17 Mei 2015

[VIDEO] Morsi & Yusuf Al-Qardhawi Dijatuhi Hukuman Mati Oleh Rejim Bangsat Al-Sisi


Mesir jatuh hukuman mati ke atas Morsi

Bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi dijatuhkan hukuman mati kerana terbabit rusuhan dalam penjara pada 2011.

Morsi bersama 105 yang lain menerima hukuman berkenaan selepas didapati bersalah ketika bantahan menggulingkan kepimpinan Hosni Mubarak memuncak.

Turut sama menerima hukuman berkenaan ulama terkenal, Sheikh Yusuf al-Qaradawi yang kini berlindung di Qatar.

Hukuman ke atas Morsi dan mereka yang lain masih belum dimuktamadkan kerana keputusan akhir akan ditentukan Mufti Besar Mesir, badan tertinggi agama di negara berkenaan.

Selain itu mereka yang dijatuhkan hukuman masih boleh membuat rayuan walaupun Mufti Besar memberi persetujuan hukuman mati dijalankan.

Menurut laporan al Jazeera, mahkamah akan membuat keputusan akhirnya pada 2 Jun ini.

Ia hukuman terbaru yang dijatuhkan ke atas Presiden Mesir yang pertama dipilih rakyat melalui proses demokrasi.

Sebelum ini, Morsi yang juga salah seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun kerana dituduh memberi arahan untuk menahan dan mendera penunjuk perasaan ketika berkuasa.

Beliau yang digulingkan tentera pada Julai 2013 selepas rusuhan jalanan besar-besaran yang mengorbankan ribuan nyawa rakyat Mesir.

Sejak itu negara yang dicengkam rejim tentera di bawah pimpinan Jeneral Abdul Fattah al-Sisi, beliau mengharamkan Ikhwanul Muslimin dan menangkap para pemimpin serta penyokongnya.

Pada 2014, al-Sisi mengadakan pilihan raya presiden dengan jumlah peratusan mereka yang keluar mengundi hanya 46 peratus.




10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menyingkap sejarah Mesir, tak heran, sebab pemimpin2 Ikhwan Muslimin mmg dari dulu ramai yg kena bunuh samada ditembak, digantung.
Nama2 terkenal Syeg Qutb, Hasan alBana dll

Mereka2 memang inginkan syahid.

Tanpa Nama berkata...

Orang Mesir memang bodoh,, bunuh Presiden yang bijak dan berwawasan. PhD kejuruteraan dari sebuah universiti yang ternama di Amerika Syarikat

Tanpa Nama berkata...

dunia sekarang memang sekarang memang tak adil, bagi orang islam dari kalangan islam sunni...

Malaysiabaru berkata...

Morsi tak sunggup UG dengan sisi al Yahudi

Hadi Awang sanggup UG dgn penyamun dan pembunuh!!!

Tugas munafik di serah kpd Din ayam nik abudoh dan tontontvi

Tanpa Nama berkata...

.

Mereka yang menyokong pro ulamak yang menyokong Najib dan bersepakat dengan UMNO perlu melihat peringatan yang di sampaikan oleh peristiwa di sana.

Al Sisi mendapat mandat secara 'demokrasi'. Pro Ulamak jika menang semasa di muktamar pun se cara 'demokrasi'. Apa juga keputusan muktamar nanti ada lah kerana Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan sepertimana ia nya berjalan ke atas Morsi dan ia nya berjalan ke atas Ulamak Yusuf Qardawi. Jangan kita terkejut dan keciwa apa yang diputuskan ke atas Morsi dan Yusuf Qardawi.

Ahli PAS yang terus menyokong Hj Hadi dan pro Ulamak secara tak sedar menyokong Al Sisi kerana pandangan Yusuf Qardawi mengenai hudud di ketepikan oleh Hj Hadi begitu saja. Ketiadaan Yusuf Qardawi akan di ganti oleh Ulamak nombor dua di dunia. Maka naik lah taraf dan kedudukan Ulamak nombor dua tersebut.

Kita buat tak tahu Anwar di zalimi demi kesejahteraan negara. Kita yakin sekiranya Hj Hadi menang Hj Hadi akan dapat menyatukan semula ahli ahli PAS sepertimana Hk Hadi dan Haron Din memberi sokongan kepada Najb. Begitu lah 46% yang mana ada memberi undi pada Al Sisi dengan harapan keadaan menjadi baik. Kita berharap negara sejahtera sedangkan sekarang negara di landa masalah besar.

Mahu kah kita menjadi golongan seperti 46% di Mesir pada muktamar akan datang? Untuk kesudahan yang baik kita mesti bermula dengan baik, berjalan dengan baik dan dengan niat yang baik.


Kepada Allah kita kemblikan.

Tanpa Nama berkata...

Kita harap campurtangan Rosmah yang mempunyai hubungan baik dengan Isteri Presiden Mesir.

Kalau tak dapat selamat ke dua dua nya dapat selamatkan Yusuf Qardawi pun jadilah.

Tapi adakah Rosmah masih menyimpan nombor peribadi Isteri Presiden ?

Tanpa Nama berkata...

Wah, marah betul bhai... kesian...

Jeman berkata...

Mmg patut marah.. punye byk kezaliman umno yg masih xbterbalas lg, tau2 ada puak Pas nak mnyokong n pro Umno

Tanpa Nama berkata...

Mana OIC?

Tanpa Nama berkata...

Anak Yatim yang tahfiz kena turun bas pun kita marah. Sebab itu bila ulamak tersohor Yusuf Qardhawi di hukum mati kita marah.

Kalau Hj Hadi kena sesuatu yang buruk, padan muka!