27 Apr 2015

Kalau Takut Katakan Takut Wahai Ahmad Maslan....


Ahmad Maslan tolak jemputan Pakatan untuk debat GST

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak memerlukan pentas pembangkang untuk memberi penerangan tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ahmad berkata tidak perlu bagi beliau menerima jemputan sebagai ahli panel forum GST daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang kerana pembangkang terang-terang menafikan kebaikan sistem itu.

AMK Pulau Pinang dilapor menyerahkan surat jemputan sebagai ahli panel forum GST 2 Mei ini kepada Ahmad semasa lawatan beliau ke tapak ekspo Seberang Jaya, 23 April lepas.

"Saya tidak mahu berdebat di pentas mereka bukan kerana saya takut... di Dewan Rakyat sudah berkali-kali saya jawab. Saya ada banyak pentas dan medium lain untuk jelaskan (GST).

"Mereka (pembangkang) perkara yang betul pun mereka akan putar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang kali ke-39, di George Town, hari ini.

Beliau berkata persepsi negatif mengenai GST dalam kalangan masyarakat disebabkan kurang pemahaman tentang konsep percukaian baharu itu dan sikap tamak segelintir peniaga yang memanipulasi GST untuk mengaut untung.

"Peniaga tidak beretika membentuk persepsi umum yang silap...sedangkan mereka (peniaga) boleh tuntut semula cukai input yang dibayar," katanya. – Bernama


GST: Mufti dan ahli akademik sindir Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Ahli akademik Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof menyindir Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang membuat kenyataan memperkecilkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menerusi Facebook peribadinya, Dr Mohamad Agus meminta supaya debat di antara Dr Mahathir dan Ahmad diadakan untuk mencari siapa sebenarnya yang tidak faham dalam isu GST.

"Apabila Datuk Ahmad Maslan cakap Tun Mahathir tidak faham GST, saya fikir ada baiknya kedua-dua pemimpin ini berdebat secara terbuka.

"Saya ingin melihat siapa yang lebih faham.

"Yang pastinya saya tidak rasa GST menyebabkan harga barang turun seperti mana dakwaan Datuk Ahmad Maslan. Jadi, siapa sebenarnya yang tidak faham?" tulis beliau.

Selain Dr Mohamad Agus, mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir Ahmad dalam isu yang sama.

"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak dibandingkan Tun M?" soal beliau menerusi laman Facebooknya hari ini.

Dr Mohamad Agus dan Dr Mohd Asri mengulas kenyataan Ahmad yang mendakwa Dr Mahathir masih belum memahami sepenuhnya maksud GST sehingga dilihat mahu mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang jelas lebih tinggi cajnya kepada rakyat.

Dalam nada yang lebih sinis, Dr Mohd Asri berkata mereka yang dilihat oleh rakyat sebagai kurang cerdik tidak sepatutnya diberikan tugas penting.

"Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik), tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri. Persoalannya, apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?

"Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?" soal Dr Mohd Asri.
-astroawani


21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Macamana rakyat nak faham

Sebelum ini rata rata termasuk diri kita ini nak menabung RM 200 sebulan pun susah Memang tak ada lebih Sekarang kena pulak GST RM 250 sebulan tak ke parah

Dari dulu kita makan dua kali Tak ada beli kueh atau buah buah Tak ke malang nasib penjual kueh dan buah buahan Selagi minyak enjin dan filter kira ok kita bertahan Buat air teh ke nescafe ke dah tak rasa sangat teh atau nescafe Gula pun kita dah kurang kan

Semua langkah yang kita buat tu nampak nya kena di kurangkan lagi Kesian kat anak anak dari hidup yang sempurna selesa dah turun taraf

Memang rakyat tak faham

Berjuta juta Kerajaan dah dapat dari gst Apa tunggu lagi salurkan kepada mangsa banjir di Kelantan Apa nak tunggu sampai 6 bulan atau sampai 6 billion

Orang dah tak mampu dapatkan rawatan di swasta dan ramai pergi ke hospital kerajaan kena lah tambah peruntukkan

Dulu boleh buat perancangan setahun sekali sebab sumber kewangan terhad Sekarang hari hari Kerajaan dapat duit Jumlah sebulan je senang senang 1 billion

Geram punya pasal nak cakap jugak yang pangkah BN di Rompin dan Permatang Pauh memang BAGANG !

Kepada Allah kita kembalikan

Malaysiabaru berkata...

Timbul juga isu ni

AHMAD MASLAN budak SMS Johor....

Mana ada standard sek men sains..

Mahathir budak SAMSAH tau...

Nak tau sapa power kena Bahas !

Bahas Perdana di Putrajaya ...

Mat Maslan akn malukan pencipta GST dgn retorik budak SMS!

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Menteri ni cuma berani depan tv dan budak sekolah. Kalau dipihak benar dan ingin menjelaskan apa yang benar kenapa perlu takut dengan debat. Ini membuktikan ada perkara yang disembunyikan atau sendiri tak faham apa yang dibuat. Semakin jelek dan hodoh melihat sikap gaya penyampaian yang marapu oleh Timbalan Menteri ni.

Tanpa Nama berkata...

man without egg

Tanpa Nama berkata...

dak kecutttt te***

Tanpa Nama berkata...

Memang takut, kamu hanya berani bercakap dengan orang bodoh. Sekarang buktikan yang kamu benar benar ingin membela rakyat bukan bodek najib. Pintar tidak bererti kamu mempunyai akal yang sempurna. BAHLOL!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Ahmad Maslan punya statement standard tuan presideng jer.. Sape setuju angkat tangan!

Tanpa Nama berkata...

Gst ne mmh fukimak la...tadi gi beli susu pempes baju budak n mkn tak tentu pasal kana bayo lebih rm35...cilakak betol la otak yg buat gst ne..

Tanpa Nama berkata...

"Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik), tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri. Persoalannya, apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?"

- Hang hadham dulu AYAT2 ni Maslan..baru hang sembang pasal GST !

Tanpa Nama berkata...

mat selan terlebih byk mkn duit haram, sebab tu ckp pun berpusing2..otak tak center daah..

Tanpa Nama berkata...

Lucutkn je gelaran datuk tu..ganti ngan Bodoh.
Bodoh bin AhmadMaslan.

Tanpa Nama berkata...

Aku mmg mrh sngt kt dia nih. Tp, pesanan utk kwn2 jgk. Jgn gelar dia itu dan ini. Sbb mudahnya kita dpt dosa. Yg pening kita tolak UMNO BN, bkn sembang kencang tp hati ada dacing.

Tanpa Nama berkata...

Ahmad maslan ni bila kita sebut mak bapak dia..dia marah kata mak bpk dia dh lama meninggal...tp takkan mak bpk dia tak ajar jgn tipu org dan jgn buli org...klu dh brg dulu harga rm10 skrg10.60 naik harga lah bangang ooiiiii...org kampong kerja bendang pun boleh beza ni kan pula Dr.M.....makin lama makin meluat tengok dan dengar menteri biul ni brrcakap...ni tak kira lg dgn hassan malek

Tanpa Nama berkata...

Ahmad Maslan sememmangnya TAKUT tula pasai berputar merata hala..

tambah pendapatan sampingan sambil layari Internet Copy paste LINK
http://WeeklyFixPay.com/?share=1497

Tanpa Nama berkata...

Setuju.

air gunung berkata...

Kah kah kah kah..

Jai berkata...

Cakap macam mana pun, GST tetap GST.. Tak da sapa menteri pun boleh hentikan benda ni.. Lagi2 benda ni dah dlm pasaran...

Tanpa Nama berkata...

.


ABCD GST
RAKYAT MESTI SATU HATI
AMAD MASLAN ELUK MATI
01 MEI DI NANTI NANTI

ABCDGST
AMAD MASLAN BUTA HATI
CAKAP MAHATHIR TAK MENGERTI
AJAK DEBAT CABUT LARI

Tanpa Nama berkata...

Kopi o dulu rm1 sekarang rm 1.20 pergi tangkap lah hoi ......... gst 20%....

Tanpa Nama berkata...

Ahmad Maslan ni hanyalah Timbalan Menteri..Dia diarahkan oleh Najib untuk.menerangkan GST...Kita boleh untuk tidak bersetuju dgn dia tapi jangan maki hamun sebab ianya suatu dosa..kita tumbangkan BN dalam PRU akan datang...Ingat matlamat kita, tumbangkan BN sebab jika Najib turun pun,Muhyiddin akan ambil alih dan ubah polisi...dan BN akan terus berkuasa...Tumbangkan BN melalui PRU 14...

Zaki berkata...

Sedapnya belacan melampaui busuknya. Sedapnya di lidah orang lain tak rasa. Tapi busuknya dimulut semua orang terhidu. Bila hari hari makan belacan akhirnya kena resdong. Masa itu dah tak makan belacan pun mulut tetap busuk.