25 Jun 2015

Parti Baharu Bakal Cetus Gelombang Reformasi Kedua ...


Kemunculan parti Islam baru untuk semua?

Malaysia tidak lama lagi bakal menyaksikan kelahiran parti Islam baru yang akan membuka pintu kepada semua rakyat tidak mengira kepercayaan dengan syarat mereka bersetuju dengan perjuangan terasnya.

Ini akan menjadi menjadi kenyataan sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif yang dibina pada masa ini, kata MP Shah Alam.

Tidak seperti PAS, kata Khalid Samad, objektif parti baru itu antara lain lebih kepada memerangi rasuah dan menegakkan keadilan.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata parti itu masih berpandukan kepada prinsip-prinsip Islam.

"Pendekatan kami lebih inklusif. Kami mahu semua kumpulan orang Islam dan bukan Islam bersama-sama kami dan menentang rasuah. Inilah apa yang (Allahyaham bekas presiden) Datuk Fadzil Nor bawa.


"Ia adalah perjuangan Islam berdasarkan kepada prinsip Islam. tetapi jika bukan Islam bersedia untuk menerima asas perjuangan, maka tidak ada masalah (mereka untuk menyertainya)," katanya.

Tidak seperti pemimpin PAS yang lain, Khalid lebih jelas menceritakan mengenai inisiatif baru itu sebagai parti politik yang sedang dalam penubuhan sedangkan pemimpin lain memilih menggunakan perkataan 'platform'.

Ditanya sama ada kumpulan pemimpin progresif yang dikenali G18 mahu menubuhkan parti baru, Khalid berkata:

"Ya, besar kemungkinan jika ia tidak memenuhi visi pendekatan yang inklusif yang dibina pada masa ini.

"Jika ia mula menjadi lebih pendiam, lebih nak halau orang keluar keluar, nak yang suci murni saja bersama dia, maka sudah tentu pendekatan itu (tubuh parti baru) kami mahu," katanya.

Perincian mengenai parti itu masih di peringkat awal, kumpulan pemimpin progresif itu merancang untuk menarik sokongan profesional, aktivis, pemimpin NGO Islam atau bukan Islam. -mk


Pakatan Rakyat Baru Direstui Anwar?

Perkembangan terkini dalam blok pembangkang menunjukkan bukan saja sebuah parti Islam baru bakal wujud tidak lagi, bahkan juga akan disusuli dengan penyusunan semula Pakatan Rakyat yang benar-benar beraspirasi mahu menggantikan BN mentadbir negara ini.

Setelah kumpulan progresif Pas yang menggelarkan diri mereka G18 mengadakan beberapa pertemuan, seorang daripada anggotanya, Khalid Samad hari ini mengesahkan mengenai penubuhan sebuah parti Islam baru itu.

Katanya, parti baru itu berkonsepkan untuk semua tanpa mengira kepercayaan dengan teras perjuangannya ialah untuk memerangi rasuah dan menegakkan keadilan kepada rakyat.

Sebelum ini beberapa pemimpin progresif Pas seperti Mohamad Sabu, Nizar Jamaluddin dan lain-lain turut membayangkan perkara yang sama yang sekaligus menunjukkan mereka ini sudah tawar hati dengan trend perjuangan yang dibawa oleh Pas pro ulama sekarang.

Pada malam semalam juga, kumpulan G18 ini turut mengadakan pertemuan dengan pimpinan utama PKR dan DAP di kediaman bekas Setiausaha Agung Pas, Kamaruddin Jaafar yang dipercayai sebagai tanda-tanda awal kepada penyusunan semua Pakatan Rakyat yang dalam keadaan tidak menentu ketika ini.

Antara pemimpin PKR yang hadir dalam pertemuan itu ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tian Chua, Johari Abdul, Saifuddin Nasution dan Shamsul Iskandar manakala daripada DAP pula ialah Lim Kit Siang, Teresa Kok, Liew Chin Tong dan beberapa yang lain.

Dengan adanya pertemuan tersebut serta kehadiran pemimpin utama PKR dan DAP, kebarangkalian paling nyata ialah bukan saja penubuhan sebuah parti Islam baru akan menjadi kenyataan tidak lama lagi tetapi juga penyusunan semua Pakatan Rakyat yang lebih mantap dan kuat.

Adalah dijangkakan sebaik saja parti baru itu disahkan penubuhannya, ia akan terus memohon menyertai Pakatan Rakyat atau PKR dan DAP sendiri yang akan mencadangkan kemasukannya ke dalam gabungan pembangkang.

Ia akhirnya terserah kepada Pas sama ada mahu terus kekal bersama Pakatan Rakyat atau secara sukarela "mencari selipar dan berlaku pergi" meninggalkan gabungan itu.

Jika Pas mahu terus kekal, bermakna Pakatan Rakyat baru ini akan dianggotai oleh empat parti, tetapi kiranya Pas memilih untuk mengundurkan diri ia akan kekal dianggotai oleh tiga parti.

Pertemuan kumpulan G18 dengan pimpinan PKR dan DAP ini diadakan hanya beberapa jam selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan daripada Penjara Sungai Buloh yang melahirkan keyakinan bahawa gabungan pembangkang akan menjadi lebih kuat setelah melalui penyusunan semulanya.

Sambil menegaskan bahawa Pakatan Rakyat masih berfungsi sama ada di peringkat negeri mahupun Parlimen, Anwar berkata, barisan pembangkang selepas disusun semula dengan kekuatan baru, termasuk sokongan NGO-NGO, akan muncul lebih kuat dan bersatu selepas ini.


Beserta ikrar tidak akan meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan, Anwar ternyata tidak sekadar membaca buku dan mengaji Al Quran saja ketika mendekap di penjara.

Sepertimana jangkaan banyak pihak sebelum ini, kehidupan di penjara tanpa tekanan dan gangguan akan membuatkan Anwar lebih bebas berfikir dan merangka strategi yang lebih baik untuk kepentingan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Serentak dengan itu, tidak disangsikan lagi bahawa penubuhan parti Islam baru dan penyusunan semula Pakatan Rakyat yang sedang direncanakan ini adalah dalam pengetahuan dan restu Anwar sepenuhnya.

Di luar atau dari dalam penjara, Anwar nampaknya sentiasa ada untuk politik Malaysia.
-Shahbudindotcom


ULASAN GB

Ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi sungguh teruja dengan kehadiran parti dari kumpulan progresif.

Mereka yakin dengan para profesional yang sekalipun tewas di dalam pemilihan PAS, namun di atas usaha merekalah PAS berjaya mencai era kecemerlangannya di arena politik tanahair.

Era kecemerlangan ini akan berulang, kali ini dengan sebuah "kapal baru", malah di bawaha Pakatan yang baru, dinamakan Pakatan 2.0.

Yang nyata, parti baharu ini mempunyai misi dan visi yang jelas. Ia benar-benar sebuah parti yang profesional dipimpin oleh tenaga profesyenal yang masih mempunyai dasar Islam yang kental.

Kehadiran beberapa NGO yang turut menyokong parti baharu ini seperti PASMA, IKRAM, ABIM dan lain-lain akan menjadikan parti baharu ini seperti parti AKP yang dipimpin oleh Erdogan di Turki.

Dan jika dulu Anwar pemimpin gerakan Reformasi 1998 yang buat pertama kali telah berjaya membangkitkan kesedaran rakyat sehingga sejak itu UMNO BN gagal untuk mencapai majoriti dua pertiganya di parlimen, kini gerakan reformasi kedua bermula, dipimpin oleh tenaga progresif insyaAllah bakal menamatkan rejim pemerintahan kerajaan UMNO BN digantikan dengan "Pakatan Rakyat" yang sebenarnya.

28 ulasan:

air gunung berkata...

Insya Allah bila ia dilakukan dgn perancangan terbaik dan jitu serta niat kembali kpd rakyat ia akn menempa kejayaan.rakyat dah muak n mual dgn umngok dan kluk klek kluk klek pemimpin PAS skrg.

Unknown berkata...

Salam semua:
Alhamdulillah terkabul juga cita2 kita sebuah pertubuhan politik yg mempunyai Vis dan Misi.Ianya direstui oleh DSAI dan pemimpin tertinggi DAP dan PKR:

Bermulalah era baru rakyat malaysia: Perkara utama yg mesti diutamakan ialah saringan/to filter pemimpin-peminpin yg nak menerajui parti baru ini:Kumpulan G-18, kita tak meragui mereka,mereka telah diuji dgn kesusahan,kepayahan,kegemilangan dalam perjuangan cuma pemimpin2 yg baru untuk menangotai parti baru ini, insyallah dari pengelaman sepak terajang, saya begitu yakin perkara ini dapat diselesaikan. Memang diperingkat permulaan perbagai-bagai ujian akan berlaku.
Serangan-serangan di pehak yg tak menyenangi tertubuhnya parti baru akan terjadi,terutama dari pehak PAS (ug) selain dari musuh tradisi umno/BN.
perbezaan pendapat sesama ahli adalah perkara biasa, usah dijadikan perbezaan pendapat sebagai batu halangan untuk meneruskan perjuangan.

Saya nak syorkan,supaya parti baru memulakan akhbar:seminggu sekali, saya dan keluarga, ipar/duai sudah stop membeli harakah.
Jika ada syor2 yg bernas....teruskan.

Salam ramadhan.

Malaysiabaru berkata...

Masyallah tabarakallah

marilah semuaa berhijrah sebagaimana

nabi s.a.w berhijrah meningalkan kita mekah yg sombong bongkak melabel makimhamun dan sesat itu

tingallkan pas pis puss

Guantanamera berkata...

You are not alone...

Tanpa Nama berkata...

Dulu saya pernah ada persepsi Almarhum FN serupa HA. Rupanya setelah lebih sedekad, anak dan familinya adalah pejuang Islam sejagat. Turun padang tanpa segan jumpa pelbagai fahaman dan etnik. Islam utamakan hablun minan nas, yg tiada pada HA. Bravo Bang Mat dan G-18. Saya tolak HA dan pro Bang Mat dan apa nama parti pun takpa.. Asalkan ABU...

abuamir berkata...

InsyaAllah, kita sama2 berjuang membela rakyat & menuntut keadilan. Dengan kebolehan kepimpinan G-18 yg telak teruji selama ini berjuang utk rakyat sehingga dipenjarakan. Kita yakin Allah akan berikan pertolongan & kekuatan utk parti baru ini selagi kita di pihak yg benar. Sesungguhnya iblis itu jatuh kafir & disingkirkan dari syurga kerana sifat angkuh & sombongnya. Janganlah kita sombong & angkuh kerana itu sifat iblis yg derhaka.

Perjuangan dari rakyat kpd rakyat demi keadilan utk semua.
Tumbangkan umno/bn pd PRU14.

Tanpa Nama berkata...




Alhamdulillah.

Parti baru. Memang baru. Sebab parti berteraskan Islam dalam masa yang sama terbuka kepada semua tidak kira apa kepercayaan nya, Dengan izin Allah, PAS for All kini di ganti dengan Islam for All tanpa slogan.

Sebuah parti yang berpandukan prinsip-prinsip Islam. Ini mesti di nyata kan di dalam perlembangaan parti.

Kerana, walaupun hanya untuk menentang rasuah samada kecil atau besar, memerlukan kekuatan dan kejujuran. Kerana menentang rasuah selalu nya berakhir dengan rasuah dengan berbagai-bagai cara. Sebab itu ada lompat parti dan ada tawar-menawar. Dan terbaru banyak berlaku U-turn sejak akhir-akhir ini. Begitu juga kes NFC tiada kesudahan nya. Makna rasuah bukan memberi tetapi maruah kita di beli.

Untuk mendapatkan kekuatan, kejujuran dan amanah ini lah kita mesti berpegang pada prinsip Islam. Mereka yang bukan Islam tidak perlu menjadi orang Islam untuk mengamal prinsip Islam ini. Salah-satu prinsip Islam yang perlu di tekankan ialah Bersederhana didalam kehidupan dan dalam segala hal. Contoh orang bukan Islam yang dapat memenuhi pra-syarat ini ialah Lim Guan Eng, Tian Chua termasuk lah rakan-rakan India yang berpendirian seperti anak mendiang Karpal Singh.

Menegakkan prinsip Islam ini membezakan parti baharu ini dengan PAS dan UMNO.

Yang menjadikan nya payah ialah kepada kita yang beragama Islam untuk berada di dalam parti baharu ini. Mengapa??


Kepada Allah kita kembalikan


Unknown berkata...

asalkan ianya berjuang utk kebajikan rakyat... sanggup bersusah payah demi kebajikan rakyat... aku sokong je...

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai PENGUNDI merestui penubuhan parti Islam baru yang memperjuangkan RAKYAT, asalkan tolak BN. Jangan bersekongkol dalam gelap dengan BN. Menuduh orang dengan, Jebon, Tolol, Barua, jual pil kuda dan banyak lagi lah yang di halakan kepada mereka yang tidak sehaluan bukan merapatkan jemaah tetapi melemahkan jemaah, memecah belahkan jemaah. Parti bersama RAKYAT kami sokong, bukan mementingkan diri dengan jawatan yang di pegang. Sekian.

Tanpa Nama berkata...

is there a problem with azmin? hes been missing 2 very significant meetings.

why is poulet din still in office? yeah! why is pas still in government?

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah setakat ini nampak berjalan lancar cuma kem azmin ada penentangan..ada apa2 ke azmin nih?

Tanpa Nama berkata...

TGHH bodoh berpolitik sehingga pas berpecah ,malu tak boleh jadi ketua lagi cepat2 letak jawatan

Tanpa Nama berkata...

Anak2 dia dah dihantar belajar diluar negara, Isteri nya dah berbisnes selesa.... cer siasat, adakah ditaja dan dibantu untuk menentang group Rafizi pulak...???
(Dr.G)

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong 100% parti baru ini! Tolaklah PAS-UG dan UMNO-BN. Yang dok heboh sekarang ialah skandal 1MDB yang memang terlampau besar dan menakutkan kerana ianya menggugat kewangan negara. Sekarang, timbul pulak skandal MARA dgn pembelian hartanah Melbourne dgn harga terlampau tinggi, yang hanya didedahkan oleh akhbar Australia... berapa lagi pelaburan MARA di bidang hartanah yang terlibat dgn unsur rasuah seperti ini ?

Tak habis skandal-skandal 'Mega' penyelewangan dan rasuah di Malaysia, dari PKFZ, kapalselam Scorpene, NFC, 1MDB, Pembinaan PFI dan lain-lain yg tak mampu saya senaraikan semuanya; kpd yang lebih 'kecil' melibatkan kakitangan berjawatan lebih rendah seperti kes pegawai 'Purchasing' di Tentera Laut DiRaja, Polis,.... dari atas sampai bawah.

Inilah hasil dari pemerintahan dan pengurusan Umno-BN. Kita rakyat biasa terhimpit dgn kos hidup tinggi dan kena pulak GST, masalah pengangguran di kalangan graduate, dll. Yang saya amat pelik adalah, kenapa pemimpin dan penyokong puak PAS-UG bermimpi dan teringin nak bergabung dgn kerajaan seperti ini ??

Sepatutnya, kesejahteraan dan keadilan utk rakyat, dan tindakan memerangi rasuah harus diutamakan dahulu ! Fikirkan dan terangkanlah pada semua.

Unknown berkata...

Membaca tulisan GB bulu roma meremang. Air mata mengalir. Malaysia ku in sya Allah akan selamat. Count on me PR 2.0. Saya akan beri sumbangan yg termampu.

Tanpa Nama berkata...

Lihat politik Erdogan dengan AKPnya setelah berhijrah dari Refah. Kita doakan kejayaan Parti Islam Progresif (?) setelah meninggalkan Pas nanti! InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada Bank Conventional dan Bank Islam.. Buatlah PKR Islamic.. same je kan..

Unknown berkata...

Well done My Kakak.

Tanpa Nama berkata...

Salam GB
Tak jemu membaca artikel GB walaupun diulang2 isunya. Ini menunjukkan isu terkini yg dinant2kan olih rakyat ialah pembaharuan dalam PR tanpa PAS. Setiap rakyat marhaen ingin mengetahui apakah tindakan susulan yang akan dilakukan olih kumpulan G18. Seolah menonton drama dari satu episode ke episode. Dilihat daripada suasana ini penubuhan Parti Baru Islam menggantikan PAS sangatlah dialu2kn dan penubuhannya hendaklah disegerakan.Amin

Unknown berkata...

Benar .. kami sekeluarga sudah berhenti mbeli dan mbaca harakah. Harakah kini bagai utusan msia lidah unt paschai.

Tanpa Nama berkata...






Azmin bersama Anwar sejak dulu lagi. Mungkin Azmin berubah tapi tak sampai Azmin bodoh nak ikut PAS. Azmin licik dalam politik. Semasa isu MB Selangor dikatakan Azmin berjumpa Hj Hadi . Dikatakan Azmin menolak tawaran (rasuah) dari PAS untuk bersama-sama UMNO membentuk Kerajaan Selangor. Kita tak tahu samada Azmin sayangkan PKR dan Anwar atau Azmin bersilat untuk menjaga kedudukan nya. Gaya Azmin ini mengikut gaya Mahathir. Hampir-hampir kalau tak sama.

Seseorang dilihat bermuka-muka apabila merelakan diri nya sendiri menjadi orang tengah dalam apa-apa masalah dan isu berkenaan parti. Mendiamkan diri menimbulkan berbagai-bagai reaksi yang negatif. Harap parti baharu G18 mengambil ikhtibar mengenai sikap berpolitik begini. Husam sekian lama berdiam diri. Tapi sekiranya Husam memegang jawatan resmi peringkat tertinggi, Husam kena juga berkata sesuatu dari hati yang jujur. Kelebihan Husam ialah apa yang dia lakukan sekarang.

Berbalik kepada Azmin tak perlu lah di minta siasat mengenai penglibatan dan kemampun nya menghantar anak belajar ke luar negara kerana dari zaman sebelum reformasi Azmin dikata kan berduit. Azmin adalah anak angkat Mahathir. Bila PKR di tengah-tengah kemasyuran nya UMNO tidak henti-henti membangkit kan nilai harta Azmin. Tapi kenapa Azmin sahaja kenapa tak semua sekali termasuk pemimpin UMNO?

G18 sebagai parti baharu perlu lah mensyaratkan semua pemimpin dari peringkat bawahan mengistiharkan harta supaya dapat menyekat budaya cepat jadi kaya.

Adakah Azmin mendapat restu untuk berbaik-baik dengan Hj Hadi sebagai langkah politik walaupun selepas Anwar memberi restu PR 2.0 bersama G18?

Dalam hal ini Azmin tidak bertindak tegas dan tidak memberi kenyataan seperti mana Azmin tangkas membalas isu yang di bangkit kan lawan semasa pemilihan parti. Kenyataan Azmin terhadap parti ketika itu sehingga mencabar kewibawaan kepimpinan tertinggi PKR termasuk Anwar.

Kalau Azmin adakan pertemuan dengan PAS tak perlu lah di sorok-sorok lagi. kalau ada hasil yang baik, mengapa Azmin tidak berkata apa-apa mengenai perjumpaan pemimpin PKR sehingga ujud nya usaha-usaha menubuh parti baharu. Azmin tidak ada pilihan melainkan meninggalkan PAS. Hubungan dengan PAS tidak terlibat dengan politik tetapi hubungan sebagai pentadbir negeri. Hubungan profesional.

Jika tidak, ada sesuatu hubungan di antara Azmin dengan Hj Hadi. Satu persoalan yang menimbulkan syak tidak baik sehingga tiba-tiba Hj Hadi mengeluarkan arahan kepada PAS Selangor untuk menambahkan lagi keraguang terhadap Azmin. Ini lah jadi nya kalau pemimpin berdiam diri dan seolah-olah menjadi orang yang tidak berpihak. Yang Hj Hadi pula ternyata mengambil kesempatan kerana PJ Selangor lah yang sepatutnya menyatakan sokongan kepada Azmin tanpa perlu disebut-sebut arahan Hj Hadi. Lain lah kalau semua arahan Hj Hadi itu bagaikan satu amanat.

Azmin memang licik berpolitik tapi kena berjaga-jaga dengan orang-orang disekelilingnya sebab ramai yang tersungkur dengan orang yang berpengaruh di sekeliling nya. Musuh yang bijak tidak menyerang dari hadapan tetapi melalui sisi kita. Sedikit demi sedikit.



Tanpa Nama berkata...



ABUG - Asal Bukan UG

Tanpa Nama berkata...

klu ikutkan sifat hj hadi , dia tkkan suruh sokong azmin sebb dia memang tk suka dgn PR (sebb bercinta dgn umno). hj hadi pasti akan terus terang dgn cara berdiam diri.

isu MB selangor memperlihatkan hadi menjadi punca PR selangor hampir jatuh ke umno+khalid. kemarahan hadi sebb gagal jatuhkan PR selangor hingga 2 pemimpin PAS selangor dicerca barua dibeli.

TIBA2 HADI SURUH PERTAHAN PR SELANGOR ? INI SGT PELIK.

siapa ajar skrip ni? UMNO laaa

'sokongan' palsu ini akan mensasarkan utk DAP dan PKR selangor pula berpecah. caranya, disaat PAS putus hubungan dgn DAP, PAS mahu dilihat seolah2 sokong azmin PKR.

jika PKR dan DAP selangor masih sepakat, maka usaha menjatuhkan selangor masih tipis.

sebenarnya bukan DAP perkudakan PAS tapi hadi dan PAS diperkuda umno.

tp sebb masyyuuuuuukk... jadi kuda kepang pun sanggup

Tanpa Nama berkata...

Yang menjadikan nya payah ialah kepada kita yang beragama Islam untuk berada di dalam parti baharu ini. Mengapa??

Kita bukan profesional seperti G18 yang telah teruji. Kita ada dua perkara yang perlu kita laksanakan iaitu Islam dan Profesional. Kedua-dua nya mesti seiring. Sekadar menjadi profesional sahaja sama lah seperti profesional yang menjadi ahli dalam UMNO. Tidak sekadar cukup menjadi ahli atau penyokong dengan semangat tetapi perlukan juga sikap profesional pada diri kita. Kita tidak mahu parti ini bawak sekali biawak hidup.

Terus-terang kita orang melayu. Kita tertinggal kebelakang dengan kaum cina. Ini semua kerana kita tidak profesional walaupun kita Islam yang baik seperti mana perwakilan yang pilih ikut cai. Segala urusan kita ada yang kita lakukan semata-mata mencari pahala dan ada pula yang menjalankan urusan semata-mata keuntungan dunia. Kedua-dua nya kita lakukan tanpa profesional. Kita kena tinggalkan perangai melayu kita terlebih dahulu dengan menjadi melayu Islam profesional. Pemain bola profesional bukan kerana kontrak (Jangan jadi Islam kerana kita di lahirkan Islam) tetapi boleh bermain di berbagai-bagai gayai bukan sekadar posisi. Pemain kita kerap berkata 'Sebagai profesional saya tak kisah dengan krititikan' Hihihi.

So kita jangan bandingkan dengan profesional yang lain, Cukup kita bandingkan dengan G18 terutama buah fikiran Ustad Ahmad Awang. Tidak mustahil kerana selagi ada kemahuan selagi itu ada jalan.

Baik lah, sekarang ada yang meragui kemampun parti baharu ini mencetuskan reformasi? Jawapan nya Ya dan Ya. Reformasi pertama tercetus kerana kebangkitan orang melayu. Kali ini Reformasi kedua tercetus kerana penglibatan orang bukan melayu. Parti baharu yang berperinsipkan Islam ini terbuka untuk semua orang tanpa mengira kepercayaan. Ini sudah tentu mendapat sokongan dari kaum lain terutama generasi muda. Malah lebih ramai yang menyokongnya berbanding dahulu. Orang cina ini profesional. Mereka sedar Malaysia ialah Raja Berpelembangaan. Kesetian pada Raja dan Negara !!


Letih jugak bila tulis secara profesional, hehehe. Mohon maaf dari Tuan GB.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

mulakan wadah baru,kami mahukan kerajaan yang bersih dan cakna tentang kami.kami mahu pemimpin yang bermaruah,berakal,beriman dan adil.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana dgn amanat Takfir TGHH dulu?
Tentunya terpakai ke atas pakatan 2.0 ini.
Masyarakat Islam kian keliru

Tanpa Nama berkata...

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=24645

Tanpa Nama berkata...


Alhamdulillah, teruskan penubuhan parti yang ditunggu tunggu. Jangan tidak jadi pulak. Lagi cepat lagi bagus supaya ramai bolih berdaftar sebagai ahli.