26 Jun 2015

Isu Jumpa Nabi: Setelah Dibelasah Mokhtar Senik Padam Posting Di FB


Orang dakwa ‘mimpi nabi’ bersifat riak, kata mufti Perlis

Mereka yang suka mendakwa bermimpi jumpa dengan Nabi Muhammad tertipu dengan perangkap syaitan sehingga mendatangkan sifat riak, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Asri berkata, mereka yang membuat dakwaan sebegini sering memiliki tujuan tertentu seperti menambah pengaruh diri, mengumpulkan harta orang ramai untuk diri sendiri, menyokong puak atau aliran tertentu serta tujuan politik kepartian.

"Bukan sedikit dalam sejarah golongan yang menyeleweng menggunakan dakwaan sebegini untuk menaikkan diri sendiri dan menyokong aliran yang mereka dokongi," tulisnya dalam laman Facebook hari ini.

Komen itu dipercayai sebagai respons terhadap kiriman Facebook Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mokhtar Senik yang mendakwa bermimpi bertemu Nabi Muhammad dan sahabat baginda Umar Al-Khattab berpuluh kali ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Kamunting, Perak.

Asri berkata, syaitan tidak boleh meniru ataupun menyerupai Nabi, namun syaitan boleh menyerupai yang lain untuk disangka Nabi datang dalam mimpi mereka.

"Lalu ada kalangan mereka yang tertipu itu mendakwa di depan orang ramai untuk satu kemasyhuran diri ataupun riak mereka bermimpi Nabi.

"Padahal mereka lupa, riak adalah penyakit daripada suntikan syaitan dan mereka jatuh ke dalam perangkap syaitan," katanya.


Mokhtar, yang pernah ditahan ISA kerana terlibat dengan kumpulan Al Maunah pada 2000 yang dituduh cuba melancarkan perang terhadap Agong, menulis pengalamannya, dan berkata antara hiburan Allah kepada mereka semasa dalam tahanan ialah mimpi indah.

"Antaranya kami dikurniakan mimpi bertemu Rasulullah. Sepanjang 3 tahun lebih ditahan di situ, berpuluh kali saya bermimpi didatangi Saidina Umar Alkhattab," tulis ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu.

Bagaimanapun, Mokhtar kemudiannya memadam posting tersebut selepas ia mengundang sindiran pengguna media sosial lain. – 25 Jun, 2015.

ULASAN GB

Memang amat memalukan. Seorang yang dikatakan "ulama" cuba mempamerkan kelebihan diri menceritakan kononnya beliau bermimpi bertemu Nabi dan sahabat Nabi.

Pun ramai yang memberikan "Like" terhadap postingnya itu, yang setelah dikecam hebat, maka posting itu pun dipadamkan dari dinding mukabukunya.

Anehnya, orang sebegini menang menduduki jawatankuasa PAS Pusat di dalam pemilihan di muktamar yang lalu.

Sebelum ini ada ramai yang mendakwa jumpa Nabi.


Cuba kita baca apa ulasan Allahyarham TGNA mengenai hal ini:

Tn Guru Nik Abdul Aziz pernah sebut, manusia yang bertemu Nabi ni.. Serupa dengan kita jalan2 tiba2 jumpa duit sejuta...

Bila jumpa duit sejuta ni kite nak heboh ke org lain ke atau nak simpan senyap2? (Tanya tn guru pd audiens)

Ofkos la senyap...

Pahtu... Bila dah ado duit sjuta.. Mulo kito pun beli keto baru, rumah beso sket, pakaian baru.. Dalam keadaan orang sekeliling x tahu pun kito ado duit sjuta.. Tp lihat perubahan pada aset kita..

Srupo la dgn ore mimpi jupo Nabi.. X cito ke ore lain.. Tp orang lain dpat lihat perubahan yang berlaku pada jiwa dan peribadi kite.. Wallahu'alam..

Nukilan dari TGNA yg dirindui.

Dan selepas ini makin ramailah yang mendakwa bertemu Nabi untuk tujuan tertentu.

42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha..Dewan Ulamak Pas terutama Hj Hadi dan Haron Jin boleh jaja cerita mimpi jumpa Nabi sbg kempen utk menang PRU14 nnt. Tak perlu ulas isu2 semasa, kezaliman UmnoBN etc. Mrk tahu org2 Melayu mmg jenis sentimental mudah dipengaruhi emosi dan cerita2 mengarut.

Tanpa Nama berkata...

hahaha..Dewan Ulamak Pas terutama Hj Hadi dan Haron Jin boleh jaja cerita mimpi jumpa Nabi sbg kempen utk menang PRU14 nnt. Tak perlu ulas isu2 semasa, kezaliman UmnoBN etc. Mrk tahu org2 Melayu mmg jenis sentimental mudah dipengaruhi emosi dan cerita2 mengarut.

Tanpa Nama berkata...

Aku tak tau nak cakap apa dah...ustaz 2 ni kuat khayal..pemikiran mereka dah tidak betul nampak nya. Alignment dah lari...

Sam Sung berkata...

Kahkahkah..tuan gb,sy mimpi jpe tghh..blh x sy citer ngn org ramai..lps tu sy mimpi sahabat tghh,mokhtar senik brpuluh2 kali..tiap2 kali tu dia sentuh pipi saya..tp saya rasa semacam je,GELI..KAHKAHKAH

Tanpa Nama berkata...

Gua pulak mimpi ler jugak..dah bnyk kali kena mandi tuu

Tapi gua mimpi jumpa dan tido dgn Preety Zenta...sblum tu dah mimpi dah dgn Kajol dan Rene Mukherje...huhuhu

Kali nih harap2 dpt ler pulak mimpi tido dgn pelakon2 Korea yg jambu2 tu ler pulak...hehehe,,barulah betoi2 nampak "RIAK"kan??

Mimpi2 mcm gua tuh salah ker....manalah tau mimpi camtu kena hudud!?

Harap2 ularMak-snake jgn ler jealous wokeh..sbb itu dah REZEKI gua,,hahaha

Tanpa Nama berkata...

Itu dulu, sekarang tak lagi.

Sekarang Berfantasia Bulan Madu di Bulan Biru.

Tanpa Nama berkata...

Padan muka moktar senik kena belasah dlm fb smpi buang posting tu.dlm muktamar blhla melalak.dlm realiti msykt babai la pas...kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Message Mokhtar Senik ia lah orang yang di mulia macam dia tidak akan berbohong dan berdengki khianat pada orang !!

Nak tambah apa yang telah di cakap oleh TGNA selain perubahan pada jiwa dan peribadi kita. kita juga tak cerita pada oang kerana setiap kali kita bercerita kita akan mengalirkan air mata.

Mana kah baiknya diri kita sehingga dapat bertemu dengan Rasullullah saw yang jauh mulia akhlaknya dari kita ??

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa yang nak mimpi berjumpa Mokhtar Senik dan Hj Hadi ikut petua ini.

Sebelum tidur cai kan nama Mokhtar Senik dan Hj Hadi. Buat lebih dari 3 cai tapi tak lebih dari 7 cai. Genggan kan dalam tangan dan cium 3 kali. Letak cai-cai tersebut bawah batal .

Selamat Mencuba !

Tanpa Nama berkata...

Gua pun mimpi jugak..tapi mimpi jumpa Kak ros...pehh sampai terlajak tak sempat sahur. Ustaz Mokhtar jangan jeles..rezeki gua beb.

Ridd berkata...

Bekas Al Maunah sama berada di saf tertinggi PAS. Ada yang tak kena. Bagaimana mereka yang ada rekod hitam boleh duduk di saf tertinggi PAS. Jgn Racun di gunakkan kembali yg menjadi Mangsa Rakyat dan Negara.
Kalau kumpulan Al Maunah boleh mengancam Negara. Dan org ini di selamat oleh PAS dan org mempunyai ideologi yg pernah memerangi Raja dan Rakyat amat bahaya pada Pada semua Rakyat di negara ini.

lagu tu laa berkata...

yang aku seronok duk baca penglipurlara tu mokhtar snik tu masa dia duk kat kem selama 3thn tu,rupa2nya bukan dia sorang ja yang beberapa kali mimpi jumpa nabi swa dan berpoloh kali mimpi jompa saidina umar alkttab ra siap pegang pipi dan tangan lagi,malah 1 kem tu pakat mimpi walaupun duduk dan tidoq berlainan sel,pasai dia tulis perkataan 'KAMI' ni mesti geng wala'caya 110%.donia donia. ulama2 pas kan semuanya 'maksum'.pewaris nabi katakan! suruh dia rujuk balik ngan dr maza tentang mimpi tu! sadis.sadis!

Malaysiabaru berkata...

Inilah ajaran sesat yg akn menyesatkan Malaysia dan menyebabkan pembakangkang kalah....

Maki hamun tolol jebon broker chsuvinis baruah akn jadi punca dap pkr kalah teruk pru14....

Masih tk nak buka party baru? Masih nk dengar hujah malaysiakini fathis omar @ fetish konar?

Apco Yahudi akn muncul bila kita nk buat benda baik mcm tubuhkan party islam yg benar benar ikut syarak

Tanpa Nama berkata...

Eeee... Kena samak

Tanpa Nama berkata...

Buat masa ni saya sudah malas nak ambil tahu pasal PAS.ulama yg ada seboleh nak menunjuk seolah makam nya lebih tinggi bagi mendapatkan sokongan baik dari harun din hingga ulama bawahan nya.saya merindui kepimpinan almarhum tok guru nik aziz nik mat.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Moktar mungkin menceritan perkara yg sebenar, ttp oleh kerana sikap sesetengah kita yg telah membencinya kerana sesuatu yg tidak selari dgn pendapat kita maka lantas kita menolak dan menghinanya.
Ketqwaan dan amalan solehnya mungkin mungkin telah memungkinkannya bertemu sahat dan Rasullullah.
Mungkin ada dikalangan ahli G18 sendiri pun yg telah mengalami pengalaman sedemikian juga ttp tidak menceritakannya, ataupn. Ataupn masih belum layak kerana amalan kerohanian masih belum mencukupi.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana beliau tahu itu Nabi Muhammad s.a.w. atau Saidina Umar r.a. Kalau sahabat bermimpi itu memang benar sebab sahabat pernah berjumpa dan kenal rupa paras.

Walaupun syaitan tidak boleh menyerupia Nabi, tapi syaitan boleh menipu manusia dengan samaran. Kalau syaitan itu suruh penggal kepala anak macam mana nak ikut? Kalau syaitan itu beri "hadith" baru macam mana? Nak ikut? Sedangkan Allah dah bersabda;

 الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا (٣)

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu Jadi agama bagimu.”(Al-Maaidah: 3)

Sekiranya kita bermimpi pun biasanya itu adalah kegembiraan kita sendiri dan selalunya hanya berkongsi dengan keluarga rapat. Memang orang yang menghebohkannya selalu bersifat riak dan mengharapkan penghormatan anak murid, masyarakat; rasa diri istimewa.

Serupalah macam Allahyarham Ustaz Asaari Al Arqam yang bermimpi nabi dan menyatakan beliau bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia....itu yang problem...habis kena gempur. So kalau Mokhtar Senik bermimpi ...baik2 jangan tersilap kata akan gantikan TGHH nanti kena pancung.

Banyak tok tok guru dan habib habib pun menipu orang melayu untuk kepentingan diri. Dengar Mursyidul Am Pas sekarang pun pernah bermimpi

Tanpa Nama berkata...

In respond to

Anonymous said...
Gua pun mimpi jugak..tapi mimpi jumpa Kak ros...pehh sampai terlajak tak sempat sahur. Ustaz Mokhtar jangan jeles..rezeki gua beb.

June 26, 2015 at 12:17 AM

Bro lu punya darjat memang tinggi. Sebenarnya lu bukan mimpi tapi lu mimpi dalam mimpi. Gua sememang jeles betul dengan lu..

Tanpa Nama berkata...

In respond to

Ridd said...
Bekas Al Maunah sama berada di saf tertinggi PAS. Ada yang tak kena.

June 26, 2015 at 1:01 AM


Mission Mokhtar Senik ialah menjadi kan PAS kumpulan Al Musnah !

Malaysiabaru berkata...

Belum layak...?

Mcmnilah cara penjilat kentut ularrrmak berbicara..

Kelayakan seseorang.... Bukan tugas ketua pengarah...

Boleh jadi mokhtar arsenik snakeman. Masuk neraka lebih dahulu dari kami tak layak...

Aallahuawalam

Tanpa Nama berkata...

setau aku bab2 begini termasuk dlm rahsia Allah swt. tidak berlaku tanpa keizinan-Nya. tak boleh diceritakan melainkan pd org2 tertentu takut menjadi fitnah.

guru adalah fitnah kpd murid; murid adalah fitnah kpd guru. makna fitnah disini bukanlah spt fitnah pil kuda. fitnah bermaksud ujian.

cth terbaik ialah kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as. dimana Nabi Khidir as melakukan perkara2 yg berlawanan dgn pendirian Nabi Musa as. walhal Nabi Musa as tidak mengetahui hikmah perbuatan tsb.

ingatlah riak, sombong dan angkuh adalah pakaian Allah swt apabila Dia bersabda Tiada Tuhan Melainkan Aku. sesiapa yg memakainya akan mendpt kemurkaan-Nya diakhirat.

kalau menipu dgn menjual nama Allah swt, tak terfikirlah azab yg akan diterima.

Tanpa Nama berkata...

Nak samak dengan tanah semuanya 7x ke?

Tanpa Nama berkata...

Isim ni..

Tanpa Nama berkata...

Nmpak x apa jd pada pas skrg.hahahaha.org mcmni jd pemimpin...lagi org mcmni mau laksana hudud....haiya..buat malu org islam je...mmg betul langkah G18 tubuh parti baru...parti pas cuma blh ceramah2 kelentong sana sini konon alim,last2 kene bahan masyarakat.mana ahli pas mau letak muka aaaaa...baik semua pakat ramai2 masuk parti baru...biarkan pas terus mimpi jumpa sesapa pun lantak die la.hahahaha..kalau mimpi jumpa ahmad maslan lg die kecoh kot.kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Mana cukup mcm tu...kena tasbih.
Jebon...jebon..jebon..
Barua..barua..barua..
Syiah...syiah..syiah..
Sekular...sekular..sekular..
Tolol..tolol..tolol...
Jilat..jilat..jilat...
Puh kanan puh kiri..
Selak jubah tunjuk lutut..siku..tapak kaki.

Tanpa Nama berkata...

adakah ini modus operandi baru ulama2 pas. mimpi jumpa nabi supaya kelihatan suci murni. bertambah lah sokongan ahli bawahan, tak perlu kerja kuat. lepas ni siapa pula?

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik die xmimpi jumpa malaikat ke putri gunung ledang ke atau pun jumpa pari2 atau juga bidadari syurga...kalau mimpi jumpa bidadari syurga mau die xnk balik kot.hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Kami yakin cerita mimpi nabi ni adalah strategi geng pro-ulama mempengaruhi masyarakat ramai supaya taksub dengan golongan yang kononnya "ulama".

Cerita mimpi nabi ini bukan baru malah kerap kami dengar dari ustaz-ustaz PAS yang datang ke surau kami ada menceritakan kisah mimpi di kalangan pemimpin PAS yang membuat tindakan tertentu adalah kerana beberapa kali bermimpi nabi.

Sekarang makin galak pula nampaknya title Tok Guru dijaja di kalangan pemimpin PAS sampai ustaz yang tidak habis tadah kitab pun dan jadi Tok Guru. Setakat belajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan kemudian ke universiti dan tak pernah menadah kitab kulit ke kulit dan lagi pulak bila mengaji kat luar negeri selalu ponteng kuliah dan lulus peperiksaan kerana "menghafal tapi tak berapa faham" - makbul je, boleh jadi ulama ke???? Taraf cik gu agama ok kot atau jadi pegawai tadbir pejabat agama kot. Tulah gi pejabat ugama nampak ramai yang ponteng kerja, akhlaklah masalahnya.... Ilmu tebuk-tebuk, akhlak jauh sekali. Alahai ulama zaman kini. Bukan ulama namanya tu. Kalau ulama camni diserupakan macam anjing atau keldai jangan marah ye. Syaitan pun suka ikut ulama cam ni.

Tanpa Nama berkata...

Pernah ka ustaz mimpi jumpa ah jib gor dan onah

Tanpa Nama berkata...

Dah berjaya pun PAS AL MUSNAH

Tanpa Nama berkata...

Anon 5:44

Kalau nk fikir positif memang boleh, tp setelah ditimbang2kan memang boleh dipertikai niat snake sebarkan cerita yg sepatutnya jadi 'rahsia' tu.

Syaitan memang tidak boleh 'menyerupai wajah Nabi saw' tapi boleh 'menyamar konon Nabi saw'. sebb kita tak kenal wajah Nabi saw, so mcmana nk sahkan wajah dlm mimpi itu wajah Baginda saw.

Kemudian snake mimpi jumpa Umar rdh. Tidak dijamin yg 'Umar' itu bukan syaitan. Hanya Nabi saw yg tidak dapat ditiru wajahnya.

Senang je snake usap2 pipi Umar rdh yg garang tu. silap hari bulan pedang Umar rdh singgah kat leher snake.

Kenapa Umar? kenapa tk mimpi Abu Bakar?

hihhihiihih (gelak dulu)

Abu Bakar rezab utk presiden kot.

So snake ambik Umar je kira org kanan kuat juga lah.

Dan snake suka Umar sebb boleh buat perangai brutal label hentam org G18. Alasannya terbawa2 sifat Umar yg dimimpikan tu.


Udahlah snake..... otak u dlm poket kita org. Nk confirm tu tidaklah tapi sekilas snake di air sudah tau membohong ke benar



wan amero berkata...

Bodoh betul beruk mat yeh sekor ni mung ingat tar snake tu ulamak ke?Bodoh barua tolol mung khayal pil kuda ke?Ajaran sesat makin berkembang sekarang.Harap JAKIM buat pemantauan.

Tanpa Nama berkata...

Anon 5:44

Mungkin ada dikalangan ahli G18 sendiri pun yg telah mengalami pengalaman sedemikian juga ttp tidak menceritakannya, ataupn. Ataupn masih belum layak kerana amalan kerohanian masih belum mencukupi.

Part yang paling best "Ataupn masih belum layak kerana amalan kerohanian masih belum mencukupi"... Wow.. wow.... rupanya ramai lagi ulama dalam pas yang amalan kerohanian belum mencukupi kalau ikut standard Tar Snake... kehh... kehh.... lawak apakah ini....

Tanpa Nama berkata...

kalau tahanan AlMaunah ramai yg mimpi Nabi saw, bermakna mereka tk bersalah dan telah dizalimi kerajaan umno la masa tu?

itu kalau diambil kira mimpi itu betul la.

so adakah moktar senik nk bagitau yg kerajaan umno telah menzalimi tahanan Al Maunah?

jika benar, bermakna umno bn telah melakukan kezaliman pembunuhan fitnah kali ke2 selepas Memali.

dan umno wajib dikalahkan.

tp sekarang presiden dh mula nk kawan dgn umno.. mcmana ni?

Tanpa Nama berkata...

snake,

kalau u benar, rakyat yg tidak percaya pada mimpi u masih tidak bersalah kerana mimpi tidak boleh dijadikan hujah dan bukti. mereka berhak pertikai.

rakyat yg tidak percaya telah bertindak bijak dan sewajarnya.

TAPI JIKA KAU MENIPU DGN MENGGUNAKAN NABI SAW DAN SAIDINA UMAR RDH UTK KEPENTINGAN NAFSU KAU....

...KAU TUNGGULAH BALASAN DPD KEKASIH BAGINDA SAW.. IAITU ALLAH SWT.

Tanpa Nama berkata...

Sah telan pil kuda..kalau urine confem kantoi...

Tanpa Nama berkata...

Pengutuk2 di atas ni...mcm x percayakn perkara2 ghaib. Beristighfarlah. Semuga kalian dibukakan mata hati untuk melihat cahaya kebenaran

Tanpa Nama berkata...

Mokhtar Senik diserang nyamuk dalam penjara. Masakan boleh ia bermimpi berjumpa sahabat rapat nabi. Munkin ia bermimpi dikejar hantu lalu diselamatkan Firaun!

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah kenal ustaz tersebut. Sangat baik dan berilmu orang. Tak sesuai beliau dilabelkan dengan panggilan panggilan yang tidak sopan. Harap kita semua memaafkan beliau sekiranya beliau tersilap atau terkhilaf. Semua manusia dijadikan lemah dan tidak sempurna. Adakah cacian akan mengubah suasana?

Tanpa Nama berkata...

Spesis ularmak muda macam inilah pujaan Hj Hadi yang bini dah tua baham bini muda umor 20 tahun. Jangan malu Mokhtar Senik weh! ngaku jer mimpi ratus kali didatangi bidadari ratu Thailand tu. Dapat jugak beri sebaldi rangsangan bagi presiden PAS macamana nak dapat mimpi basah dionanikan cakar rimau.

Tanpa Nama berkata...

Pernah kah kita mendengar antara ulamak ug mengaku kesilapan mereka?

Semua manusia lemah dan tidak sempurna tetapi yang berulang-ulang dan berpuluh-puluh kali buat silap atau terkhilaf adalahmanusia yang tolol bukan nya manusia yang lemah dan tidak sempurna.

Dari riak menceritakan bermimpi berpuluh-puluh kali tu lebih baik dengan rendah diri mohon maaf.

Abdul Said berkata...

Aku tak percaya mamat ni mimpi jumpa Saidina Umar Alkhatab r.a. Kalau betul la dia jumpa dah lama muka dia herot kena tampar dengan Saidina Umar. Mesti Saidina Umar marah sebab mamat ni bingai sangat!!!!