14 Apr 2015

Ahmad Awang Bantah Haji Hadi: Kemelut PAS Bukan Perkara Kecil


Kemelut dalam PAS bukan perkara kecil, Ahmad Awang bantah Hadi

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang menyifatkan masalah yang sedang melanda parti itu sangat teruk, tidak kecil seperti dakwaan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jika dibiarkan berterusan, parti boleh hancur, kata Ahmad yang merupakan salah seorang calon yang layak bertanding kerusi presiden pada pemilihan parti yang akan datang Jun ini.

"Presiden kata ia perkara kecil. Apa yang ada sekarang ini bagi saya sangat teruk, dan jika terus dibiarkan, ia boleh menghancurkan parti," kata ahli Majlis Syura Ulama itu.

Beliau berkata, badan tertinggi parti Islam itu juga mahu pimpinan parti tidak membiarkan apa yang berlaku begitu sahaja, tetapi perlu menghentikannya segera.

"Jika ini caranya dan dibiarkan oleh parti, ini bukan saja tidak demokratik tetapi bercanggah dengan prinsip perjuangan PAS,"
kata Ahmad yang kini turut menjadi mangsa “permainan politik” yang berlaku dalam parti itu sekarang.

Beliau yang juga bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu mendakwa, pihak tertentu sudah mula mengenakan tekanan kepadanya, termasuk menghentikan kuliah beliau di masjid.

Ia dibuat ekoran tulisan beliau yang didakwa mengkritik cara kumpulan ulama dalam parti itu berkempen dan juga ekoran pencalonan yang beliau terima untuk bertanding jawatan presiden PAS.

"Setiausaha sebuah masjid menghantar SMS meminta saya menghentikan kuliah, selepas dinasihatkan Jawatankuasa Harian PAS kawasan, meminta saya direhatkan dari mengajar di masjidnya," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Ahmad yang sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan itu berkata, jika beliau memutuskan untuk bertanding, PAS perlu pastikan amalan demokrasi diamalkan dengan baik.

Beliau juga mengkritik sikap Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang baru dilantik, yang membuat kenyataan terbuka agar Hadi dikekalkan sebagai presiden.

"Ia tidak wajar dilakukan. Ia satu penyalahgunaan kuasa. Kerana kedudukan dia itu ada pengaruhnya,"
kata Ahmad yang turut kesal dengan kenyataan beberapa pesuruhjaya negeri yang seolah-olah memaksa PAS kawasannya menyokong calon tertentu.

"Bertanding bukan bermakna kita berseteru. Tetapi sekarang, seolah-olah kita mahu berseteru dengan rakan yang kita tandingi," katanya.

Beliau juga kesal dengan serangan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dibuat melalui baju-T yang dijual di Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran Dewan Ulama PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur, Sabtu lepas.


Dalam himpunan itu, seorang penjual menjual baju yang tertulis "Yes to Hudud, No to Mat Sabu" di sebuah gerai di himpunan itu.

"Mungkin pihak penganjur boleh kata mereka tidak tahu. Tetapi sekarang mereka sudah tahu, tindakan perlu diambil oleh mereka.”

Ahmad melepasi syarat minima 2 pencalonan pada Sabtu apabila mendapat pencalonan untuk bertanding kerusi presiden parti Islam itu dari Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Jelebu, Negeri Sembilan selepas mendapat pencalonan dari Parit Sulong sebelum ini.

Selain beliau, Datuk Husam Musa juga layak bertanding selepas mendapat pencalonan 8 kawasan di seluruh negara. Pada Sabtu, beliau menerima satu lagi pencalonan iaitu dari Tanjung Piai, Johor.

Menjelang muktamar PAS ke-61 Jun ini, Hadi mendapat cabaran getir sejak hari pertama apabila kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat, iaitu Kota Baru, Kelantan, tidak menamakan beliau sebaliknya mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden.

Namun, Tuan Ibrahim menolaknya, menyebabkan pencalonan beliau kekal satu dan tidak berubah sehingga kini. Setakat ini, 22 kawasan mencalonkan Hadi mengekalkan jawatan presiden.

Parti itu dilanda krisis dalaman akibat perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) – PAS, DAP dan PKR.

Antaranya ialah langkah PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang yang berkaitan.

Kemelut itu berpanjangan apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai calon untuk jawatan menteri besar, tetapi tidak dipersetujui PAS, terutamanya Hadi, walaupun PKR dan DAP setuju hanya satu nama harus dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Keadaan menjadi bertambah buruk dengan keputusan PAS Kelantan meminda Enakmen Jenayah Syariah II negeri itu, dalam usaha membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan, disusuli tindakan Hadi membelakangkan PR dengan memohon membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat, bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965.

Tahun lepas, akibat keadaan yang tidak stabil dalam PAS itu, beberapa ahli parti Islam itu memutuskan menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) bertujuan mengukuhkan hubungan dalam pakatan pembangkang. -TMI

Pertelingkahan dalam PAS ‘sangat kecil’, kata Hadi

Perbalahan yang berlaku dalam PAS ketika ini 'terlalu kecil', kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sambil memberi jaminan parti itu masih teguh dan akan kekal untuk terus maju.

Presiden PAS itu berkata, parti itu pernah berdepan krisis yang lebih besar, termasuk tindakan kepimpinan tertingginya meninggalkan parti sekitar 1950-an dan 1960-an, namun PAS tetap tidak terjejas.

"Apa yang digembar-gemburkan media hari ini, kecil sangat.

"Masalah dalaman parti tidak jadi masalah, pada 1950-an, pernah berlaku. PAS tidak mati. Tahun 1960-an, berlaku krisis, beberapa kepimpinan PAS keluar parti, PAS tidak mati, terus mara ke depan," katanya.

Belau berkata demikian pada program dialog Nadwah Fiqh Ikhtilaf di Shah Alam, hari ini, yang dihadiri lebih 300 peserta.

Beberapa insiden melanda PAS sejak krisis dalam Pakatan Rakyat (PR) tercetus apabila terdapat beberapa percanggahan dan pertelingkahan antara parti itu dengan rakan sekutu mereka, DAP dan PKR.

Antara isu yang menjadi perhatian ialah tindakan PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor melibatkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, yang dikatakan tidak dipersetujui PAS.

Krisis berkenaan turut berpanjangan apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ingin dilantik sebagai menteri besar dan PAS sekali lagi membantah meskipun DAP dan PKR bersetuju menghantar satu nama kepada Sultan Selangor.

Krisis antara PAS dan rakan dalam PR berterusan apabila PAS Kelantan memutuskan ingin melaksanakan pindaan terhadap Enakmen Jenayah Syariah II negeri itu, yang membolehkan undang-undang Islam dilaksanakan.

Susulan beberapa insiden, segelintir pemimpin PAS menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang bertujuan mengukuhkan kedudukan PR.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum ini dilaporkan berkata, penubuhan badan bukan kerajaan itu bukan untuk menggantikan PAS sebaliknya untuk pengukuhan PR.

Beberapa pemimpin tertinggi PAS bagaimanapun melahirkan rasa tidak senang dengan PasMa.

Susulan kritikan dan kecaman beberapa pihak, Phahrolrazi melepaskan jawatannya di dalam PAS bagi membolehkan beliau bergerak bersama PasMa tanpa sebarang gangguan.

Majlis Syura Ulama PAS dan Jawatankuasa PAS Pusat juga mengeluarkan arahan agar kepimpinan PAS tidak terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa.
-TMI


ULASAN GB

Jika dulu hanya UMNO saja sekat ulama PAS dari mengajar di masjid. Kini orang PAS sendiri halang ulama PAS beri kuliah di masjid.

"Setiausaha sebuah masjid menghantar SMS meminta saya menghentikan kuliah, selepas dinasihatkan Jawatankuasa Harian PAS kawasan, meminta saya direhatkan dari mengajar di masjidnya,"

Semakin teruk dah perangai dan sikap golongan pro-ulama dalam PAS. Tapi dibiarkan oleh pimpinan tertinggi PAS. Kerana tindakan-tindakan kumpulan itu dilihat memberikan keuntungan kepada golongan ulama walaupun dengan kaedah yang tidak Islamik.

18 ulasan:

air gunung berkata...

Adoiiii...
perangai saper yg dah diikut neh...
betol2 gantai umngok

Tanpa Nama berkata...

Pil Kuda Barua U Turn Tak hadir mesyuarat Sidang Parlimen Pukul Zul Bakar Kereta UG yang membelakangkan muktamar bagi PAS (Hj Hadi) perkara kecil?

Apakah dah jadi macam penganas baru si katakan perkara besar?

Tak salah lah sekiranya ada yang menyangka PAS (Hj Hadi) ala ala penganas Selama ini kita yang kutuk ISA dan POTA di selamatkan oleh akta tersebut

Tanpa Nama berkata...

Kegilaan apakah ini?
Ya Allah selamatkan parti PAS.
Kurniaan kami pemimpin yg dapat menyelamatkan bahtera ini.

Tanpa Nama berkata...

org kata masjid tu rumah Allah. skrg dah jadi rumah hadi? kalau tak sokong hadi tak bleh pegi masjid?

apa hukum menghalang org menyebarkan ilmu?

IrWrWs berkata...

Sudah pasti pihak pasma nk tunjukkan bhw kekacauan yg dibawa memberi impak besar. Tp yg berlaku adalah sebaliknya bila TGHH berpandangan bhw ianya kecil shj.. mana x kecewa nya ust ahmad awang..

Malaysiabaru berkata...

Hadi awang adalah extremis dan pengganas islam sesat yg d bawa pas!

Dulu pak lah hadhari

Hari ni hadi sunnah Wal sesati jamaah mati

Unknown berkata...

Jika begini akhlak mereka, maka mereka tidak lagi sesuai menggunakan Islam sebagai landasan perjuangan. Rakyat Malaysia akan memilih pemimpin lain yang benar-benar mengamalkan akhlak Rasulullah saw.

Tanpa Nama berkata...

PAS kena ingat yang dulu bila UMNO kata UMNO kuat PAS kata tidak ada yang kekal dan yang Kekal Allah

PAS umpama IPF hidup segan mati tak mahu Menumpang belas kasihan Presiden UMNO serta Perdana Menteri Malaysia

Hj Hadi yang membarua kan orang Bukan dia yang kena dalam hal ini Kena kat dia baru lah dia kata perkara besar

Islam ialah kesempurnaan Kesalahan yang kecil pun perlu di beri perhatian dan jangan di ulang ulangkan Selepas bakar memukul sekarang sampai berpolitik dalam mesjid Tindakan yang berulang ulang dengan cara yang tak sama Kelemahan kita sebagai manusia pun perlu di perbaiki !

Apa yang di sampaikan oleh Subky Latif tak diberi perhatian baik Hj Hadi atau Kawasan yang masih mencalun Hj Hadi Iaitu setengah dari ahli PAS yang ada sekarang ini adalah hasil pergolakan UMNO yang menfitnah Anwar Yang setengah ini lah yang akan meninggalkan PAS

Tanpa Nama berkata...

Yes...bagus....pas semakin berpecah....bagus...strategi kita berjaya....akar umbi dorang pun dah x bersatu....bagus....pas mesti berpecah dan bergolak....biar mrk berpecah...jgn satukan pas....thank u hj hadi...din ayam...zuhdi...dll...thank u sangat...

Tanpa Nama berkata...

GB,

Ustaz Ahmad Awang adalah sosok pengganti Tuan Guru Nik Aziz.

otoote berkata...

inche wan rosli.....kalu baru telan pil kuda....jgn menulis sbb hasil tulisan tu merapu meraban....

Tanpa Nama berkata...

Bagi pas...akhirat no.1..dunia no.2...bagi pakatan dunia no.1 ..akhirat masing2 lubang kubur...renung2lah

Tanpa Nama berkata...

biarlah semua yang ada dalam Pas dari segi pemimpin, ahli, penyokong dan pengundi hanya ulamak, baru Pas maju..

Bat8 berkata...

TGHH silap. Selama ini krisis dalaman PAS hanya melibatkan perbezaan idea dan tidak melibatkan pihak luar. Pihak yang bertentangan masih berakhlak dgn akhlak Islam. Tidak ada mengelarkan pihak lain dgn gelaran munafik dsbnya. Tidak ada pihak menggunakan parti untuk menindas pihak lain.

Tanpa Nama berkata...

Setelah sekian lama berlaku perbalahan dan macam macam hal yang di buat oleh Tuan Presiden dari dulu sampai sekarang Tuan Presiden boleh kata 'perkara kecil'

Pemimpin tertinggi PAS sebelum ini bukan macam sekarang Mereka tinggalkan parti walaupun kepimpinan dan tindakan mereka di pertikai walaupun baru 'sedikit' Mereka berundur sekiranya ada pencalunan lain untuk mengelakkan kejadian seperti sekarang ada baju t-shirt macam macam

Tanpa Nama berkata...

Bat8, usah dilayan wan rosli tu. Dia mana paham analisis saudara. Otak kemetot!

Tanpa Nama berkata...

kecil di Terengganu dan Kedah, akhirnya tumbang, kecil di Pas Pusat, yang penting Ulama menang, Pas kalah pilihanraya juga perkara kecil

Tanpa Nama berkata...

hadi kt pertelingkahan dlm PAS sgt kecil.

yg besar ialah menentang keputusan dia.. blh dituduh barua dn dibeli.

hadi masih lagi menyokong syiah iran bashar dn hezbosyaitan. adakah hadi sudah bertaraf ayatullah?

sbb ayatullah dlm syiah adalah maksum dn tkleh disanggah.

syukur kerana masih ada ulamak (Ust Ahmad Awang) yg lebih bijak dlm PAS. kalau dia org professional sudah tentu lebih mudah UG nk hentam.

so golongan professional tidak keseorangan, masih ada ulamak baik yg bersama dan faham situasi.