27 Apr 2015

Ketua Pemuda PAS PP Akan Dikenakan Tindakan Disiplin


Tindakan disiplin pada ketua pemuda PAS PP

Tindakan disiplin akan diambil terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah (gambar atas) yang bertegas memboikot gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perkara itu akan dijalankan dalam tempoh terdekat kerana ia bercanggah dengan pendirian jawatankuasa pusatnya untuk membantu PKR.

“Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh jawatankuasa Pusat PAS terhadap ketua pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat,” kata Mohamad.

Pemuda PAS Pulau Pinang semalam dilapor bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan di Permatang Pauh setelah Pemuda PKR (AMK) negeri masih tidak memohon maaf kerana didakwa memfitnah presiden mereka.

Mohd Yusni berkata tindakan itu akan diambil setelah tamat tempoh diberi sehingga kelmarin, lapor Bernama.

Justeru, katanya, Pemuda PAS negeri tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai pentas ceramah sepanjang tempoh berkempen. -mk

BOIKOT PILIHANRAYA: BENARKAH KERANA HUDUD

Polimik Pemuda Pas Pulau Pinang terhadap kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh berterusan sehingga hari ini walaupun di peringkat Pas Pusat dan Pas Pulau Pinang telah pun di selesaikan oleh kedua dua pemimpin tertinggi parti ini.

Dalam kenyataan terbaru Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang Yusni Mat Piah yang hilang deposit kerana hanya mendapat 690 undi sahaja dari lebih 16 ribu pengundi berkata tempoh permohonan maaf telah pun berakhir.

Sebenarnya isu boikot pilihanraya oleh Pas terhadap calon calon PKR bukanlah perkara baru cumanya sama ada ianya di nyatakan secara umum ataupun di lakukan senyap senyap dan ianya berlaku di setiap negeri.

Dalam pilihanraya kecil yang di tandingi Anwar pada tahun 2008 misalnya pemuda Pas Pulau Pinang di bawah Hafiz Nordin telah pun secara terang terangan mengarahkan pemuda Pas Pulau Pinang agar memboikot prk tersebut walaupun tidak timbul sama sekali isu hudud pada ketika itu.

Ramai pengundi pengundi luar yang di pindahkan ke Permatang Pasir tidak keluar mengundi kerana ada di kalangan ahli Pas yang pro umno di amanahkan memegang senarai nama pengundi luar tidak mahu membawa keluar pengundi terutamanya dari kalangan warga tua dan wanita keluar mengundi walaupun wang petrol kereta pembawa pengundi telah pun di berikan.

Kumpulan ahli Pas yang pro umno ini sememangnya sangat benci kepada Anwar, Pkr dan orang bukan Islam sejak dari pilihanraya 1999 lagi.

Malah kumpulan ini juga mula timbulkan rasa kebencian ahli Pas kepada adun Pas Permtang Pasir pada ketika itu Allahyarham Hamdan Abdul Rahman kerana bagi mereka Adun Pas ini menyokong parti PKR yang secular sehinggakan Allahyarham juga telah di boikot sehingga menyebabkan dalam PRU 2008 Pas hanya menang dengan majority kurang dari 600 undi.

Kumpulan Pas pro Umno ini sebenarnya hanya menjadikan isu hudud sebagai alasan kukuh mereka untuk berkempen secara terbuka agar Pas memboikot pilihanraya ini sedangkan mereka sebenarnya sudah sekian lama tidak pernah mengundi PKR di Permatang Pauh.

Dendam terhadap PKR oleh kumpulan Pas pro Umno ini semakin membuak buak apabila Ketua Pemuda Pas Yusni Mat Piah kalah dengan amat memalukan dalam pertandingan 3 penjuru di Sungai Aceh sedangkan musuh mereka PKR mendapat undi 21 kali ganda dari Yusni Mat Piah.

Kekalahan yang sangat memalukan kumpulan Pas Pro Umno ini telah membuktikan bahawa mereka tidak mendapat sokongan daripada rakyat walaupun bersungguh sungguh berkempen bersama Umno untuk mengalahkan PKR di Sungai Acheh.

Inilah isu sebenarnya iaitu dendam kesumat yang tidak ada akhirnya terhadap Anwar, PKR dan orang bukan Islam dan menjadikan hudud sebagai alat kepada kepentingan nafsu mereka.

Percayalah walau pemimpin PKR bersumpah dengan nama Tuhan sekali pun bahawa mereka menyokong hudud kumpulan Pas Pro Umno seperti Pemuda Pas Pulau Pinang sama sekali tidak juga akan mengundi PKR atau mana mana parti yang bagi mereka selain dari Pas semuanya kafir.

Maka biarkanlah mereka dengan kerja kerja mereka kerana hanya yang mahu jalan ke belakang saja yang akan bersama sama mereka.

Mengharapkan orang yang berjalan kebelakang untuk sampai kepada kita adalah sangat mustahil kecuali kita turut sama berjalan ke belakang.
-WA


28 ulasan:

Qasim Al-Rassi berkata...

Yusni Mat Piah ni patut dipecat je dari PAS. Dia dgn Hafiz Nordin sama je.

Tanpa Nama berkata...

Insyaalah ,aku percaya sekiranya Mat Sabu yang bercakap untuk mengambik tindakan ,tetapi sekiranya peminpin lain aku dah tak percaya langsung.lihatalah pada kejadian dahulu ,katanya nak ambil tindakan tetapi hingga kini satu tindakan pun tak di ambil ,.munafik Pas.

Tanpa Nama berkata...

Insyaalah ,aku percaya sekiranya Mat Sabu yang bercakap untuk mengambik tindakan ,tetapi sekiranya peminpin lain aku dah tak percaya langsung.lihatalah pada kejadian dahulu ,katanya nak ambil tindakan tetapi hingga kini satu tindakan pun tak di ambil ,.munafik Pas.

Tanpa Nama berkata...

ahli pas pro-umno? baru ler ana tau. selama ini ana tak tau. ingat bila jadi ahli pas, akan berjuang mencari redha Allah walaupun kalah pru.

rela kalah pru tapi tak rela kalah di muktamar sampai sanggup fitnah orang. mungkin bagi mereka Allah akan redha kalau mereka fitnah, janji bleh menang.

Matlamat menghalalkan cara! akhirnya ikut cara orang kafir. tolak tepi Islam. Islam hanya pada nama. Guna agama untuk dunia.

Tanpa Nama berkata...

Pergi mampus dengan Pas serta peminpin ularmak.sekiranay tidak ada perubahan dalam kepinpinan Pas nanti dan sekiranay golongan ulakamkakkkkk ,aku pengikut Pas akan mengharamkan aku dan keluarga aku dari mengudi Pas,Ptuiiiii untuk golongn UG

asri adnan berkata...

Apabila mereka lupa penat jenih pejuang terdahulu untuk meletakkan PAS diarus perdana politik sehingga digeruni oleh Umno sedangkan dahulunya PAS dibuli oleh Umno tetapi sekarang mereka dipuja sebagai orang2 yang dipuja oleh Umno. Apa pun selamat berjuanglah geng2 ini.

Tanpa Nama berkata...

Pucuk pimpinan dah ok.Ydp Pmtg Pauh dah ok.Yang dia ni sekor besar kepala........kenape

Ritchie Blackmore berkata...

Apabila agama menjadi alat mainan parti politik duniawi....

Tanpa Nama berkata...

"AKU KALAU ADA KUASA AKU PECAT!!!" - bukan ayahanda yang kata, tapi pemimpin pujaan dia yang kata...

Malaysiabaru berkata...

Gantung 1 tahun minima mcm Jebon dan 'baruah" kena...

Ehh' anak mat piah tak kena panggil baruah pulak dgn ayoh hadi Ping maghang

Tanpa Nama berkata...

Geng ulamak baru ni lah yg merosakkan gerakan islam pas ni....sembang kuat dgn bubuh serban kt bahu tp otak kosong...padan lah Allah tak bg menang kt dun sg aceh dulu klu menang lg bongkak la jdnya klu dh boleh cakap dlm tv3 tu dh tau dh dia ni nk p kemana...ustaz gelong

Asrul Sani berkata...

Kenapa hanya Yusri Mat Piah sorang jer yang kena...mana dia Ketua bahagian yang berdegar-degar buat kenyataan akhbar...kenapa tidak diambil tindakan . Mana dia Ketua Urusan Dewan Ulamak janggut sejemput yang pandai-pandai mengeluarkan fatwa seolah-olah martabat beliau seorang auliya...kenapa tidak turut dikenakan pertuduhan.....adakah kerana mereka penyokong tegar Haji hadi maka hanya seekor saja KAMBING HITAM yang dikorbankan.....korbankah kambing yang ada janggut tu sekali....

Anti Fitnah berkata...

Yang inikah KETUA PEMUDA PAS PP? Pemimpin pemuda 690 undi sahaja. Orang tua2 tu ada berkata, "Tin kosong kuat bunyinya."
Bayangkanlah kalau ketua 690 ini menjadi pemimpin di peringkat kebangsaan ... sudah tentu PAS akan parti 690 sahaja.
Kalaulah Pemuda PAS PP percaya akan kata-kata pemimpin 690 ini, maka kita dapat membayangkan betapa tinggi dan hebatnya mentaliti pemuda PAS ni. Masa depan akan menjadi lebih "cerah" dengan adanya pemimpin sebegini ....
Hidup Malaysia. Hidup PAS.

lagu tu laa berkata...

harap2 betoilah bukan cubaan,jangan hanya cakap saja,ambil tindakkan kat anak memali tu.dan jangan lupa bagaimana.mokta al ma'unah and geng tu.yg wat dema kat ibu pejabat pas ari tu .tak dak apa2 tindakakan pun sampai kesaat ni'kebal'sangat ka geng tu?

Tanpa Nama berkata...

Hukum hudud jangan LA d hina itu allah . kalau tak setuju diam aja.

Tanpa Nama berkata...

Ketua Pemuda PAS tak melakukan apa kesalahan sekiranya telah mendapat persetujuan dari semua Pemuda Kawasan Mungkin sebelum ini Pemuda kawasan telah memberi mandat kepada Ketua Pemuda PP tetapi apabila berlaku perbincangan PAS Permatang Pauh sepatutnya sokongan dan mandat tersebut diperbaharui Ramai pemimpin beranggapan mandat dan sokongan tersebut kekal

PAS kalau nak didik anak muda didik lah dari sekarang Bila yang muda berkelakuan macam ini harapan PAS untuk musnah lagi cepat

Bagaimanapun kita tak jelas fitnah apa yang telah Pemuda PKR kena kan ke atas Presiden sehingga ada tamat tempoh nya Rosak lah Islam

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

Mat peah.. tunggu mu pru 14.. mu declare la awal2 kerusi mana mu tanding.. kerusi yg mu yakin sangat tanpa pr mu bole menang..

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Bakal duta Malaysia ni.

Tanpa Nama berkata...

Tahap Ketua Pemuda Pas PP dapat undi 690 je...baik letak jawatan la.

Tanpa Nama berkata...

Ye ker berani ambik tindakan?????budak ni patut diajar maksud bersetuju utk tidak bersetuju...

Tanpa Nama berkata...

Duta? Duta Qu Puteh... atau Terlajak Laris.

Tanpa Nama berkata...

Yusni mat piah? Kah kah kah kah

Setahu aku Yusni ni nama perempuan macam Yusni Jaafar kah kah kah

Patutlah Yusni PAS perangai macam pondan.Kawan2 PR bertungkus lumus berjuang nak tumbangkan UMNO BN, mangkuk ni boleh bagi peluru kat musuh untuk tembak sesama rakan seperjuangan.

Yusni anak Mat Piah ni tak layak & tiada wibawa langsung jadi ketua pemuda negeri. Heran sungguh macam mana barua yang bila mucul saja mukanya di media pasti bikin panas ini boleh dilantik jadi ketua pemuda negeri? Tersangat hampasss !

Nak ugut & paksa AMK minta maaf kritik Hadi? Apa hang ingat Hadi tu Nabi kah?

Hadi kritik & kutuk Wan Azizah tak ada pulak AMK & PKR sampai merancau, mengugut paksa mintak maaf kalau tak kami takmo lagi kerjasama.

Itu parti yg hangpa kutuk sebagai parti sekular tapi akhlak depa lagi cantik.

Hang? Nama saja parti Islam tapi tunjuk akhlak buruk, pendendam. Khianat

Orang tengok air muka hang pun boleh nmpak hati perut hang memang busuk. Muka mat gian isap fit pun lagi berseri dari muka hang.

Waktu2 yg genting menghadapi peperangan pilihanraya, hang tergamak khianat. Makhluk berotak kampungan ni nak diangkat jadi pemimpin rakyat? Lingkupppp

Tanpa Nama berkata...

Tindakan PAS tak boleh buat dia miskin papa atau pun ber duit

Yang pasti habuan ikut cakap Hadi dan bebudak UMNO bukan tangan kosong saja

PAS tetap PAS tapi HUDUD tak boleh kaya ber gaya

Upah UMNO boleh beli Bentley lah....

Apa ada kesah....

Tanpa Nama berkata...

690 akan tinggal 90 je

Sebiji macam Nasha jugak muka nampak baik cakap suara tak padan dengan perangai

Timnajib Jomfikir berkata...

Ada harapan budak ni, utk jadi duta ke Asia timur.

Tanpa Nama berkata...

Kurang tarbiyah Ketua Pemuda nih

Zaki berkata...

Pemimpin tak bijak, tak panjang akal, hanya memiliki paradigma mudah, setiap pergerakannya mudah dibaca lawan. Dan akhirnya dengan tidak disedari dah menjadi kuda tunggangan lawan.

Tanpa Nama berkata...

singkirkan kumpulan UMNORINAS dalam PAS.

hadiahkan mereka songkok tinggi supaya senang dikenalpasti

muka2 macam tu tkkan bersama rakyat melawan GST.

sebb GST adalah anjuran kekasih gelap mereka...umno

mereka tk marah atau kata nk boikot pun GST, tp sangat samseng dgn rakan2 Pakatan.

ketika najib dan soi lek kata tknk laksana hudud tkde pun melenting, tp dgn DAP sgt melenting.

sudahlah UMNORINAS, rakyat dh kenal kemunafikan kamu semua.

tanggalkan kupiah tu segera dn pakai songkok tinggi cop GST