26 Jun 2015

Kumpulan Ulama Berantakan, Penyokong TITM Dipancung Di Pahang

Penyokong Tuan Ibrahim ‘dipancung’ dalam kabinet baharu PAS Pahang

Kumpulan konservatif dalam PAS bukan sahaja menyingkirkan golongan profesional tetapi juga menolak pihak yang tidak bersama dalam kumpulan mereka.

Di Pahang, dua orang kanan bekas pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin yang dianggap sederhana dalam parti Islam itu, turut disingkirkan.

Dalam pembentukan kabinet PAS Pahang di bawah pesuruhjaya baharu Rosli Jabar, Yusof Embong, bekas timbalan pesuruhjaya 1 yang disebut-sebut sebagai bakal pengganti Tuan Ibrahim, hanya dilantik sebagai ahli perhubungan PAS Pahang.

Nasib bekas ketua penerangan, Suhaimi Saad, lebih teruk lagi apabila tidak dilantik memegang apa-apa jawatan dalam PAS Pahang walaupun sudah lama berada dalam kepimpinan negeri.

Serangan terhadap Yusof bermula sejak sebelum muktamar PAS ke-61 lagi, apabila laman Facebook pro-konservatif Tuc Tok Usin Ceroi menyerangnya.

Turut diserang adalah pembantu Tuan Ibrahim, Ahmad Nazaruddin Mohamed yang didakwa bersekongkol dengan Yusof.


Sekarang ini fokus serangan laman Facebook Tok Usin adalah DAP manakala semua posting lamanya dibuang.

"Hoiiii DAP dan Gobind.... lu sapa barua???? Sejak bila org islam dan kerajaan Kelantan kena dengar cakap dan minta izin lu kalau mau bentang draf hudud dan laksanakan hudud???

"Celaka punya DAP...!!!" tulis Tok Usin dalam posting terbarunya merujuk kepada Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Tok Usin sebelum ini mendedahkan diri dan rangkaiannya melalui penyiaran satu rakaman perbualan dengan Nurul Islam Mohamad Yusof, pegawai media Pejabat Presiden PAS.

Sebelum muktamar, Tuan Ibrahim yang menang jawatan timbalan presiden dalam pemilihan baru-baru ini, menyerang laman Tok Usin dan meminta pemiliknya agar menutup laman itu jika benar mereka sayangkan PAS.

Namun operasi laman Tok Usin diteruskan dengan menyerang DAP. -TMI

ULASAN GB

Demkianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan... untu memperlihatkan siapa sebenarnya geng ulama ini... tidak lain dan tidak bukan jenis berjiwa kotor, gila kuasa dan tamak jawatan.

Bukan sahaja profesional disingkirkan, malah dengan sesama mereka pun jika bukan dari kumpulan mereka akan dipancung dan dicantas.

Itu yang berlaku di Pahang ke atas kumpulan TITM seperti dilaporkan.

Pada pemilihan di muktamar yang lalu, Dewan Ulama PAS Pusat siap menggunakan cai untuk perwakilan memilih kumpulan mereka dan menyingkirkan profesional secara blok. Dengan dibantu oleh cybertrooper ala papagomo sepertu Tok Usin Ceroi, El-Heraki, Alnangi, Huzir Sulaiman dan lain-lain mereka menang besar, hampir 100% dengan cara sedemikian, namun GB pernah mempersoalkan, redhakah Allah dan berkahkah tindakan Dewan Ulama itu?

Sekarang terjawab, mereka berantakan dan akan terus beranatakan sesama sendiri.

Apabila dilakukan kerja-kerja keji sedemikian, bererti ulama-ulama ini telah dan sedang terus merancang untuk menguasai parti sampai mati, dan tiada ruang untuk yang "bukan-ulama" berada di dalam saf kepimpinan.

Dan sewajarnya, golongan profesional memisahkan diri dari "ulama-ulama jahat" ini dan membentuk sebuah parti Islam yang baharu, yang lebih profesional dan lebih mematuhi akhlak Islam. Kita profesional, kita tidak akan jatuh dalam lubang biawak dua kali. InsyaAllah. Biarkan mereka itu yang tenggelam...

Jangan lupa malam ini di Termerloh, Pahang.



Dan esok bersama Mazlan Aliman dan NGO ANAK

22 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Isis ustad tontontvi nk jd timb presiden. Taliban anti tvi ni dah Taruk ostad muda sbg pj Pahang... Habis pas 20 tahun lagi... Geng muda bikin jhnm just like hadi 80an

Tanpa Nama berkata...

Titm ni kan geng ulammak jugak cuma nampak xla fanatik sangat mcm lain2..
Apa lg TITM letak jawatan dan join la parti baru.xyah nk pening2 nk betulkan ulamak2 tu dh nampak sgt salah..atau TITM pun sama seperti mrk.....


Tanpa Nama berkata...

Beringat lah ...... besar kemungkinan berita sedemikian adalah "damage control" bagi menarik mereka yang merasakan PAS boleh diselamatkan dari kemelut sekarang. Ini adalah kerana TITM berjaya membina imej boleh berbaik dengan berbagai kumpulan dalam PAS????? Tulisan-tulisan penulis Timmy Say boleh menjadi kayu ukur aliran pendirian dan pandangan. Perlantikan Ahmad Dasuki di Selangor perlu juga diberi perhatian mengenai network di kalangan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Bila tak profesional, macam nilah jadinya. Sebab tu bila dikatakan profesional, upah khidmatnya adalah mahal... tapi selama ni PAS dapat khidmat profesional secara free, jadi tak dihargai... sekarang kau bayarlah harganya.

Tanpa Nama berkata...

Jangankan 20 tahun lg.tahun dpn pun pas dh bungkus...blh blk kampung ceramah je la

Tanpa Nama berkata...

TITM ni xpasti, kdg2 mcm pro hadi,kdg2 mcm pro geng professional...xnmpk pendirian..lalang ke pun

Tanpa Nama berkata...

Takyah lah nak buat statement melaga-lagaan GB weh. Yang x dilantik pun x segelabah hang. Kami relak je... x lantik pun x per...sebab kami tak gila jawatan. Kami menjaga amanah.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak ada jugak nafsu nak kaya dan ber gaya

Elaun dan Gaji duduk duduk dalam Gomen jaja jaja agama dan BER HARAP saja tanpa banyak BER FIKIR , siapa tak nak....

Biasa lah. Orang orang Mentaliti KAYU akan tetap hidup bagai KETAM DALAM SANGKAR

Mana nak sama dengan Orang Orang BER FIKIR yang BER TANGGUNG JAWAB

Tanpa Nama berkata...

Sah nyata anon 12:07 PM tu geng walaun dari ganu

"x lantik pun x pe sebab kami tak gila jawatan.." abis yg buat cai masa pemilihan tu apa tak gila jawatan ke tu???
yang sampai membarua dan mentololkan orang tu apa tak gila jawatan ke tu????

Betul2 munafiq darjat tertinggi....!!!!

Tanpa Nama berkata...

Walak atau balak.

Tanpa Nama berkata...




Ini bukan hendak melaga-lagakan tapi tumpang simpati dengan TITM,
Yusof Embong dan Suhaimi Saad. Begitu juga pada Husam. Husam yang berpengalaman dan di lihat oleh TGNA berkebolehan dan telah terbukti melaksanakan tugasnya dengan baik.

Mereka mengambil masa bertahun lamanya untuk memantapkan PAS Kawasan dan Negeri dengan melahirkan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman seperti Husam, Yusof Embong dan Suhaimi Saad,. Tiba-tiba senang-senang je di rombak yang jelas bukan atas sebab kepentingan parti tetapi membentuk blok mereka sendiri supaya PJ di kelilingi oleh orang-orang yang tahu anguk-anguk je.

Mereka di singkir bukan kerana kesihatan atau mempunyai tugas yang lebih berat tetapi untuk menjaga pengaruh pemimpin baru yang kurang reti seluk beluk pengurusan parti.

Ketua yang baik dan bijak ialah yang dapat mengimbangkan pasukannya dengan meletakan seorang dua yang bertentangan karakter dengannya. Walaupun kuasa penuh di tangan Ketua, keputusan yang di buat mesti lah rational dan dapat di terima oleh ahli bawahan.

Sekarang PAS al Musnah jadinya bila usaha-usaha Ustad Fadzil Noor dan TGNA di 'turn around' kan dan sekarang hendak di re'branding' pulak.

Mentang-mentang seseorang itu berkhidmat untuk Islam tentu orang tersebut akan bersedia memberi tunjuk-ajar dan menghulur bantuan kepada yang tidak berpengalaman. Adil kah ini??

Kepada Allah kita kembalikan.


Tanpa Nama berkata...

Yang tak gila jawatan ialah orang yang terpaksa melepaskan jawatan.
Nak tenguk gila jawatan ke tidak, PJ kekalkan Yusof sebagai TPJ dan Suhaimi sebagai Ketua Penerangan.

PJ yang baru bukan sehari dua merancangkan tindakan ini. Kalau dalam sehari dua tiba-tiba ambil keputusan tersebut adalah nampak tidak gila jawatan Tetapi Penganti nya dah mengharap dan menunggu sebelum muktamar lagi. Jika tak di lantik tentu kucar-kacir. Yang lama pun mengalah lah sebab malu nanti dikatakan gila jawatan tanpa memikirkan masa hadapan Kawasan dan Negeri.

Omar Daud berkata...

Salam semua:

Saya dah buat prediction lama dah sejak keputusan muktamar ka61: Selagi PAS tak reform Organisasinya seprti DUPP & MSU, akan Kuasa dan tanggunjawab setiap pemegang jawatan dalam ke dua-dua department selagi itulah PAS tak kemana-mana.Laba ,pangkat dan jawatan (samaada dlm hairaki parti/calon adun/mp) akan jadi rebutan sesama sendiri,kumpulan sampai bila-bila.

Satu pedoman buat G-18 dan Pasma, A/.supaya dapat duduk bersama,melakarkan satu organisasi yg efficient, serta tugasan/tangungjawab yg diberikan tiada yg duplicate, dan menjadikan organisasi tidak berpuak-puak,Jadikan jabatan dan tugasan adalah disebabkan kepandaian/kemahirannya bukan dari kumpulan /group ia datang.
B/"Perbezaan pendapat" dalam beroriganisasi tak dapat lari.Di sini terlalu penting, jika asas didikan/background keluarga kita tak kuat kita akan terperangkap di sini. PKN hampir2 Hancur bila perbezaan pendapat berterusan tiada siapa dapat menyelesaikannya.Terkeluarnya chandra muzafar,marina yusof,ezam mat nor,Nllakarupan,roslan kassim,zahid mat arif dan ramailagi, Bila DSAI keluar dari penjara Dan PKN di re-BRANDing menjadi PKR dan set-up pakatan rakyat,PKR Slowly,gradually,dan ianya bertambah maju,bila DSAI dipenjaralagi ada sedikit kelonggaran di sini.So saya harap G-18/Pasma ada wakil2 sebagai GODFATHER, untuk rujukkan ahli-ahli jika ada DISPUTE/PERBEZAAN pendapat. Ada sikit perbalahan,cepat2 bereskan insyallah,kita akan "berlapang dada",jika ada disuatu ketika pendapat kita/atau kemahuan kita tak diperolehi.yang penting VISI /MISI Parti akan berjalan lancar, Perjuangan memrlukan pengorbanan,saling faham-memahami,jika kita lebih kita bantu orng yg kurang,saling nasihat-menasihati,jika orang lebih ilmunya/kemahirannya kita respectnya sebagai gentlement bukan menjatuhkanya.Kita manusia bukan pefect,receptive keatas teguran yg membina adalah KEY keatas kita "berorganisasi"

Salam ramadhan.

Tanpa Nama berkata...

Skg Allah nak tunjuk jalan kebenaran...

Lain kali jangan fitnah label orang sesuka hati Ye..

Farewell PAS pis pus...

Tanpa Nama berkata...

Sdr anon 12:07, tak usah bicara soal amanah kalau tak tahu makna dan pengertian sebenar. Jika sdr bermaksud seluruh kepimpinan PAS kini adalah segolongan manusia yg beramanah, saya kira sdr perlu kembali ke pangkal jalan. Golongan ini bukan saja tidak amanah terhadap perjuangan malah ingin menjadikan PAS sebagai batu loncatan meraih kemewahan dunia. Sebenarnya setelah melihat kelaku dan hala tuju beberapa pemimpin PAS, slogan Kepimpinan Ulamak adalah merupakan satu gimmick semata-mata kerana sekiranya ditanya masih ada lagi ke taraf ulamak dlm PAS setelah kematian Nik Aziz....jawapannya seperti sebuah tajuk lagu yg pernah dipopularkan oleh Najwa Latiff...KOSONG
.

Tanpa Nama berkata...

Muktamar dah terima PUTUS kan hubungan dgn DAP, apa lagi yg diungkit pasal mengekalkan hubungan. Mimpi ka apa. Itu la bila berpolitik main Cai, tengok kepiah jer kan dah tak cerdik. SOKONG PAKATAN RAKYAT DENGAN 4 PARTI (plus parti baru) kalau pas nak stay pun tak apa nak cabut pun tak apa. Dan agihan calon PRU bahagi 4, pas kena piker komponen baru masuk kena bagi kerusi juga. Hilang lah kuasa tawar menawar Pas. Kalu cabut keluar lagi teruk silap silap Kelantan pun hancuss. Kini siapa yg jd tolol siapa yg jd barua dan siapa yg jd jebon sekarang

Duvid duvid

Tanpa Nama berkata...

Biarla pas nk buat apapun kita jgn layan mrk lg sbb perangai mmg begitu,kita fokus parti baru agar maju kedepan.Allahuakbar

mohd shahran berkata...

Amiin semoga dimkbulkn

Tanpa Nama berkata...

Apo nak jadi kek parti lamo den tu lantak ekau la jang...den cumo nunggu pati baru botoraskan Islam tapi bepikiran tebuko dan berakhlak mulia...... bepikiran tobuko tak bermakno nak menghalalkan yang haram atau bosikap liberal dalam semuo hal..... bepikiran tobuko maknonya bilo bocakap pakai otak bukan guno kepalo lutut. Berakhlak mulia tu sumuo oghang tau...jangan nak menggolar kawan-kawan yang tak sotuju dongan kito dongan panggilan yang tak elok apo layi tuduh oghang itu ini munafik dsbnyo....walaupun janggut kito sodopa panjangnyo, bolum tontu masuk syurgo.....

Wan Rosli berkata...

Skrg ni udah terbalek.. yg menang berlagak mcm org kalah.. begitulah sebaliknya..

Tanpa Nama berkata...

ya . skg sudah terbalek. ulamak jadi macam orang tak ada ilmu, orang tak ilmu lagi bagus dari ulamak.

Tanpa Nama berkata...

tn gb nk tanya la..mana husam musa..lps muktamar sonyap jo