1 Apr 2015

[VIDEO] Anak Fadzil Noor Seru Tolak Tokoh PAS Yang "Api" Isu Hudud


Anak lelaki bekas presiden PAS Datuk Fadzil Nor menyeru perwakilan PAS agar menolak pemimpin parti yang diangggapnya "mengapi-apikan" isu hudud sehingga boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah.

Sebaliknya, Muhammad Faiz menyarankan supaya perwakilan PAS memilih pemimpin parti itu yang "mahu meneruskan legasi" allahyarham ayahandanya dan berjaya menempatkan diri dalam arus perdana politik negara.

Sambil menegaskan kenyataannya itu "bukan kempen" dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung, Muhammad Faiz menyebut nama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa antara pemimpin yang berjaya dilahirkan oleh almarhum ayahandanya.

"Ini pemimpin dalam PAS yang patut kita julang. Kenapa nak lihat beberapa pemimpin dalam PAS yang mengapi-apikan isu hudud ini, sedangkan mungkin mereka tidak ada kredibiliti di mata masyarkat.


"Seperti yang disebutkan oleh YB Liew Chin Tong, kenapa kita tidak meneruskan perjuangan Fadzil Nor. Jadi, marilah menyokong pemimpin PAS yang mahu meneruskan peruangan Fadzil Nor. (Ada) ramai," kata Muhammad Faiz sebagai ahli panel dalam sebuah forum hudud malam tadi.

Forum bertajuk Pro-Kontra Hudud Kelantan di pejabat Malaysiakini itu, turut membariskan MP Kluang Liew Ching Tong, Majlis Pimpinan Pusat PKR Khalid Jaafar dan Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin. Ia dimudahcarakan oleh Eekmal Ahmad.

Sebelum itu, Liew menjelaskan terdapat dua versi dokumen negara Islam dalam PAS iaitu versi Allahyarham Fadzil Nor yang mahu melaksanakan syariah Islam - tanpa menyebut hukum hudud - secara berperingkat dan versi Datuk Dr Haron Din bahawa hukum hudud mesti dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata kedua-dua pemimpin itu antara pemimpin arus perdana dengan memberi contoh Mohamad Sabu yang bakal mengetuai kempen rakyat anti-GST suatu hari kelak.

Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan wujud kumpulan tertentu dalam parti itu yang lantang menyuaraka nhasrat untuk keluar daripada Pakatan Rakyat, bahkan ada yang cuba mempertahankannya sepertimana wujud dalam DAP.

'Terus atau bunuh harapan rakyat'

"(Jadi kita (juga perlu) memberi teguran kepada ketiga parti. Ada yang masih mahu pertahanankan Pakatan Rakyat.

"Perwakilan (juga) bijak untuk menentukan mana pemimpin PAS yang mahu meneruskan harapan rakyat atau membunuh harapan rakyat," tegasnya.

Sebelum itu, Muhammad Faiz yang juga seorang peguam turut menjelaskan kekeliruan yang tercetus akibat permainan media massa berhubng Enakmen Kanun Jenayah Islam yang ingin dijalankan oleh Kelantan.

Menurutnya, kerajaan negeri ingin melaksanakan peruntukan kesalahan jenayah syariah yang sudahpun wujud dan dilaksanakan sebekum ini iaitu zina, qazaf, mabuk arak dan murtad yang mana sebelum ini ia hanya terhad kepada hukuman denda RM3,000, penjara lima tahun dan enam kali sebatan.

"Kita mahu menaikkan hukuman mengikut kehendak syara'. Kalau zina, sebat seratus kali.

"Empat kesalahan ini tidak menjadi isu, kerana telah diamalkan dan diteima oleh masyarakat.

"Yang tiga lagi, tidak akan dilaksanakan kerana masih memerlukan penelitian, kajian, dari sudut perlembagaan, ekonomi, maqasid dan kesesuaian.

"Ia terletak bawah kuasa federal yang memerlukan pindaan perlembagaan dan perlu mendapat sokongan majoriti dua pertiga," katanya.

Beliau yang juga ahli panel jawatankuasa penyediaan draf pindaan enakmen hudud Kelantan berkata pindaan terhadap Akta Mahkamah Sy-mkariah perlu dibuat bagi membolehkan kerajaan negeri itu melaksanakan empat hukuman itu.

Hudud: ‘Mahu beranak pinak, mesti ada teman wanita dahulu’ – Wan Ji

“Seseorang tak boleh bercerita tentang nak dapat anak, sedangkan dia ‘girlfriend’ pun tak ada.” Demikian analogi yang dikemukakan bagi menerangkan bahawa pelaksanaan undang-undang hudud perlu terlebih dahulu menyelesaikan beberapa syarat.

Panelis forum ‘Pro-Kontra Hudud Kelantan’, Ustaz Wan Ji Wan Husin ketika memberikan analogi tersebut menegaskan bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak boleh berlaku sekiranya keadaan ekonomi rakyat masih tidak terbela.

“Serupa juga kamu nak buat hudud tetapi dalam keadaan kamu tidak tunaikan perkara-perkara dasar yang perlu dilaksanakan,” ujarnya sambil menambah bahawa hudud tidak boleh lari daripada ekonomi.

Menurut beliau lagi ketelusan dalam pentadbiran belum dilaksanakan di Kelantan, memandangkan masih tidak wujud unit ‘hisbah’ seperti badan semakan yang wujud di Selangor dan Pulau Pinang, demi memastikan ketelusan dalam agihan hasil kekayaan negeri.

“Ketelusan dalam pentadbiran pun belum dilaksanakan lagi, itu merupakan antara benda-benda dasar yang perlu diselesaikan.”

Kebimbangan terhadap hudud, berasas

“Sudah ada negara yang cuba melaksanakan hudud, dan gagal,” ujar beliau di forum anjuran Malaysiakini dan JalanTelawi.com semalam.

“Sudan sebagai contoh, pernah cuba melaksanakan hukuman hudud tetapi gagal,” ulas Wanji merujuk hukuman bunuh ke atas seorang ulamak Islam yang terkenal di negara tersebut yang dituduh murtad ekoran perbezaan pendapat politik.


Menurut beliau, wujudnya keraguan dan kebimbangan terhadap pelaksanaan hudud adalah berdasarkan asas-asas yang boleh dilihat di seluruh dunia.

“Ulama Islam di Malaysia perlu menjawab segala keraguan ini sebelum melaksanakan hudud,” tambah beliau.

Dalam rangka melaksanakan undang-undang hudud, PAS Kelantan telah bertindak secara unilateral dan bertentangan dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat apabila ia meluluskan pindaan terhadap Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 pada pertengahan Mac lalu.

Ini diikuti rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan pelaksanaan undang-undang tersebut yang turut dilakukan tanpa konsensus Majlis Pimpinan Pakatan.

Dijangkakan RUU persendirian tersebut bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang menghadkan mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman maksima tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam tahun penjara sahaja.

Forum semalam turut menampilkan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar Khalid Jaafar, serta pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi PAS Negeri Sembilan Muhammad Faiz Datuk Fadzil Noor.


'Utamakan kedaulatan negara dari polemik hudud'

Keutamaan dan perhatian perlu diberikan oleh Pakatan Rakyat terhadap isu yang boleh menggugat kedaulatan dan keselamatan negara daripada asyik berpolemik mengenai hukum hudud, kata Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar.

Khalid yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PPKR berkata isu kedaulatan dan perubahan senario politik serantau yang boleh menggugat kedaulatan dan keselamatan negara, lebih penting daripada dikaburi polemik hudud.

Beliau memberi contoh mengenai persaingan ketenteraan antara Amerika Syarikat dan China di Lautan Pasifik dan perjanjian damai antara Bangsa Moro di Selatan Filipina dengan kerajaan negara itu.

"(Kerajaan) China meningkatkan kuasa ketenteraannya begitu pantas, dan Amerika Syarikat memberi reaksi akan memindahkan 60 peratus kekuatan tentera laut ke Asia Pasifik.

"Ini menjadikan Asia Pasifik sebagai tempat kepada persaingan ketenteraan yang paling dahsyat dalam sejarah manusia. Ini perkara besar yang tidak pernah dibincangkan dalam negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Pro-Kontra Hudud Kelantan anjuran bersama Malaysiakini dan Jalan Telawi Dotcom di Petaling Jaya malam tadi.

Selain Khalid, forum itu membaris tiga lgi ahli panel, iaitu peguam Muhammad Faiz Fadzil, MP Kluang Miew Chin Tong dan Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin. Eekmal Ahmad menjadi pemudahcara bagi forum itu.

Mengulas lanjut, Khalid turut mengingatkan mengenai kepentingan negara di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan apabila tentera laut negara besar timur itu mendakwa mereka menguasai kawasan di lautan itu.

Malah, katanya, Malaysia juga berdepan dengan kegagalan rundingan damai Bangsa Moro dan kerajaan Filipina yang dikhuatiri gagal dan akan menyebabkan berlaku limpahan pelarian ke Sabah.

"(Jadi perkara) ini menggugat keselamatan negara. Isu-isu seperti ini jauh lebih 'real' daripada persoalan yang dipolemikkan sekarang," katanya mengharapkan masyarakat Islam lebih berpandangan jauh dan luas berkaitan isu itu daripada memikirkan "perkara yang boleh membantutkan" kemajuan Malaysia.

'Siapa lebih jantan'

Sementara itu, Liew berkata isu hudud ini mencetuskan polemik cabar-mencabar "siapa lebih jantan" di antara parti bukan Melayu dan bukan sekadar hanya melibatkan pesaingan antara PAS dan Umno semata-mata.

"Ia persaingan antara parti Melayu. Utusan akan tanya PAS, kenapa tidak laksana (hudud). Umno akan tanya PAS, kenapa tidak laksana hudud. PAS akan tanya Umno, kenapa tidak benarkan pelaksanaan hudud.

"Di antara parti bukan Melayu dan surat khabar Cina, The Star, akan bertanya kenapa DAP sokong PAS, kenapa DAP tidak keluar daripada Pakatan Rakyat, kenapa DAP setuju dengan hudud. Ini politik siapa lebih jantan," katanya.

Katanya, isu hudud yang dibangkitkan dan usaha-usaha yang dilakukan untuk memecahkan Pakatan Rakyat adalah insiden yang hampir sama berlaku pada 2001 sehingga berpecahnya Barisan Alternatif.

Pemimpin DAP itu mengimbau beberapa peristiwa atau insiden politik seperti isu tuntutan Suqiu dan perkauman, polemik negara Islam yang dimainkan sehingga berpecahnya PAS dan DAP dalam Barisan Alternatif.

"Ia rasa seperti tahun 2001... Surat khabar Cina tanya DAP, kenapa tak keluar (Pakatan), Utusan tanya PAS kenapa tak keluar (Pakatan). Ini polemik siapa lebih jantan.

"Kita perlu memahami secara politik, kenapa kita perlu satu gagasan, gabungan politik yang menentang Umno dengan idea baru, idea yang boleh menyatukanpadukan parti supaya menjadi kerajaan pembangkang.

"Menang pilihan raya, (dan) jadi kerajaan dengan idea baru dan sentris yang memenangi hati semua kaum, bukan hati sekumpulan sahaja," katanya.

'Tunjuk sikap statemanship'

Mengulas berhubung isu polemik 'siapa lebih jantan' itu, Khalid menganggap polemik hudud lebih melibatkan PAS dan DAP dalam usaha untuk "merapati jurang perbezaan" demi meraikan penyokong masing-masing.

"Saya tahu PAS berdepan dengan orang Islam, DAP berdepan dengan kawasan di kalangan orang Cina, yang tidak boleh dikhinatinya, begitu juga PAS," katanya.

Sehubungan itu, Khalid secara khusus menasihatikan pemimpin tertinggi veteran dalam Pakatan supaya "tidak melatah" sebaliknya lebih menunjukkan sikap 'statemanship' untuk menerima satu sama lain.

"Kita tahu ia proses yang mengambil masa untuk faham," katanya sambil menambah PKR turut berdepan cabaran untuk memperkenalkan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB).






9 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Salam

Tahniah kpd forum yg d anjurkan

Berikut adalah cara untuk PAS kembali ke pangkal jalan ...

1. PR perlu gantung keahlian PAS untuk 1tahun. Dan sisihkan PAS dari PR
2. Lupuskan jawatan 3exco pas Selangor
3. Pas ibarat sudah d cerai talak 1
4. Pas kini janda buruk yg tidak ada negotiating power dan bersendirian
5. Pas di mainkan umno Left right 69..
6.pas perlu pilih BN atau PR
7. Pas gantikan presiden baru dan kembali kpd PR

Tanpa Nama berkata...

Memahami apa itu ISLAM?

ISLAM = pasrah sepasrah7nya kpd ALLAH

ISLAM = pasrah sepasrah7nya kpd stggi7CORE-univrsal-VALUE drp ALLAH sprt..

---AMANAH-taqwa-INTEGRITY
---KESUCIAN-telus-TRANSPERENCY
---Smutlak7KBNARAN-dan-Keadilan
---Sejujur2 smurni2 seIKHLAS2 budi
---kaseh mmBERI..No-SONGLAP/rompak!

ISLAM = mudah lg meMUDAHkan
ISLAM = seMUDAH sinaran CAHAYA mntari yg sgt2 terang ditengah2 HARI!

Ddlm surah Al-Qamar, surah ke-54..
ada 4 AYAT diulang2 betapa Quran itu sendiri adalah sulohan CAHAYA drp TUHAN yg "telah" pon diMUDAHkan!

Lihat & fahami..
--(54:22)
--(54:17)
--(54:32)
--(54:40)

"Sesunguh2nya Quran "telah" pon diMUDAHkan oleh TUHAN.."

Sbb itu sabda nabi SAW..
"ISLAM itu mudah lg meMUDAHkan"!



APABILA..

Apb ISLAM it umudah lg meMUDAHkan nape sengaja dicari jln2 @ ISTILAH2 samar-BELIT-kliru & klihatan sgt2 mnggerunkan lg SULIT mbingongkan!?

Cth nya..HUDUD?

Apa makna-DEFINASI yg "MUDAH" skali kpd HUDUD itu..

HUDUD = HAD2=batas2=aturan2=sepadan2

ALLAH mmerintahkan agar SENTIASA mnjaga aturan2-batas2-HAD2-@HUDUD yg tlh digariskan'NYA ddlm Quran!

Sprt..
--JANJI jgn ssekali dilanggar/dnodai baik dgn ssiapa pon jua HATTA dgn musuh2 Yahudi mahu pon KAFIR harbi!

--FITNAH adalah ksalahan yg jgn skali2 dlanggar KERANA ianya lebih dahsyat drp ksalahan mmBUNUH!?

--dan bnyk lg aturan2-batas2-HAD2 @HUDUD yg tlh pon digariskan oleh TUHAN agar jgn ssekali dilanggar!



JADI..
Berbalik kpd makna/ERTI/definasi ISLAM sbg CAHAYA-sbnr7kPASRAHan yg sgt mudah lg mMUDAHkan itu..

..alangkah molek-INDAHnya jk kita dpt mncari ISTILAH yg tidak mngelirukan & tidak MENAKUT2kan fikiran "awam" yg kbnyakannya masih ddlm KEGELAPAN!

Knape dgn SENGAJA disensasikan sebutan HUDUD itu yg dsamar KLIRUkan mnjd sgt2 MENAKUTkan padahalnya ia mrupakan aturan-batas2-HAD2-unvrsal sbg lambang ksempurnaan serta KEBIJAKSANAAN ygAZALI drp TUHAN..


ULAMAK itu pewaris nabi2

Tugas nabi2 as adalah ibarat CAHAYA yg trang lg MENERANGkan

Tugas nabi2 as adalah sulohan CAHAYA yg sntiaa mudah lg meMUDAHkan


KESIMPULAN..

Yg u-turn BELIT samar KLIRU & yg akhirnya mnjd GELAP lg mnyusahkan itu utk apa!?
..dan apakah NIAT dihati mrk?





Tanpa Nama berkata...

Hari ini 1 April bukan hari April Fool dimana rakyat Malaysia kena main dengan cukai baru GST yang berkuatkuasa jam 12:00 tengah malam tadi. Hasil pengenaan cukai tersebut hari ini sesetengah barang mengelami kenaikan sebanyak 6%. Yang mungkin merujakan ramai orang bukan sahaja barangan yang disenaraikan dikenakan GST, tetapi yang tidak disenaraikan juga mengalami kenaikan harga menuruti kadar GST itu.

GST samalah dengan keadaan banjir, kerana melimpahnya air laut disebabkan air pasang atau air hujan yang banyak. Bukan saja kolam, sungai dan muka kuala dipenuhi air, tetapi lorong dan lopak-lopak kecil juga ikut sama dimasuki air. Demikian dengan GST ia meratah semua jenis barang, cuma bezanya ada yang langsung ada yang tidak.

Kesannya rakyat terpaksa pikul biawak mampus.
GST samalah dengan air yang melimpah gara-gara air pasang dan hujan tadi yang membentuk banjir menyebabkan semua lubang dan lopak-lopak kecil turut sama disumbati air.

Jangan salah kepada sesiapa kalau kita "hamba tahi" rakyat ini kena bayar kos lebih. Kena salahkan kepada diri sendiri. Kitalah yang memberi kuasa kepada penguasa untuk mengenakan cukai ke atas kita semua. Jadi kalau kita semua terbeban dengan GST janganlah marah-matrah kepada kerajaan, marahlah kepada diri sendiri

Saya tidak fikir GST memberi apa-apa kesan kepada kerajaan yang memerintah kini. Ini termasuklah amaran Dr Mahathri Mohamad BN kononnya kalau GST dilaksanakan, ia tidak akan menjadi, kerana masih ramai dalam kalangan rakyat negara ini yang bodoh dan tidak sedih bila ditipu oleh pemerintah.

Paling menyedihkan ada rakyat yang sanggup berkorban membela kerajaan yang berlaku zalim kepadanya sendiri.

Wan Rosli berkata...

Diharap DAP berundur dari PR kerana kononnya Democratic Action Party.. tp sbnrnya Autocrat Action Party..

Tanpa Nama berkata...

Sambungan..

KERANA roh-NAFAS "kebaikan" yg tlh diturunkan sbg WAHYU ddlm KITAB2 samawi itulah maka kita dpt saksikan aturan2-sepadan2-HAD2-@HUDUD itu juga mnjd KWAJIPAN yg tlh ditiru ddlm syarikat2-ORGANISASI2-PARTI2-ptubuhan2 dseluruh dunia w.pon mrk TIDAK mndakwanya sbg HUDUD yg disensasikan..

PAS sbg sbuah PARTI juga mmiliki perlembagaan yg mnjd syarat PENTING skali dimana semua ahli2 trmsuk Presiden nya skali "MESTI/wajib" akur & patuh kpd aturan2-sepadan2-HAD2- @HUDUD yg sama2 tlh disepakati yg tlh dirujuk KHAS kpd Quran & Hadis!

Begitu juga dgn HARAKAH sbg lidah rasmi parti yg trlibat dgn prniagaan "wajib" ada aturan2-batas2-HAD2-@HUDUD trutama "AUDIT" yg dgn TERANG dpt mnyuloh-CAHAYA kpd ssiapa sja yg brniat mlanggar/korup yg coba songlap KELEPET duit organisasi itu biar SATU "sen" skali pon!

TETAPI..
Tetapi ddlm PAS telah bnyk skali pelanggaran2 aturan2-batas2-HAD2- @HUDUD yg Presiden PARTI sndiri mnodainya dgn dahsyat skali..

--mmFITNAH barua/broka kpd ahli
--maki & HALAU kluar ahli drp parti
--buat sorg2 tanpa mrujuk AJK parti
--putar u-turn BELIT sgt jijik/keji
--senyap2 WATIKAH2 licik diberi

Begitu juga dgn HARAKAH yg seolah ddlm GELAP tanpa "AUDIT" & tanpa caruman kbajikan utk kaki tangan yg meNERANGkan kpd umum sapekah WAJAH sbnr yg sggup brpura2 trjerit & trlolong2 hendakkan HUDUD itu pd hal nya mrk lah org2 yg TERANG2 tlh pon mlanggar sgl aturan2-batas2-HAD2-univrsal yg sgt2 SIMPLE itu yg mrk sndri TIDAK mnunjukkan cth trbaik utk mlakukannya trlebih dulu..

Adakah mrk LAYAK utk mlaksanakan angan2 "HUDUD-ilusi" mrk itu ATAU skadar kpura-puraan siPENIPU dgn dongengan HUDUD palsu!?





Tanpa Nama berkata...

Cuti bersalin dan cuti mingguan dilaksanakan sebelum wujud lagi Pakatan Rakyat, mangkuk oi!!! Lagi pun ia memberi kesan yg baik untuk semua dan mudah difahami oleh orang ramai. Hukum hudud yg dipelopori oleh PAS untuk dibawa ke parlimen itu pula ketika PAS bersekutu dgn PKR dan DAP dlm PR. Persoalannya, apakah PAS hendak memainkan peranannya secara berseorangan tanpa perlu penglibatan PKR dan DAP dari awal dan menghendaki (baca memaksa) dua parti itu bersetuju membuta tuli? Walhal mereka tidak dirundingi terlebih dahulu untuk pencerahan bersama.

Tanpa Nama berkata...

Muhammad Faiz menyebut nama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa antara pemimpin yang berjaya dilahirkan oleh almarhum ayahandanya.

Sudah terang lagi bersuluh !!

Salam GST !

Tanpa Nama berkata...

Semakin lama semakin dekat belang UG terdedah

Sebelum ini UG salahkan PASMA hendak memecah belahkan Ulamak dan PAS Kalau selalu ada forum macam ini satu satu individu yang akan tampil ke hadapan

Tanpa Nama berkata...

Anak Fadhil Noor lagi wibawa dari pada ulamak ulamak Keldai sedia ada dalsm PAS

Wajar di lantik Setiausaha ganti Stupido Stopa.