Saya tidak akan menyerah kalah, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini menegaskan beliau tidak akan menyerah kalah, malah akan mempertahankan pentadbirannya, walau diasak dan diserang dengan pelbagai kritikan daripada banyak pihak.
Berdepan cabaran paling getir sejak mengambil alih tampuk kerajaan, Najib mempertahankan pentadbirannya, dan berkata ia mendapat sokongan penuh ahli Kabinet dan mengamalkan ketelusan dalam semua perkara.
"Walau dilintang dengan seribu aral, biarpun kita diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku perdana menteri bersama-sama timbalan perdana menteri, dan didokong pula para menteri serta rakan ahli pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah, malah akan tetap istiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara," katanya ketika melancarkan laporan Program Transformasi 2014, malam ini.
Najib ketika ini dilemparkan dengan pelbagai kritikan, malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mempersoalkan pelbagai skandal yang menyelubungi Putrajaya.
Najib berkata perjuangan murninya tidak keseorangan, malah tidak pernah hilang haluan dan menggesa orang ramai bekerjasama bagi memastikan negara maju.
"Lantas, selagi cita-cita murni tidak padam, kita tidak keseorangan, tidak pula hilang haluan dan pedoman.
"Ayuh, ayuhlah, bersama-sama berganding atas roh perjuangan yang sama, kita terus menuju ke hadapan, ke arah Malaysia yang maju lagi disegani di persada dunia," katanya.
Dalam ucapannya, Najib berkata Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pada 2014 sudah melepasi sasaran yang ditetapkan di bawah pentadbirannya.
"Sukacita juga, saya melaporkan pada 2014, berkat usaha yang bersungguh-sungguh, KPI keseluruhan bagi NKRA menjangkau 105%, manakala KPI bagi keseluruhan NKEA pula melebihi sasaran yang dijangka dan berada pada kadar 110%.
"Serentak itu, KPI bagi keseluruhan SRI turut melampaui sasaran yang dihasratkan dan mencecah kadar 120%," katanya.
Menyifatkan pencapaian yang dikecapi pentadbirannya sebagai membanggakan, Najib mengakui terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki khususnya membabitkan kepentingan rakyat.
"Walau yang demikian, seperti yang saya sering ingatkan, kita tidak pernah lalai atau terlupa masih terdapat ruang peningkatan dan penambahbaikan," katanya.
Kebelakangan ini, kritikan dan kecaman terhadap pentadbiran Najib semakin kuat kedengaran, malah ia datang daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerangnya secara terbuka.
Dr Mahathir menyenaraikan pelbagai tuduhan terhadap Najib dan mendakwa jawapan yang diberikan tidak mencukupi.
Antaranya membabitkan perkara seperti pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan dakwaan salah seorang pembunuh dalam kes itu, Sirul Azhar Umar yang juga bekas pengiring Najib.
Beliau turut membangkitkan skandal syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mencatatkan kerugian hampir RM42 bilion.
Dr Mahathir juga mempersoalkan keborosan dan beberapa polisi yang diperkenalkan Najib yang dianggap merugikan negara dan punca kerajaan Barisan Nasional lemah ketika ini.
Pemerhati melihat keadaan dan kritikan berterusan ini akan memberikan kesan kepada kerajaan pemerintah jika tidak ditangani segera. – TMI(28 April, 2015)
ULASAN GB
Najib degil dan enggan turun secara terhormat. Bererti beliau ingin turun dari jawatannya dengan cara lain... mungkin dengan cara yang dasyat.
GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:
Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan...
Berlakulah apa yang dinamakan Tragedi Semenyih... yang mengorbankan 6 orang penumpangnya termasuk 2 orang kanan Najib, iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Azlin Alias. Tragisnya daripada gambar-gambar yang tersiar di media sosial begitu mengeri dan menggerunkan, yang putus kepala, yang hancur jasadnya... Ianya berlaku selang bebrapa hari selepas pemergian Dato' Poad Jelani. Ketiga-tiganya merupakan orang kuat Jabatan Perdana Menteri (MPO).
Tragedi Semenyih berlaku tatkala Najib sedang "diserang" begitu hebat oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir di dalam beberapa isu yang menyangkut hal-hal integriti dan kredibiliti Najib sebagai PM. Isu Altantuya, 1MDB, Jho Low dan anak tiri Najib (Riza Aziz).
Najib setiap kali dikritik dan diserang seperti biasa akan dibela oleh pegawai-pegawainya di PMO. Peruntukan kepada PMO meningkat dari setahun ke setahun sehingga mencecah berbillion ringgit, lebih besar dari mana-mana kementerian yang lain. Jangan lupa pula bayaran untuk konsultan antarabangsa APCO untuk menggilap namanya di peringkat antarabangsa dan peguam UMNO bernama Hasfarizam yang ditugaskan untuk menyaman pihak-pihak yang didakwa mencemarkan nama Najib dan Rosmah.
Berbalik kepada Tragedi Semenyih. Ia berlaku semasa Najib diserang oleh TDM dengan pelbagai isu, dan sebelum berlakunya Tragedi Semenyih itu, pemerintahan Najib sudahpun ditimpakan dengan pelbagai musibah seperti tragedi MH370, MH17 & QZ8501. Musibah-musibah berkaitan dengan penerbangan udara pula berlaku di ketika negara dikejutkan dengan pembelian dan penggunaan jet peribadi oleh Najib dan Rosmah untuk tujuan-tuan rasmi dan peribadi mereka berdua. Kemudian timbul pula dakwaan RM28 juta digunakan untuk mengubahsuai jet peribadi yang digunakan oleh Najib dan Rosmah. Dan PMO seperti biasa mengeluarkan kenyataan penafian berhubung dengan isu-isu yang berkaitan dengan jet peribadi tersebut, sekalipun penafian tersebut tidak dapat meyakinkan rakyat.
Ditengah-tengah hiruk pikuk itulah berlakunya Tragedi Semenyih, dan pegawai-pegawai PMO diantara mangsanya!
Perkara yang telah berlaku sepatutnya menjadi pengajaran kepada Najib. Ia adalah hukum alam, hukum kebenaran dan keadilan yang tidak boleh ditolak, tidak boleh dinafi. Jika ada pegawai di PMO ingin menolak dan menafikan, kini pegawai PMO sendiri "mati", dan nak kata apa lagi?
Sebelum ini GB telah menyatakan bahawa Negara Hancur Rakyat Sengsara Kerana Rosmah Mansor. Akibat keborosan dan ketirisan yang dilakukan oleh Najib, rakyat menanggung beban dengan dikenakan GST.
Dan kita berharap Tragedi Semenyih membuka hati dan minda Najib serta pegawai-pegawai di PMO supaya bertaubat dan tidak mempertahankan tindakan-tindakan yang sememangnya salah itu. Jika tidak, kita khuatir periistiwa yang lebih dasyat daripada Tragedi Semenyih boleh berlaku, dan semasa itu sesal kemudian sudah tidak berguna lagi.
Demikian peringatan Allah melalui hukumNya, hukum kebenaran dan keadilan, hukum yang lebih tinggi dari hukum hudud yang digembar-gemburkan mutakhir ini. Hukum itu di dalam Islam dipanggil sunatullah, di dalam ilmu falsafah dipanggil Hukum Pasti. Hukum kebenaran dan keadilan tidak perlu Private Bill, tidak perlu mendapat majoriti mudah malah tak perlu kelulusan Parlimen pun. Ia akan tetap berjalan sepanjang masa, semenjak sekalin alam ini diciptakanNya sekalian alam ini kembali kepadaNya.
Tragegi MH370 yang menyebabkan 250 penumpang hilang termasuk 49 orang warga Malaysia, tragedi MH17 seramai 259 penumpang termasuk nenek tiri Najib sendiri yang terkorban dan tragedi helikopter terhempas di Semenyih yang mengorbankan 6 orang penumpangnya termasuk 2 orang kanan Najib, iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Azlin Alias.
Apakah ia tidak lansung membuka mata hatimu Wahai Najib dan apakah kamu hendak tragedi yang lebih dasyat dari itu baru kamu hendak sedar tentang kekuasaan Allah swt?
Dan ingat Najib, kamu telah diberi peringatan lansung dari Allah satu ketika dulu...
Najib Dan Rosmah Kemalangan Di Senawang
Kereta yang dinaiki oleh Dato Seri najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Senawang, Ayer Keroh. Kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di tepi lebuhraya tersebut. Jangan salah faham ya..
Ini kisah yang berlaku pada tahun 1988 semasa Dato Seri Najib menjawat Jawatan Menteri Belia Dan Sukan. Sekadar mengimbau sejarah yang ramai tidak mengetahuinya.
15 ulasan:
Tersangatlah bagus..
Kita tengok powerplay ni siapa yang menang..
Yang menang jadi arang..yang kalah jadi abu.
Sekurang2nyer yg menang wp jadi arang masih boleh digunakan untuk buar berbeku...hehehe
PASAI TU LA..LA NI NEK KAPALTEBANG
APCO telah nasihat Najib jgn turun.
Buat bodo jer sebagaimana Mahathir buat dekat tunku Abdul Rahman...
Last last tunku terus kojol bersama s46
Begitu juga mahathir akan kojol terbeliak mata di lutut Najib...
Pas dan hadi pun minta Najib terus jd PM supaya UG boleh terbentuk!
Biarpun Pas sudah jadi kuda tunggangan Umno... Namun masing masin Najib dan Hadi nah terus hidup zelagi boleh !
Tq Apco Tq Pas
aPA NAK JADI WEH
Bekas ahli Exco Pemuda PAS Kedah Zainon Ismail, menyeru ahli parti agar tidak menyokong calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana mendakwa presiden PKR itu, serta partinya menolak pelaksanaan hudud, lapor Utusan Malaysia.
Beliau juga dilaporkan menyifatkan ahli PAS Permatang Pauh sebagai mengkhianati perjuangan parti yang memperjuangkan hukum tersebut sekiranya mereka mengundi PKR.
Katanya, ahli PAS di Permatang Pauh yang berbuat demikian sama seperti mana-mana individu yang terang-terangan menolak hudud, boleh dianggap sebagai mengkhianati parti.
Siapa yg bertahan Takhta ..
Dua parti politik utama Melayu di negara ini, PAS dan Umno kini menghadapi situasi getir apabila pimpinan tertinggi kedua-dua parti itu berdepan ‘dugaan’ besar.
Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diserang bertubi-tubi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditekan dari dalam dan luar susulan beberapa isu membabitkan keputusannya yang tidak disenangi rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).
Dr Mahathir yang tidak putus-putus mengkritik pentadbiran Najib pernah dengan lantang berkata, Umno yang pernah diterajuinya selama 22 tahun itu kini dilihat lebih mengutamakan duit untuk "kesetiaan" berbanding semangat tinggi dalam perjuangan.
Berbeza dengan PAS, konsep ‘walak’ atau taat setia kepada pemimpin, menurut penganalisis, dijangka mampu menyelamatkan Hadi, meskipun bibit penolakan mula timbul.
Ini dapat dilihat apabila terdapat beberapa cawangan parti Islam itu yang mencadangkan nama selain Hadi untuk mengisi jawatan presiden dalam pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada muktamar Jun ini.
Bagi parti pemerintah peringkat persekutuan itu pula, Umno dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) itu secara terbuka menyatakan sokongan kepada Najib, walaupun Dr Mahathir terus mengkritik corak pentadbirannya tanpa henti.
Dibandingkan dengan PAS, kata Wan Saiful:"Untuk menjadikan PAS lebih baik, Hadi perlu umumkan beliau tidak akan bertanding."
Bukan Najib je degil..tu bini dia tu lagilah mana nak turun cmtu je? Dh pastinya tak duk diam. Silap hb Madey pun tak terlawan. Kita berserah pada Allah semoga kemelut cepat berakhir. Setiap berlaku ada hikmahnya. Allah sebaik2 perancang..
Apa yg berlaku skg ini kpd Najib dan Hadi adalah sesuatu yg telah ditentukan oleh Allah Azawajal yg mentadbirkan sekalian alam...Lihatlah betapa Agong, Sempurna dan Kaya Nya Allah SWT.
.
Ramai Menteri yang sokong Najib samada yang tua tua atau yang berhujah cara pandir
Najib di senangi oleh menteri dan pegawai bukan pasal Najib bagus sangat sebagai PM tapi sebab Najib tak masuk campur dan tak ambil tahu urusan dan pentadbiran kementerian lain dalam menguna peruntukkan yang telah diberi
Selain itu jika ada pemimpin UMNO bahagian yang buat masalah dapat di selesaikan oleh Najib Bahkan boleh dikatakan pemimpin bahagian tak ada buat hal Apakah kehendak mereka telah di tunai awal awal oleh Najib?
Ya boleh lah berbangga selepas GST di laksanakan Boleh cakap lah NKRA dan NKEA telah melepasi sasaran Ahli UMNO boleh lah Najib kelentong
Betul kata GB Najib memilih cara yang dahsyat untuk melepaskan amanah
Kepada Allah kita kembalikan
.
Ramai tak perasan kan!
Rupa rupanya sejak 1988 Rosmah telah menjawat jawatan Menteri Dan semasa kemalangan ke Melaka Rosmah di temani oleh suami nya
Nak jatuhkan Najib kena tuju pada Rosmah dulu
SAKSIkan..
Ddlm hidup ini..
HANYA ada 2=DUA shj pilihan
A) Menyerah PASRAH spasrah7nya kpd ALLAH = ISLAM = CAHAYA ygTERANG
Mnyerah spasrah7nya kpd AMANAH-integrity-TAQWA...CAHAYA yg bnar7TERANG-LURUS-sgt7SIMPLE
Menyerah spasrah7nya kpd KESUCIAN-transperency-"AUDIT"-telus.....yg smaskali TIADA sklumitpon pentingkanDIRI
AMANAH-integrity-kudus-SUCI-telus-TRANSPERENCY-MERIT-bakat adalah symbol "CAHAYA" yg dpt mngukur TAHAP-kjujuran-keikhlasan-kaseh dan sayang ddlm ssuatu organisasi/Kerajaan!
Ddlm sbnr7CAHAYA-AMANAH-integrity-TRANSPERENCY-kekudusan-MERIT-bakat....itulah yg tlh disuloh dan diPANCARkan kdlm "HATI" shbt2 nabi SAW, dgn itu "STSTEM-deen" beroperasi mnjd sgt7TERANG mnjd sgt7LURUS-MUDAH dan sgt7SIMPLE-LANCAR..
Sbb itu nabi bersabda...
"ISLAM sbgai SYSTEM-deen itu adalah sgt MUDAH lg sgt7MEMUDAHkan"..
Sabdanya lg..
"ISLAM sbg SYSTEM-deen itu adalh trlalu mulia-dan-terTINGGI skali dan "tiada" yg lebih tggi drp sbnr7SYSTEM-CAHAYA-miracle-SIMPLE-ISLAM itu"
Ddlm Quran pula disimpulkan..
"Kamu adalah ummatan-WASATAN-centre'POINT terHebat skali sbg 'SIFU-rujukan" (2;143)
"Kamu adalah yg trTINGGI-termulia skali jk bnar7brIMAN=bnar7PASARAH kpd sbnr7CAHAYA-ALLAH" (3;139)
SELAIN
Selain drp (A) yakni "SYSTEM"-CAHAYA yg bnar7PASRAH kpd sbnr7CAHAYA-ISLAM yg maha7TERANG yg dijelmakan oleh ALLAH mlalui nabi SAW serta shbt2nya sprt yg diatas itu, adalah..
B) GELAP!
GELAP yg tiada "CAHAYA"
GELAP = musyrik = MUNAFIQ = Yahudi = Nasrani = Majusi
Ddlm GELAP GELAP dan GELAP itu.. sgl bentuk onar-TIPU-khianat-FITNAH-rasuah-dendam KESUMAT adalah permainan "BANGKAI" yg telah pon terJERAT ddlm prangkap-Iblis...yakni HARTA-Kuasa adalah merupakan seHINA2-sejijik2 yg mnjd "idola-tuhan2" mrk...rujuk kembali,(17;64)
TIADA pilihan yg lain kecuali 2=DUA yg diatas itu A @ B...... CAHAYA......@.......GELAP gelita
Nota:
Yg tlh trperangkap ddlm JERAT-gelap "Iblis-HARTA-Kuasa" tidak & TIDAK akan ssekali akan mngaku-KALAH krn mrk lebih rela "mati" ddlm GELAP drp sulohan CAHAYA yg akan mnerangi sgl-BANGKAI-onar busuk mrk trbongkar!
The TRUTH is really very very very SIMPLE!
Najib lagi teruk dari Pak Lah Tetapi Ketua Ketua UMNO bertindak pantas meminta Pak Lah berundur
Kerana semasa Pak Lah PAS tak buat hal macam sekarang Tak payah cakap Hj Hadi atau pro Ulamak Bila cakap PAS buat hal kita tahu kumpulan yang mana buat hal
Keyakinan Najib mesti bergantung pada sesuatu Ada kemungkinan perjanjian dan persetujuan dengan kumpulan tersebut masih sah dan berjalan
tak bisa makannkah kalau tak menjabat lagi
Biar kapal karam di lautan ....kalau tak ada kru yg turut lemas tak apa..lemaslah keseorangan..
Org Melayu sepatutnya dan sewajibnya bersatu di bawah Panji-Panji Islam Sebenar yang di Dukung oleh PAS.
Islam adalah panduan hidup manusia d dunia ini. Nescaya manusia akan hidup sejahtera di Dunia dan di Akhirat.......itu adalah janjiNYA.
Syariat dan Syiar Islam wajib subur di bumi Malaysia.Org. Islam memberikan contoh nilai yang baik pada bukan Islam.
70 juta Umat Islam d Negeri CINA kerana mereka tertarik dengan dahwah para Sahabat.....Sehingga Maharaja Dinasti Ming sangup mengawinkan Puterinya dengan Sultan Melaka dengan d iring oleh Laksamana Cheng HO yang beragama Islam.
Jika di Malaysia berterusan bergini ORG politik muslim memberikan contoh nilai negatif kepada non muslim.
Mereka akan berterusan membenci Islam..........
Ada org Islam mengamalkan nilai akhlak yang lebih teruk dari non muslim.....
Secara umumnya mereka memandang rendah ORG Melayu muslim yang mempunyai nilai ahlak yg negatif.......malah mereka mengangap Muslim, non aqdalah sama.......Tiada kelebihannya pada Agama Islam.......sama saja.
Catat Ulasan