8 Jun 2015

Tanpa Profesyenal, Ceramah PAS Bakal Lengang ...


Pentas ceramah Pas akan sepi selepas ini Oleh Shahbuudin Hussin

Salah satu kekuatan Pas selama ini ialah penguasaannya dalam pentas-pentas ceramah di seluruh negara. Sama ada terdapat isu-isu besar yang melanda negara atau sekadar menyampaikan mesej perjuangan, kekuatan di pentas ceramah itulah antara sebab yang menjadikan Pas semakin kukuh di hati orang-orang Melayu.

Dalam ceramah yang disampaikan itu, bukan saja aspek perjuangan Islam, keperluan menegakkan apa yang disuruh Allah dan menghuraikan isu-isu semasa yang menjadi penekanan, tetapi penting juga ialah siapa yang menyampaikan ceramah itu.

Bagi kebanyakan orang, khususnya yang tinggal jauh di pedalaman atau kampung-kampung, menghadiri ceramah Pas bukan saja untuk mengukuhkan lagi keyakinan terhadap perjuangan parti, bahkan juga untuk mendapat tambahan ilmu dan maklumat mengenai isu-isu semasa berikutan ahli Pas memang dididik untuk tidak mempercayai berita daripada media arus perdana.

Selebihnya, ramai juga yang menghadiri ceramah Pas kerana tertarik, kagum atau terhibur dengan penyampaian penceramah yang dijemput itu.

Suatu ketika Allahyarham Datuk Fadzil Noor, bekas Presiden Pas amat dikagumi dan sentiasa mendapat limpahan hadirin setiap kali ceramahnya diadakan. Beliau bukan saja berceramah dengan lantang mengenai ketidakadilan dan pelbagai salah UMNO dan BN yang diselitkan dengan ayat-ayat Al Quran dan Hadis, tetapi mempunyai kritikan dan analisa yang tajam dari sudut politik. Lawak jenaka dan sindiran politiknya seringkali membuatkan ramai tidak kering gusi mendengar ceramahnya.

Datuk Seri Haji Awang pula, ketika zaman mudanya digilai di mana saja ceramahnya diadakan kerana isi dan suaranya yang keras serta tiada komprominya dalam memperkatakan kebenaran. Perkataan kafir, taghut, zalim, munafik dan seumpamanya jarang lekang daripada pengucapannya. Anak-anak muda dan mereka yang baru mengenal perjuangan Pas amat mudah terangsang dengan kata-kata semangat yang disampaikannya.

Allahyarham Nik Aziz tidak terkecuali daripada kehebatan menguasai pentas-pentas ceramah di seluruh negara. Kedudukannya sebagai seorang yang alim, zuhud dan kata-kata yang disampaikannya bersandarkan hukum Al Quran dan Hadis menjadikannya antara paling digemari.

Namun sejak 10 atau 15 tahun kebelakangan ini pula, antara tokoh Pas yang menjadi minat ramai di pentas-pentas ceramah ialah Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Salahuddin Ayob, Khalid Samad, Dr Mujahid, Dr Hatta Ramli, Nizar Jamaluddin dan ramai lagi. Mereka ini bukan saja hebat di pentas ceramah dengan pembongkaran isu-isu semasa politik negara, bahkan juga aktif dalam forum, sidang akhbar dan sentiasa peka untuk mengulas isu-isu semasa dalam negara.

Antara kelebihan mereka ini ialah kehebatan berpidato atau berceramah dan memberi penerangan mengenai pelbagai isu semasa. Sambil berceramah, menegakkan hukum, mengukuhkan keyakinan dan memberi penerangan berkaitan isu-isu semasa negara, mereka juga menyelitkannya dengan unsur hiburan atau lawak jenaka.

Selama berpuluh tahun itu, tokoh-tokoh Pas daripada kalangan profesional inilah yang ligat menguasai pentas ceramah di seluruh negara, tambahan pula Haji Hadi Awang tidak lagi seagresif dulu menyampaikan ceramahnya berikutan kesibukan lain sebagai Presiden Pas banyak mengekang jadualnya.


Seiring dengan itu, tokoh-tokoh Pas dari kalangan ulama atau berpendidikan agama hampir tenggelam di pentas ceramah berikutan isu-isu semasa yang berlarutan dan silih berganti menjadikan mereka daripada kalangan profesional ini lebih digemari oleh khalayak ramai.

Bagaimanapun, berikutan pertembungan antara kumpulan ulama dan profesional dalam Pas, semua tokoh-tokoh ini kecundang dalam pemilihan baru-baru ini. Mohamad Sabu kecundang di tangan Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan Timbalan Presiden. Bagi jawatan Naib Presiden pula, Husam Musa, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayuh tewas ditangan Idris Ahmad, Mohd Amar Abdullah dan Iskandar Samad.

Bagi jawatan AJK, kecuali Mazlan Aliman, kesemua tokoh daripada kalangan profesional yang mana antaranya menjadi Ahli Parlimen, bekas Menteri Besar dan sebagainya serta cukup dikenali di kalangan rakyat, telah "dibersihkan" oleh kumpulan ulama daripada menduduk kerusi kepimpinan Pas di peringkat pusat.

Dengan wajah baru Pas sekarang, tidak dapat tidak Pas akan berdepan dengan masalah yang berbagai di masa depannya. Walaupun ingin kekal bersama PR, tetapi kepimpinan baru ini semestinya lebih bermasalah dengan DAP dalam fasa-fasa seterusnya.

Selain undi dan dan sokongan daripada bukan Melayu akan berkurangan, Pas juga mungkin tidak lagi diminati oleh kalangan profesional, kakitangan awam, swasta dan pengundi muda berikutan ketiadaan kepimpinan profesional dalam kepimpinan tertinggi parti itu. Mereka selama ini menyokong perjuangan Pas adalah kerana tertarik dengan Islam yang dibuktikan dengan penyertaan ramai kalangan profesional menyertai dan menguasai kepimpinan parti itu.

Sudah tentu tidak ramai golongan tersebut yang menyertai Pas kerana tertarik dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, Nik Abduh atau Nasharuddin Tantawi berbanding daya tarikan daripada Mohamad Sabu, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Mahfuz dan seumpamanya.

Yang lebih memberi kesan kepada Pas selepas ini ialah kelopongan dalam menguasai pentas-pentas ceramah di seluruh. Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden tidak dinafikan boleh berceramah kerana selalu muncul dalam program Forum Perdana Ehwal Islam di TV sebelum ini, tetapi kehebatannya menarik audiens tidaklah sekukuh Mohamad Sabu.

Di kalangan Naib Presiden, siapakah yang mahu mendengar ceramah Idris Ahmad, Nik Amar Abdullah dan Iskandar Samad berbanding Husam, Mahfuz dan Salahuddin Ayub sebelum ini?

Begitu juga di kalangan AJK baru yang ada sekarang, mereka mungkin lebih ilmu agama dan pengetahuan dalam hukum halal haram, namun hampir tidak dikenali dan kosong aura dalam menarik kehadiran orangramai di pentas- ceramah berbanding tokoh-tokoh profesional yang tewas itu.

Dengan ini, dalam tempoh dua tahun akan datang di mana kepimpinan baru ini memikul tanggungjawabnya, kesuraman dan hilangnya daya tarikan Pas sudah pun dapat dirasai. Jika berlarutan sehingga PRU 14 akan datang, tidak mustahil bukan saja kehilangan lebih banyak kerusi akan dialami oleh parti itu, bahkan Kelantan pun akan kembali ke pangkuan BN. -aintdaily

Percayalah PAS akan sunyi tanpa aura mu ... Oleh Zulkifli Yaacob


Walau apa kamu kata ,kata kepada insan ini, macai DAP, tak wala kepada Presiden, mendahului Presiden serta berbagai kata nista dn fitnah ...

Aku lebih menghormati beliau daripada 10 Ustaz dlm AJK PAS PUSAT skrg ini.

Walaupun ada gelaran DATO, ada gelaran Dr, ada latar belakang agama, Aku lebih percayakan Abg Mat dari kamu.

Aku mengenali beliau ketika kamu masih di Universiti AlAzhar, ketika kamu masih di Pakistan dan India, ketika kamu masih UM dn UKM, ketika kamu baru pegang jawatan dlm Kastam.

Biar tiada latar belakang Agama, biar tiada gelaran TOK GURU, Biar tiada gelaran USTAZ, Biar tiada gelaran DR PHD... Namun Istiqomah dlm perjuangan Pas menyebabkan aku kagum kepadanya.

Insan ini telah melalui pahit maung perjuangan yang begitu lama. ISA dan lokap adalah rumah keduanya, jutaan wang telah dikumpul melalui ceramah beliau, tiada malam yangg berlalu tanpa ceramahnya.


Berapa ramai mereka yg menyertai Pas selepas mendengar ceramahnya. Kehadiran dalam PAS sebelum kemenangan di Kelantan.

Sebak mendengar luahan perasannya sepanjang perjalanan ini.

Kalah menang adat bertanding, tapi yang tak boleh diterima adalah kata nista dn fitnah terhadapnya.

Tak pe lah Abg Mat, Allah nak bag Abg Mat rehat, sebelum ini Abg Mat tak ada rehat langsung,

Sekarang tanpa ada jawatan Abg Mat boleh rehat ...

Percayalah PAS akan sunyi tanpa aura mu. Dan mereka akan tercari2 mu selepas ini.

Catatan dlm flight Qatar airways QR 853 2.57am 6/6/2015.
-muktamarpas61




28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

T. Kasih Abg. Mat..
Mga Allah mmberkati semua urusanmu..

Tanpa Nama berkata...

Rakyat mengharapkan Pasma menjadi parti politik menggabungkan Golongan Agama dan professional menumbangkan krjn Zalim.Biarkan Pas UG menang sorak kampung tergadai..Biarkan Pas UG terjun dengan Labu2 nya...Diharapkan Pasma segera ditubuhkan sebagai parti baru utk memenuhi harapan rakyat.Pas UG hanya memenuhi harapan ulamak wala BN

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Tidak dapat dinafikan bahawa entiti politik tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti pidato. Walaupun bukan semua, kebanyakan tokoh-tokoh politik adalah pemidato yang baik. Salah satu mekanisme Pas untuk meraih sokongan dan undi adalah melalui pentas ceramah. Pentas ceramah politik juga digunakan oleh Pas untuk mengutip derma.

Lantaran Pas tiada media lain, maka Pas menggunakan pentas ceramah untuk memperkatakan sesuatu isu. Jika isunya hebat daan penceramahnya hebat, maka audien ramailah hadir. Jika isunya hebat, tetapi penceramahnya tidak hebat maka sedikitlah audien yang hadir. Jika isunya tidak hebat, tetapi penceramahnya hebat pasti ramai juga audien yang datang. Faktor penceramah juga tidak boleh dikesampingkan. Penceramah yang pandai mengaitkan isu-isu semasa dengan menyelitkan sedikit ayat-ayat Quran dan Hadis dikira memenuhi keperluan SOP penceramah Pas.

Penceramnah-penceramah hebat Pas yang boleh menarik ramai audien kini telah kecundang dalam Muktamar Pas 2015. Kekecundangan mereka adalah disebabkan mereka dilebel sebagai pemimpin Pas yang pro Pakatan Rakyat. Selepas ini pentas ceramah Pas akan sunyi dari suara-suara lantang, tegas dan "sense of humour mereka". Penceramah-penceramah pro ulama pula akan mengambil alih pentas ceramah. Penceramah-penceramah pro ulama pastinya akan menjaja ayat-ayat Quran dan Hadis untuk menarik sokongan audien. Memang tidak dapat dinafikan mereka hebat dalam hukum-hakam agama tetapi tidak semestinya berjaya menarik minat khalayak.

Ramai yang meramal ceramah Pas akan menjadi tawar dan hambar dengan ketiadaan tokoh-tokoh pemidato Pas seperti Mat Sabu, Nijar, Salahudin Ayub, dan ramai lagi. Ceramah Hadi Awang dan pimpinan baharu Pas hanya mampu menarik minat ahli-ahli Pas sahaja. Ceramah Pas tidak perlu lagi diadakan di tempat terbuka, memadai sahaja diadakan di markaz-markaz Pas. Seandainya ceramah itu diadakan di stadium atau di tempat-tempat terbuka yang lain sememangnya memerlukan kos. Pas pasti tidak mampu membayar kos sewa stadium, khemah dan sistem audio. Biasannya kos-kos tersebut dibayar dengan menggunakan wang kutipan derma. Kehadiran audien yang sedikit tidak memungkinkan Pas memperolehi derma yang banyak. Audien yang pro Pakatan Rakyat sudah berat punggung untuk menghadiri ceramah kerana pemimpin kesayangan mereka telah dinyahkan melalui grand design oleh pemimpin-pemimpin pro ulama. Sayonara Pas dan selamat datang Pakatan Rakyat versi baharu!

Tanpa Nama berkata...

Mat sabu i love u... abang mat kecewa kami lagi kecewa. Rahmat Allah maha luas tidak terbatas dalam pas sahaja..

Tanpa Nama berkata...

kalau majlis ilmu insyaallah ramai orang.. tapi kalau ceramah politik chai2.. hehe minta maaf.. banyak lagi kerja nak dibuat di rumah...

Unknown berkata...

Salam Semua;

Beginilah asam garam hidup kita di dunia ibarat roda, ada di seketika kita di atas dan ada seketika kita di bawah, Sebenarnya ini adalah ujian ALLAH untuk melihat makhluknya adakah dianya berputus asa!!!

HIKMAHNYA adalah abang mat, diperlukan di luar sana,bermesyuaratlah dengan rakan-rakan dan mulakan STRATEGY baru,pastikan niat kita mendapat keREDHAan ALLAH, insyALLAH, dengan berkat dgn penuh keSABARan dan DOA untuk bersama majority rakyat, perjuangan bang Mat dan rakan-rakan akan beroleh Barakah dan keJAYAan.

TABAHKAN HATI ,CEKALKAN JIWA,MELAKUKAN SESUATU DGN BIJAKSANA anggaplah kejadian yb berlaku adalah UJIAN DARI ALLAH Subhanawataalla Semata-mata.

AMIN...

Tanpa Nama berkata...

sebaiknya golongan professional keluar je dpd PAS. atau jadi ahli tidak aktif je. kamu tidak diperlukan dlm PAS. sedarlah diri. islam dan parti islam hanya utk ust2. tk hafal byk hadis Quran maka jgn rasa blh jadi pemimpin PAS. tk reti2 pakai kupaih serban jgn perasan blh jadi pemimpin PAS.

tgk saja jualan harakah berbanding suara keadilan. suara keadilan lebih menarik kerana byk fakta dan isu, bukan semata2 retorik keagaamaan tp tk dikaitkan dgn fakta sebenar sesuai isu.

memang benar PAS akan kehilangan pendengar ceramah kerana rakyat mahu fakta yg perinci mengenai sesuatu isu bari dikaitkan dgn nas. biar nampak bahawa nas itu memang relevan dgn permasalahan setiap isu.

siapa yg nak jadi penasihat undang2 selepas ini? siapa yg nak cakp pasal ekonomi selepas ini? siapa yg nk bentang kertas kerja berkualiti di parlimen selepas ini? maka semua itu ust2 kena buat la.

hadi kata berbabik dgn umno tk salah kerana umno bukan firaun. maka apakah PKR dan DAP dianggap firaun maka hadi lebih utamakan umno.

umno tkkan berhenti guna PAS sehingga selangor dan penang dpt dirampas dpd PR. maka sebaiknya PAS UG keluar saja dpd PR. jgn jadi gunting dlm lipatan. bukankah sifat munafik itu sgt keji.

terus trang declare bersama umno dan bentanglah hujah pada rakyat. apa nk takut kalau memang UG mengharap redha Allah. yakinlah.

jgn main perangai berok tkde pendirian.

kita nk tgk lepas ni PR selangor akan lawan PAS+umno. senang kita nk pilih. kita tak mau PAS masih dlm PR tp mengkhianat.

kalau dah PKR liberal, DAP anti hudud, maka tinggalkan mereka. sila join umno yg sudah insaf dan baru bersunat itu.

jgn nnti PAS menang beberapa kerusi di selangor bersama PR tp akhirnya khianat kpd PR.

jgn jadi barua umno.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan GB,

Selain kekosongan pentas ceramah daripada sosok-sosok hebat yang telah dinyahkan, kita semua rakyat Malaysia kehilangan pejuang jalanan dalam isu-isu semasa.

Siapakah dari kalangan pemimpin Pas yang baru ini sangup turun ke jalanan mengepalai himpunan rakyat bagi menyatakan protes bila timbul isu-isu yang mengugat kepentingan rakyat? Adakah Tuan Ibrahim Tuah Man atau Nasarudin Hasan atau Nik Abduh akan bersegera tampil mengajak rakyat turun berdemo? Adakah golongan mudah lelah dalam MSU atau Dewan Ulamak sanggup selak jubah turun bersama anak-anak muda?

Sanggupkah golongan ini mencemar duli bersama rakyat bermandi water canon dan berhadapan dengan cota fru?

Dipercayai golongan yang terpilih menduduki saf pemimpin sekarang ini tidak akan mampu melakukan semua itu. Tidak ada muka yang berwibawa dari kalangan mereka. Masing-masing menyorokkan diri bila keadaan memerlukan mereka.

Haji Hadi pasti tersentak dengan keadaan ini. Tapi sudah terlambat.

Tanpa Nama berkata...

harap cepat sikit PAS masuk UMNO supaya senang kita nak buang undi... dorang akan pakai logo BN senang skit nanti geng profesional pakai lambang pasma kalau boleh buang perkataan pas guna nama lain jelek aku, tak sabar gak aku nak tengok calon BN pakai serban haha!

abrarmujahideen berkata...

Ade hadi awang kisah haha?

Asrul Sani berkata...

I adore u Bang Mat...if you need anything ...just whistle...remember...just whistle.... without you those hopeless are helpless......
hope to see u bang Mat one of these days....

Tanpa Nama berkata...

Biar profesional perintah,ulama utk menegur.Tapi ulamak nak jawatan,lepas ni, royalti akan di bayar pd kerajaan kelantan,kelantan tidak akan di anaktirikan.semoga Allah tunjukkan kami yg haq dan yg bathil.aku dah semakin confius,ulamak ni betul atau tak betul?.pru aku tak nak undi sebab aku dah semakin keliru.kalau undi pas,pas tak nak menang pun,matlamat pas bukan putrajaya.nak undi umno,aku takut,sebab umno banyak buat zalim walaupun tak mcm firaun,kalau aku undi umno,takut nanti aku akan ditanya,mcm mana aku boleh sokong parti yg boleh menzalimi sekurang2nya Anwar ibrahim,yg di bicara tak ikut pun mahkamah syariah,tapi rasanya lepas ni DSAI boleh lepas sebab umno akan sokong hudud yg di bawa PAS nnt.DSAI boleh hukum mereka2 yg menuduh beliau tak bawa saksi berwibawa tapi saksi carpet,pening oiii,

Nak masuk kuliah Ustad mokhtar senik ke tidak,(sebab ustaz2 selalu kata belajar dgn guru yg mursyid,ikhlas tawadhuk...aku makin keliru).

Tanpa Nama berkata...

Pergi markaz nak dengar ceramah.......! Mat Sabu tak adeee......ha ha ha .

Tanpa Nama berkata...

abg mat dan lain2 jebon dan parasit pas lu worang adalah legend bagi aku.

Tanpa Nama berkata...

Jgn risau..
pas boleh menang bila berseorangan...lgpun..tv3 dan tv1 dah sediakan slot prime time utk depa suma ng ceramah...velfire....abduh....din ayam...jom tgk tv3....

ibnu zambri berkata...

Buat parti Islam yg baru abg Mat, kalau masok PAS pun kan boleh jadi persident akan dtg pun.Masa ni Peringkat cawangan, kawasan pun dah rosak abg Mat. Kami di KL ni menyukong parti Islam yang baru.

Tanpa Nama berkata...

Abg mat sabu kecewa..kami sebagai golongan muda yg mulanya amat menyokong pas kerana kebijaksanaan golongan professional, kini kami sangat2 kecewa dgn pas yg terang2 nk bergabung ngan umno...kami sangat kecewa dgn hadi dan ulamak2 sorak2 beliau.Cuma kami masih menaruh harapan agar Pasma ditubuhkan menjadi parti politik menggantikan pas dan kita lihatlah nt berbondong2 rakyat menyokong Pasma.Semoga pasma tidak mengecewakan harapan kami.

Tanpa Nama berkata...

Dah sampai masa untuk berehat kot....kita serahkan PAS kpd mereka yang menang, tadbirlah PAS dengan acuan anda....semoga berbahagia, mana yang nak guna siku dan lutut gunakan lah, mana yang malu malu harimau mengaumlah dan mencakarlah....semoga berbahagia

Tanpa Nama berkata...

Sifir nya agak saya begini...pas akan bersepupu sepapat dengan umno, bersama berbelas lagi rakan qarib umno dalam bn. Ceramah pas lepas ni mestilah melalui tv....maaf, kalau tak betul !






Tanpa Nama berkata...



.


Orang yang benci UMNO akan kutuk UMNO dan menyamakan kezaliman UMNO dengan Firaun. Firaun tu bukan bermaksud orang nya tapi tindakan zalim nya dan angkuhnya.

Dan orang yang dulu benci UMNO tib-tiba sanggup berbaik-baik dengan UMNO bermakna orang tersebut telah melakukan perkara yang sama yang di lakukan oleh UMNO seperti fitnah dan Uturn. Skala dan ukuran 'baik' telah di turunkan ke bawah ia itu memasuki skala atau ukuran Firaun.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Bismillahirrahmanirrahim

Wallahi wabillahi watallahi
Abg mat tubuh je parti Baru aku pasti follow
X kebulor 7series x kebulor esos x perlu jd mnantu
Alang Mandi biar basah
Biar tersungkur mkn Lumpur
Biar terlentang mkn embun
LAWAN TTP LAWAN

Tanpa Nama berkata...

.

Pro Ulamak memang tak tahu bermain politik.

Kejayaan pro prefesional dalam berceramah atas pentas ini lah yang mengerunkan UMNO sehingga dimana ada ceramah Mat Sabu Husam Mahfuz dan lain-lain akan di ikuti oleh ceramah dari UMNO. Malah ada yang di buat pada hari dan waktu yang sama.

Pernah ramai orang sudah tidak menonton tv sebaliknya berduyun-duyun orang pergi ke ceramah. UMNO terpaksa menghantar ejen mereka untuk mendapatkan maklumat dan merekodkan jika ada kakitangan kerajaan yang hadir.

Jika pro Ulamak bijak berpolitiik, mereka sudah mula berlatih bercakap atas pentas politik.


Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah abg Mat .snda telah berjaya menjaga amanah sebaik Mungkin.
Pasti ada Hikmah atas apa yg berlaku .
Allah maha mengetahui.

cucu mamak kutty berkata...

aku jadi ahli pas thn 1983,aku naik motorsikalkapcai aku beramai2 dgn kawan2 aku dari melaka ke kuala pilah untuk melawat mat sabu yg di buang daerah ke kuala pilah pada tahun 1984,aku lihat betapa hebatnya seorang anak muda yg sebaya dgn aku,beliau memilh satu perjuangan yg walau pun amat mencabar,akan tetapi beliau tetap istiqamah dlm perjuangan hingga sekarang,tiada sesiapa pun dari umno atau dari pihak berkuasa yg boleh menjatuhkan beliau,.....tapi kini rakan seperjuangan yg berjubah dan berserban,yg datang dari kelulusan agama,yg balik dari azhar,jordan,madinah dan yg bertaraf ustaz dan ulamak le yg telah berjaya menjatuh anak muda ini yg telah bgini lama mengegarkan perjuangan politik di malaysia ini,anak muda ini lah yg telah menge rakkan semangat anak2 muda untuk bangkit dari tido lena supaya bangun untuk menentang akan kezaliman pemerintah yg dzalim yg sentiasa menyebabkan rakyat marhaen hidup menderita,anak muda ini lah yg sentiasa mengajak rakyat malaysia bangkit menentang amalan,rasuah,penyelewengan,nepotisma,kroni,dan muda ini lah yg jalanraya basah dgn air water canon dan langit berasar dgngas pemedih mata.....ini lah pejuang sebenar y7g sentiasa berjuang menentang kazalim an....tapi anak muda ini telah di jatuhkan dgn cara paling kotor,kekotoran yg telah mencemari dunia politik,polit ik islam telah di kotori.......bagi aku anak muda ini tak pernah tua pada umur,walau beliau ini sebaya ngan aku....perjuangan sentiasa muda,dan muda dan muda...perjuangan beliau tidak pernah walau pun padi telah,padi yg telah masah itu akan di tuai,dan di jadi kan benih untuk disemai dah akan menjadikan benih pada keluasan bendang yg menhijau di keluasan saujana mata memendang......seruan aku wahai CHEMAT...teruskan perjuangan mu...,.,kamu idola ku dan idola pejuang2 yg sentiasa menyanjung mu...semoga ALLAH SWT memanjangkan umur mu dan merahmati hidup mu

Tanpa Nama berkata...

PRU akan datang, kalau tuan dan puan mengundi PAS bererti tuan dan puan mengundi UMNO!!

Unknown berkata...

Menitis airmata ambo baca komen demo boh...panasssss weiiiiiiih apalaa dunia.

Unknown berkata...

Tak akan aku undi PAS lagi...mat rileks MB kelate lepas pru 14 jadi ketua pembangkang DUN kelate.Ramai dah saing sobat dok tutur nak ajar PAS sekali ni...tunggu laaa

MT berkata...

Pemimpin PAS dah kaya ..... Ceramah x perlu buat ....