BN yg semuanya dimenangi oleh BN. Pendedahan saudara rafizi ttg keengganan HH menerima DSAI menjadi PM jika PR menang, isu hudud yg kembali lantang dilaungkan walaupun HH sendiri menyatakan bahawa byk lg perkara lain yg perlu diperbetul juga gelaran2 yg bersifat menikam belakang kawan2 sendiri adalah satu sbb cita2 besar PR ruyup dan musnah. Tanpa perlu berselindung, selain menyalahkan taktik kotor UMNOBN, wajib juga dilihat Dari sudut sakit hati @ busuk hati sesama sendiri. Ada manusia yg bersikap begini, jika aku tak dpt sesuatu jgn harap org lain akan dpt. Katakanlah nnt akan wujud satu pakatan baru, berikrarlah, watak2 yg memporakperandakan PAS kini, walaupun dari mana2 parti gabungan sekalipun, jgn biarkan bertunas apatah lg membesar kerana kesannya adalah buruk semata2.

Dol berkata...

hadi kata org cemburu sebb hubungan 'luar nikah' PAS umnu.
hadi kata org cemburu hadi masuk TV dn media umnu.

hahahahahhaha (gelak dulu)

helo hadi,

rakyat nampak umnu tu mcm nenek kebayan tua lanjut tp jahat. tkde sapa nk cemburu kalau kau bercinta dgn nenek kebayan. atau kau yg cemburu pada G18 yg lebih dinamik dn menonjol dlm PAS selama ini.

kau kan kuat cemburu sebb ego rasa paling hebat dlm dunia. dgn anwar pun kau cemburu. KALAU NK CEMBURU DGN ANWAR, SILA BERANI MASUK PENJARA DAN KENA PUKUL SETENGAH MATI KENA TELANJANG DLL.

sebb apa kau kata org cemburu kat kau? SEBAB JIWA KAU YG PENUH CEMBURU, hanya penyamun saja yg rasa org lain pun penyamun, hanya anjing saja yg anggap org lain pun hanya tau menyalak saja.

apa yg kita tuduh buruk kt org, itu sebenarnya gambaran diri kita. hingga saat ini DAP tk pernah pun label apa2 pun kt PAS. sebb DAP hormati kerana masih ramai org PAS yg baik dan ikhlas, sebb DAP tau hanya segelintir UG PAS yg membawa kerosakan.

hadi,

kalau takat cemburu sebab kau masuk TV dan media umnu, perogol perompak, mat rempit, perempuan separuh bogel, artis, mat gian, raja lawak, nombor ekor pun semua masuk TV dan media umnu. apa nk heran.

TAPI KALAU PRESIDENG MASUK MAJALAH M A N G G A, haaaaaaaa itu baru kita semua cemburu buta sgt2.

salam aidil fitri dan selamat tinggal PAS

Tanpa Nama berkata...

Jika itu yang lebih baik bagi PAS, kami menerima seikhlas hati yang kami tidak lagi mengundi PAS bagi PRU akan datang, bergabunglah kamu wahai PAS dengan Umno, lagi cepat bersama Umno lagi senang kami buat keputusan dan kini nampak dengan lebih jelas. Akibat mulut badan yang merasa. Terima hakikat yang PAS kini bukan lagi gabungan PAKATAN RAKYAT (PR). Selamat tinggal PAS.

man man berkata...

setuju...cpt sikit sotong berambuslah...

Abdul Said berkata...

Tuan Anti Fitnah, terima kasih diatas pandang tuan . Setuju sangat. Saya secara peribadi bila sudah tua mula mempersoalkan banyak perkara ugama yang dibawa oleh orang Melayu. Tambahan pula sekarang sudah banyak kitab-kitab lama yang diterjemah kepada bahasa Melayu/Indonesia dan bahasa Inggeris. Apa yang disampaikan terutama dimasjid dan surua tidak saya terima bulat-bulat. Saya akan semak dan tapis melalui kitab-kitab yang di rumah atau pun melalui internet. Terlalu banyak pandangan sempit dan bercanggah. Namun saya yakin pandangan ulamak muktabar lagi tepat berbanding ulamak Melayu sekarang. Lagi yakin tentang ajaran Alquran dan Assunnah. Ramai ustaz-ustaz PAS walaupun tak suka UMNO tapi masih berpegang kepada ideologi UMNO. Mengutuk orang bukan Islam dalam ceramah dengan perkataan yang menghinakan. Apakah ustaz-ustaz tidak tahu sekarang ramai orang lain (terutama Cina) menjadi orang Islam. Apakah mereka tidak sedih bila ustaz-ustaz menghina ibubapa dan saudara mereka yang bukan Islam. Apakah mereka tidak sedih mendapat tahu yang kerabat mereka akan diseksa dineraka dan mereka belum dapat meyakinkan mereka untuk berhijrah ke pada Islam. Apakah ustaz-ustaz tidak sedar kadang kala ceramah mereka didengari oleh orang bukan Islam dan mereka berasa bertambah benci terhadap Islam!! Ustaz-ustaz beginilah bila berkuasa yang selalu menghalang ustaz-ustaz lain yang tak sealiran dengan kumpulan mereka. Itu hanya sebahagian dari luahan perasaan sahaja. Sekian.