16 Jun 2015

[VIDEO & GAMBAR] Mat Sabu, Terbuang Tetapi Tetap Terbilang


Mohammad Sabu, sekalipun tewas di dalam mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden di dalam pemilihan PAS baru-baru ini, BELIAU masih terus mendapat tempat di hati akar umbi apabila ceramah perdananya di Perkarangan Madrasah Atas Kubur, Kota Bharu malam tadi dihadiri oleh ramai penyokong Pakatan Rakyat.

Sekalipun hujan telah turun, namun para hadirin terus tidak berganjak.

Berbanding dengan program ceramah kumpulan pro- ulama oleh salah seorang Naib Presiden PAS di Seremaban malam kelmarin yang hanya dihadiri sekitar 20-30 orang pendengar ternyata, akar umbi dan penyokong PR masih memilih golongan progresif.

Di dalam ceramahnya malam tadi Mat Sabu telah menyentuh isu Hudud yang menurutnya PAS telah ditipu oleh UMNO dalam isu berkenaan.

Beliau mempertikaikan mengenai kebijaksanaan pimpinan PAS yang terus mempercayai UMNO untuk membentang Private Bill yang sehingga sesudah dua kali Parlimen bersidang, ia masih gagal untuk dibentangkan.

"UMNO tipu kita, betul atau tidak," soalnya dan disambut "BETULLL" oleh para hadirin.

"Kenapa pergi percaya kepada UMNO?" beliau bertanya dengan lantang dengan membuat sindiran pedas kepada golongan yang kononnya mempercayai UMNO itu ikhlas.

"(Akibatnya), Kita berpecah, usul tak naik, kita yang memikul masalah," tambahnya.

Beliau menyatakan ini bukan dipatuk ular kali kedua tapi ke lapan, dan disambut dengan gelak ketawa oleh para hadirin.

Ceramah Perdana malam tadi turut menampilkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dari PKR dan ahli Parlimen Raub, Mohd Arif Sabri dari DAP.

Mat Sabu ikrar bersama Pakatan, tolak yang mahu berbaik dengan Umno

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berikrar akan terus bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan bersama dengan mana-mana pihak dalam parti Islam itu yang mahu membantu Umno kekal di Putrajaya. Dalam ceramah pertama beliau di Kota Baru malam tadi selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam PAS, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tegas akan menolak mereka yang mahu berbaik-baik dengan Umno.

"Jangan siapa niat nak bantu Umno kekalkan Putrajaya, Abang Mat akan lawan habis-habisan kali ini... No, no, no," kata Mat Sabu disambut dengan takbir oleh orang ramai yang hadir.

Baginya, usaha menamatkan pemerintahan Umno perlu diteruskan kerana katanya parti Melayu itu tidak boleh membuat apa-apa kebaikan lagi, lebih daripada apa yang dibuat selama ini, ekoran pelbagai isu yang berbangkit sekarang.

Beliau dengan jelas menyindir sesetengah pimpinan PAS, terutama yang menang dalam pemilihan PAS baru-baru ini, kerana kelihatan mahu berbaik-baik dengan pemimpin parti tunggak dalam BN itu, yang juga sedang menghadapi masalah itu.

"Dalam suasana begini, kita nak bagi nafas kepada Umno untuk memerintah lagi... 'how can', mana boleh... Jangan bagi sambungan ajal kepada Umno dan BN," katanya.

Ucapan beliau disambut teriakan takbir dan tepukan tangan daripada orang ramai yang penuh sesak walaupun di tengah hujan renyai.

Ini kali kedua Mat Sabu memberikan ceramah selepas berbuat demikian di Lembah Pantai, ibu negara, kelmarin yang juga penuh sesak dengan orang ramai.

Malam ini, Mat Sabu akan bersama dengan rakan-rakan progresif yang kalah di Muar, Johor untuk menyertai "Perhimpunan Jasamu Dikenang" yang dianjurkan untuk mereka.

Beliau dalam ucapannya turut kesal kerana isu hudud memecahkan PAS dan juga PR padahal jelas mereka ditipu oleh Umno.

Bagi beliau, tuduhan kononnya ada pemimpin PAS yang tolak hudud tidak benar kerana yang jelas hanya cara melaksanakannya yang mempunyai perbezaan pendapat dan masih banyak yang boleh dilakukan walaupun hudud masih tidak dilaksanakan sepenuhnya.

"Selepas 25 tahun perintah Kelantan, macam-macam kita boleh buat. Cuti dua hari seminggu, cuti bersalin 60 hari, tubuh pajak gadai Islam, pindah akaun dari bank riba kepada bank Islam.

"Kenapa kita boleh kata tak mahu pergi ke Putrajaya kalau tidak dapat laksana hudud?" soal Mat Sabu terhadap sikap sesetengah pemimpin PAS yang melihat perjuangan parti itu hanya untuk melaksanakan hudud semata-mata.

Sekarang, katanya, terbukti apa yang dijanjikan Umno untuk membantu dalam pelaksanaan hudud adalah bohong semata-mata dan hanya bertujuan memecahkan PR.

"Kita sudah berada di ambang kuasa, ibarat naik pokok kelapa, dah sampai ke atas dan nak pulas buah kelapa saja. Tiba-tiba ada orang jolok punggung kita, itu tidak boleh lah," kata Mat Sabu menyindir pihak yang cuba memecahkan PR dan menyekatnya daripada mara ke Putrajaya.

Beliau juga membangkitkan mengenai usaha Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tergesa-gesa membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen tanpa berbincang dengan pemimpin parti lain dan PR kononnya selepas dijanjikan sokongan oleh Umno.

"Penggal dulu tak naik (usul ini), janji penggal ini pula. Sidang tinggal dua hari lagi, tak naik juga... ertinya Umno tipu kita.. Yang geramnya, kenapa kita percayakan Umno?" soal Mat Sabu penuh perasaan.
-TMI





15 ulasan:

sb dehlawi berkata...

insyaallah pengundi kelate akn tolak geng ug dalam pas

Tanpa Nama berkata...

Khas untuk admin... Mohon pencerahan... mana satu berita yang betul... fitnah suatu yang merugikan... http://omakkau.blogspot.com/2015/06/pasca-muktamar-pas-ke-61-ceramah.html

Saiful berkata...

Blog omak kau kata hambar...yg mana betui..tapi sy percaya yg tuan punya..

Tanpa Nama berkata...

Ambo pun x ser geng ularmak..bt malu isle jah..jatuh martabat isle dgn ulamak klu lagu ni perngai ularmak..ore tegur x ser dengar..baso gong!!!

air gunung berkata...

Tolak diaorg memang tak dpt tidak.cuma perancangan perlu kemas.dgn mereka yg pro serta bersama ulamak dan ustz2 yg terbukti kompeten aku yakin tiada masalah besar utk rangka satu strategi dan wadah yg berkesan.letakkan satu penanda aras,kemudian sama2 kita laksanakan dgn gerakerja dgn smart.insya Allah org sekarang bkn mcm dulu senang cucuk idung.ramai yg dah boleh memikir dgn bijak.pasti mereka memilih dgn bijaksana

DOL berkata...

tktau islam bentuk apa yg PAS mahu.

berbuat baik dan membela rakyat seolah bukan islam.

berkawan bukan islam juga bukan islam.

nk takut DAP memerintah buat apa, benda belum terjadi dn tk semudah itu terjadi. selagi kita ada institusi raja, polis tentera dan umat islam masih ramai, kenapa takutkan bayangan.

british jepun komunis yg kuat bersenjata pun tk semudah itu perintah kita, akhirnya mereka cabut balik.

apakah bila dpt potong tgn walau sekali pun maka PAS rasa sgt puashati telah laksana islam, telah dpt redha Allah.

kita sokong hudud tp kita nk lihat bagaimana PAS perjuangkan hudud dgn mengkhianati kawan2 PR dan sanggup sekongkol dgn org yg beri gula-gula hudud iaitu umno.

PAS BUKTIKAN KPD RAKYAT DGN KAMU MENGORBANKAN NILAI2 BAIK DAN PEMIMPIN2 RAKYAT YG KAMU BUANG MESTI BERBAYAR DGN PERLAKSANAAN HUDUD YG BETUL2 ADIL(BUKAN PILIH2) DAN BUKTIKAN KAMU MAMPU MENEGAK ISLAM YG BETUL2 RAHMAT KPD SEMUA RAKYAT.....BARULAH RAKYAT AKAN SOKONG SEMULA.

tapi jika akhirnya islam dicemuh, islam dijauhi, perkauman makin kuat, agama sentiasa jadi isu panas, kehidupan huru hara, hudud jauh panggang dari api, curiga berlaku atas dasar agama dan kaum, rakyat tidak juga selesa kehidupannya dan umno terus dibiar maharajalela dgn penipuan dan rompakan........... maka PAS AKAN DIKENALI SEBAGAI PARTI YG BERTOPENG AGAMA, MENGHNCUR NILAI2 MULIA DAN SEKONGKOL DGN PENYAMUN YG GAGAL KAMU PULIHKAN.

atau akhirnya PAS sendiri akan mengikut perangai penyamun rakyat, cuma di upgrade kerana UG PAS pandai agama dan islamic kulitnya.

jika ini berlaku, siapa munafik haraki sebenarnya?

Tanpa Nama berkata...



.
Hanya progresif dapat kembalikan maruah ulama.

Ini bukan bererti ulama hanya mengikut apa saja yang diputuskan oleh progresif. Kedua-dua nya saling perlu memerlukan. Progresif boleh bergerak tanpa ulama tapi kesempatan yang ada ini diberi kepada ulama untuk duduk ditengah-tengah masyarakat sebagai pemimpin. Ulama tanpa progresif jadi badan dakwah yang bukan untuk memimpin masyarakat sebalik nya hanya memimbing masyarakat. Islam di Malaysia lebih cantik jika pemimpin nya kuat ilmu agamanya.

Kita gabungkan apa yang ada pada Anwar dengan dengan apa yang sepatutnya ada pada ulama seperti TGNA. Baru kita dapat lihat kesempurnaan. Agak sukar untuk kita dapatkan seseorang individu memiliki kedua-dua nya sekali.

Mat Sabu kata kita dah nak petik buah kelapa. Buah kelapa yang kita petik itu kita nak bagi pada orang yang di bawah. Tapi rupa-rupanya orang yang di bawah itu yang jolok punggung kita. Isu seperti UMNO jika memberi kebaikan kepada PAS dan rakyat dan isu seperti hudud jika betul mampu melaksanakan nya, sudah tentu progresif tak dapat menolak nya. Tapi kita yang bawahan ini pun tahu permainan UMNO! Itu lah masalahnya.

Kesimpulannya, hanya parti PAS sahaja yang dapat meletakkan ulama di tempat yang atas supaya mereka dapat menjalankan amanah yang ada pada mereka. Seperti mana PAS telah meletak TGNA sebagai MB Kelantan.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...



Betul Abang Mat. Walaupun UMNO dah berubah menjadi baik sekali pun, kita akan lawan habis-habisan. Bukan kerana dengki atau benci tetapi untuk rakyat jugak.

Tak tahu lah kenapa ada pihak yang berusaha untuk menyatukan melayu Mengapa ada dua parti melayu maka melayu di katakan berpecah. Yang kita faham tak UMNO perintah PAS lah yang perintah.

Yang tak cerdiknya ialah macam hanya ada satu cara je untuk menyatukan melayu iaitu satukan UMNO dengan PAS. Kita percaya kalau UMNO berubah tak teruk macam sekarang ini, melayu bersatu. UMNO sendiri tak dapat bersatu dengan Mahathir, ini kan pulak PAS nak bersatu dengan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Talan x kenal lagi blogger omakkau, blogger geng TSKI dan pewala Hadi
foto2 dalam blog dia pun ambil dari sudut jauh.

Tanpa Nama berkata...



Salam GB..

Pembawa2 sbnr7AKIDAH maha7LURUS-maha7TERANG-SUCI tlh mnjd SUNNAH slalunya terbuang..

Nabi Ibrahim as terbuang kdlm API

Nabi Musa as juga trbuang dr Mesir

Nabi Yusoff as pon terbuang kdlm penjara

Nabi Isa as dibuang dimusuhi diSALIB & diangkat keLangit tggi..

Nabi SAW juga diburu dibuang HIJRAH keMadinah

DEMIKIAN

Demikian itulah sunnah-FITRAH..

..itulah sbnr7AKIDAH-LURUS-SUCI-univrsal-AZALI nabi2 & MUKMININ yg sejati


Nabi SAW

Ciri2 jelmaan AKIDAH-Lurus-TERANG-suci nabi SAW :

---AKIDAH-brCahaya seTERANG7nya

---AKIDAH-ygLurus seLURUS7nya

---AKIDAH-ygJujur seJUJUR7nya

---AKIDAH-ygIkhlas seIKHLAS7nya

---AKIDAH-ygAMANAH-SUCI stinggi7nya

---AKIDAH-maha7berCAHAYAsanjungan smurni7PENGHORMATAN

Ciri2 AKIDAH diatas itu adalah skudus7AKIDAH maha7LURUS smua nabi2 as & itu lah juga ciri2 AKIDAH muslimin & sbnr7Mukminin yg sejati yg sudah pasti skali TIADA lg tolok bandingannya didunia ini..



DAN..

Sebaliknya..

Jelmaan kpd AKIDAH ularrMak/ahlulKitab Yahudi pula:

----AKIDAH-putar-BELIT-konar

----AKIDAH-U-turn-DOLAK-dalik-auta

----AKIDAH-samar-KELIRU-songlap-GELAP

----AKIDAH-khianat-LANGGAR-noda-JANJI

----AKIDAH-topeng-KITAB-jubah-SORBAN-nas2goreng

----AKIDAH-Licik-DRAMA-trick-ONAR-makar-FITNAH

ITU

ITU lah..

Itulah yg mnjdkan Yahudi itu SESAT, MURTAD & diLAKNAT krn mnyimpang drp sunnah-FITRAH sbnr7AKIDAH-LURUS-SUCI yg maha7TERANG yg tlh dibawa & dilaksanakan oleh nabi mrk sndiri yakni nabi Musa as..



JADI

GB..

SAPE?

Sapekah yg dah mnjd lebih jahat serta lebih BEJAT drp Yahudi itu didepan mata kita sekarang ini????
......yg pakai siku-LUTOT n otak kat buntot tak dapek den nak nolonge laei!?

hehehe..

Tanpa Nama berkata...

Abg mat kecewakan saya bilamna telah kalah di parlimen pendang. Kami telah susun gerak kerja serta bertungkus lumus sentiasa utk pas pendang. Tapi rezeki x menyebelahi pas. Mungkin sbb silap calon. Dr hayati telah cemerlang di pendang, abg mat x di terima di pendang. Apa masalah dr hayati??

Tanpa Nama berkata...

Masih layari blog omak kau? Tak kan x tahu dah lain macam je lagu dia. Saiful, nape lambat sangat tangkap.

Tanpa Nama berkata...

Maruah Pas sebagai parti yang kononnya mendukung hudud telah musnah samasekali selepas muktamar ke 61.

Dari hari berakhirnya muktamar sehingga hari ini, maruah pas telah bersepai habis kerana telah nyata gagal samasekali menangani isu dalamannya dan juga menguruskan isu denan DAP.

Tidak nampak sebarang sinar positif daripada kepimpinan Pas untuk melunakkan kedua-dua isu tersebut.

Kini rakyat Malaysia tidak kira apa ugama dan bangsa telah melihat Pas gagal secara total menguruskan krisis. Bersandarkan sinario kegagalan Pas ini, ianya telah menghancurkan kredibiliti parti itu untuk melaksanakan hudud.

Bahkan bukan dua isu itu sahaja yang Pas gagal. Isu mangsa banjir juga tidak mampu ditangani oleh Pas. Kerajaan Pas Kelantan gagal samasekali membantu rakyatnya sendiri yang dalam kegetiran mengharungi kehidupan pasca banjir. Pemimpin Pas mengutamakan hudud daripada membantu kesengsaraan rakyat sehingga sanggup berperang sama sendiri dan juga berperang dengan DAP.

Mungkin musibah yang melanda Pas sekarang ini merupakan kifarah Allah kerana Pas kerana tidak mempedulikan rakyat sendiri yang sedang menderita.

Bagaimanakah Pas mampu meyakinkan rakyat bahawa Pas mampu menguruskan hukum hudud dengan adil sedangkan ternyata tindak-tanduknya dalam isu pemilihan pemimpin, isu hubungan dengan DAP, isu kesengsaraan rakyatnya dan akhlaknya dalam isu MB Selangor sangat-sangat bertentangan dengan akhlak Islam?

Tanpa Nama berkata...

Aku minta ampunlah dan bertaubat kalau tersalah cakap. Cuma nak tanya mustahak sangat ke hudud tu sampai saudara-saudara kita di Kelantan masih ada yang tinggal dikemah lagi.??? Ni nak puasa dan kemudian Hari Raya. Takut nanti keluar duit untuk jamuan ada tapi nak bantu buat rumah takde!!!

Unknown berkata...

Ambo pengundi PAS zaman berzaman doh tapi pru14 ni ambo nak ajar PAScai kelate pimpinan mat rileks dan nik rover....ambo tak akan undi calon2 PAScai.