24 Jun 2015

PAS Cawangan & Kawasan Ternanti-nanti Kemunculan Parti Baharu...


Ayah sokong parti baharu jika masih hidup, kata anak Fadzil Noor

Anak kepada bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil yakin jika bapanya Datuk Fadzil Mohd Noor masih hidup, beliau akan menyokong parti baharu yang sedang dalam proses pembentukan.

Faiz mengulas video Youtube yang disebarkan di laman sosial bagi menunjukkan Fadzil akan menentang penubuhan parti baharu sekiranya masih hidup.

"Anda mungkin tak setuju dengan saya, tapi saya percaya Ustaz Fadzil Noor (UFN) pasti menyokong parti baharu yang didokongi oleh pemimpin yang dilahirkannya yang banyak berjasa kepada karier perjuangannya,” tulis Faiz dalam laman Facebooknya hari ini.

"Parti baharu adalah meneruskan perjuangan UFN walau berlainan.”

Menurut Faiz, ayahnya satu-satunya pemimpin zaman 70-an yang menentang kemasukan PAS ke dalam Barisan Nasional (BN) semasa pemerintahan perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Katanya, Fadzil pada ketika itu beralih untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk menjadikan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) kumpulan pendesak Islam yang kuat di negara ini.

"Dia kembali aktif bersama PAS setelah PAS ditendang keluar daripada BN dan sertai PRU 1978 sehingga sanggup dibuang kerja dari UTM. Jelas perjuangan UFN istiqamah menentang Umno-BN dan mahu tubuhkan kerajaan.

“Sebab itu UFN merencana pelbagai strategi politik termasuk menarik golongan profesional menyertai PAS, memadamkan fahaman ahli terhadap Amanat Hadi dan Tahaluf dengan Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif," katanya merujuk kerjasama PAS dengan parti politik lain sebelum ini.

Menurut Faiz, video yeng disebarkan mengenai Fadzil menyebut pemimpin yang gilakan jawatan sampai sanggup tubuh parti baru, menjelaskan keadaan ketika itu.

"Itu keadaan ketika itu. Tapi keadaan sekarang lain. Ahli dan rakyat yang nakkan parti baru kerana PAS sekarang sudah terpesong daripada peta perjuangan menentang Umno-BN.

“Dalam keadaan rakyat dahagakan sebuah pemerintahan baru yang bersih adil dan berkebajikan melibatkan penyertaan semua kaum, maka parti baru yang memperjuangkan semua prinsip Islam ini dan aspirasi rakyat adalah menjadi wajib," katanya.

Beliau yakin parti baharu yang bakal dipimpin G-18, kumpulan yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini, akan terus mendaulatkan Islam.

"Insya Allah parti baru ini akan terus menentang Umno-BN, mendaulatkan Islam dan akhirnya menyelamatkan ahli PAS yang masih keliru dengan halatuju politik PAS sekarang," katanya. – TMI


Hanipa: Senario politik dulu, kini berbeza

Sekalipun Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa mereka yang meninggalkan perjuangan PAS akan 'tenggelam', namun pemimpin progresif yang kalah dalam pemilihan parti menegaskan mereka boleh kekal bertahan.

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat Hanipa Maidin memberitahu Malaysiakini bahawa senario politik sekarang berbeza berbanding senario yang dinyatakan Hadi.

"Sekiranya kita cuba membandingkan keadaan sebelum ini, biasanya mereka yang meninggalkan PAS tak kemana. Tapi senario politik berbeza sekarang.

"Saya percaya terdapat ramai ahli PAS yang waras, mahu PAS untuk mengambil peranan utama dalam politik Malaysia dan bersama dengan Pakatan (Rakyat)," katanya, mempertahankan pembentukan kumpulan baru dalam parti itu, yang digelar G18.

Kumpulan G18 dibentuk oleh pemimpin yang disingkirkan dalam kepimpinan PAS dalam muktamar PAS sesi ini.

Salah seorang daripada mereka MP Khalid Samad yang berkongsi sentimen dengan Hanipa.

"Sebelum ini (serpihan PAS) Berjasa dan Hamim berkait rapat dengan Umno dan BN, sebab itu mengapa mereka berakhir dengan kegoyahan.

"Tetapi kami mahu lawan BN dan Umno, dan memperkukuhkan Pakatan, ini bukan hanya perjuangan semata-mata.

"Saya tidak fikir apa (Hadi) cakap ada kaitan dengan kami," katanya kepada Malaysiakini.
-mk


ULASAN GB

Kegusaran golongan ulama terhadap kemunculan sebuah parti baharu begitu ketara. Bermacam-macam kenyataan dibuat untuk menggambarkan keresahan dan ketakutan mereka, kononnya parti baharu itu tidak tahan lama, kononnya parti baharu itu akan mengikuti jejak langkah BERJASA, HAMIM dan seangkatannya, kononnya ahli-ahli PAS akan tolak menyertai parti baharu, kononnya parti baharu akan tenggelam... dan bermacam-macam lagi.

Diputarkan video lama Ustadz Fadzil Noor kononnya Ustadz Fadzil Noor menyebut pemimpin yang gilakan jawatan sampai sanggup tubuh parti baru, sedangkan senario pada masa itu amat berlainan dan berbeza. Yang gila jawatan pada ketika ini bukan mereka yang nak tubuh parti baharu, tetapi yang gila jawatan dan gila kuasa pada masa ini ialah ulamak-ulamak yang sanggup menggunakan apa cara dan kaedah sekalipun termasuk memfitnah, mencaci, memaki, menggunakan cai untuk menang jawatan dan menyingkirkan golongan profesional di dalam pemilihan PAS baru-baru ini.

Dikatakan kononnya ahli PAS tidak akan memberi sambutan terhadap parti baharu. Sedangkan hakikatnya, ahli-ahli PAS peringkat akar umbi di seluruh negara sekarang ini begitu ternanti-nanti dan mendoakan kemunculan parti baharu dan jika hari ini diedarkan borang keahlian parti baharu itu, nescaya banyak cawangan-cawangan dan kawasan-kawasan PAS yang akan "bertukar" menjadi cangan-cawangan dan kawasan-kawasan parti baharu.

Sambutan ke atas G-18 di Muar beberapa hari lalu amat luarbiasa. Di himpunan "perjuangan baru bermula" itu, ahli-ahli PAS sendiri meminta-minta dan menjerit-jerit supaya parti baharu segera ditubuhkan. Ia diulangi di dalam satu forum di Seremban dimana akar umbi terus-terusan meminta supaya parti baharu menggantikan PAS segera ditubuhkan.

Kemenangan besar hampir 100% golongan ulama di dalam pemilihan PAS baru-baru ini sebenarnya bersamanya adalah "malapetaka" buat PAS sendiri mereka dari kumpulan profesional yang selama ini telah menjulang PAS ke aras yang ada kini telah disingkirkan seperti pembersihan etnik Rohingya.

Masyarakat Cina telah terang-terangan menyatakan tidak akan mengundi PAS lagi walaupun selama dua pilihanraya sebelum ini masyarakat Cina inilah yang telah banyak memberikan undinya kepada calon-calon PAS. Tanpa undi dari masyarakat Cina, PAS akan menjadi parti kampungan semula. PAS bakal kehilangan banyak kerusi di Parlimen dan DUN di dalam pilihanraya akan datang. Itu pasti.



Malah pertama kali berlaku di dalam sejarah, ahli-ahli PAS cawangan Telok Bachok Kelantan telah bertindak merobohkan markas dan membakar bendera-bendera PAS.


GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Haji Hadi sebagai Presiden dan Mustafa Ali sebelum ini sebagai Setiausaha Agung membiarkan fenomena buruk dan jahiliyah itu berlaku di dalam parti untuk memberi kemenangan kepada golongan ulama. Oleh itu kemenangan golongan ulama adalah dengan cara yang begitu keji dan hina, yang mana sudah pasti tiada keredhaan dan keberkatan dariNya.

Jika bukan Islam sudah tidak sokong PAS lagi, hendak diharap daripada siapa lagi yang menyokong PAS? Malah separuh dari akar umbi PAS pun sudah tidak akan menyokong PAS lagi. Mereka bersimpati dengan golongan profesional yang disingkirkan di dalam muktamar lalu sedangkan golongan profesional inilah yang telah mengangkat martabat PAS ke aras yang ada sekarang ini.

Dengan ketiadaan sokongan bukan Islam, ketiadaan separuh akar umbi PAS, kat siapa lagi PAS nak raih undi? Raih daripada UMNO... mungkin... tetapi mahukah UMNO memberi undi kepada mereka sedangkan dalam UMNO sendiri sudah ramai calon yang perlu mereka fikirkan?

Siapa yang mahu sokong PAS di bawah ulama yang suka maki hamun?

Sebagai seorang Islam, kita dilarang mengambil pemimpin yang tidak berakhlak Islam seperti memaki-hamun dan memfitnah walaupun ia seorang ulama. Akhlak sedemikian tidak selaras dengan hukum hudud yang diperjuangkan. Kelak kita akan ditanya oleh Allah swt mengapa kalian memilih pemimpin yang tidak mempunyai akhlak Islam? Nak jawab apa?


Sebenarnya ulama PAS inilah yang sedang menghantar PAS ke liang lahad.

30 ulasan:

Hj Aduka berkata...

Harap Parti baru buka keahlian melalui on-line. Kami satu taman tak sabar-sabar nak jadi ahli.

Ridd berkata...

Presiden PAS bukan seorang yg boleh menghukum atau melihat masa depan.
Hidup dia tak pernah buat dosa ke?

Kalau hiduo asyik bersetah tapi tiada usaha baik duduk saja di kerusi Presiden tu. Yg menyokong tu duduk dibawah sebab duit umno akan turun dari langit bagi kesenangan lepas parsah dan berserah kembali.
Dapat duit boleh pergi kota london..lepas tu Jepun patah balik tunggu duit jatuh lagi.

Unknown berkata...

Saya dapat rasakan aura perubahan lanskap politik negara kita ini..

Kemunculan parti Islam baru..

Tanpa Nama berkata...

Saya mengenali PAS kerana DSAI dan tokoh2 progresif parti tsbt spt Khalid Samad, Salahudin Ayub, Mahfuz, Mat Sabu dan yg lain2nya. Perwatakan politik mrk amat memikat hati. Saya dan keluarga hanya mengundi PAS (PR) yg menjadi lawan kpd BN pada setiap kali pilihanraya diadakan semenjak dari peristiwa 1998 itu.Tetapi akibat insiden2 'terkini' berlaku kpd PAS menyebabkan saya rasa tawar hati utk mengundi mrk lagi. Saya berharap dpt berpaut pada sebuah parti baharu nanti walaupun tidak menjadi ahli. Untuk pengetahuan tuan admin saya tiada berparti apa pun. Namun undi tetap saya tidak berikan kpd BN lebih2 lagi PAS yg telah menyimpang dari semangat pakatan rakyat.

Tanpa Nama berkata...


Salam GB,

Ahli2 Pas kaw. & cawangan tak mahu TENGGELAM

Mrk semua sgt & sgt2 takut karam hanyut dan TENGGELAM

Huh!

AKIDAH?

AKIDAH apa bg org yg brbuat FITNAH??

Berbuat FITNAH itu jadah AKIDAH sape???

Brulang2 brputar2 konar brbuat onar-FITNAH itu belajar AKIDAH dr sape????

AKIDAH sape yg mngajar kita boleh berputar2 brbuat FITNAH??????

Adakah AKIDAH dr nabi SAW pernah mngajar berbuat onar makar FITNAH??????

Adakah AKIDAH nabi prnah mngajar FITNAH hatta trhdp Yahudi musyrik & kafir harbi????????

Adakah AKIDAH wahyu Quran drp TUHAN itu boleh buat FITNAH kpd sesama umat manusia?????????



Awas!

AKIDAH

AKIDAH siapa yg tlh karam??????????????

AKIDAH sape yg tlh hanyut karam????????????????

AKIDAH sapekah kini yg tlh bnar2GELAP karam-TENGGELAM????????????????!


Unknown berkata...

Salam semua:

Hari demi hari, semangat rakyat malaysia berkobar-kobar untuk menjatuhkan kerajaan umno/BN yg Zalim/korup melalui PR14,Melalui pakatan pembangkang, Bukan PR,tetapi Pakatan Pembangkang yg Baru: Alhamdulillah DSAI telah membuat statement melalui Lawyernya,merestui pakatan pembangkang yg Baru.Dia memaalumkan dgn adanya pakatan pembangkang yg baru akan bertambah kuat dari sebelumnya.Kita tiada lagi "musuh di dalam selimut" dan kawan yg suka tikam dari belakang.
Saya begitu terharu dan teruja dgn rakan-rakan sekelian dan juga pemimpin2 G-18 dimana sanggup bersusah payah demi merealisasikan IMPIAN rakyat yg di redha oleh ALLAH.

SALAM RAMADHAN UTK SEMUA.

Tanpa Nama berkata...

Saya yg menolak ameno dr masa UFN di UTM lagi pong memang rasa janggal dgn samdol hadi,.......hujah hujah nya dijadikan amanat oleh para pentaksub nya yg kini jelas punca perpecah umat. Ade ka keluar Pas sama dgn keluar jemaah islam........kami tetap menanti wadah baru!

Mr Oren berkata...

Nama yg banyak menjadi sebutan ketika ini ialah Parti Progresif Islam.. Ya, kita wajib bangga dengan nama Islam, tapi kadang2 nama Islam itu disalah guna untuk menghukum orang lain sebagai kurang Islam. kadang2 namanya Islam tapi isinya jahiliah, macam Islamic Fashion Show..
Oleh itu saya mencadangkan nama Parti Nur.. Islam ialah cahaya, Nur, nikmat untuk rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju juga pendapat mr.Oren, Kadang2 islam di salah guna , atau apakata kita cuba Parti Insan Rakyat.Parti sejahtera insan.Parti sejahtera umat.Parti kidmat rakyat.Walau apapun kita terima sahaja apa yg diputuskan oleh majority,dan percaya mereka2 adalah profesional dalam bidang masing2.

lagu tu laa berkata...

sesungguhnya ALLAH swt telah mencampak kedalam hati haji hadi(ketua UG),para ulamanya perasaan takut,keluh kesah,gundah gulana,bimbang yang mereka sendiri tak tau apakah sebenarnya yang mereka ucapkan betul apa yang dikatakan oleh tun M,bahawa 'MELAYU MUDAH LUPA' dulu haji hadi juga berkata sapa2 yang tak setuju boleh kuar dan tubuh parti baru.tapi hari dia kuar surat terbuka meminta agar perkukuhkan pas.sebabnya ada 1 telinga dan 2 lidah(didalam mulut ada sekeping lidah yang tidak 'BERTULANG') aku mungkin salah seorang dari ribuan ahli pas yang tidak wala' pada pas akan BERGEMBIRA menunggu kelahiran parti baru yang akan bersama dap dan pkr untuk mengenelamkan UBN! biarlah haji hadi,para ulama dan pengikut yang wala' terjun dengan serban dan jubah2 mereka. sebab aku bukan sebahagian daripada mereka2 yang wala' itu

lagu tu laa berkata...

seandainya tertubuh parti baru untuk bergabung tenaga dengan dap dan pkr,aku cadangkan UAA dilantik sebagai presiden ataupun mursyidul am. sebab aku bukan sebahagian dari mereka(UG/GU/PROULA MAMA)

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Selagi tidak ada 2 perkara nie saya tolak politik lama ka baru ka...
1. Perjanjian Persefaaman DAP dengan Parti Islam.
2. Produktiviti yg jelas lagi membantu rakyat...
Ikutlah resmi lebah...
Semoga kita tidak jadi bangsa perosak...
Amin Ya Allah..

Tanpa Nama berkata...

Nampak gayanya parti ini akan menjadi satu parti yang paling banyak keahlian dalam sejarah politik malaysia. Parti baru ini akan menjadi parti yang paling popular lebih popular dari UMNO.. InsyaAllah.. Kami sekeluarga tak sabar2 menantikan kemunculan parti baru ini..

Tanpa Nama berkata...

aku seumur hidup 45 tahun tidak pernah undi BN...undi pas 2 kali..kali pertama undi pas menang d terengganu..kali ke dua pru13..utk pru14 aku tekad akan kempen habis habisan kpd keluarga dan rakan utk tidak mengundi pas lagi...aku tidak berminat dgn parti yg organisasinya semua berserban..dengan pekerjaan aku,aku amat yakin golongan lebai memang tak pandai buat banyak kerja,,keyakinan aku lebih tinggi dari keyakinan hadi yg kata yg klua pas tenggelam..kita tgok sape yg tenggelam..atau mati lemas terus

Tanpa Nama berkata...





Ada ketika waktu-waktu nya kita kena slow sikit lah. Kita simpan sikit kegairahan kita. Parti G18 ini memang ada kuasa tarikan yang istemewa sampai saudara kita Anwar dalam penjara pun dapat rasakan nya.

Kita jangan lupa 'bantuan umno' yang melibatkan pusat strategik. Kalau Hj Hadi takut, UMNO lagi takut. Bila kita ghairah, habis kerja gila dia orang sanggup buat untuk gagalkan usaha G18.

Sememang nya ada perbezaan antara parti baru dulu dengan parti baru G18. G18 sebelum di tawarkan sebarang jawatan dah ditolak awal-awal lagi. Yang ada jawatan seperti Mazlan Aliman pun letak jawatan. Itu jawatan dalam politik. Jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang pun G18 tinggalkan. Orang gila jawatan buat macam ini ke???

G18 bertanding juga dalam pemilihan. G18 buka terus keluar dan buat parti baru. Kebanyakan yang bertanding ialah mempertahankan jawatan. Dan mereka kalah pada orang baru yang tidak ada pengalaman. Jadi siapa yang gila jawatan sebenarnya ?

Tetapi jika PAS jaga hubungan baik nya dengan rakan parti dalam PR, dan atas sebab kalah mereka G18 pun tubuh parti baru, no way rakyat akan sokong mereka. Rakyat sokong parti baru G18 sebab rakyat dan ahli PAS sendiri perlukan pakatan yang baru. Berbeza dengan parti baru dulu, parti baru hari ini ada matlamat jelas iaitu memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang baru,

Sepatutnya si jebon si munafik si barua si tolok dan si sekular ini dibiarkan tenggelam dengan penyokong nya sekali. Lagi cepat lagi bagus. Kalau kita lah Presiden PAS! Dan daripada putarkan video lama, kita putarkan video kita yang sebut munafikm jebon barua dan macam-macam lagi untuk menakutkan ahli-ahli PAS supaya jangan terjun dari tongkang kita. Kita ingatkan pada ahli supaya jadikan parti KITA sebagai ikhtibar.

Kepada Allah kita kembalikan.

sb dehlawi berkata...

ambo pun cadang parti islam prograsif atau parti islam maju..apo pun ambo pollow jah.

Malaysiabaru berkata...

Tidak sampai setahun pasma sudah pasti akn mendapat tempat masyarakat majmuk Malaysia
Dan
Pasma akn trnggelamkan sinar Pas ke liang lahad
Lagi sepuloh tahun pas tidak akn wujud dan menjadi adik tiri umno untuk terus survive..
Dan
Ularmak muda Pas akn hancurkan jemaah satu persatu...

Tanpa Nama berkata...

Ape la korang meraban parti baru lah progresiflah..parti baru ni wujud smata-mata krn geng2 konon2 profesional kalah.tu je.asas pembentukan dah x betul.mat sabu bkn main lg tahun lepas ckp walau apa terjadi xkan beralih parti walauoun kalah.nah.telan balik lah kata2 tu.kalau fikiran tu dibuka seluas2 & kalau rasa diri tu mmg betul,ubah lah dari dalam.buat parti baru & berkiblatkan pkr & dap & konon2 atas dasar progresiflah,tghh teruklah,what a childish thinking!

saudara berkata...

Saya mencadangkan nama spt 'Parti Ihkwan Malaysia' kerana menganjurkan persaudaraan utk semua..

Tanpa Nama berkata...

G-18 adalah enjin kepada PAS sebelum ini. G-18 jugalah yang menggerakkan PAS sehingga boleh diterima dipersada politik tanah air. Kini G-18 terlepas dari dari PAS atas kehendak PAS sendiri yang mengikut telunjuk Kapteng Tuang Presideng.
Sekarang PAS tidak boleh belayar jauh sebab sudah di buang enjin G-18. PAS terkapai2 dilautan samudera politik tanahair. Mari kita lihat siapa yang akan tenggelam.

Malaysiabaru berkata...

Childish thinking .... Ko belajar melabel dari nenek ko ayoh Ping..
Mai sini aku ajor ko yg dewasa thingking kunu
Parti progresive islam
Presiden -,matsabu
SUA - bekas SUA pas -,KJ
T.P salahudin
Exco -18 org bekas naib p. Pas

Ko igt childish... Ape last jawatan ko dlm pas pis pus?

8 juta pengundi pantai barat menanti G-18 !!!! First dlm sejarah!!!

Tanpa Nama berkata...

Anon 6:41 AM

Ini bukan kerana progresif kalah dan tiada jawatan. Tetapi kerana sikap tamak dan fitnah puak ulamak yang menggunakan taktik kotor dan keji untuk menang. Jadi asas pembentukan parti baru adalah benar, malah wajib apabila PAS sudah terpesong jauh dari perjuangan Islam, dengan menghalalkan cara-cara yang tidak Islam di dalam pemilihan..

Dahulu betul Mat Sabu tak mahu tubuh parti baharu sebab disangkanya para ulama akan bersikap "profesional" sepertinya di dalam pemilihan. Rupa-rupanya para ulama meniru gaya UMNO untuk mencapai kemenangan iaitu dengan fitnah, dengan caci-maki, dengan cai, dengan label-melabel dan seumpamanya. Jadi tak salah untuk Mat Sabu membatalkan hasratnya yang dahulu dan kemudian membuat keputusan baru. Itulah politik, itulah kebijaksanaan. Kaum profesyenal tidak mahu jatuh ke dalam lubang biawak dua kali.

Berkiblatkan PKR dan DAP? itulah fitnah dari grup ulama terhadap progresif. Tahaluf siyasi bukan maksud berkiblat.

Tanpa Nama berkata...

Salam Saudara,

Saya suka juga nama Parti Ikhwan Malaysia, tapi bila pendekkan bunyi PIM. Hampir sama macam bunyi Pimp (bapak ayam dalam American English).

Cuba cadang yang sedap didengar sama ada dipanjangkan atau dipendekkan.

Logo nanti biar yang mudah dibuat dan dilukis hatta budak darjah satu pun. Sayang, logo Pas tu memang mantap dah, tapi datang mala'un entah dari mana merosakkan jemaahnya.

Sekadar berpendapat.

-RSM-

zab berkata...

Saya dapati ramai dari kalangan ustaz-ustaz menyokong G-18. Mereka ialah golongan yang tidak mempunyai kepentingan diri dan jujur dalam menyampaikan ilmu Allah. Ustaz-ustaz seperti Ust. Hasrizal dan Ust. Che Ibrahim sebenarnya memahami keperluan menentang kezaliman. Saya tahu Ust. Hasrizal sebenarnya agak kritikal dengan pimpinan PAS disebabkan cara berfikir yang tertutup. Beliau sendiri yang biasa bertugas dengan masyarakat sama ada di sini atau di UK nampak perlunya gerakan Islam menjadi lebih terkehadapan dan dekat dengan masyarakat, malah berasa amat sedih dengan fitnah yang berleluasa dalam PAS. Maka, kita semua wajib bersatu sebenarnya dalam gerakan Islam yang memandang ke hadapan, bukan duduk dalam jemaah yang tergelincir akibat kepentingan peribadi dan nafsu.

Secara peribadi, saya tak gemar cara Haji Hadi yang gedebe. Dari amanat Hadi sehinggalah barua dan broker, ini tak menggambarkan peribadi yang baik. Jangan disalahkan negeri asal Terengganu kerana saya pun asal Terengganu. Cara yang keras akan menjemput tindak balas yang keras. Itu hakikat. Dengan kedudukannya sebagai ulama, tidak dapat tidak akan ada ego. Ego asal nya dari nafsu. Dan bukan sedikit ulama yang tewas dengan nafsu.

Tiada jalan melainkan meneroka jalan baru. UMNO dah terlalu lemah, dan negara sudah tenat. Kalau kita tak bertindak, mungkin satu atau dua generasi lagi baru dapat.

Tanpa Nama berkata...

insyaallah aku dan keluarga akan daftar sebagai ahli.

sejak dlm perut mak aku dah kenal pas, sampai dah byk kali mengundi, pas lah satu2nya kesayangan, my late father aktif dlm pas sejak tahun 60an lagi, sejak kecik aku dok tgk byk pintu gerbang pas drp kadbod ada d rmh aku malah ayah menjadikan halaman rmh kami yg luas sbg tapak ceramah pas, bendera pas (masa tu masih lagi dlm bentuk bulan bintang (yg lepas tu dikacau oleh amano yg dengki hingga tukar ke bentuk sekarang, tu pun kacau lagi nasib baik dpt kekalkan) sayup tinggi di ujung kg atas pokok kabu, masa pas lemah ayah aku terang2 menjadi penggerak pas di sekitar kawasannya.

infak wang ringgit, ayah memberi sepenuh jiwa raga demi perjuangan pas, kami menunggu kepetusan p/raya penuh debaran, mak aku pernah menangis bila diumum pas kalah..
ayah aku bagi pinjam kereta pada penarik undi semasa p/raya padahal dia bukan pernah bawak kereta masuk ke pida2 di pendalaman sbb taulah ja lah pida masa tu jln berlubang2 tanpa tar, tapi demi memenangkan pas, kereta baru pun sanggup dipinjamkan. masa ayah meninggal aku baru terbaca surat perjanjian antara ayah dan pas yg meinjamkan wang tanpa faedah utk membina bangunan pas d satu kwsn parlimen p/raya, ayah dulu pernah jadi bendahari pas mungkin peringkat kecik (aku x pasti sbb aku kecik sgt time tu) kemudian diteruskan oleh abg aku dan lepas tu anak menakan yg menjadi bendahari pemuda negeri.

tapi sekarang insyaallah kami akan masuk parti baru. Mudah2an Allah bersama kita dan memberi pertunjuk yang mana benar dan yg mana salah, mudah2an Allah menolong pemimpin yg ikhlas berjuang demi Islam bukan shj mereka taat kpd Allah tapi mereka diberi bakat memimpin dan diberi keberanian utk berhadapan pemimpin korup. Dgn cara berparti begini, dgn bersifat terbuka dan berkasih sayang sesama anak Adam dpt menjinakkan non-muslim kpd Islam, dpt meperlihat keindahan Islam, kenapa perlu kedekut untuk memperkenalkan kesyumulan Islam pd yg masih belum Islam tapi mereka bercita2 untuk menjadikan negara kita negara berkebajikan di mana keadilan sosial dpt di rasa oleh semua. Mereka adalah potensi utk didakwah. Begitu juga melawan kezaliman juga dituntut oleh agama. Takkan nak berkomplot dgn pihak yg nyata zalim, penuh tipu muslihat dan pembelit???

azdes berkata...

Teruje menunggu parti yg baru akan ditubuhkan. Barang diingat penubuhan parti perlu dilakukan di pejabat pebdaftaran yg dikuasai pemerintah. Semua gegak gempita ni diperhati dan diperhalusi musuh terutama umno n BN. Fokus n waspada kerana kesilapan boleh menyebabkan parti baru ini tidak boleh menyertai pilihanraya 14 nti akibat permainan penolakan pendaftaran secara teknikal. Yang sememangnye pas telah rugi dan xpasal kita pon rugi sama.
Kepada Allah dikembalikan semua.

Tanpa Nama berkata...

parti progresif rakyat - PPR

kita ada PKR + PPR + DAP

wallahualam

Tanpa Nama berkata...

In respond to Anon
June 24, 2015 at 9:03 AM

insyaallah aku dan keluarga akan daftar sebagai ahli.

sejak dlm perut mak aku dah kenal pas, sampai dah byk kali mengundi, pas lah satu2nya kesayangan, my late father aktif dlm pas sejak tahun 60an lagi, sejak kecik aku dok tgk byk pintu gerbang pas



Sungguh terharu dengan kisah tuan kerana mata kepala kita sendiri menyaksikan orang-orang seperti ayah tuan. Kawan saya sampai meminjam duit RM 50 semata-mata nak pergi Manik Urai. Dengan RM50 itu lah dia di sana selama 3 hari. Rumah dia pun dijadikan tempat ceramah abang Mat Sabu dan disenaraihitam sebagai peneroka.

Bila PAS di rosak oleh pro ulamak, mana tak sedih. Mereka sangka PAS jadi parti yang kuat semata-mata kerana amalan dan doa mereka selama ini. Dan bila ahli-ahli yang banyak berkorban ini tidak setuju dengan kepimpinan Ulamak dan berhajat keluar dari PAS, senang-senang di hukum sebagai kafir.

Bulan mulia ini doa-doa di makbul kan, saya doakan ayah tuan dan mereka yang telah berjuang dengan susah-payah demi Islam di angakt Allah sebagai hambaNya dan di tempat kan dengan orang-orang yang di muliakan Nya. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Parti islam progresif pun sedap juga,kalau blh ada nama islam disitu biar sbb parti ini pengganti pas..atau ada cadangan lain yg lebih sedap sesuai nama parti baru.ya,mmg btl ramai yg menanti parti baru ni terutama golongan muda seperti sy mmg xsuka dgn geng serban tebal,ketayap putih yg konon2 ahli syurga tapi perangai iblis

Tanpa Nama berkata...



In respond to

Anonymous said...
Ape la korang meraban parti baru lah progresiflah..parti baru ni wujud smata-mata krn geng2 konon2 profesional kalah.tu je.asas pembentukan dah x betul.mat sabu bkn main lg tahun lepas ckp walau apa terjadi xkan beralih parti walauoun kalah.nah.telan balik lah kata2 tu.kalau fikiran tu dibuka seluas2 & kalau rasa diri tu mmg betul,ubah lah dari dalam.buat parti baru & berkiblatkan pkr & dap & konon2 atas dasar progresiflah,tghh teruklah,what a childish thinking!

June 24, 2015 at 6:41 AM

Rasanya tak ada sesiapa pun dari ahli biasa hingga G18 yang terlintas ingin menubuhkan parti baru sebelum muktamar di adakan, Tetapi apabila melihat gelagat pro Ulamak yang tidak berakhlak semasa dalam dewan dengan mengeboo nya dan dengan cai nya, masih belum cukup untuk keluar dari parti dan menubuh satu parti baru.

Tetapi bila usul ulamak di terima tanpa bahas dan kemudian tertangguh tangguh sampai sekarang ini ia nya menampakkan permainan kotor lagi menjijikkan oleh pro Ulamak. Percaya lah jika pro Ulamak berpegang kepada keputusan tersebut dan meminta ahli PAS meletak jawatan, ada juga lagi sedikit rasa hormat pada kepimpinan pro ulamak.

Kita bukan tinggi ilmu agama macam Abduh tetapi bila dia kata hudud telah dibentang bermakna selepas ini UMNO tidak boleh menuduh PAS menipu. Dan katanya lagi sekarang siapa yang menipu? Jadi tak ada ruginya. Memang dalam mainan politik dua-dua tak rugi. Tapi yang rugi Islam ! Masa hudud di bentang adakah kerana Islam atau kerana tipah tertipu-menipu?? Ini pun dah tak betul. Setelah mengaku memberi cukup penerangan dan taklimat mengenai hudud dan apalagi UMNO Kelantan pun sama menyokong, dan degitu positif sekali konon nya dapat sokongan semua ahli parlimen UMNO, Abduh kata nak tenguk siapa yang menipu. Itu yang Abduh duduk diam di parlimen semasa Mahfuz soal speaker, rupanya Abduh sedang tenguk siapa yang menipu.


Kedua-dua usul baik hudud dan usul tanpa bahas, tidak boleh di terima dengan membiarkan nya begitu saja. Perbuatan ini telah melangkaui garis had yang telah ditetapkan.


Kepada Allah kita kembalikan.


p/s what a childish thinking! Tak apa dari 'what an ulamdish thinking!'