26 Apr 2015

P44: PAS Pmtg Pauh Sertai Jentera Pakatan Rakyat Menangkan Calon PKR


PAS Permatang Pauh harap jangan timbul masalah lagi

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, jentera parti itu akan bergabung tenaga dengan jentera PKR dan DAP dalam menjalankan gerak kerja seiring serta bersama.

"Malam ini kita lancarkan jentera PAS secara rasminya walaupun gerak kerja telah mula berjalan.

"Kita akan bergabung tenaga dengan DAP dan PKR supaya dapat mengekalkan kemenangan serta meningkatkan majoriti undi pada 7 Mei nanti," katanya yang juga Pengarah Pihan raya PAS bagi PRK itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Jentera PAS PRK Permatang Pauh di Dewan Haji Yusof Rawa, Sama Gagah, malam tadi.

Hadir sama ialah calon PKR merangkap presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Wanita DAP, Chong Eng.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu menambah, perbezaan pendapat yang berlaku telah berjaya diuruskan dengan mencari penyelesaian terbaik.

"Sudah selesai, perbezaan akan ada sehingga hari kiamat tetapi kita cari jalan penyelesaian.

"Kita bertemu dan bersemuka dalam usaha menyelesaikannya ke arah kebaikan dan penyatuan.

"Alhamdulillah, semuanya telah selesai dengan baik seperti yang diharapkan oleh semua pihak," jelasnya lagi.

Sebelum itu, beliau dalam ucapannya menegaskan bahawa PAS akan mempertahankan dasar yang diperjuangkan dan dalam masa yang sama mahu mencapai kemenangan.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan menegaskan segala permasalahan dan perbezaan pendapat di antara parti itu dengan PKR telah selesai dari hati ke hati.

Beliau berkata, pihaknya mendapat arahan daripada Majlis Syura Ulamak dan dipersetujui Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang supaya membantu gerak kerja pilihan raya pada PRK kali ini.

Menurutnya, jentera pilihan raya PAS di peringkat negeri dan kawasan itu telah diarah untuk digerakkan untuk memberi sokongan ke arah kemenangan Pakatan Rakyat.

PAS kawasan, katanya berpuas hati dengan pertemuan yang telah dilakukan bersama pihak PKR berhubung isu yang berbangkit.

"Perbincangan ke arah kebaikan dan penyatuan. Semua permasalahan sudah 'settle', saya harap ia tidak ditimbulkan lagi," tegasnya. -HD


PAS Pmtg Pauh 'setuju untuk tak setuju' dengan PKR

PAS Permatang Pauh membuat keputusan untuk "bersetuju untuk tidak bersetuju" dengan pendirian yang diambil oleh PKR berhubung isu hudud selepas mengadakan pertemuan pertemuan dengan pimpinan PKR dan PAS Isnin lalu.

Yang Dipertuanya Omar Hassan berkata pihaknya mendengar penjelasan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Azmin Ali mengenai isu yang berbangkit termasuk hudud dalam pertemuan itu.

"Bersetuju untuk tak bersetuju bahawa pimpinan PKR sebagai orang Islam, tidak boleh menolak hudud," katanya kepada pemberita di Dewan Haji Yusof Ar-Rawa, Permatang Pauh malam tadi.

"Selepas mendengar semua penjelasan dari Azmin (Ali) dan Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) tentang isu yang berkobar pada masa kini dengan begitu teliti dan harmoni, maka kami pun setuju. Kami setuju untuk tidak setuju.

"Tak nak ulas (lanjut). Semua dah selesai," katanya lagi.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli.

Sebelum ini Osman memberi kata dua kepada PKR supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan parti itu tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud jika mahukan sokongannya pada pilihan ra kecil itu.

Sementara itu, Mohamad berkata, isu sama ada PKR akan memohon maaf berhubung keputusan mereka yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen tidak timbul.

"Sudah selesai. Perbezaan pandangan ini hingga kiamat akan ada. Kita manusia, cari penyelesaian dan bersemuka dan selesai.

"Benda dah selesai. Mereka dah beri penjelasan. Tak ada timbul soal minta maaf," kata Mohamad.

Beliau yang mesra dipanggil Abang Mat turut melancarkan jentera PAS bagi membantu PRK Permatang Pauh demi memastikan kerusi parlimen itu kekal milik PKR.

"Kita lancar jentera PAS dan bergabung tenaga dengan PKR supaya mengekalkan kemenangan dan majoriti pada 7 Mei nanti," katanya lagi. -mk


ULASAN GB

Syukur alhamdulillah. Mudah-mudahan calon Pakattan rakyat menang besar di P44 Permatang Pauh. Kemenangan yang cukup penting untuk memberi isyarat jelas kepada Najib dan BN: bahawa rakyat kini menderita di bawah pimpinannya apatah lagi dengan pengenaan GST.

6 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Di antara pesuruhjaya pas pulau pinang dan pesuruhjaya pas Pahang

Mana yang akan muncul menang?

Kalau Pahang pun Allah tak tolong mohon tuang ibrahing jgn jadi calon timb presideng takut pas makin teruk...

Pas tak mampu lagi ada timb presideng yg selalu kalah

Dan jalan mudah nk menang dgn jadikan pas kuda tunggangan umno

Selamat berkempen!

Tanpa Nama berkata...

Bodoh. PAS bkn tunggangan sapa2. Kt sini ramai puak UMNO yg cucuk jarum dan puak jebon.

Tanpa Nama berkata...

Ramalanku....menang besar di permatang...kalah kecil di rompin...mohon maaf....

Tanpa Nama berkata...

Sebab sebab lain selain setuju untuk tidak bersetuju ialah kerana pemilihan bulan Jun Pasti pro ulamak terima maklumat ramai ahli yang marah dan keciwa dengan sikap pemimpin seperti Hj Hadi dan geng pro UG Jika sekarang geng Hj Hadi tunjuk belang alamat kena bantai lah semasa muktamar sebab membiarkan Anwar terus terpenjara Tidak memperdulikan kesan GST pada rakyat

Punya lah garang kita diherdik Kita di ugut Kita di lekeh ehwah ehwah tiba tiba boleh bertolak ansur macam ini

Kita kalau jadi macam ini kita dah letak jawatan Presiden sebab nampak macam kehendak kita dan perancangan kita dah tak menjadi Bukan sekali dah berkali kali

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

Bro gb....dpp pp tetap boikot..amcm

Tanpa Nama berkata...

Apa nak jadi dgn pas ni weh .. buat kerja mcm yahudi

Pemuda PAS Pmtg Pauh kekal boikot PKR
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Ketuanya Mohd Yusni Mat Piah berkata keputusan itu diambil selepas AMK Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, walaupun diberi tempoh sehingga semalam.

"DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri direhatkan daripada semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh. Semua Bilik Gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan Pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh.
"Malahan kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan daripada bertugas dalam PRK ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Yusni berkata pihaknya tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai pentas ceramah sepanjang tempoh berkempen.