3 Apr 2015

800 Aduan GST: Ahmad Maslan Menipu Di Dewan Rakyat


Jangka 80,000 aduan, tapi 800 saja'

Sehari selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan meluahkan rasa terkejut apabila “hanya” 800 aduan berkaitan cukai baru itu dibuat.

Katanya perkara itu menunjukkan permulaan baik kepada pengganti cukai jualan dan perkhidmatan (SST) itu.

“Pada mulanya kami jangkan mungkin ada 8,000, 18,000 atau 80,000 aduan, memandangkan rakyat Malaysia sebanyak 30 juta,” katanya.

Beliau berkata kerajaan hanya menerima 815 aduan berhubung langkah kerajaan melaksanakan GST, sebuah cukai kontroversi yang ditentang aktivis dan pembangkang.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sapawi Ahmad Wasali (BN–Sipitang) berhubung tindakan kerajaan untuk membendung aktiviti memasukkan bayaran GST untuk barangan berkadar sifar atau dikecualikan.


Sapawi juga membangkitkan kemungkinan pengguna dikenakan bayaran berganda SST dan GST.


Menteri: 23,000 aduan mengenai GST semalam

Kerajaan nampaknya memperolehi laporan yang bercanggah mengenai jumlah aduan berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata lebih 23,000 aduan mengenai GST telah difailkan melalui aplikasi MyKira GST semalam.

Ini bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan bahawa terdapat hanya 800 aduan mengenai GST semalam.

Daripada 23,871 aduan yang telah dibuat melalui MyKira GST semalam, 8,618 aduan adalah mengenai harga di luar margin (keuntungan yang boleh diterima), kata Hasan kepada pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Kementerian Hasan telah membangunkan aplikasi MyKira GST bagi membolehkan pengguna menyemak harga lebih 10,000 barangan.
-mk



ULASAN GB

Ahmad Maslan memang suka menipu. Dan angka 800 memang menjadi angka kegemarannya untuk menipu. Dahulu semasa banjir beliau menpu mengenai jumlah peruntukan bantuan banjir yang kononnya berjumlah RM800 juta.

Sedangkan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab mendedahkan bahawa peruntukan banjir hanyalah RM41 juta yang diluluskan.

Sekarang angka 800 lagi. Cuma 800 aduan mengenai GST, sedangkan Hasan Malek menyatakan ada 23,000 aduan.

Ahmad Maslan perlu diheretkan ke Jawatankuasa Parlimen kerana memberikan maklumat palsu di Dewan Rakyat.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memamg tidak pelik jika puak ni menipu ..
tapi yg pelik dan ajaib jika pro Ularmak percaya pada puak penipu ini utk UG dan ...

Tanpa Nama berkata...

zion bertopengkan aka berkaki tangankan perompak yg disanjungi kenyang melantak hasil negara.. Penjajahan berterusan tanpa tali yg zahir..

Tanpa Nama berkata...

UMNO hidup dengan cara menipu tuk kekal ksya ber gaya

Hudud adalah per mainan UMNO

Ysng rugi hsnya lah PAS dan orang orang Melayu yang papa kedana miskin di tanahair sendiri.

asri adnan berkata...

BN Menang Rakyat Senang
GST
BN Menang Rakyat Senang
Beli Jet baru
BN Menang Rakyat Senang
1MDB
BN Menang Rakyat Senang
Bela lembu dalam kondo
BN Menang Rakyat Senang

Tanpa Nama berkata...

Orang2 yg suka menipu ni... Berada di dalam 'BAHAYA' di akhirat nanti...

Tanpa Nama berkata...

Lumrah
Tipu berkali kali pun pro UG akan terima Dah berabad berganti bersilih silih tak akan mampu berubah So baik join

Ini lah sebabnya bila ikhlas tak ikhlas dah jadi tak penting Hanya Tuhan sahaja yang maha tahu




Tanpa Nama berkata...

Jumlah 800 aduan tu untuk ahli UMNO Makcik Felda Penyokong BN Orang Kampung

Yang 23 000 tu tak masuk TV3suku

Tu sebab ada dua Menteri Tugas lebih kurang sama cuma nama portfolio je lain

Jumlah 23 000 tu pun bukan boleh pwrcaya Lagi handal dari 800

sahak berkata...

Bg dia org akhirat tuu..cerita lain...politik suku agama suku...

ibnu ismail berkata...

Ahmad Maslan ni seperti suatu watak yang sengaja diwujudkan. Kebanyakkan alasan diberikan seperti Pak Pandir yang kadang2 difikirkan oleh masyarakat logik. Saya jangkakan bila rakyat semakin marah nanti, watak ni akan dilenyapkan utk meredakan kemarahan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Dah ada ciri munafiq. Suka menipu. Apalah rakyat masih buta dengan sifat Ahmad Maslan? Pru14 pastikan Ahmad Maslan Al-Munafiqoon tewas besar.

Anti Fitnah berkata...

Di Malaysia, kalau tak bohong, maka tak ada peluang jadi Menteri.
Puak UG saja yang suka masuk lubang biawak dengan alasannya kononnya untuk kesejahteraan bangsa Melayu. La GST ni bukan sahaja untuk "kesejahteraan Melayu" sahaja, malahan mat menggembirakan Melayu.
Sebab apa? Kan menteri kata GST hanya dikenakan pada orang kaya sahaja. La ni Melayu dah kaya. Sudah pasti lebih 90% Melayu dah kaya. Alhamdulillah. Orang Cina dok marah pasal mati pun kena GST sebab barang untuk depa sembah mayat pun dikenakan GST. Hehehehe ...
Tahniah Kerajaan Malaysia dah mampu melahirkan ramai orang kaya di Malaysia terutama Melayu (tiba-tiba jadi kaya).

Tanpa Nama berkata...

Ulama pas termulia tersuci ilmu tertinggi.

Tanpa Nama berkata...

Bukan pertama kali, dulu dia menipu dalam parlimen....umno dan gemberang mmg xbleh dipisahkan. Cuma yang peliknya, masih ada yang suka tertipu...tepuk dada, Tanya IQ

Tanpa Nama berkata...

Sesak dada gst ada 95% barang naik harga,budak budak jual burger dengan tokey cd haram tepi jalan pon naik harga,dah la harga naik gst pon kena jugak, 16% tak ade, peniaga bijak naik je harga dapat cover 16% lepas tu dapat untung lagi 6 sen

oman juki berkata...

Sebelum GST di lancarkan harga topup (u mobile ) rm30 saya beli dan bayar pada penjual rm30 juga, tetapi selepas get di lancarkan harga kad topup rm30 yang baru saya beli harga saya kena bayar rm31.80. Ini bermakna harga naik rm1.80.

Saya orang awam ingin penjelasan.