28 Jun 2015

Ulama PAS Jauhkan Bukan Islam Terhadap Islam


Gagasan parti Islam baharu satu keperluan walaupun terlambat, kata aktivis pelajar

Gagasan sebuah parti baharu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini merupakan satu keperluan, khususnya di kalangan anak muda yang berhaluan Islamik, kata aktivis pelajar Fahmi Zainol.

Bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu berkata, parti yang sebegitu seharusnya ditubuhkan 5 hingga 10 tahun dahulu lagi.

"Ia satu keperluan, khususnya bagi kami anak-anak muda Islamik yang sudah mampu menilai setiap perkara," katanya yang kini digantung pengajian dan akan kembali menyambung pelajarannya di UM pada Ogos ini.

"Namun apa boleh buat, orang-orang tua di atas sana baru sedar perlu adanya gagasan parti baharu yang bercorakkan parti Islam dengan ciri-ciri kontemporari dan semasa,"
katanya kepada The Malaysian Insider.

Fahmi mengulas cadangan penubuhan sebuah parti Islam baharu yang progresif dan inklusif oleh kumpulan G-18 yang terdiri daripada bekas pemimpin PAS yang tersingkir dari pucuk kepimpinan parti itu.

Pemimpin yang tewas dalam pemilihan PAS awal bulan ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok pada Muktamar Tahunan ke-61 itu sebagai "rahmat yang terselindung” apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.

Pada pertemuan pertama mereka 16 Jun lalu di Muar, Johor, G18 membentuk jawatankuasa bertindak dengan bekas timbalan presiden Mohamad Sabu dipilih sebagai pengerusi, bekas naib presiden Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai setiausaha dan bekas ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausaha.

Sehingga ini, cadangan penubuhan parti baharu ini mendapat dokongan pelbagai pihak termasuk PasMa, iaitu badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Pakatan Rakyat (PR) dalam PAS, NGO Islam dan juga tokoh masyarakat.

Fahmi digantung pelajarannya selepas menganjurkan majlis untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus UM tahun lalu, di mana pelajar merempuh pintu pagar utama universiti itu untuk membolehkan mereka masuk.

UM memutuskan menggantung dan mendenda beliau dan seorang lagi mahasiswa yang menganjurkan program "40 Tahun Dari UM ke Penjara" Anwar pada Oktober lalu itu selepas hampir 12 jam prosiding tatatertib diadakan Disember tahun lalu.

Fahmi digantung pengajian selama 2 semester dan didenda sebanyak RM600 manakala Pengerusi Pro Mahasiswa (Pro M) Safwan Shamsuddin digantung selama satu semester dan didenda sebanyak RM300.

Prosiding tatatertib itu juga menyaksikan Abraham Au digugurkan pertuduhan dan Khairul Najib Hashim diberi amaran.

Walaupun digantung, Fahmi menjadi pemimpin pelajar yang dihormati di kalangan mahasiswa negara ini.

Beliau diberikan sambutan hangat oleh pelajar universiti seluruh negara dalam jelajah yang dibuatnya bersama rakan-rakan.

Program anjuran PPUM itu diadakan pada 27 Oktober, sehari sebelum berlangsungnya pendengaran rayuan terakhir bekas ketua pembangkang itu di Mahkamah Persekutuan Putrajaya terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada Mac tahun lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan. – 27 Jun, 2015.


‘Pembersihan etnik’ dalam PAS antara punca Sheikh Omar sertai DAP

Sheikh Omar Ali berkata semangat perjuangan demokrasi yang dibawa DAP selari dengan semangat yang dianjurkan Islam, dan berbanding PAS, parti tersebut tampak lebih serius tentang memperjuangkan isu membabitkan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Jun, 2015.

Kecewa dengan sikap sebahagian pemimpin PAS yang lebih gemar menjadikan parti Islam itu "eksklusif" dan berterusan dengan polemik lama yang sering dikitar semula, serta "pembersihan etnik" pada pemilihan parti awal bulan ini, Sheikh Omar Ali mengambil pendirian keluar parti dan menyertai DAP.

Bekas penuntut jurusan Usuluddin di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu berpendapat, keputusan pemilihan PAS yang menyaksikan kelebihan dimiliki kumpulan konservatif dari kalangan pro ulama juga menyaksikan parti itu semakin ketinggalan 30 tahun ke belakang.

Keadaan ini berbanding DAP, yang pada pandangan bekas ahli PAS berusia 30 tahun ini, nampak lebih serius dalam memperjuangkan isu yang membabitkan rakyat.

"Agak lama saya berada dalam PAS, namun sikap sesetengah pimpinan parti Islam tersebut yang terus-menerus mengulangi polemik serta titik bengik konflik dalamannya yang terlalu panjang, menyebabkan PAS menjadi begitu ekslusif dan seolah-olah tidak mahu bergerak ke hadapan mendepani isu rakyat.

"Bukan tidak ada figura progresif, namun pasca muktamar lalu seolah-olah menyaksikan satu proses 'ethnic cleansing' yang akhirnya akan membawa semula PAS 30 tahun ke belakang," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider, merujuk Muktamar Tahunan ke-61 yang diadakan di Kuala Selangor itu.

Bekas penuntut sekolah menengah kebangsaan agama di selatan tanah air itu juga yakin, DAP bukan sebuah parti yang berteraskan jalur perkauman seperti dibangkitkan beberapa pihak yang mendakwa DAP merupakan parti cauvinis.

Sebaliknya, Sheikh Omar berkata, beliau melihat semangat perjuangan demokrasi yang dibawa DAP juga selari dengan semangat yang dianjurkan Islam.

"Saya tidak khuatir dengan 'backfire' yang mungkin diterima dek kerana seorang anak muda Melayu, berlatar belakangkan pengajian agama, menyertai DAP – sebuah parti yang berteraskan semangat demokrasi, yang hakikatnya tiada percanggahan dengan semangat Islam.

"Asalkan sahaja dasarnya tidak berubah, DAP adalah untuk semua rakyat yang bercita-cita melihat perubahan iklim politik kepada yang lebih sihat dan demokratik, tanpa mengira warna kulit," katanya.

Hubungan DAP dan PAS kini semakin keruh, lebih-lebih lagi apabila Muktamar Dewan Ulama mengusulkan supaya parti itu memutuskan hubungan dengan parti sekular itu dan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas di muktamar penuh.

Susulan daripada perkembangan itu, DAP kemudiannya mengambil pendirian dan mengumumkan tamatnya riwayat gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Ia kemudiannya menyebabkan sekumpulan ahli Parlimen dan bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan, terutamanya mereka daripada kumpulan progresif, menubuhkan G18, juga dikenali sebagai 'Gerakan Harapan Baru'.

Ia sekali gus mencetuskan ura-ura akan wujudnya parti baharu yang akan menjadi alternatif kepada PAS dalam PR.

"Saya memilih DAP kerana saya melihat ada ruang untuk saya mainkan peranan ke arah perubahan di Malaysia," kata Sheikh Omar ketika diajukan pertanyaan sama ada akan menyertai parti baharu itu sekiranya ia ditubuhkan.

"Sekiranya terbentuk parti baharu oleh golongan profesional PAS, saya harap ia benar-benar dapat menjadi elemen penguat ke arah menyatukan barisan pembangkang, termasuklah DAP dan PKR, dalam satu pakatan untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN)."

Sheikh Omar turut berkata, meskipun berlatarbelakangkan pendidikan agama, 'penjenamaan Islam' dalam DAP bukan isu pokok yang menjadi matlamatnya menyertai DAP.

"Bagi saya, Islam adalah pada intipati, ruh, semangat, penghayatan dan diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan sistem serta nilai kehidupan.

"Natijah akhirnya ialah kesejahteraan kepada rakyat dalam bernegara. 'Baldatun toyyibatun, wa robbun ghafur' – negara yang baik sejahtera dan Tuhan maha pengampun," katanya.

Sayap Islamis, atau apa sahaja 'penjenamaan Islam' dalam parti demokratik itu, katanya, bukan isunya.

"Komitmen DAP untuk melawan rasuah, pengagihan kekayaan negara yang berat sebelah, ketirisan, perkauman sempit dan sebagainya adalah intipatinya, walaupun tanpa 'sayap Islamis' atau 'Dewan Ulama'," katanya.

Bekas exco pemuda PAS Johor itu menyertai DAP secara rasmi minggu lepas apabila menyerahkan borang keahlian kepada Penasihat DAP, yang juga ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang pada satu majlis berbuka puasa di Kluang.

Sheikh Omar turut berkata, selain ibu bapa, isterinya turut menyokong tindakannya itu.

"Keluarga saya tiada masalah dengan keputusan ini. Lebih-lebih lagi ibu dan bapa saya. Merekalah sumber kekuatan bagi diri saya untuk berpencak di lapangan politik.

"Rakan-rakan umumnya, serta kenalan dalam PAS, memberikan pandangan yang berbeza-beza. Namun semuanya saya anggap sebagai motivasi, dorongan serta nasihat tanda 'peduli' mereka dalam mengikuti perkembangan karier politik saya," katanya, yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Putrajaya.
-TMI




TEMERLOH - 'Perhimpunan Perjuangan Bermula Di Sini' bagi memberi penjelasan mengenai penubuhan parti baharu oleh pemimpin Pas yang tersingkir pada muktamar lalu hambar, walaupun hanya tinggal sebulan sebelum parti itu dilancarkan.

Perhimpunan itu yang menampilkan bekas Menteri Besar Perak, Mohammed Nizar Jamaluddin; bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Awang Ahmad; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad; bekas Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairudin Abd Malik dan Ketua Pembangkang Dun Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri itu hanya mampu menarik perhatian kira-kira 200 orang.

Malah terdapat juga sebilangan pengunjung yang meninggalkan perhimpunan itu semasa ceramah yang secara amnya 'menzahirkan' kekecewaan kepada barisan kepimpinan baharu Pas, khususnya terhadap presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahmad atau lebih dikenali sebagai UAA (Ustaz Awang Ahmad) dalam Pas berkata beliau tidak nampak bagaimana 'kerosakan' dalam Pas sekarang boleh dibaiki kerana 'hasil' muktamar kali ke-61 lalu melahirkan pucuk pimpinan yang sukar untuk berubah.

"Mereka ini duduk sesama mereka dan menamakan diri sebagai ustaz. Saya rasa semua tahu bahawa Pusat (Pas) adalah di Kuala Lumpur, tapi sekarang adalah di Rusila. Apa sahaja semuanya di Rusila," katanya secara sinis.

Untuk rekod, Abdul Hadi juga adalah Ahli Parlimen Marang dan sering memberikan ceramah di Masjid Rusila, di Marang, Terengganu.

Tengku Zulpuri yang juga Adun Mentakab daripada parti DAP pula mendakwa Pas adalah punca kepada krisis dalam Pakatan Rakyat, yang boleh menyebabkan mereka 'berundur 20 tahun ke belakang'.

Disebabkan itu, beliau yakin parti baharu yang akan menyertai Pakatan Rakyat 2.0 itu kelak akan mendapat sokongan jitu kerana penyokong mereka mengharapkan sebuah parti yang bersikap inklusif dan bukan bersikap eksklusif seperti diamalkan Pas.

Pendapat itu dipersetujui Khairudin yang mengatakan bahawa sikap eksklusif itu akan menjadi punca kepada kejatuhan Pas, selain perbuatan memberi gelaran tidak baik kepada ahli yang berani menegur.

"Perbuatan menghina ahli sendiri...menunjukkan contoh yang tidak baik kepada orang bukan Islam... Adakah ini sebuah parti yang dikatakan Islam?," soalnya.

Mohammed Nizar pula berkata, tindakan Pas akan merugikan masa depan parti kerana parti itu tidak mungkin dapat memenangi pilihan raya umum lalu tanpa sokongan masyarakat Cina, dan kaum itu menurutnya telah kehilangan kepercayaan kepada Pas.

Beliau juga meminta maaf kepada masyarakat Cina kerana 'selepas muktamar Pas, harapan untuk menumpaskan Barisan Nasional (BN) terus hancur dan mengguris hati mereka untuk terus menyokong Pas'.

"Pas mengambil masa selama 50 tahun untuk mendapatkan keyakinan mereka (masyarakat Cina). Selepas 2008, mereka semakin sayang kepada Pas. Saya sendiri di Changkat Jering menang dengan 82 peratus adalah sokongan masyarakat Cina.


"Muktamar kali ini, pelbagai usul buat orang Cina marah. Mereka kata tidak akan sokong lagi. Mana saya nak letak muka? Kalau sekarang saya bertanding, saya juga akan kalah," katanya.

Sehubungan itu, Mohammed Nizar berkata, adalah penting sebuah 'kapal' baharu ditubuhkan untuk terus mendapatkan sokongan rakyat dalam menewaskan BN pada pilihan raya akan datang.

Meskipun perhimpunan itu kurang mendapat sokongan, Mohammed Nizar berkata perhimpunan itu juga dapat didengar secara langsung di Pedas FM yang menurutnya didengar sejuta penduduk.

"Kami telah menjelajah dan orang-orang muda meminta supaya kami percepatkan penubuhan kapal baharu ini, kerana mereka mahu menjatuhkan BN. Tapi kami kena ambil sedikit masa dan apabila ada kapal baharu, ini kekuatan kami untuk menumbangkan BN," katanya.
-Bernama


ULASAN GB

Bukankah tindakan golongan ulama atau konservatif di dalam PAS melalui "cai" mmenyingkirkan golongan progresif menunjukkan bahawa PAS sudah membuang slogan PAS FOR ALL?

Dan yang paling menyedihkan PAS kini sebagai parti yang telah menjauhkan bukan Islam terhadap Islam.

Memberika n imej buruk parti Islam malah agama Islam sendiri terhadap mereka yang bukan Islam....

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ulamak PAS tidak ber pijak di alam yang nyata

Rata rata madih hidup ber mimpi

Ulamak PAS juga tidak banyak membaca untuk pendidikan alam baru

Banyak yang di baca masa sekolah dan hafal hafal saja tanpa pemahaman mendalam untuk applikasi di dunia realiti

Otak Tidak Cerdik gaya nya , dan Orang ase begini GAGAL menjadi Orang Sebenar nya

Inferiority Complex yang tinggi sesuai saja hidup di dalam GUA TEMPURONG

Ajaran NABI SAW perlu di kembang dan bukan di sempit ekslusif bagai Agama Yahudi

BARUA dan TOLOL ada lah tanda tanda awal ke pupusan Ulamak PAS yang Akal ZERO ini

Tiada nilai tanbah kepada Alam pon

Omar Daud berkata...

Salam semua"

Bertambah buruk lagi bila mereka menunjukkan belang mereka sebenarnya:Islam hanyalah digunakan sebagai mendapatkan kuasa.President PAS selalu menyatakan pada ahli-ahlinya kena ikut DASAR(mengikut Al-quran & Sunnah) , majority ahli-ahli CONFUSE, Islam yg diperkenalkan oleh Hj. hadi SEBAB, Amalan/Tauladan yg ditunjukkan oleh Hj. Hadi dan so called ulamak Tak bertepatan apa yg diajarkan oleh Al-quran & Hadith.Dari segi Siddiqnya,Dari segi Amanahnya, Dari segi Tablignya semuanya menyimpang dari ajaran islam yg sebenarnya.Memang dari segi theorynya mereka-mereka nampak hebat dalam menghafal ayat-ayat al-quran dan Hadith tapi dari segi amalannya Hampehh.Pengikut-pengikutnya yg totok sungguh taksub akan ketaatan pada ulamak jenama PAS, SEHINGGA MEREKA TAK DAPAT MEMBEZAKAN DI ANTARA KACA dgn PERMATA.Kita sebagai seorang islam memang wajib mentaati, dan memuliakan ulamak, tetapi ulamak yg macamana??Ulamak-ulamak yg sebenarnya berada di luar sana, mereka adalah amat takut dgn ALLAH,apabila kita bersama dgn ulamak yg sebenar,akan membuatkan kita bertambah dekat dengan ALLAH.
Yang merisaukan kita ialah khurafat-khurafat yg dibawa haji hadi ialah, "MEMBENARKAN ISLAM, mengunakkan matlamat MENGHALALKAN CARA" semata-mata untuk dapatkan kuasa.

WALLAHUALAM.

Tanpa Nama berkata...

Org islam pun xsokong pas.apatah lg cina atau india...pas disokong org2 kg tua2 belaka.pas akan mengalami tsunami besar next pru yg mana dianggarkn 70% lari ke parti baru

Tanpa Nama berkata...

Dari Hudzaifah bin al Yaman ra bertanya, “ Wahai Rasulullah, apakah setelah kebaikan akan datang kejahatan?” Beliau menjawab, “ Ya, banyak penyeru yang mengajak ke pintu jahanam, maka, barangsiapa yang mengijabahnya (mengikutinya), mereka akan dilemparkan ke dalamnya.” Aku bertanya,”Sifatkanlah mereka itu kepada kita.” Beliau SAW berkata,”Mereka dari golongan kita dan berbicara dengan bahasa kita,” Aku berkata,”Lalu, kau suruh apa ketika aku melihatnya?” Beliau SAW menjawab, “Lazimilah (berpeganglah) pada jamaah muslimun dan imam mereka.” Aku berkata,” Jika tidak ada jamaah dan Imam?” Beliau SAW menjawab,” Jauhilah semua kelompok itu meskipun akar pohon melilitmu hingga maut menjemputmu, dan engkau tetap seperti itu.” (HR Muslim)

Malaysiabaru berkata...

Pas tak berminat nak tarbiahkan daqwah sebaliknya lebih berminat rembat lubok emas di Selangor untuk tujuan politik songsang seperti umno lakukan 30tahun dulu...

Selepas ketiadaan umno di Selangor...kini rembat lubok emas di ganti dgn pas..

Khalid gagap yg beri muka dan laluan untuk glc di kuasai oleh pas pis pus. Sehingga duit rembatan dah cecah berjuta untuk di guna menyuap perwakilan miskin di muktamar...

Kami dah sangka pd 2013 spt yg di tulis dlm blog kami mengenai perkara ini... Dan dalam blog tulang besi pun ada tapi apa penyokong buat hanya berdiam diri sebab ularrrmak setiap mlm mimpi jumpa nabi... Dpt arahan ... Supaya ahli wala wala wala ...

Cara dakwah songsang 70an dah lapuk... Dan org ramai tak berminat cara tradisional sesat ini ... Benci kpd org kapir... Sepatutnya beri contoh kpd org kapir... Ini kata kapir harbi chauvinis.... Sedangkan Khalid al walid pembunuh Muslim pun boleh masuk islam...

Bila lge gagal si tarbiah oleh hadi... Maka jln mudah adalah kata kapir harbi.... Gagalnya hadi nk masukkan seekor kapir dlm islam pun susah... Apa yg penting menantu masyuuuuk !!!!!

Utara.com berkata...

biaq siluncai terjun dgn labu2nya...musahabah diri le...

Tanpa Nama berkata...

Pasikulutoot bercita2 tinggi melangit nak jadi ketua dalam pakatan rakyat.Bila kita perhatikan dalam dewan mereka semua banyak lagi bisu berbanding dengan pkr dan dap.ini juga berlaku dalam parti mereka, mereka mahu kuasa tapi perkudakan golongan profesional dalam pas.kalau ada orang cakap pkr atau dap perkudakan pas adalah satu tanggapan yang tidak betul, tengoklah dalam dewan mereka perkudakan pkr dan dap untuk ketengahkan isu2 kepentingan rakyat.bila cakap pasal hudud tuang presideng ke jepun dan ularmmak dalam dewan jadi bisu.bohonglah kalau tidak nampak mereka perkudakan orang lain.

Tanpa Nama berkata...




Kita tidak perlu rasa gusar dengan sambutan yang hambar di Temerloh. Kerana begitu lah keadaan nya sekarang. Mahathir pun tak berminat berceramah cara begini. Tinggal lagi yang untungnya Mahathir ialah wartawan suka mendapat bahan dari dia. Ceramah PAS pun tak seramai mana.

Yang penting point-point kita untuk tubuhkan parti baharu telah di dengari oleh rakyat. Rakyat sudah tahu pihak mana yang suka cakap berbelit-belit dan bila pihak ini bercakap mereka sendiri buat rumusan. Kepercayaan rakyat ini lah yang perlu dijaga.

Rasanya kurang tepat bila dalam satu program terlalu ramai pemimpin yang turut sertia. Bagi kita sekarang ini adalah peringkat permulaan, jadi adalah lebih eluk sekiranya program tersebut dijarakkan selain menghadkan penglibatan terlalu ramai pemimpin dalam satu program.

Kita lihat sekarang ini tak ramai berminat bercerita tentang politik. Jadi bila kita ingin mempengaruhi kawan-kawan yang lain, kita mula kan cerita kita mengenai kenaikan harga barang yang memberi kesan kepada mereka. Bagi G18 mereka sudah sepatunya tumpu kepada isu seperti MARA dan lain-lain dari tertumpu kepada penubuhan parti baharu.

Musuh kita ialah BN UMNO bukan PAS. Kita cuma sudah tak sehaluan dengan PAS. Kita lebih suka mendengar G18 mendedahkan kepincanga UMNO dan beberapa tindakan Najib yang merugikan negara dari bercakap pasal Hj Hadi yang memang sudah di akui ramai seorang Presiden yang tak boleh di pakia cakapnya.


Kepada Allah kita kembalikan.


My Kakak berkata...

Saya yakin rakan2 G18 dan rakan rakan NGO lebih memahami selok belok politik Malaysia. Beraneka kenyataan keluar dari banyak pihak. pro dan kontra. Menyokong dan membangkang. Teguhkan azam. Kuatkan iltizam. Buat masa ini JANGAN banyak bercakap. banyakan bekerja. merancang dgn rapi dan bersatu hati. Bukan semua org tahu semua perkara. Namun setiap org ada pengalaman dan ada kelebihan. Satukan semuanya dgn ikhlas dibarisan depan. Satukan setiap lapisan. Gabungkan generasi lama dan baru. Libatkan bangsa Malaysia( melayu cina india iban kadazan). Gelombang baru ini tidak akan tertahan oleh BN. Semoga PR 2.0 tumbuh segar dari bayangan PR 1.0 yg sarat dengan perlbagai masalah. MIC retak.PAS terbelah dan UMNO berantakan dalam diam lantaran masing2 bermata jawatan.

Tanpa Nama berkata...

PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg WUJUD akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain

Tanpa Nama berkata...

PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg WUJUD akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain

Tanpa Nama berkata...

PASUG nk join umno menegakkan semula assobiyah semangat perkauman sempit dan agama.

mereka seolah2 melaksanakan perancangan zionist yg sentiasa mahukan manusia berbalah atas isu agama dan perkauman

mereka suka sgt nk ingatkan dan bakar semangat puak kebangsaan dgn 13 Mei. dan kini PAS jadi kuda keldai umno utk sogok pula isu agama dan label DAP anti islam. maka ini memperkuatkan lagi kebencian dn persengketaan atas nama bangsa dan agama yg diidamakan zionist.

dalam pada rakyat disibukkan dn dipanaskan dgn isu agama dan kaum, mereka umno dan anak murid barunya PAS akan songlap dan rompak harta negara dibelakang kita.

bila berlaku rusuhan kaum dan agama, kita rakyat yg merana. ye konon2nya melayu hebat boleh menang, tp kemenangan apa kalau atas kemusnahan negara. kalau musuh ramai kita bunuh dan mati, apakah org kita tkde yg mati dan merana sama? takkan musuh je yg mati, kita tkde sorang pun yg mati.

masa tu puak2 UG dan umno dh lari ke luar negara sebb mereka dh sapu duit. ketika itu keluarlah ayat2 yg dimunafikkan tafsirannya seperti kita diperintah berhijrah utk susun strategi. walhal rakyat dh bergelimpangan mati tk kira bangsa.

menang jadi arang, kalah jadi abu... dua2 hangus kan? itu maksud peribahasa ni.

bila berlaku smeua tu , ia akan menjemput musuh luar US dan sebagainya utk campur tgn. sedangkan kalau kita rakyat berbagai kaum saling kasih syg, bila musuhluar dtg, org cina india pun akan sanggup pertahan negara kita.

hakikatnya tidak ada jalan selain dpd berbuat baik sesama insan.

jgnlah kerana kebencian kamu terhadap satu kaum itu menyebabkan kamu tidka berlaku adil. nnti Allah yg akan ajar kamu walaupun kamu ulamak. Peduli apa Allah dgn ulamak

sorry aku terpaksa fikir yg buruk kesan dr apa yg UG dan umno buat utk menyuburkan krisis perkauman dan agama sekarang ini.

sgt sedih PAS turut serta melaksanakan agenda zionist yahudi laknatullah. begitu mudahnya tertipu dgn jarum dajjal.. puncanya hanyasatu.. sudah tidak ikhlas dlm perjuangan. mata duit sudah mengatasi mata hati