19 Mei 2015

Penyokong Husam Musa Akan Beri Undi Kepada Ustaz Ahmad Awang


Husam tolak pencalonan presiden, timbalan, sahkan bertanding naib presiden PAS

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini berkata beliau hanya ingin bertanding untuk mengekalkan jawatan naib presiden PAS yang disandangnya dan menolak pencalonan untuk jawatan presiden timbalan presiden, meskipun terdapat beberapa kawasan yang mencadangkan namanya bagi kedua-dua jawatan tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Husam turut memohon maaf kepada ahli dan kawasan parti Islam itu yang mencadangkannya bagi jawatan yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu.

"Dengan memohon berbanyak maaf kepada semua kawasan dan ahli yang meletakkan harapan besar itu, saya hanya berhasrat menerima pencalonan jawatan naib presiden PAS yang saya sandang sekarang.

"Saya memahami hasrat dan keprihatinan mereka, terutama terhadap hala tuju perjuangan Islam yang dibawa PAS dalam konteks Malaysia bagi dekad-dekad akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam diumumkan layak bertanding jawatan presiden pada 7 Mei lalu, dan setakat ini memperolehi 8 pencalonan.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor mengatakan beliau tertarik dengan gandingan ulama dan profesional dalam PAS.

"Saya fahami pergolakan yang berlaku di dalam PAS sekarang.

"Selaku generasi yang dilahirkan oleh kepimpinan ulama pada hari pertamanya, iaitu Muktamar 1982 dan terpesona dengan gagasan mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama, saya tetap percaya tonggak kepimpinan PAS adalah kepimpinan ulama," kata Husam.

PAS kini sedang melalui proses pemilihan dalaman parti tersebut, dan muktamar tahunan mereka dijadualkan berlangsung Jun depan di Kuala Selangor.

"Saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua kawasan yang terlibat yang memberikan kepercayaan dan harapan yang begitu tinggi kepada saya," katanya.

"Dengan bertawakal kepada Allah, saya menerima pencalonan sebagai naib presiden PAS."

Husam turut menegaskan peri penting kepimpinan ulama yang diterajui PAS.

"Kepimpinan ulama yang soleh, mukhlisin dan muttaqin yang menjadi teraju utama digandingkan dengan semua amilin yang lain dalam ikatan semangat syura, ukhuwah dan saling lengkap melengkapi," katanya.

Beliau turut mengingatkan pada masa sama PAS perlu memandu parti secara berhati-hati dari terperangkap dengan tipu daya politik pihak lawan dalam semua keadaan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Perlembagaan parti itu.

Husam turut mengingatkan, Fasal 5 Perlembagaan PAS adalah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum menuju keredhaan Allah dan mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

"Apa yang dicapai oleh perjuangan PAS pada hari ini adalah kesinambungan dari pendekatan, strategi dan kaedah yang diputuskan pendahulu kita secara syura pada semua peringkat.

"Roadmap Putrajaya bagi membentuk kerajaan Persekutuan dan pendekatan 'PAS for All' bagi memenangi hati masyarakat bukan Islam umpamanya adalah diputuskan oleh jamaah peringkat demi peringkat dan bukan lahir hanya oleh keputusan mana-mana individu," katanya.

Bekas exco Kelantan itu berkata, jika matlamat itu difikirkan tidak mengikut Islam, jamaah perlu membuat keputusan yang baharu dan tidak boleh mana-mana pihak dalam jamaah mengambil sikap untuk menidakkan keputusan yang dibuat sebelum ini.

"Politik Islam yang mengatasi sempadan kaum sehingga membuahkan kepercayaan penyokong bukan tradisi adalah sebahagian dari buah kejayaan dalam rangka jangka panjang dakwah dan siasah Islami.

"Ia kejayaan dan keberkatan dari apa yang disyurakan sebelum ini," katanya. –TMI

ULASAN GB

Husam Musa akhirnya menarik diri dari bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Beliau hanya mahu mengekalkan jawatan Naib Presiden yang disandangnya walaupun ramai ahli PAS melihat ketokohannya dan kebolehannya membolehkannya untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi dari itu.

Kini, petembungan satu lawan satu untuk jawatan presiden. Kedua-duanya ulamak dan ia memenuhi tuntutan "Kepimpinan Melalui Ulama". Yang satu ulama pro-pr, Ustaz Ahmad Awang melawan Uztaz Abdul Hadi Awang yang ramai melihat sebagai pro-UMNO berdasarkan kenyataan dan tindakannya mutakhir ini disamping cadangan pembentukan UG yang pernah diketengahkan olehnya.

Penyokong Husam akan beralih untuk memberikan undi mereka kepada ulamak pro-pr kerana Husam Musa juga dilihat adalah mewakili kumpulan tersebut. Beliau sering dijebonkan oleh para penyokong taksub Hadi Awang, sama seperti yang dilakukan ke atas golongan profesyenal yang lain, seperti Mohd Sabu, Dr. Hatta Ramli, Dr. Mujahid, Khalid Samad, Dzulkefly Ahmad, Dr. Syed Azman, Salehuddin Ayub, Mohd Nizar, Hanipa Maidin, Asmuni Awi, Adly Zahari dan lain-lain.

Gagasan PAS FOR ALL akan membawa PAS terus ke hadapan berbanding dengan PAS FOR HUDUD atau PAS FOR ULAMA. Ustaz Ahmad Awang akan menggalas harapan yang besar ini bersesuaian dengan resolusi muktamar dari tahun ke tahun iaitu untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Yang khianat kepada resolusi muktamar itu akan kecundang akhirnya. Itu hukum kebenaran dan keadilan.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Ahmad Awang lebih berwibawa

Tanpa Nama berkata...

Tak pe, kalah menang masing2 kena terima dgn lapang dada, lebih2 lagi penyokong2.

Bukan berdosa pun bertanding.
Masing2 sama2 nak tegakkan Islam insyaAllah, mungkin cara berbeza sikit. Kita serahkan pada ALLAH yang terbaik.

Mudah aje kan?

Tanpa Nama berkata...

Beri kemenangan pada ustaz ahmad awang.. Pas akan maju utk masa depan. ..insaallah

Tanpa Nama berkata...

i.

Round Tiga

Hj Hadi Kalah. Ustad Ahmad Awang Menang.

"Gagasan mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama"

Ustad Ahmad Awang seorang Ulamak dan mendapat kepercayaan dan sokongan ramai golongan profesional dalam PAS.

Hj Hadi Awang se orang ulamak yang hanya mendapat sokongan ulamak separuh masak dalam PAS dan di tentang oleh golongan professional dalam PAS.

Yang mana satu dapat membentuk gagasan mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulamak ?

Jangan kata Hj Hadi tak berkemampuan tetapi mengularmakan profesional prefesionl dalam UMNO lah !!

Kepada Allah kita kembalikan

Mr Oren berkata...

Masalahnya, berapa ramai penyokong Husam dan UAA yang jadi perwakilan? Saya ada ramai kawan yang cakap je banyak, tukar pimpinan lah, itu ini lah, tapi mesyuarat agung cawangan pon tak datang. Bila diajak pergi, jawapannya malas lah, tak guna lah, sibuk lah.. Bayangkan UAA bagi alasan macam tu.. UAA seorang tak mampu ubah, dia perlukan sokongan yang diterjemahkan melalui tindakan dan strategi yang betul dari peringkat cawangan lagi, bukan cakap sahaja.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Tahniah YB Husam yang berjiwa besar tidak mengejar pangkat tetapi berjuang demi Islam. Adakah yang lain juga begitu?

Waris berkata...

Harap2 tak ada yg bakar stadium di kuala selangor kalau geng tganu kalah... hehe

Tanpa Nama berkata...

Keputusan terbaik dan matang yg dibuat Husam...aku percaya jika Ahmad Awang tolak lawan Hj Hadi tempohari pasti Husam akan sedia bertanding lawan Hj Hadi...
Keputusan Husam ini penting utk pertandingan satu lawan satu...jika Husam juga masuk bertanding, pasti undinya akan berpecah bahagi dgn Ahmad Awang dan seterusnya memberikan kelebihan kepada Hj Hadi...tahniah Husam...

Tanpa Nama berkata...

Firasat aku HA mcm boleh menang.. Sbb nampak geng2 perwakilan yg sure diplanted! Tp. Aku berdoa supaya UAA bileh juga menang..syg tgk pas...

Tanpa Nama berkata...

Bilangan kawasan yg mencalonkan seseorang calon untuk jawatan dalam parti tidak penting, tetapi undi perwakilan itu yg akan menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang calon. Sukar meramal pilihan para perwakilan keraana mereka punya persepsi tersendiri mengenai calon2 yg mereka pilih. Saya berkeyakinan, para perwakilan akan memilih calon yg mempunyai wawasan dan strategi politik yang mantap berbanding calon yg selalu buat pusingan U, tiada pendirian, lidah bercabang, menghina ahli2 partinya sendiri dan mempunyai agenda dengan parti lawan.

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Rasanya pemimpin yang berkualiti tinggi tahu masa berundur dan berhemah menolak jawatan...
Rugi PAS....

Tanpa Nama berkata...

toksah nl angan2 la Ahmad Awang akan menang....Pro Ularmak 1/2 masak dh cantas abis dh penyokong2 Pro PR...ajaran umno la tu...kesian hadi kerana selama ini berhasad..mati jer nik aziz baru berani buat..pdhal bukan baru ambik jawatan presiden....dh 13 tahun..tpi telor th kemana..nape xberani wat masa arwah hidup dulu..takut kne taji...2/3 penyokong PAS tu..dulu sokong arwah ..bukan nye hadi...

Tanpa Nama berkata...

Bila nik aziz dah tak ada barulah puak2 UG berani buat onar...aku setuju 2/3 yg menyokong Pas disebabkan ketokohan arwah Tuan Guru Nik Aziz yg disayangi bukannya Hj Hadi...

Tanpa Nama berkata...

.

Pendapat Husam ini adalah pandangan dan harapan golongan professional yang lain iaitu PAS di terajui oleh kepimpinan ulama kerana ini lah sebaik baik nya walaupun bukan ulama boleh jadi Presiden. Ini di buktikan apabila ustad Ahmad Awang mewakili kumpulan professional.

Kumpulan Hj Hadi tersepit kerana tidak boleh berkempen sebagai kumpulan yang pro Ulama lagi melainkan mereka bejaya membuktikan Ustad Ahmad Awang tidak layak di panggil ulama.

Kumpulan professional di kira dalam kedudukan selamat kerana pro Hj Hadi sekarang hanya tertumpu kepada Ustad Ahmad Awang.

Perwakilan kena dapat kan maklumat dan cerita sebenar mengapa Hj Hadi di tentang. Pilih lah Presiden berpandukan PAS for ALL.