1 Mei 2015

Rakyat Marah Meluap-luap Apabila Kastam Tangguhkan Harga Asal Kad Prabayar


Arahan kad prabayar pada harga asal ditangguh, kata Kastam

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menangguhkan arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal perkhidmatan kad prabayar yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Mei.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata ia selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa kajian mengenai layanan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat telekomunikasi.

"Maka, arahan Ketua Pengarah Kastam bertarikh 28 April kepada syarikat telekomunikasi mengenai layanan GST ke atas perkhidmatan kad prabayar yang akan berkuat kuasa pada 1 Mei, adalah ditangguhkan," katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Khazali dalam satu sidang media mengumumkan bahawa mulai 1 Mei ini, harga kad prabayar telefon perlu kembali kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April, yang mana jika kad prabayar itu bernilai RM10 maka pengguna akan membayar RM10 mulai 1 Mei.

Menurutnya, beliau sendiri sudah mengarahkan kesemua empat syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal berdasarkan kepada konsep 'tax inclusive' berkuat kuasa 1 Mei dalam satu surat pada 28 April.

Semalam, Pengerusi MCMC Datuk Seri Dr Halim Shafie dalam satu kenyataan selepas pengumuman Khazali itu, pula berkata isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan GST.

Isian semula RM10 sebagai contoh akan dijual pada harga RM10.60 termasuk GST 6%.

Menurut Halim, agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan dengan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei seperti yang diminta kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem. – Bernama

ULASAN GB

Manalah tak rakyat terutama golongan muda yang rata-rata para pelajar IPT yang banyak menggunakan telefon pra-bayar memaki hamun Jabatan Kastam dan kerajaan. Kepada rakyat apabila hendak dikenakan GST tiada tangguh-tangguh, tetapi kepada syarikat telekomunikasi siap bagi alasan mustahil untuk kembali kepada harga asal kerana kerumitan konfigurasi sistem. Masa nak kena GST tak timbul pula kerumitan konfigurasi sistem. Bukankah jawapan itu cuba memperbodohkan rakyat?


Surat di atas nampaknya sudah tidak berguna lagi. Dan ternyata Jabatan Kastam cuba untuk bermain wayang dengan rakyat.

Jabatan Kastam juga nampaknya lebih berpihak kepada syarikat perniagaan tetapi tidak kepada rakyat.

Bukankah gaji pegawai-pegawai Kastam itu datang dari wang rakyat? JIka hendak jaga keuntungan syarikat telko, lebih baik Jabatan Kastam nanti hanya meminta gajinya dari syarikat-syarikat telko berkenaan.

Ia juga boleh menimbulkan persepsi buruk bahawa Jabatan Kastam telah dirasuah oleh syarikat telko berkenaan. Bukankah selama ini Jabatan Kastam amat terkenal dengan skandal rasuah dimana ramai pegawai-pegawai dan pengarah-pengarahnya yang telah ditahan oleh SPRM kerana rasuah?

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TELCO anandha punya.. kan dia dah bantu setelkan hutang 1mdb. tiba masa lah 1mdb bantu balik.. tak bantu kena bantai

Tanpa Nama berkata...

uhepmi ihepyu...

Tanpa Nama berkata...

Pihak kementerian dan jabatan kerajaan sekarang tiada kesungguhan untuk menjaga poket rakyat. Semalam bukan main terhegeh-hegeh buat pengumunan tentang topup tiada gst...tapi ini hari lain sudah ceritanya.

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAN BN PENIPU.
KERAJAAN BN ANIAYA RAKYAT
KERAJAAN BN PENJENAYAH
KERAJAAN BN PEROGOL BERSIRI RAKYAT
KERAJAAN BN PEROMPAK HAK RAKYAT
KERAJAAN BN .....


Tanpa Nama berkata...

Ananda ni jin toyol pelesit polong belaan umno/bn...tempat nk hisap darah rakyat melalui puaka ni lah nk bg najib dan rosmah badak nk makan

Tanpa Nama berkata...

Alangkah tak gunanya agensi2 kerajaan skrg ni...

Tanpa Nama berkata...

BAWA KES KAD PRA BAYAR KENA GST DI ROMPIN DAN PERMATANG PAUH. INI BUKAN KECIK PUNYA HAL.....ANANDA DAH TELAN BANYAK LEBIH DARI GST....KAD PRA BAYAR PUN BOLEH BUAT PRK LINGKUP UNTUK BN...JAHANAM NYA BN HARAM JADAH NYESAL TAK SUDAH UNDI BN KEPALA BANA....!

Tanpa Nama berkata...

CABAR PR BAWA DAN SEBARKAN PERKARA TERSEBUT DI SEMUA CERAMAH DI ROMPIN DAN PERMATANG PAUH.

KAWAN NAK TENGOK BN LINGKUP. KERAJAAN YANG ANIAYA RAKYAT HARUS DIHUKUM.....KAD PRABAYAR PUN NAK GST....!



Tanpa Nama berkata...

Kamu kata apapun terhadap kerajaan korup umno bn ramai puak melayu yg bodoh tiba masanya undi juga umno bn tunnggulah pada pru 14 nanti . Dah dasar takut dan tak mahu berubah otak dah karat, hancus diperbodohkan puak umno kah kah kah padanmuko muuuuu.

Tanpa Nama berkata...

Baru2 ni kwn sekerja pergi mkn2 di chicken rice shop. Dia terkejut bila bilnya jauh lbh besar drp kebiasaan. Bila disemak resit pmbyran rupanya bkn shj gst perlu dibyr malah sst juga. Malangnya dia kehilangn resit tu utk buat laporan. Apa da jd dgn sistem percukaian kita ni ��

Tanpa Nama berkata...

Apa ni kerajaan BN tipu rakyat sat kata tak kena ni kena pula kalau tak bersedia dengan GST jangan buat. Jatuhkan kerajaan BN.kasi bungkus UMNO

Tanpa Nama berkata...

PR kan dah dekat ..segala kesusahan biar rakyat yang tanggung dulu... minyak jangan naik dulu...

nanti dekat pilihhanraya adalah yang tunjuk hero turunkan harga reload..lepas pilihanraya naiklah minyak

semua ni wayanggg saja!

Tanpa Nama berkata...

Minta komen tuan guru presiden parti pas iaitu ulama tersuci termulia ilmu tertinggi

Tanpa Nama berkata...

UG maksudnya UMNO GENG..... Matlamatnya hancurkan pakatan rakyat denagn rosakkan PKR.... kerana ada PKR maka lahirlah pakatan