1 Apr 2015

Cita-cita Najib/UMNO Pecah-belahkan Pakatan Tercapai...


Kabinet tak bincang hudud, kata Nazri

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendedahkan bahawa jemaah menteri tidak membincangkan mengenai rang undang-undang hudud.

Ditanya mengenai pendirian Datuk Seri Najib Razak berhubung isu berkenaan, Nazri berkata perkara itu sepatutnya dijawab sendiri oleh perdana menteri.

Najib sehingga ini masih belum menyatakan pendirian rasmi BN berhubung rang undang-undang tersebut.

Para pemimpin BN telahpun bermesyuarat mengenai isu berkenaan pada 19 Mac, pada hari yang sama DUN Kelantan meluluskan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Dalam pertemuan itu, para pemimpin parti komponen BN menyatakan bantahan mereka ke atas pelaksanaan hudud.

Naib presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Najib akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut pada keesokan harinya.

Bagaimanapun, Najib masih berdiam diri dalam isu itu. Ini menyebabkan timbul spekulasi bahawa BN sendiri tidak berjaya mencapai kata sepakat dalam isu hudud.

Ada juga yang berpendapat, perdana menteri hanya menunggu Pakatan Rakyat berpecah-belah ekoran isu tersebut.

Pandangan seperti ini turut didukung oleh Nazri.

"Jika hudud merupakan satu isu yang akan memecah-belahkan Pakatan, saya harap begitulah,”
katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.



17 ulasan:

Waris berkata...

Hadi akan dikenang sebagai pemusnah harapan rakyat. Harap umur dia panjang agar dia dapat melihat sendiri kemusnahan yang telah dilakukan.

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi ingat dah jadi ulamak nombor dua di dunia Menteri BN akan patuh keputusan dia untuk membincang apa saja isu yang dia bawa termasuk hudud

Rasa nya tak ada pun kesan positif semenjak dia menjadi ulamak dunia nombor dua

Nazri cakap macam tu sebab Pakatan Rakyat masih bertahan walaupun hubungan PAS DAP tidak baik tapi belum berpecah Nazri kurang yakin hudud mampu memecah belahkan Pakatan Rakyat sebab isu yang sama juga di hadapi oleh UMNO dengan MCA dan MIC

Pakatan Rakyat hanya berpecah bila Hj Hadi terus menerajui PAS sebagai Presiden selepas muktamar

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih PAS.....TERIMA KASIH DAP...TERIMA KASIH PKR....BODOH DAN MUDAH DIPERBODOHKAN...MAKAN SEDAP2 SMUA...RAKYAT JUGA YG MENDERITA...

Putra IJ80 berkata...

Sya sekadar bersimpati....

Sikap TGHH menunjukan sikap sebenar org.Melayu

Terlalu mudah percaya tanpa sebarang keraguan atau syakwasangka....

Akibat nya menang sorak kampung tergadai......

Innalilahiwainnailaihirajion

Putra IJ80 berkata...

Sya sekadar bersimpati....

Sikap TGHH menunjukan sikap sebenar org.Melayu

Terlalu mudah percaya tanpa sebarang keraguan atau syakwasangka....

Akibat nya menang sorak kampung tergadai......

Innalilahiwainnailaihirajion

Tanpa Nama berkata...

seoerang ulamak dunia tapi mudah ditipu oleh musuhnya.. sadis.. bertuah betul pas dapatmakhluk bodoh ni

Tanpa Nama berkata...

Klu dh cakap berbeza2 alamat sampai ketika kita disebut "nyanyuk"berhenti lah jd presiden bg org yg berfikiran normal pulak memimpin pas ni....cakap presiden sejak akhir2 ni dh terkeluar dari rel landasan....fikiran jd x matang...bg ruang pemimpin lain pulak menyatukn pas ini disamping menguatkan pakatan rakyat bg menghadapi bn

maae berkata...

Bila perbuatan mungkar sendiri, pupuk kesalahan kepada orang lain. Dalam Islam, ada kah dosa sendiri boleh di tanggung orang lain? Ini lah hakikat kelemahan terserlah apabila suka menuding telunjuk !

Berbeza dengan kejahatan fitnah. Anda muflis di akhirat di mana pahala milik anda (jika ada) akan di agih-agihkan kepada orang-orang yang anda fitnah ! Jadi perbuatan Hadi, adakah sebab Najib ? Nazri dalam kerajaan sudah terkenal dengan sikap nya seperti "konon nya golongan progresif" dalam Pas. Siapa, tidak lain mereka yang menghina ulama-ulama mereka sendiri dalam Pas. Begitu lah Nazri yang bersikap melangkaui PM sendiri.

Dalam soal pendirian Najib pasal hudud, bukan satu perkara yang boleh di buat cara tangkap muat. Beliau pun menyedari hakikat hudud dan bersikap patuh kepada hukum Allah SWT seperti pernah beliau nyatakan sebelum ini. Dalam perjuangan Pas, agenda hudud itu seperti kata Haron Din, memang paksi kepada parti Pas. Itu lah intipati perjuangan mereka.

Jika Pas itu kredibel, langkah pertama sudah bermula. Semua terpulang kepada ahlul Pas dan pakatan tahaluf siasi nya. Malang nya, suara-suara himar terlalu banyak dalam Pas dan sekutu nya. Malah beberapa golongan ulama dan professional secara terang menolak hudud ! Memalukan !

Tanpa Nama berkata...

Memang itulah hasrat UNMO BN. Najib ak perlu keluar kenyataan tak sokong hudud tetapi melalaui menteri2nya sahaja sudah cukup. Pembentangan di Parlimen saja sudah dipermain2kan dgn pelbagai alasan. PAS perlu faham mainan ini. Sekarang PAS dah damage begitu juga DAP.

Tanpa Nama berkata...

Susah jugak PR nak berpecah melainkan kalau Hj Hadi tak belah atau di belahkan oleh muktamar nanti

Jika PR masih bersatu UMNO tetap mendabik dada sebab sukses memperdayakan Hj Hadi Ulamak nombor dua beb Sepatutnya untuk menjaga air muka Hj Hadi UMNO sepatutnya buat buat lah ada dua tiga pemimpin nya yang lantang menyokong Hj Hadi atau Bahagian di negeri lain menyuarakan sokong hudud dan memberi peringatan pada bukan Islam jangan masuk campur Ini pun UMNO tak berani buat !

Bila Mesyuarat Raja Raja menafikan hudud tak di bincang dan Kabinet pulak mengaku hudud tak di bincang dan Najib sampai hari ini perkataan 'hudud' di haramkan keluar dari mulut nya dimanakah kebijaksanaan Hj Hadi ?

Apa apa kerja mesti di buat dengan ikhlas Tapi ikhkas tak ikhlas hanya Allah yang Maha Tahu Hj Hadi kata bila UMNO Kelantan sokong itu permulaan yang baik Jangan soal UMNO ikhlas tak ikhlas Jelas UMNO tak ikhlas pada PAS Ikhlas pada Allah hanya Allah yang Maha Tahu

Tanpa Nama berkata...

Ibu jari Nazri dah ternampak macam nak terkeluar

Dah lah kena bodoh

Tanpa Nama berkata...

Indonesia yang merupakan negara yang mempunyai ramai umat Islamnya tetapi cuma hudud berlaku di Acheh.
Ok. Di Malaysia PAS tidak seharusnya menuding jari menyalahkan sesiapa dalam soal memperjuangkan hudud.
Hudud adalah intelektual agama kerana ia perintah Allah.
Jangan salah kepimpinan UMNO kerana latarbelakang ahli politik mereka tidak seperti PAS.
Apakah kerajaan PAS Kelantan menguasai intelektual Islam untuk mengupas hudud dan melaksana hudud.
Saya yakin sekiranya PAS ilmiah tentang hudud maka memang wajible negeri Kelantan ditadbir dibawah perundangan Syariah,hukum Islam.
Jadi berhentilah mengeksploitasi hudud sebagai bahan politik.

Tanpa Nama berkata...

Kah..kah..kah....gang UG......tipatetipu..tipatetipu

Tanpa Nama berkata...

bangganya Hadi dan group UG?

Tanpa Nama berkata...

dulu lagi TGNA tak percaya UMNO, hanya TGHH, Nik Abduh, tantawi dan geng Ug percaya pada UMNO..

Tanpa Nama berkata...

bila menjadi sekutu APCO yahudi, adakah kita boleh percaya? yahudi nabi pun mereka nak tipu

Tanpa Nama berkata...

Tak apa, tak apa. Semua masaalah rakyat Malaysia ni, Najib punya pasal! Apa ada jasa Najib? Siang malam dia pikir nak jahanamkan Malaysia aja! Porda Najib!