19 Mei 2015

Mengkhianati Amanah Selepas Dipilih, Jawablah Di Akhirat


Pertandingan berbagai jawatan dalam parti bukan baru. Hatta, untuk kerusi Presiden PAS (dulunya Yang Dipertua Agung PAS) telah berlaku sejak dulu lagi. Contohnya, antara penyandang, Dr Burhanuddin AlHelmi dengan Prof Dr Zulkifli Mohamad.

Al Marhum Ust Harun Taib bersaing dengan Ust Hassan Sukri (Timbalan Presiden) Ust Nasharuddin Md Isa cabar Ust Hassan Sukri, Mohamad Sabu lawan Ust Nasharuddin Md Isa, Dato' Nik Amar lawan Mohamad Sabu dan banyak lagi pertandingan berlaku.

Banyak alasan dikemukakan. Nak bantu Presiden, isu prestasi, pendekatan perjuangan, mengekalkan kepimpinan ulama' dan memperkukuh dasar parti. Bukan sahaja golongan profesional dan aktivis yang bertanding, ulama' sama ulama' pun menawarkan diri bertanding.

PAS kian berkembang. Ahlinya telah melepasi sejuta orang. Keperluan mengurus parti ke arah yang lebih baik, sangat diutamakan. Jawatan dalam parti adalah amanah bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Kelebihan seseorang dimanfaatkan, sama ada dia ulama', profesional maupun aktivis parti.

Perlembagaan dalam PAS tiada sekatan untuk sesiapa bertanding atas apa jua jawatan jika dicalonkan. Soal layak atau tidak, itu penilaian organisasi yang mencalonkan, tuan punya yang bertanding juga boleh melakukan muhasabah. Berjanji untuk itu dan ini mudah sahaja dilafazkan, 2 tahun memegang jawatan, boleh nilai sendiri prestasi kepimpinan dan kualiti kerja. Ada yang menilai ikut prestasi, tidak kurang juga hari ini kerana anak pemimpin, hubungan kawan serta kumpulan.

Jarang datang mesyuarat dan tidak aktif dalam jamaah, kadang kala dipilih juga sebab geng kita....

Banyak pihak buat komen dan ulasan pertandingan dalam parti. Ada pro dan kontra. Bagi saya, yang penting, berlumba-lumba melakukan kebaikan. Mengkhianati amanah selepas dipilih, jawablah di akhirat. Amanah bukan retorik menyedapkan halwa telinga. Bersemangat di awal musim dengan visi dan misi. Buat retreat dan bengkel. Bila gagal mula menuding jari, kemudiannya letak jawatan...

Jika kita dapat laksanakan amanah dengan baik, insya Allah, perwakilan parti akan memilih dan menempatkan kita sebagai pemimpin. Tidak perlu nak promote diri, apatah lagi memfitnah orang lain, Nauzubillah...

Seandainya, kita sudah buat yang terbaik, perwakilan tidak undi juga kerana sebab tertentu; Alhamdulillah, semakin ringan tanggungjawab kita. Banyak medan lain yang boleh disumbangkan demi perjuangan Islam.

Teruskan perjuangan. Fokus kepada usaha dakwah dan perjuangkan hak rakyat di mana pun kita berada. Jangan hampakan harapan rakyat. Bila kita sibuk di lapangan, tiada masa berpolemik dan mencari cari aib saudara kita. Sebarluaskan gagasan besar kita buat masyarakat seluruhnya; tanpa mengira agama dan anutan poiitik. -Mazlan Aliman



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Parti yang matang adalah parti yang mengizinkan pertandingan memilih barisan pemimpin parti. Mengikut perlembagaan Pas,ahli-ahli parti boleh bertanding merebut sebarang jawatan asalkan mendapat cadangan dari sekurang-kurangnya dua kawasan. Kalau jawatan-jawatan lain boleh dipertandingkan, kenapa jawatan presiden parti tidak boleh? Pas adalah parti yang dimiliki oleh seluruh ahlinya dan bukan kepunyaan presiden dan konco-konconya.
Jawatan presiden adalah amanah ahli-ahli parti dan bukan wadah presiden untuk bersengkokol dengan parti yang selama ini menjadi seteru politik. Gagasan Pakatan Rakyat telah dimeterai, tetapi kenapa harus presiden parti membelakangi semangat setiakawan? Itu namanya tidak amanah. Tiada integriti memikul kata setia bersama rakan-rakan PR merupakan satu tindakan pecah amanah. Pemimpin yang tidak amanah seharusnya melepaskan jawatan dan memberi laluan kepada individu lain yang lebih berwibawa menerajui Pas.

mohd shahran berkata...

presiden pas maksum. kena kekalkan.. presiden dan konco2nya alharam jadah

Tanpa Nama berkata...

Terang2 sokong jibby maksom lg,..letih gua mcmni punya pemikiran taksub

Tanpa Nama berkata...

.

Parlimen dah muka bersidang.

Tak dengar apa cerita Hudud. Jadi ke tidak di bentang ?

Mana penting jawatan Presiden atau hukum Allah?

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

.

Buat masa ini PAS hilang fokus dan matlamat.

Alasan nak bantu Presiden dan sebagai nya bukan keutamaan memilih calun.

Paling utama ialah kembalikan PAS pada matlamat dengan memastikan tindakan yang di ambil seiring dengan ketetapan perwakilan dalam muktamar.

Jika ingin melakukan perubahan apa yang di putuskan semasa muktamar ikut saluran. Jangan memandai-mandai suka hati.

Jawatan dalam parti adalah amanah.
Memilih Presiden dan pemimpin seterus nya juga ada lah amanah yang lebih berat kerana di sini lah bermulanya amanah. Bukan sekadar telah hadir muktamar dan membuat keputusan siapa yang layak bermakna amanah telah di laksanakan tetapi mesti guna kebijaksanaan.

Selamat Menjadi Perwakilan yang bijak.

Kepada Allah kita kembalikan.

bat8 berkata...

Macam2 alasan asing atau peruntukan perlembagaan dari pertubuhan luar dicanang yang xde peruntukan didalam perlembagaan PAS untuk mengelak TGHH ditentang dalam pemilihan jawatan Presiden Jun ini.

TGHH itu ulamak dunia maka xleh dicabar. Kalau cabar TGHH bermakna menentang kepimpinan ulamak. Macam2 lagi dibawa.

Semua tu xleh pakai sebab xde peruntukan itu dalam perlembagaan PAS. Ini kerja untuk menghalang orang dari menentang TGHH - perbuatan yang salah dari segi perlembagaan PAS. Xde pun dasar rasmi macam dalam PAS.

Ini kerja-kerja orang yang xsayangkan perjuangan PAS. Mereka nak buat misuh sesama PAS. itu je...yang paling besar mereka hendak pecahbelahkan PAS.

bat8 berkata...

Jika FUUP ini gagal dibentang atau ditangguhkan pembentangannya dtalam parlimen kali ini, ia akan menikam TGHH secara peribadi bersekali dengan puak UG. Dari cara konfrantasi yang mereka guna sehingga sanggup bergaduh dgn sesiapa sahaja, setelah menimbulkan kekeliruan didalam masyarakat Islam dinegara ini - mereka xboleh tak bentang walau apapun alasan.

Musuh yang mereka buat, huruhara yang mereka timbulkan , tuduhan kafir yang mereka halakan kepada sesama Islam, MANA BOLEH MEREKA TAK BENTANG KERANA IMPLIKASI KEPADA MEREKA AMAT BESAR.

Mana pergi alasan2 yang mereka cipta. Hudud xboleh tangguh kerana ia melanggar perintah Allah. Nanti Allah murka. Kelantan ditimpa musibah banjir besar kerana gagal melaksanakan hudud. Biar kalah pilihanraya asal kami mendapat keredhaan Allah. Ini semua akn terpelanting ke muka2 mereka jika gagal membentang RUUP kali ini.

Apa implikasi buruk akan me impa merekaa. Puak UG dilihat jelas menggunakan ugama dan kedudukan ulamak sebagai senjata untuk mencapai agenda mereka berdakap dgn UMNO. Sekarang jelas dan terang. Hudud diguna semaksimum mungkin untuk politi puak mereka.

Yang lebih parah, dulu mereka dengan angkuh menuduh orang yang tidak setuju dengan cara PAS hendak melaksanakan hudud dan membentang RUUP sebagai menentang hukum Allah kini berbalik kpd mereka. Mereka bukan sahaja dilihat begitu malah boleh dituduh sebagai puak yang mempermainkan hukum Allah.

Beratkan. Tetapi itulah persepsi yang mereka cipta jika mereka gagal mbentang RUUP kali ini. Mereka tak fikirkan dari adpek ini? Saya boleh kata dengan yakin mereka tidak mampu fikir sampai kesitu apabila kita melihat kegopohan mereka . Yang mereka nampak ialah inilah jalan hendak mencapai agenda mereka.

Jika tak dibentang, persepsi buruk ini akan terus melekat pada batang tubuh TGHH dan UG sampai bila2. Kebanyakan kepala2 UG orang dah kenal...mau lari kemana?

Tanpa Nama berkata...

.

Ada satu helah boleh di pakai.

Masukkan Hj Hadi ke hospital dan tak di benarkan sesiapa datang melawat.