17 Mei 2015

[VIDEO & GAMBAR] Penyokong Terengganu Murusuh Malam Tadi


Kuala Terengganu: Penyokong Terengganu bertindak liar dengan membaling batu ke arah kereta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini selepas pasukan itu gagal layak ke final Piala FA 2015, malam Sabtu.

Penyokong merusuh selepas perlawanan akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob tidak mengesahkan gol keempat Terengganu menerusi percubaan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 kerana berada pada kedudukan ofsaid.

Kemenangan 3-2 yang diraih skuad 'Penyu' pada perlawanan separuh akhir kedua itu, gagal menghalang wakil Singapura, Lions XII untuk mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.

Sebahagian besar penyokong Terengganu bertindak liar dengan melakukan kerosakan ke atas harta benda awam di stadium dengan memecahkan pintu kaca di laluan masuk selain dilaporkan turut membakar sebuah ambulans yang diletakkan di perkarangan stadium.

Keadaan tersebut memaksa pihak stadium memanggil Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertindak melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 15,000 penyokong Terengganu yang cuba menimbulkan kekecohan.

Sebuah bas yang membawa penyokong Lions XII turut dirosakkan oleh segelintir penyokong Terengganu yang tidak dapat menerima keputusan perlawanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abdul Rafar yang ditemui pemberita di venue berkenaan, enggan memberikan ulasan lanjut tetapi memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dilakukan mengenai insiden kekecohan itu.








14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

.

Kalah bola boleh menambah tekanan hidup pada orang Terengganu rupa nya.

Kita patut bersyukur Singapore menang kerana jika perlawanan akhir di tetapkan bermain di KL atau Shah Alam beribu-ribu warga Singapore masuk Malaysia. Hotel penuh. Tol dapat kutipan lebih. Restauran dan kedai makan meriah. Air Asia buat penerbangan tambahan.

Mana yang naik kenderaan sendiri atau bas persendirian, pasti mereka singgah di Nilai 3.

Terengganu menang stadium je yang penuh. Warung burger dan gerai makan je yang sibuk. Untung tu Untung lah tapi tak sebanyak kedatangan warga Singapore.

Dari awal kita dah jangka semua ini tapi tak terfikir pasal rusuhan akan terjadi.

Kepada Allah kita kembalikan.

Saiful berkata...

Hg pa ni dok tgk bola tu sambil buat kajian la..jgn sokong buta 2..liga malaysia dah berpakat..yg ni hg mng ..yg ni hg kalah..judi dah masuk..kaji kaji dah nak jd mxm liga len..susah nak pwrcaya tapi kalu hg pa pun men bola hg blh rasa..tgk kedusukan mata..ikut matematik tak boleh jd mcm ni..ada org dok susun..tgk liga spain ..real madrid juara..barca ambik champ league..hg pa tak caya kita thk nnt..tak aya sok susah sokong.. nak tgk bola tgk liga kg tu baru main betui 2..

Saiful berkata...

Hg pa tak caya lg pi kaji game Kelantan ngan pahang.kad merah..hanya cara utk alasan pahang kalah..tgk cara gopi..conti score..dpn gol pun tak masuk..ni semua cam epl..taktik susun..kad merah..pengadil bg offsaid..tak caya kaji2 betui2 hg pa..gwa kenai epl dr drjh 3..taun 7O an..himpun duit beli majalah shoot.IA kena semua..semakin hr makin pelik..la ni tgk bola pun dah jarang dah..dr dok kena bohong lbh baik tidoq
...jgn sokong buta2.

Mr Oren berkata...

jelas sekali mengikut peraturan FIFA, gol tersebut tidak sah kerana offside.
Tetapi oleh kerana kejahilan dan fanatik, mereka bertindak mengikut hati. Bukan sahaja penyokong, tetapi pemain dan pengulas TV yang kononnya pandai tentang peraturan permainan juga menunjukkan kejahilan mereka.
kesannya, stadium yang baru dibaiki rosak dan pasukan mereka mungkin akan didenda sama ada dalam bentuk wang ataupun bermain di stadium kosong..
mereka ini, sekalipun sudah dijelaskan secara rasional, ilmiah dan tidak emosional, mereka susah untuk menerimanya.. mungkin malu atau mungkin juga memang bodoh sombong.. mereka akan merekacipta teori konspirasi FAM, menyalahkan orang lain, membodohkan pengadil dan sebagainya..

samalah keadaannya dalam politik yang fanatik dan taasub..

Tanpa Nama berkata...

Dah menteri besar dia samseng..rakyat lg la samseng..

Jeman berkata...

Cuba nk elak label kenegerian.. tapi semua org nmpk org terengganu ni majoritinye mcm mn? Termasukla yg ahli politiknya baik Pas mau pon Umno

Tanpa Nama berkata...

Hakim pengadil dalam padang buat sebaik dan se adil yang mungkin kau orang naik angin. Keputusan pengadil betul. Pemain berada di kedudukan offside.

Semasa praya macam macam penipuan berlaku tak pulak naik angin pun. Anwar tak pasal pasal kena penjara macam tak ada apa apa berlaku.

Tapi yang ini pasal gol offside boleh naik angin.

Saiful berkata...

Sy salut..betui bola bulat tu sampai pecah2..anwar kena jel buat dunno..kami di Penang pun reto buat kopok leko aaiiihh..

Tanpa Nama berkata...

Ai kutuk org ganu napok.sekurang dpt juga ganu keseparuh akhir korang negeri mana ada dpt.kelate ke pahe ke.ganu usaha lg thn depan.habis keluar ni jib mader nuar geng2politik seme.kecoh sikit biasa la blum bawak tentera lg pegi stadium

Tanpa Nama berkata...

Walaupun negeri lain kalah tapi tak sampai guna Al Quran.

BUTTERFLY berkata...

FAM kena buat penjelasan terperinci .... kadang ref malaysia ni kurang pro dan kadang kadang penyokong tak faham undang bolasepak

Unknown berkata...

Kalu sek mu duk tepak sek ganu, sek mu akan wak care same jer. Kaloh secare adil dakpe, nim kaloh dngn keputusan dok molek. Dok adil lah bos. Kalu kaloh care molek memang dok akan jadi nye gtu. Pikir sebelum nok kate hor. Jngn sapa ajok jupe depang depang. Kan dok saje nye boleh kan. Jngn pikir mu sokmo, pikir org tek. Memang dok pro ha ref MALAYSIA.

Jeman berkata...

Org ganu mmg terkenal dgn keras kepala n keras hati.. ctg terbaik hadi n satipol tu...

Tanpa Nama berkata...

Saudara Adam Rusydan..
Org duk sibuk ckp pasal "perangai dan sikap" peminat bola sepak malaysia..bukan pasai main adil ka..kalah ka..menang ka..itu adat perlawanan. Trganu masuk final pun player dia bukan kamu! Cuba la jadi manusia yg bertamadun..buat malu cucu cicit Adam!