30 Jun 2015

InsyaAllah Parti Baharu Bakal Cipta Gelombang Besar...

Parti baharu bukan kumpulan terbuang Oleh A Shukur Harun

Selepas dikalahkan dengan cara paling hina di muktamar PAS baru-baru ini, golongan progresif dan sederhana dalam parti itu merancang menubuhkan sebuah parti baharu lepas Hari Raya Aidilfitri sebagai memenuhi harapan baharu rakyat Malaysia.

Penubuhan parti ini juga untuk meneruskan legasi perjuangan Allahyaram Datuk Fadzil Mohd Noor dan Allahyarham Datuk Seri Nik Abd Aiz Nik Mat yang sangat terbuka dan demokratik.

Kumpulan ini mulanya bernama Kumpulan 18 (G18) kini dinamakan “Kumpulan Harapan Baharu” kerana jumlahnya bertambah.

Ia memang berhak mendakwa sebagai pewaris perjuangan kedua-dua tokoh yang amat disayangi majoriti rakyat Malaysia itu.

Ini kerana, golongan progresif ini sangat serasi dengan metodologi perjuangan dua tokoh tersebut iaitu menjadikan PAS parti yang inklusif, tidak jumud dan ekstrem, menyebabkan PAS diterima pelbagai kaum dan agama, meskipun ia tetap memperjuangkan Islam.

Atas inisiatif mereka dan disokong oleh pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat sivil, mereka merancang menubuhkan parti baharu, di mana buat sementara ini dipanggil G18 – mengambil sempena 18 tokoh yang dikalahkan itu. Nama rasmi parti baharu itu akan diumumkan sempena pelancarannya beberapa minggu lagi.

Kini perancang parti baharu ini sedang giat mengadakan perbincangan demi perancangan ke arah penubuhannya yang dilihat sangat dinanti-nantikan oleh majoriti rakyat.

Namun pada awal-awal lagi sesetengah pemimpin PAS yang ada sekarang begitu segera memperkecilkan penubuhan parti baharu itu. Ada yang mengatakan, kononnya parti serpihan PAS itu tidak akan panjang umur dengan mengambil contoh parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dulu.

Ada juga pemimpin PAS memperkecilkan tokoh progresif itu sebagai daun yang gugur selepas pohonnya digegarkan ribut. Golongan profesional ini dianggap daun gugur yang langsung tidak ada nilai, sedangkan pohonnya, kononnya, tetap teguh.

Ada yang juga yang berkata tindakan menubuhkan parti baharu itu hanya akan menguntungkan musuh, Lebih jauh, ada pula ustaz muda tokoh segera PAS yang dengan segera hendak mengajar kumpulan sederhana ini supaya melihat sejarah gemilang PAS selama ini.

Saya kira pandangan negatif pimpinan PAS terhadap parti baharu ini perlu dijawab untuk memberitahu tahap tidak matangnya mereka dalam politik.

Pertama, parti baharu ini tidak akan menjadi Hamim dan Berjasa, kerana situasinya berbeza, keadaan mencetuskan parti baharu ini berbeza, sambutan rakyat juga berbeza dan persepsi umumnya berbeza di zaman penubuhan Berjasa dan Hamim dengan keadaan yang ada sekarang.

Daripada kajian awal yang diperoleh – terutamanya di bandar dan semi bandar – rakyat pelbagai golongan sedang menantikan penubuhan parti baharu ini.

Hamim dan Berjasa adalah proUmno, sementara parti baharu ini menentang Umno/BN.

Hamim dan Berjasa hanya mendominasi kawasan Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu, sedikit di pantai barat Semenanjung, sementara parti baharu bersifat nasional, seluruh Malaysia.

Parti baharu ini diyakini akan disertai pelbagai golongan rakyat yang sedar – terutama masyarakat sivil dan generasi baharu – yang dilihat sedang menantikan penubuhan parti baharu ini, Ini gelombang besar yang akan mengejutkan pemimpin PAS sendiri nanti.

Dengan kehadiran media baharu, perkembangan politik baharu ini mudah tersebar luas. Dari itu, menyamakan parti baharu dengan Hamim dan Berjasa tidak munsabah, malah ketinggalan zaman.

Kelemahan pemimpin PAS sekarang ialah mereka tidak memahami perkembangan politik terkini, kerana tenggelam dengan emosi dan prejudis, hanya berbangga dengan lutut dan siku bukan fakta dan ilmu.

Kedua, golongan progresif ini bukan daun yang gugur dan terbuang akibat ribut. Golongan ini masih gemilang dan terbilang. Mereka tetap berharga di kaca mata masyarakat yang sedar, bukan golongan yang jumud dan ekstrem.

Malah, tidak mustahil pula ribut besar yang melanda PAS boleh menumbangkan batang tubuh PAS itu sendiri kerana masyarakat melihat PAS kini sedang melakukan “reverse gear” yang amat menghairankan. Akhirnya ia kembali menjadi parti politik Pantai Timur.

Ketiga, Penubuhan parti baharu ini tidak menguntungkan musuh, malah menggerunkan mereka. Ini kerana ia sebuah harapan baharu dan kekuatan baharu yang didukung oleh majoriti rakyat.

Berbanding dengan krisis yang dialami PAS memang jelas menguntungkan musuh dipandang dari sudut apa pun kerana ia memecahkan Pakatan Rakyat.

Keempat, adapun ustaz muda yang menjadi tokoh segera PAS yang segera hendak mengajar kumpulan sederhana ini supaya melihat sejarah gemilang PAS selama ini perlulah mereka mencerminkan diri sendiri lebih dulu.

Pada ketika mereka masih belajar di Timur Tengah, tokoh veteran G18 ini sudah pun berjuang dalam PAS dengan keringat dan air mata mereka. Merekalah yang mengukir sejarah kegemilangan PAS selama ini menerusi kepimpinan Fadzil dan Nik Aziz.

Tokoh inilah yang berjuang di dalam PAS hasil inspirasi pendedahan perjuangan Ikhwanul-Muslimin, Jamaat e-Islami Pakistan, Jamaah An-Nur, Turki, pembacaan buku dan pertemuan dengan tokoh gerakan Islam rantau ini dan antarabangsa.

Oleh itu jangan ada sesiapa dengan penuh angkuh cuba menafikan keunggulan tokoh PAS ini.

Di sini mari kita renung dengan pemikiran jernih penubuhan parti baharu ini sebagai harapan baharu masa depan rakyat Malaysia di mana ia akan menyertai gabungan parti pembangkang yang ada sekarang.

Saya tetarik dengan pemikiran terbuka, pemimpin parti baharu ini, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi “rahmat yang tersembunyi” apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.

Beliau yang menjadi setiausaha jawatankuasa bertindak G18 itu berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.

Parti baharu ini akan menggabungkan semua masyarakat sivil di negara ini terutama badan NGO Islam bagi membentuk satu wadah baharu politik Malaysia berteraskan Islam yang lebih progresif berbanding parti lama mereka.

Beliau yakin wadah ini akan lebih diterima masyarakat Malaysia kerana sifatnya yang inklusif dalam sebuah negara berbilang agama dan bangsa ini.

Selain akan bergabung dengan PKR dan DAP, wadah baharu itu akan menghimpun semua NGO Islam di Malaysia yang mempunyai cita-cita sama.

ULASAN GB

Syabas dan terima kasih Pak Syukur lantaran ulasan yang baik di atas.

Pemimpin PAS kini masih diuliti mimpi. Mereka memandang bahawa hanya "ulama seperti mereka" berhak memimpin parti, mereka melupakan peranan dan jasa para profesional yang selama ini telah mengangkat darjat dan mertabat PAS di aras yang ada kini. Golongan profesional inilah sebenarnya ulama (golongan berilmu) yang dimaksudkan oleh AlQuran dan Hadis Nabi iaitu sebagai "warisatul-anbiya", dan yang dikatakan sebagai golongan yang gementar hatinya bila disebut nama Allah, bukan ulamak celupan yang sebenarnya hanyalah berstatus "guru mengajar bab ugama" yang tergila-gilakan dunia sehingga sanggup merebut jawatan dengan cara paling kotor dan hina. Paling tinggi pun ulama othodox dalam PAS hanyalah ulamak feqah yang kasar budinya sehingga boleh mengkafirkan orang lain, memaki hamun dan membinatangkan mereka yang tak mereka senangi. (Hal ini akan GB huraikan di dalam tulisan lain... SIAPA SEBENAR ULAMA?)

Ramai ulama othodox, khususnya ulama dalam PAS begitu syok sendiri dengan kemenangan mereka tempohari. TITM misalnya terus dengan agenda mengampu Tuan Presiden siap dengan hujah menyatakan kata-kata Haji Hadi tak boleh dibantah, Haji Hadi tak tertakluk kepada Majlis Syura dan sebagainya. Mentaliti ampu ini adalah mentaliti UMNO sebenarnya sebab seorang Islam sentiasa mengikut apa yang pernah ditunjukkan oleh khalifah-khalifah Abu Bakar dan Umar, "ikut aku selama mana aku ikut Islam dan tegur aku jika aku menyeleweng."

Idris Ahmad, Naib Presiden pula merasa dirinya super-hebat kerana dapat menjadi Naib presiden dengan undi tertinggi. Terlupa dia bahawa kerusi parlimen Bukit Gantang yang dimenanginya itu sebenarnya "warisan" DS Nizar. Rakyat Bkt Gantang mengundi PAS pada PRU13 kerana mereka terkenangkan jasa DS Nizar di perak, kalau kerana Idris Ahmad, dah lama dilingkupkan. Kita tengok nanti pilihanraya akan datang apa akan jadi kepada nasib Naib Presiden PAS yang sudah takbur dan bongkak itu.

Begitulah juga nasib ahli-ahli parlimen dan ADUN-ADUN PAS yang ada kini. Mereka terlupa yang mereka itu menang kerana adanya sokongan kaum bukan melayu, dan selepas ini jangan haraplah mereka akan mengundi PAS lagi.

Kehadiran parti baharu benar-benar meresahkan ulama othodox dalam PAS. Sekarang baru mereka tahu hasil perbuatan kotor dan keji mereka menyingkirkan golongan profesyenal.

Dari laporan yang GB terima, insyaAllah ahli-ahli PAS seluruh negara akan memberikan sambutan yang besar terhadap kemunculan parti Islam alternatif ini. Kita tidak boleh membetulkan PAS dari dalam lagi. Ia dikontrol oleh kumpulan ulama jumud yang ingin membawa PAS 50 tahun ke belakang, ingin membawa PAS kembali ke surau dan gua walaupun Allah telah membawa dan menghantar PAS ke Parlimen dan DUN. Buktinya Presiden PAS sendiri tidak mengendahkan dan tidak mensyukuri kedudukannya sebagai ahli parlimen, mengkhianati amanah dengan ponteng setiap kali parlimen bersidang.

Kemunculan parti baru bakal menghantar sebilangan besar ulama-ulama PAS ke hospital dan IJN. Terkena penyakit lemah jantung. Itulah hukum kebenaran dan keadilan.

Dan insyaAllah, hanya dengan parti baharu dengan rakan-rakan di dalam PAKATAN 2.0 inilah nanti yang akan merealisasikan impian rakyat dengan tertubuhnya kerajaan baru di Putrajaya!

34 ulasan:

bakat berkata...

Tuan GB
saya sbg rakyat marhean yg tidak menyokong secara taksub pada mana2 parti dan membaca serta mandapatkan maklumat dari segala sumber. Dengan maklumat2 yg dikumpul saya dgn sendirinya akan membuat keputusan utk menyokong atau menolak parti2 atau individu2. Pada pendapat saya kerajaan memerintah kini adalah amt teruk dan sgt tidak amanah. Namun yg demikian pada pemerhatian sayaa juga parti penentang juga tidak betul2 menonjolkan diri sbg parti yg mendahulukan kebajikan rakyat dan menjadikan rakyat sebagai keutamaan. Masing2 gagal. PKR DAP apatah lagi PAS. Adakah G18 atau PASMA juga sedemikian?

Faizal berkata...

Tuan Gb, diharap tuan akan update cara2 untuk daftar parti baru nanti. dan kepada saudara omar, diharap dapat membuat satu modul/guideline di sini (atau buat 1 laman sesawang baru utk tujuan kempen) utk kita sama-sama gunakan bagi tujuan kempen parti baru ini nanti. ini kali pertama saya rasa bersemangat utk bekerja bagi menaikkan parti. kerana tahu dan kenal akan sosok2 tubuh yang mengasaskan parti ini adalah pejuang rakyat.

Asrul Sani berkata...

Saya rasa perbezaan yang paling ketara di antara pucuk pimpinan parti baru dengan pemimpin PAS sekarang adalah.....jeng jeng jeng....pemimpin parti baru terdiri dari tokoh-tokoh yang cerdik, matang, berpengalam luas dalam politik dan berjuang lebih lama dalam parti, berdiplomasi, berfikiran rasional serta iklas memperjuangkan nasib rakyat.

Sementara pucuk pimpinan dan AJK PAS sekarang KURENG dalam setiap aspek, kecuali kelebihan mereka adalah dari segi jeng..jeng ...jeng.... size serban lebih besar, janggut lebih panjang, nafsu lebih bergelora serta percakapan lebih sombong dan bongkak...itu saja....

Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Kegiatan ustaz muda PAS di Mesir menjadi punca kecelaruan PAS. Tindakan ustaz mesir ini telah berlaku dalam tahuan 80-an. Mereka menentang IRC. Dan kini mula menyerang IKRAM. Bergabung nanti kita semua. Dedahkan kejahatan ustaz PAS mesir.

abuamir berkata...

InsyaAllah, kita sama2 menyokong parti Islam terbuka kpd semua rakyat tetapi tetap berteraskan Islam. Kepada pas usahlah kita jadikan musuh biarkan kpd mereka yg taksub seperti luncai terjun dgn labu2nya. Kita jgn tambahkan musuh selain umno/bn dgn tujuan utk tumbangkan mereka pd PRU 14 nanti. Apa yg penting kita memperjuangkan nasib rakyat & menegakkan keadilan.

Semoga Allah rahmati usaha2 kita.

Ardena berkata...

Kepada PAS ... suka atau tidak, Parti Baru ini akan muncul selepas Raya nanti. PAS ada 2 pilihan. Menentangnya atau berkawan dengannya. Kalau masih nak berEGO maka tentangnyalah. Kalau nak BIJAK PERPOLITIK, kena letak ego sebelah (terutama The Presideng) dan anggap sebagai kawan untuk sama-sama menentiang kezalinan BN-UMNO. Tiada middle-way. Pilih salah satu.

Kepada G18 ... kurangkan highlight kelemahan PAS, tetapi lebihkan highlight apa kelebihan G18. Juga elak cari musuh terutama PAS.

Cantik sangat kalau PAS dan G18 ada MOU dalam PRU14 nanti agar mudah menundudukkan BN-UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Sokong parti baru.jgn takut dgn haji hadi nk gelar anjing ke babi ke jebon ke anwarinas ke biarkan mrk yg menyalak sepuas2nya...lawan Tetap lawan.yg benar pasti menang.Allahuakbar

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin ulamak, sejak ura-ura parti baharu akan tubuhkan lagi , mereka hanya pertahankan diri mereka dengan mengatakan PAS masih bersama PR.

Mereka tidak ada kekuatan sendiri untuk meyakinkan ahli yang mereka boleh memimpin. Mereka tidak ada sejarah yang boleh di banggakan dalam perjuangan bersama PAS seperti pemimpin G18.



Tanpa Nama berkata...

Cantik sangat kalau PAS dan G18 ada MOU dalam PRU14 nanti agar mudah menundudukkan BN-UMNO.


Jangan masuk dalam lubang yang sama !

Tanpa Nama berkata...

Biarkan anjing, serigala, barua, broker dan tolol menyalak; kabilah akan tetap sampai ke destinasinya - parti baru tetap ditubuhkan.

Tanpa Nama berkata...

kita baling anjing anjing tu dengan batu dan bara api kah kah kah

Omar Daud berkata...

Salam Semua:

Tuan Faizal, insyallah module, strategy,technic,tektik menghadapi benteng terakhir memang dalam proses, Cuma ianya mengambil masa sedikit , kami sedang menunggu parti baru,logo/bendera/perlembagaan parti,organisasi parti , tak mahu buat terburu-buru , disebabkan parti baru ramai NGO2 TERLIBAT, ianya terpaksa dilakukan barhati-hati,sudah muktamad nanti insyallah kami akan siapkan,kalau boleh win-win situation.


HARAPAN & IMPIAN BARU:RAKYAT MALAYSIA
Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Salam,

PERHATIAN ! Jangan ada sesekali MOU parti baru dengan PAS. Pas dah tercemar dengan agen Umno dan assabiyah! Nanti agen UMNO/assabiyah menyusup masuk dalam parti baru kita dan menjahanamkannya pulak.

My Kakak berkata...

Saudara Omar, pak shukur ,GB dan lain-lain penyokong PR2.0 . Alhamdulillah penggerak dan pembangkit semangat seperti tuan2 yg kami perlukan. Membuka matahati.penguat semangat. Teruskan tugas mulia tuan2. Kita tidak mahu balasan. Demi cintakan tanah air ini PR 2.0 mesti disempurnakan. Kita akan tinggalkan bumi Malaysia ini kpd anak cucu kita. Kita akan tinggalkan Malaysia yg kita impikan. Dari dalam kuburan kita bakal tersenyum. Semoga ada 1000 lg pak shukur dan saudara Omar diluar sana.

Tanpa Nama berkata...

kini
pip (parti islam progesif) for all
pas (parti islam semalaysia) for one
ertinya pas akan bungkus pada pru14
tak percaya? tunggu...
sebab
umno pun tak barua dan anjingkan ahlinya
g18 tubuh segera pip, jangan u-turn
kalau jadi macam berjasa, bungkus, tak apa
pip nothing to lose
pip harapan rakyat malaysia yang dizalimi
bersatulah pkr, dap dan pip kuatkan pakatan rakyat
jangan kecewakan harapan rakyat malaysia
tindakan dengan niat baik, biasanya direstui tuhan

Tanpa Nama berkata...

parti baru hendaklah membantu PKR dan DAp menyelamatkan selangor dpd umno+PAS+khalid sebagai matlamat pertama.

tumpukan kat selangor dulu.

di samping negeri lain seluruh negara terutama pantai barat.

ramai calon2 berkaliber dlm parti baru boleh bertanding di selangor selepas mereka bakar sijil keahlian PAS utk menyertai parti baru.

tidak perlu lagi terikat dlm PAS yg mana halatuju mereka akan ditentukan oleh presideng dan UG.

sudah tentu PAS UG tidak akan izinkan mereka bertanding di tempat yg potensi di selangor. ini bagi menjatuhkan selangor kpd umno dan dengan mudah mereka akan menuduh rakyat sudah tolak pemimpin progresif dr PAS tersebut.

ingat.... tok guru sahibul samahah bagi PAS adalah umno. apa saja tektik umno yg pernah kita ketahui, maka anak muridnya iaitu PAS akan praktik kan.

kejayaan mengekalkan selangor dpd jatuh ke tgn umno pas dn khalid akan menyebabkan pas dan khalid akan dibuang selepas madu mereka dihisap umno.

Tanpa Nama berkata...

Aku kurang bersetuju dgn kenyataan GB ini 'Kita tidak boleh membetulkan PAS dari dalam lagi. Ia dikontrol oleh kumpulan ulama jumud yang ingin membawa PAS 50 tahun ke belakang, ingin membawa PAS kembali ke surau dan gua walaupun Allah telah membawa dan menghantar PAS ke Parlimen dan DUN'. Sebabnya PAS pada 50 tahun dahulu tidak langsung mengamalkan politik kotor yg dipenuhi dgn fitnah, melabelkan rakan seperjuangan dgn gelaran yg jelik, tiada sifat kebertanggungjawaban, memperlekehkan pimpinan secara mengeluarkan bantahan boo, angkuh dan perlu ditaati membabi buta. Adakah perlakuan itu boleh dikatakan untuk membawa PAS kembali ke surau? Mana mungkin!!! Pimpinan proulama PAS ketika ini, sebenarnya sedang bertindak untuk menguburkan PAS! Itu sahaja....

Tanpa Nama berkata...

Ya allah janganlah kau jadikan parti baru ini macam parti lebai malang serban bercabang macam setan bertanduk. Aku benci benci benci.

Tanpa Nama berkata...

Parti Politik Baru ini tidak boleh EMOSI dan Gila Gila BER HARAP saja macam PAS dan AL TOLOL

Boleh tarik banyak bebudak Melayu dari Ukiversiti kerana bebudak ini ada Otak Sikit.

UMNO akan tergugat jugak nanti.

Tanpa Nama berkata...

Syukur Harun ni orang kuat Ir Izham PAS Kelana
Jaya. PAS Kelana Jaya yang diketuai oleh Ir Izham memang penentang kuat Ust Hadi dan geng ust. Tapi tidak semua ahli-ahli pro sangat dengan Izham ni. Walaupun mereka menang mencadang U Ahmad Awang dan Mat Sabu sebagai calun tapi vote diperolehi cukup-cukup makan je.
Semasa pemilihan dulu keluar dah senarai cai siapa yang perlu dipilih. Jadi cakap mereka menuduh gang ust keluar senarai cai mereka pun buat sama.

Tapi tak pulak ramai kedengaran ahli2 PAS Kelana Jaya syok sangat dengan parti baru walaupun mereka membenci ust hadi dan geng ulama.

Kesimpulannya cepat2 lah tubuh parti baru. Tak payah tunggu lepas raya, Sepatutnya apabila dah bercakap tentang parti baru cepat3 declare keluar PAS. Macam tak serius je atau pun tak yakin. Nanti nampak macam apa yang di gelar pada Ust Hadi sebagai jaguh u-turn, takut balik kena hidung sendiri. Jangan ragu-ragu. Teruskan. Tak mau la kejap parti baru atau kejap ngo.

Apabila dah ada parti baru buat pula usrah baru. Tak payah cari ust buat naqib. Siapa-siapa pun boleh jadi naqib hatta dari DAP.Atau pun ust yang tidak berpolitik jadi naqib macam yang sekarang-karang ni.

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat berharap anggota G18 tidak terlalu menyerang parti PAS. Fokus kepada penubuhan & visi G18, dedahkan penyelewangan kerajaan BN dan seterusnya tonjolkan G18 adalah upgrade drpd perjuangan PAS sebelum ini. Sekiranya kita mahu sokongan drpd rakyat, G18 harus lebih budiman, mendahulukan kebajikan rakyat dan lebih terbuka. Rakyat sedang memerhatikan kita.

My Kakak berkata...

Hati2 dan wasapada , UMNO sudah tercium bahaya PR 2.0 semoga pengalaman dan kematangan perjuangan G18 dan rakan2 selama ini mampu menghadapi cybertrooper berbayar UMNO dan pakar perang sarsf bergaji BN. Jgn sudah terantuk baru tengadah. Sediakan payung sebelum hujan. This is war

Tanpa Nama berkata...



Kpd Mat Sabu

Kpd Dr Dzul

Kpd Dr Hatta

Kpd Khalid Samad

Kpd Nizar Jamaluddin

Kpd Dr Mariah

Kpd Suhaizan Kayat dll


TUBUH

TUBUHkan

TUBUHkan lah parti tu "SECEPAT-yg-MUNGKIN" jgn lg tunggu slps Raya!?

Jgn sikit pon ada SYNDROM lembab-bodoh-TOLOL-biol-bangang sprt ularrMak2 DUPP @ MSU tuu!??

Jd kan sebuah parti yg "mudah-PANTAS-SIMPLE-TERANG-harmoni" kpd smua umat

Jd kan deen/SYSTEM yg bnar7..:


--HEBAT

--SMART

--CEPAT

--PANTAS

--MUDAH

--LAPANG

--TERANG

DO it NOW..manual n on-line on-LINE ON-LINE!!!


Nota:

ISLAM = TERTINGGI/trSMART skali...."wa antumul AK'LAUN.."

ISLAM = TERPANTAS skali...."sabaqtum SABQAN baiida.."

ISLAM = Pusat-CENTRE/NUKLIUS-sifu rujukan....."ummatan WASATA"

Tanpa Nama berkata...



Kpd Mat Sabu

Kpd Dr Dzul

Kpd Dr Hatta

Kpd Khalid Samad

Kpd Nizar Jamaluddin

Kpd Dr Mariah

Kpd Suhaizan Kayat dll


TUBUH

TUBUHkan

TUBUHkan lah parti tu "SECEPAT-yg-MUNGKIN" jgn lg tunggu slps Raya!?

Jgn sikit pon ada SYNDROM lembab-bodoh-TOLOL-biol-bangang sprt ularrMak2 DUPP @ MSU tuu!??

Jd kan sebuah parti yg "mudah-PANTAS-SIMPLE-TERANG-harmoni" kpd smua umat

Jd kan deen/SYSTEM yg bnar7..:


--HEBAT

--SMART

--CEPAT

--PANTAS

--MUDAH

--LAPANG

--TERANG

DO it NOW..manual n on-line on-LINE ON-LINE!!!


Nota:

ISLAM = TERTINGGI/trSMART skali...."wa antumul AK'LAUN.."

ISLAM = TERPANTAS skali...."sabaqtum SABQAN baiida.."

ISLAM = Pusat-CENTRE/NUKLIUS-sifu rujukan....."ummatan WASATA"

Tanpa Nama berkata...

Parti akan kuat kerana
1.Dipimpin pemimpin berpengalaman
2.Didokong sokong oleh PKR dan DAP
3. PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg penuh dgn akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain. Saya menyeru ahli PAS lepas lah jawatan anda dlm sebarang post dengan DAP di Pulau Pinang dan Selangor sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur demi memenuhi kehendak dewan ulama/muktamar.

Duvid ka maruah ka

Tanpa Nama berkata...

Hidup G-18.... Tak sabar rasanya nak menunggu lepas raya... Pengumuman rasmi Penubuhan Parti Islam Progresif ni.... Kami sokong penuh usaha murni ini... Lepas tu, jom kita pi lawan Umno/bn habis2an sampai umno/bn tumbang & masuk kuboq, walaupun PAS-ulamak dah anggap Umno/Bn tak sejahat firaun lagi... malah mrk sokong najib utk terus jadi PM... pada mrk umno/bn dah jadi mahabaik! Insya'Allah Pakatan baru akan lebih kukuh tanpa si pengacau, gunting dlm lipatan aka talam2mmuka, PAS-ulamak!! Emmmmmm layak ke mrk2 ni diberi title ulamak? Mungkin mrk ini ulamak yg tersesat jln kot... atau ulamak yg terlampau dot, dot, dot....Oya! Ulamak siku-lutut... kalau dah marah sgt serban pun boleh di buat senjata utk melibas muka "jebon2"... hahaha... alahai hadi... Orang sibuk memperjuangan nasib rakyat di tindas Umno/Bn dgn GST bagai, geng2 dia sibuk perihal siku-lutut dlm jubah wakakaka... memang terkebelakang lah PAS-ulamak jwbnya lepas ni.... P/s : Dgn orang lain boleh siku-lutut-tomoi bagai... dgn aku, akan aku balas 1000 kali ganda dgn siku-lutut-kaki-tangan-kerusi-meja semua naik! serban & jubah korang pun akan aku tarik2 sampai londeh... Ingat apa, orang semua tu batang pisang ke lebai!!

Tanpa Nama berkata...

Percepatkan parti baru saya dan kaum keluarga akan menjadi ahli
pru 14 dapat satu kerajaan baru untuk rakyat bernafas dengan cahaya yang terang
insya ALLAH

Tanpa Nama berkata...

saya serta keluarga akan sertai parti baharu tersebut, insya Allah..Kearah Malaysia Baharu!

Tanpa Nama berkata...

Sangat bersetuju!!!

Tanpa Nama berkata...

Pasikulutoot masih banyak tugasan untuk mengkucar kacirkan pembangkang.Tengoklah pru14 nanti pas akan buat Langkah Damansara dengan watikah khas dari tuang kuasa veto tapi ke jepung.kalaulah dalam pakatan rakyat pasikulutoot buat LANGKAH DAMANSARA yang merugi dan memecah undi apalagi bila siku lutut diluar serban, kan mereka dah cakap tidak mahu tampuk kuasa di putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

Semuanya bermula apabila Hj Hadi tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Presiden. Kemudian menukar keputusan mesyuarat dengan pendapat sendiri. Kemudian berlakunya perbalahan secara lisan antara beliau dengan Anwar dan Lim Guan Eng. Kemuncak, beliau secara terus terang menyerang Wan Azizah dalam isu MB Selangor. Mengatakan Wan Azizah tidak layak dan sebagainya. Kata-kata yang menguris hati.

Namun, tindakan tidak datang dr PKR, tapi dari DAP. DAP putuskan hubungan dgn Hadi tetapi masih kerjasama dengan PAS dan PKR. Tindakan ini seolah-olah memperkecilkan Hadi. Mungkin kerana itu Hadi marah. Kemarahan Hadi ini kemudian merebak kepada ahli-ahli Dewan Ulamak. Akhirnya, kemarahan kepada DAP ini menjalar kepada marah kepada AJK PAS Pusat dan Ketua Pemuda PAS. Pemimpin PAS terutama daripada Terengganu dan Geng Ulamak menyalahkan AJK PAS, Pusat Ketua Pemuda, Naib Presiden dan Timbalan Presiden kerana tidak mempertahankan Hj Hadi. Kemarahan ini kemudian diterjemahkan kepada usaha untuk membersihkan PAS daripada Kepimpinan Bukan Penyokong Hadi.

Sekarang yang dipilih adalah senarai 'chai' penyokong mutlak Hadi. Mereka sedia menggunakan lutut dan siku bagi mempertahankan Hadi. Mereka sanggup korbankan semua ahli PAS (termasuk pemegang jawatan di Pulau Pinang, dan Selangor). Bahkan mereka juga sanggup lupakan segala janji-janji yang dilafaz dalam memperolehi undi rakyat semasa PRU13, harapan golongan marhaen untuk melihat PR menjadi pejuang yang memperjuangkan keadilan, untung nasib rakyat yang dibebankan dengan GST,kenaikan tol dan lain-lain. Ini berbeza dengan golongan yang dibuang dalam muktamar baru-baru ini. Mereka memilih untuk tidak bersetuju sekiranya ada tindakan / percakapan Hj Hadi yang tidak betul. Mereka berhujah dengan fakta dan tidak emosi. Mereka berdiplomasi demi memastikan PR sentiasa utuh.Teguran kepada DAP dan PKR dibuat secara berhemah dan dengan prinsip tiada membawa keburukan yang lebih besar.

Namun, kerana tidak mempertahankan Hj Hadi, atau mempertahankan prinsip mereka di buang oleh perwakilan. Pemilihan dengan menggunakan senarai 'chai'. Permainan yang berlaku ini menjadikan PAS umpama parti politik sepenuhnya yang tiada ciri-ciri Jamaah Islamiah.

Pemilihan kepimpinan tidak diukur berdasarkan kepada neraca Islam tetapi gunakan senarai Chai. Kita musykil, adalah pemilihan ini menepati syariat atau tidak. Jika tidak, kemungkinan pemimpin yang terpilih tidak perlu ditaati.

Semoga Allah SWT memberikan jalan keluar kepada arah yang lebih baik dan sejahtera untuk kita semua.

My Kakak berkata...

Setuju pada pndangan tersebut. Jgn halakan kata mengata kpd PAS. Jgn dedahkan keburukan. Ianya alan terdedah dgn sendiri. Fokus kpd mendidik massa agar lebih celik politik semasa.

Tanpa Nama berkata...

Cepatlah tubuhpartibaru itu..aku tak sabar dah. Kuburkanparti pas. Selagi hj hadi presiden pas akan kelihatan tidak bermaya, tiada wawasan, bukan world class, parti kampung, tidak ada agenda lain selain hudud...hudud...hudud. Mereka bukanlah ulamak yg menepati " ulamak pewaris nabi". Mereka hanyalah badut bertopengkan ugama islam. Kumpulan G18 lebih islamik dari mereka. Kumpulan G18 itu terdiri dari ulamak2 dlm pelbagaibidang..perubatan, kejuruteraan, agama, politik, pengurusan dll. Mereka sebenarnya ulamak yg mesti dinobatkan sebagai ulamak. Selama ini pemikiran kita telah terpesong dengan anggapan bahwa ulamak adalah orang yg tahu ilmu agama. Alangkah sempitnya minda kita. Sempitnya tafsiran yg diberi oleh mereka yg menggelar diri mereka ustaz2, konon ulamak pewaris nabi, padahal mereka tahu maksud ulamak ialah orang yg berilmu dlm semua bidang, kerana semua ilmu akan menjurus kepada keEsaan Allah sSubhanahu wa taala.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah..setinggi-tinggi tahniah. Kemunculan G 18 yang ditunggu-tunggu.Resminya G 18 maka selesailah satu TUGASAN ALKUFFAR memusnahkan sebuah impian penganut-penganut Islam dinegara ini,.Mereka menyusup kedalam PAS bagai buih-buih darah di dalam salur nadi.Jarum Liberal menggelapkan mata Barisan Kepimpinan Pas melalui Husam, Hanipa, Khalid, Hatta dan Abang Sabu pula pemusnah Unggul kiriman DAP Kafir Laknat.Sungguh Licik.Tiada SIAPA yang sedar bahkan jarum-jarum ini juga tidak sedar mereka telah menjadi alat.Barisan Kepimpinan Pas dikaburi dengan glamour sokongan sehingga merasakan merekalah telah menjuarai seluruh hati rakyat Malaysia.Tidak cukup dengan jarum-jarum yang menyusup ini ditubuhkan pula Dewan Himpunan Penyokong Pas yang menyokong dari luar.Bertambah gelaplah mata Kepimpinan. Menambah lagi bala ALKUFFAR terus mendakapi ahli-ahli PAS sehinggakan masjid menjadi medan.Rumah Allah tempat yang paling Mulia .
Apabila gambar-gambar viral ini ku lihat aku mula yakin Umat Islam sudah termasuk dalam MULUT NAGA.
Ya ALLAH aku terkelu kini.Apakah doa nak ku ucapkan......Ya Allah dengarlah getar jiwa ku yang resah ini.
Wahai Jarum-jarum sedarlah...kamu alat yang diperalatkan.
Anuarr...sedarlah.
Barisan kepimpinan sedarlah.
Bersatulah.Carilah inti Al Imran. Kutiplah khazanahnya.Jangan berani menyanggahnya.
Ya Allah.....racun UG telah ditelan PAS bulat-bulat..
Ya Allah ...tunjukkanlah jalan yang benar dan selamat.