29 Jun 2015

Oh Rupanya Dia Yang Sebenarnya "Menyalak"....

Tindak tanduk pemimpin PAS malukan Islam'

Kepimpinan PAS sekarang tidak mewakili sebuah parti politik Islam yang sebenar, dan juga kadang kala memalukan agama itu, dakwa bekas seorang pemimpin parti itu

Bercakap kepada Malaysiakini, anggota parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata perkara tersebut disebabkan oleh tindak tanduk pemimpin-pemimpin parti.

"Secara keseluruhannya, kami percaya bahawa PAS, atau lebih tepat pemimpin, telah sampai ke titik di mana kedudukan dan tingkah tanduk yang tidak mewakili parti politik Islam yang sebenar.

"Kadang kala ia memalukan Islam di mata orang ramai, orang Islam atau bukan Islam,"
katanya.

Dr Hatta berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dalam parti, tetapi beliau tidak melihat sebarang usaha serius untuk membetulkan keadaan.

"Sebaliknya, membantah dan pertentangan idea ditafsirkan sebagai menentang ulama," kata bekas pengarah pilihan raya PAS pusat.

Sementara itu, diminta mengulas bagaimana PAS dikatakan memalukan Islam, MP Shah Alam Khalid Samad memberi contoh antara lain keputusan PAS bertanding di Kota Damasara yang menjadi kerusi PKR sejak pilihan raya umum 2008.

Pengerusi PSM Nasir Hashim sepatutnya mempertahankan kerusi DUN bagi penggal kedua atas tiket PKR, namun PAS meletakkan calon menjadikan pertandingan enam penjuru dan akhirnya dimenangi BN.

"Nasir adalah ADUN dan tidak ada rungutan terhadap beliau sejak lima tahun kemudian tiba-tiba pada 2013, PAS letak calonnya sendiri dan tidak memberi penjelasan sebabnya, di samping mengkritik sosialisme, dan begitu dan begini," katanya kepada Malaysiakini.

Langkah itu telah dilabel sebagai pengkhianatan PAS, dan menyebabkan parti itu dikritik hebat.


Hadi panggil penentang hudud ‘anjing’

KEPALA BATAS: Pas akan meneruskan agenda untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan. Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan walaupun terdapat sesetengah pihak yang menolak pelaksanaan undang-undang hudud,parti itu tidak akan berganjak.

Malah mengorak langkah dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi membolehkan sebahagian undang-undang hudud dapat dilaksanakan di negeri berkenaan.

“Dalam hal ini, Pas mengambil sikap untuk mengajak manusia secara damai. Pas tak mahu berkelahi.

Malangnya ada orang yang nak ajak berkelahi, nak ajak berlawan. Biarlah…biar dia sahaja yang bersuara kita bawa agenda kita. Biar anjing menyalak, serigala menyalak…qabilah berjalan terus sampai ke destinasi,matlamat yang dituju.

“Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan. Kita akan terus bawa agenda ini, kita tidak akan berganjak,” katanya pada Ceramah Perdana Kepimpinan Pas Pusat di Markas Tarbiyah PAS negeri, Pongsu Seribu.

Turut hadir Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas Pusat Nasrudin Hassan Tantawi dan barisan kepimpinan Pas negeri Pulau Pinang.

Abdul Hadi sekali lagi mengulangi bahawa undang-undang hudud bukan untuk menyeksa penjenayah sebaliknya ia bertujuan mendidik penjenayah selain membela mangsa yang dizalimi.

“Sebagai contoh hukuman sebat. Kita tak boleh samakan hukuman sebat yang ada dalam penjara hari ini dengan hukuman sebat dalam Islam di mana sekali sebat bukan kulit sahaja yang pecah isi juga yang pecah.

“Hukuman sebat dalam Islam ini pukul tak boleh sampai memecahkan kulit, tak boleh menyeksa tetapi mendidik penjenayah dan menakutkan bakal penjenayah.

Bunyinya seratus sebatan, tapi sebatannya tidak memecahkan kulit,” katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mengingatkan anggota-anggota Pas untuk menjaga setiap tutur kata agar tidak merosakkan nama baik parti yang mempunyai adab,akhlak dan peraturan yang perlu dijaga setiap anggota parti.

“Kita kena ingat bahawa selagi kita ikat diri kita di jalan Islam menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga nama baik Islam, nama baik jemaah dan perjuangan yang kita bawa.

“Jangan kita tiba-tiba duduk dalam jemaah dan kita mengkritik jemaah yang kita duduk itu. Ia tidak mencerminkan kebaikan akhlak kita kerana seorang yang baik tidak akan keluar daripada mulutnya melainkan kebaikan,” katanya.


ULASAN GB

Memang memalukan.

Rupa-rupanya "anjing" yang menyalak itu ialah orang yang menuturnya.

Hukum kebenaran dan keadian akan berjalan. Tutur yang baik akan menerima hal yang baik sementara tutur yang buruk akan menerima hal yang buruk kepada si penuturnya.

Nabi berpesan "Kullu Kalam Addua" - setiap ucapan itu adalah DOA.

Apabila anda mengungkapkan perkataan ANJING MENYALAK, maka sebenarnya perkataan itu akan kembali kepada diri anda sendiri.

Sebelum ini pun Haji Hadi kerapa menutur perkataan-perkataan yang buruk seperti BARUA, TOLOL dan seumpamanya. Misalnya perkataan BARUA... tiba-tiba BARUA menimpanya - beliau diheret ke kandang orang salah di dalam satu kes saman fitnah pil kuda dan walaupun beliau bebas dari tuduhan itu tetapi Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan "kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah". Dengan automatik jatuh maruahnya kerana telah diisytiharkan "seorang yang mengeluarkan perkataan yang berunsur fitnah". Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan... BARUA menimpa sipenuturnya.

Begitulah juga dengan penutur-penutur JEBON, MUNAFIK HARAKI, SYAITAN, BABI dan sebagainya.... usah bimbang ia akan kembali menimpa si penuturnya... kerana demikianlah hukum kebenaran dan keadilan (sunatullah) berjalan .. dan Allah berjanji sunnatullah itu tidak berubah ...

Sama dengan kes Najib dengan perkataan HARAMJADAHnya dulu yang ditujukan kepada peneroka FELDA... akhirnya apa jadi? Najib yang ditimpa HARAMJADAH berkali-kali. Saham FGV merudum, Najib dinobatkan PM Kangkong, MH370 hilang, MH17 ditembak, timbul isu 1MDB, Skandal MARA dan banyak lagi...

Hukum kebenaran dan keadilan tidak mengira kedudukan seseorang itu di atas didunia waimma ia seorang PM atau ulama tersohor sekalipun.

Menayalaklah lagi.... ia hanya mendedahkan perwatakan penuturnya sendiri....

16 ulasan:

Potailangek berkata...

X sangka ade ulamak yg mcm ni..cmne nk ikut ni..sllu mye ulamak akhlak nye terpuji..ni dh terbalik ni

Unknown berkata...

Salam semua:

Betul tu GB, hukum sunatullah akan tetap berlaku, "Just a matter of time", pada rakan-rakan sekelian, pembentukkan parti progresive yg baru tak dapat dielakkan.Peringkat permulaan memang banyak rintangan terutama dari PAS (UG) Desperado tski DAN musuh tradisi umno/bn, permulaan yg baik bila bermula di selatan, Johor,malacca & N.Sembilan: Sekarang ini PAS dgn segala kemudahan ada, seperti markas2 yg tersedia sedang memulakan gerakkan grass-root,kempen hudud mereka dan kempen-kempen menutup kecurangan pemimpin mereka dan memberi tahu pak-pak lebai kampong yg mereka di fitnah melalui internet. Insyallah utk negeri2 pantai barat >70% pengundi bukan melayu berpihak pada kita, kita cuma melipatkan tenaga kita sekurang2nya 40% undi melayu.
Selain dari gerakkan pemimpin2 G-18 dan Pasma, kita sebagai di pehak grass-root kena bekerja keras: kena bekerjasama dgn pemimpin2.Yg mampu kita buat ialah menyampaikan risalah berterusan kepada saudara2 kita,kawan2 terdekat dan pada sesiapa sahaja yg berminat pada menjatuhkan kerajaan umno/bn.Klu saorang dapat target 100 orng, insyallah berterusan sampai PR14,Parti baru akan beroleh kejayaan.Sesiapa yg mempunyai pengetahuan IT macam GB, TERUSKAN memberikan maklumat2 dan fakta.Kalau boleh schedule 2 lawatan pemimpin ke kawasan-kawasan.Kita akan berjumpa terus dgn pemimpin utk mengetahui tindakkan selanjutnya.Saya yg mempunyai ramai keluarga di N9 terutama di felda labu sendayan dan serting, insyallah akan balik sebulan sekali.Beginilah kami lakukan masa PKR dulu, sehingga PKR boleh menang Di DUN ampangan dan Parlimen Port Dickson.Tak pernah dalam sejarah pembangkang melayu boleh menang di N9 selain dari umno/bn.
Sedia beristiqamah untuk memastikan umno/bn tewas pada PR14 nanti.

WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

keep it up bro
moving forward

Tanpa Nama berkata...

Lepas satu, satu ungkapan yang terkeluar dari mulutnya, ulama apa begini, suka melabelkan orang yang tak sehaluan dengan kata kata buruk dan hina. Bukan sekali tetapi sudah banyak kali, bertambah buruk selepas TGNA meninggal, lagi kerap dia mengeluarkan kata kata yang mengguris perasaan pengundinya? Apakah dia sudah sombong, angkuh, takkabur dengan jawatan yang dipegang berpuluh puluh tahun lamanya dan riak dengan gelaran 'ulama' yang mana gelaran itu diberi sendiri dari kalangan MSU dan DUPP. Perasan hebat? Ini bukan caranya hendak bersama PR tetapi hati bersama BN , zahirnya konon nak bersama PR tetapi tahaluf Siyasi dengan DAP dibuang jauh ... Feeling sick!

Tanpa Nama berkata...

dulu 2 adun yg sokong mb pkr dipanggil barua. skrg hadi suruh adun pas sokong mb pkr. hadi suruh adun pas jadi barua. cuma skrg brokernya ialah hadi sendiri.

semua kembali pd yg menuturkannya...

ha ha ha ha...

Sham TM berkata...

Good Job sdra Omar Daud.

Kita tumbangkan pengkhianat rakyat.

Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan En' Omar Daud, mulakan gerak kerja kita dari skarang, ada ceramah sebar2 kan...kalau jauh anjurkan pergi berkumpulan. Cetak maklumat2 dari internet dan edarkan khususnya kepada ahli2 Pas...ahli2 Pas ni di peringkat Cawangan, kebanyakan pak turut je....tak tahu apa pun. Ya lah mereka ni kebanyakan dari level.........malas nak cakaplah.

Tanpa Nama berkata...

Dimana pintu keluar
Disitu pintu masuknya

Malaysiabaru berkata...

Welcome dunia akhir zaman

Ularrrrmak adalH pengkhianat agama islam

Cuba bayangkan andai pakatan masih wujud maka menantu hd jd exco... Mampuihhh

Anyway rasanye kerajaan Selangor dah tkde pru14 sekiranya pas masih dlm pakatan 2.0....

Tanpa Nama berkata...

apa susah nak jadi ulamak politik, masuk parti pas, pakai serban guna siku ngan lutut confirm leh gelar ulamaaak pas dah

Tanpa Nama berkata...

JANGAN SAMPAI ORANG PANGGIL KAU ...... HADI ANJING

i tk sanggup dengar, tp u sendiri yg bagi ilham kt org.

bercakap berabad2 cita hudud, buatnya tk juga. lepas tu salahkan org konon halang hudud.

buat je la hari ini segera sekarang juga. jgn peduli apa org kata.

jgn menyalak nk hudud nk hudud .. tapi tk tau nk buat mcmana.

KITA NK TENGOK SEBELUM AKHIR TAHUN NI HUDUD YG MENGIKUT SYARIAT TERLAKSANA DI KELANTAN.

kita org islam memang sokong hudud, tp menyampah dgn org yg ckp byk bab hudud tapi tktau nk buat. tau nya anjingkan org saja.

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya dengan pemimpin pas ini ialah depa tak tau berbahasa...mahu dihormati tetapi tidak menghormati...mahu dipuji tetapi kerap mengeji...sentiasa menyuarakan tetapi jarang mendengar...banyak menghukum tetapi tak mahu dihukum...(mahu banyak berkata-kata tetapi tidak pandai berbudi bahasa)

Tanpa Nama berkata...

Hudud ini rahmat yang sesiapa yang menatang di atas tangan nya mesti lah orang yang tahu beradab dan bersopan.

Tanpa Nama berkata...

“…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44

“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” Surah Al Ma’idah : 45

“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” Surah Al Ma’idah : 47

Kepada para penolak hudud, kembalilah kepada ajaran Islam sebenar tapi sebelum itu mesti mengucap dan bertaubat dulu. Siapa kita berani menentang hukum Allah. Kita makhluknya, Allah tahu apa yang terbaik untuk semua hamba-Nya.


Andai masih belum dapat menerima hudud, pergilah cari alam lain yang bukan Allah penciptanya.

Tanpa Nama berkata...

helo anon 7:26

Kamu tak fahamkah apa yang Ketua Ulama Sedunia, Yusof Al-Qardhawi cakap? beliau menyatakan tegakkan keadilan Islam dahulu, jaga kebajikan umat Islam dahulu, bukan HUDUD.

Kamulah yang sepatutnya cari alam lain jika tak mahu ikut cakap dan tafsira Ketua Ulama Sedunia kerana kita berpegang kepada Al-Quran, Hadith, Ijma dan Qias - bukan ayat Al-Quran semata-mata kerana tafsirannya hendaklah dirujuk kepada ijma ulama.

pii berkata...

Apa agaknya perkataan yang akan keluar dari mulut hadi.. selepas BARUA, TOLOL, NYAMUK, kini ANJING dan SERIGALA.... kita tunggu. KASIHAN dengan beliau..