20 Mac 2015

UMNO Sokong Hudud Hanya Untuk Pecah-belahkan Pakatan Rakyat


Hudud mungkin tak sempat ke sidang Parlimen kali ini, kata Shahidan

Rang undang-undang persendirian berkaitan hudud yang ingin dibawa PAS ke Parlimen berkemungkinan tidak sempat dibacakan pada sidang Dewan Rakyat kali ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini, Shahidan berkata senarai jadual persidangan setakat ini tidak menyatakan rang undang-undang persendirian itu akan dibawa.

"Mungkin tidak sempat sebab program kita sudah penuh.

"Kita 9 April Parlimen sudah habis, macam mana pun kita tengok senarai, dalam senarai tiada," kata Shahidan.

Persidangan Dewan Rakyat mesyuarat pertama penggal ke-13 Parlimen kali ini bermula 9 Mac lalu dan akan berakhir 9 April hadapan.

Sidang Dewan Rakyat mesyuarat kedua penggal ke-13 untuk tahun ini pula dijangka akan berlangsung bermula 18 Mei hingga 18 Jun hadapan.

"Saya ingat ia terpulang kepada Speaker (Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia), ini rang undang-undang persendirian," katanya yang juga ahli Parlimen Arau.

Kerajaan negeri Kelantan berjaya melakukan pindaan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) hari ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu sebulat suara menyokong usul pindaan berkenaan.

Usul pindaan enakmen berkenaan yang dibacakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob semalam mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan melalui undian suara yang tiada menyatakan bantahan terhadap enakmen berkenaan.

Ahmad semasa menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata, pelaksanaan hukum syariah di Kelantan akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memberi kefahaman rakyat mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan. – TMI


ULASAN GB

Meskipun kesemua ADUN UMNO menyokong pndaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) , namun ia masih belum dapat dikuatkuasakan kerana pindaan perlu dibuat di peringkat Parlimen untuk membolehkannya dilaksanakan.

Sekarang dah tersangkut. Belum apa-apa lagi dah ada MP-MP UMNO BN menolaknya. Menteri di JPM seperti dilaporkan di atas, menyatakan RUU itu tidak dapat dibacakan pada persidangan Parlimen kali ini, satu usaha untuk melengah seterusnya menggagalkan RUU itu di bawa ke parlimen kerana UMNO BN tahu jika dibawa ke Parlimen parti itu akan ditentang hebat oleh rakan-rakan komponennya, MCA, gerakan, MIC dan lain-lain.

MP Pulai pula telah berterus-terang sudah menolaknya.

Jadi apakah ertinya kesemua ini....

Perkara pokok ialah UMNO BN berjaya mengharu-biru dan memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, tiada ketegasan dan tidak istiqamahnya Presiden PAS sendiri terhadap hudud. Dahulu Presiden PAS sendiri yang menyatakan "Hudud Bukan Keutamaan". Sekarang, ini, terimalah dan akurlah jawapannya....Hukum kebenaran dan keadilan tidak pernah menipu!



Jangan persalahkan orang lain. PKR dan DAP berhak untuk tolak hudud. Itu kenyataan Presiden PAS juga. Yang PAS sekarang tiba-tiba percaya sangat UMNO menyokong hudud itu apa pasal....tunggu esok apa kenyataan ketua no 1 UMNO, DS Najib pula...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengeluarkan kenyataan berkenaan pendirian Putrajaya berhubung Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) -petikan TMI

Mengapa PAS tak cerdik cerdik lagi berpolitik??

54 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selepas ketiadaan TGNA Pas sudah hilang pedoman..moga2 Datuk Husam dapat tampil secepat mungkin sebagai penyelamat.

Tanpa Nama berkata...

Peduli apa esok on cakap apa? Yang penting pas telah berjaya dapat sokongan umno dapat luluskan di ktan.

Penduli apa lagi Yang penting dah terbukfi kebolehan, kemulian da kesucian pas.

Tanpa Nama berkata...

Pas = Parti Asik Sajer u turn

Tanpa Nama berkata...

bila sokong, pastinya ia satu respons yg positif...adakah kerana Allah ke tidak, itu soal qalbu...tak payah ditafsirkan sangat 'coz Allah maha mengetahui...yg bentangkan adalah org politik..yg sokong pula org politik..so it's a political decision. Ini a good start tapi yg lebih cantik jika yg bentang ulama pas & yg sokong pula ulama umno...this is slightly smarter 'coz ianya memberi petanda yg ulama umno & ulama pas dah mula nak berdamai...bersepakat..selaras dgn konsep ulama pewaris nabi..agak kurang wajar jika dlm negara ada 2 kelompok ulama yg dilihat berpolarisasi semenjak 7 generasi yg lalu..menyebabkan org awam mengalami cognitive dissonance melihat keadaan perpecahan dikalangan ulama yg jelas bertentangan dgn seruan Ilahi....

sb dehlawi berkata...

btul tu cikgu GB, dlam hal hudud ni, nyata sekali PAS kena tipu. . klau sampai ke dewan rakyat pun, mustahil yb umno nak sokong kerana ia berisiko kehilangan rkan kompenan dlm BN. akhirnya hudud ini diperam jadi pekasam. yg pasti hubungan dlm pakatan sudah retak akibat kebodohan lebai-lebai berpolitik.

Amuraria berkata...

SOKONG bawa rebah ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Yang lebih menghairankan adalah mengapa bila sahaja To Guru Nik Aziz kembali ke rahmahtullah ,tak sempat apa2 terus kelamkabut mencanangkan Hudud.selama Tok Guru memrintah takada pun isu ini dibangkitkan kerana selagi ada tok guru pemerintah BN akan halang apa juga cadangan tok guru,bila takada tok guru amboi mudahnya Bn bekerjasama dengan Pas.sehingga berlinang air mata bercerita tentang hudud,Kiat yang dibawah ni resah dibuatnya.kalau kita komen tentng hudud dikatakan tidak beriman.kalau kita diam seolah2 kta bersetuju dengan rancagan Umno yang berhasrat memcahkan Pakatan,sayang peminpin Pas tidak perihatin dengan taktik Umno.bodoh taknak mampus.maaf,geram denagn peminpin ulamak pas yang yang bijak

Tanpa Nama berkata...

Apa yg GB cuba maksudkan. PAS cukup matang utk mengenali UMNO. Ko jgnla nak mengeruhkan keadaan. UMNO tetap musuh bersama dlm pakatan. Jika UMNO nk pecah belahkan pakatan(dlm konteks ni mmg nmpk kebodohan dan tak matang pd PKR dan DAP), ingatlah perancangan Allah mengatasi perancangan makhluk... buat apa nak takut. GB asyik tembak kepimpinan PAS, salah sendiri xperasan. TGHA & Mat Sabu harus dikekalkan....

Tanpa Nama berkata...

Ini kemenagan Umno mengunakan taktik sokong hudu dan memperbodohkan ulamk Pas,tunggulah dan kita tenguklah apa akan berlaku ,adkah hudud akan berjlan sperti kehendak ulamak pas atau hudud akan terhenti begitu sahaja,waliyazubillah.

Tanpa Nama berkata...

Kalu bukan skrg, adakah selepas pr menang pilihanraya dan jadi kerajaan kemudian baru boleh dilaksanakan hudud? adakah selepas tu dap boleh terima? Dap sampai bila2 pn takkan terima. Sampai masa kita kena pilih antara syariat agama atau kelebihan politik kita wajib mendahulukan agama. Maaf tiada kompromi soal agama.

Tanpa Nama berkata...

Pkr dan dap berhakntolak hudud, itu Hj Hadi yg sendiri kata.

Memang perancangan Allah mengatasi perancangan makhluk tetapi Allah suruh kita berjuang dgn ilmu, bukan berjuang secara melulu.

Anti Fitnah berkata...

Selama ini aku dok ingat MP UMNO Bodoh (Menteri), rupa-rupanya MP dan ADUN PAS lagi BODOH.
Dengan mendapat kelulusan di DUN, adakah ini sudah merupakan satu KEJAYAAN bagi PAS atau membawa PAS ke lubuk penghinaan. Kebanyakan rakyat Malaysia sedar dan tahu bahawa tiada undang-undang yang boleh mengatasi Perlembagaan. Suka atau tidak, itulah hakikatnya.
Semua tahu bahawa kita perlu mengubah Perlembagaan terlebih dahulu, barulah Hudud itu boleh dilaksanakan.
Di Parlimen, siapa yang paling ramai ahlinya kalau bukan UMNO. Kenapa selama ini UMNO tak sokong HUDUD? DAP dan PKR pun sedar bahawa kerja melaksanakan HUDUD di DUN akan menjadi sia-sia selagi belum menawan PUTRAJAYA.
PAS dan ahlinya mukminkah? Adakah orang mukmin akan masuk "lubang" yang sama buat kali kedua?
Apabila PAS mula berfikir pasal kepentingan Melayu, maka bala akan tiba. PAS tidak boleh dan tak seharusnya memperjuangkan kepentingan Melayu semata-mata sebab selama ini PAS memperjuangkan Islam. Bagaimana mungkin Allah swt membenarkan munafikun dalam jemaahNya walaupun betapa tingginya ilmu agamanya? Tinggi ilmu tapi miskin amalan. Amalan pulak bertunjangkan perkauman. Lepas ni, ulama PAS pi lah minta pahala dengan "PENGHULU" MELAYU. Jangan mempergunakan Allah swt semata-mata untuk menghalalkan segala tindak tanduk.
Aku pernah dengar seorang sahabat aku berkata, siapa kita berbanding dengan ulama? Berapa kitab dah kita dah baca? Aku tidak menjawab soalannya sebab aku tahu bahawa tiada guna bertengkar. Allah swt hanya memandang pada amalan kita dengan ilmu yang sedia ada. Allah swt tidak memandang pada kita yang mempermainkan atau memutarbelitkan ayat-ayatNya untuk kepentingan kita.
Sejak akhir-akhir ini, aku setuju dengan TT bahawa agama dah boleh dijual beli. Air Quran, Buah Qurma Quran, ... dijual dengan meluas dengan alasan kononnya mengambil semua ini boleh mencerahkan hati. Teringat aku akan cara-cara tokong cina mengubat umatnya iaitu dengan menjampi air dan bakar kertas hikmah dan rendam ke dalam air, kemudian diminum oleh orang tersebut, maka selamatlah orang itu.
Aku juga teringat akan kata-kata bahawa Masjid itu Hebat bukan kerana Al-Quran yang di dalamnya tapi orang yang beribadah di dalamnya. Kalau tidak, masjid hari ini tak perlu dikunci le. Lihat saja pada masjid yang ramai pengunjungnya, masjid ini tak perlu dikunci pun.
Maafkan aku kalau aku tersalah kata sebab yang BAIK tu datang dari Allah swt dan yang jahat tu saya sendiri. Ya, Allah swt, maafkanlah aku sekiranya aku tersasar atau tersasul.

Tanpa Nama berkata...

Sbb tu penting dptkan kuasa di putrajaya dulu. Semua ajensi kjaan kita kawal...sistem pendidikan kita kawal dan subjek hudud ditekankan di peringkat sekolah. Media main peranan terangkan hudud dan kbaikannya. Sedikit demi sedikit rakyat akan faham mngapa hudud itu wajib dilaksanakan. Bila kita dah ada kuasa..tekanan dan halangan dari dap dpt kita kurangkan bila kita bjaya yakinkan mereka islam itu adil kpd semua. -wfd

Tanpa Nama berkata...

Merujuk kepada kaedah Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Qaradhawi telah mengetengahkan satu fakta, yang barangkali boleh ‘mengejutkan’ sesetengah pihak.

Fakta itu menyatakan, 'sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.

Jelas tersurat, fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam.

Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi- “dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”. -wfd

armal berkata...

Sepatutnya pimpinan PR harus bersikap terbuka dan matang. Jika tau ni permainan umno dan RUU Hudud ini akan tersangkut di parlimen kenapa pula pimpinan PR harus bertelagah. PAS sebagai parti Islam bertanggungjawab dan sudah menjadi perjuangannya untuk menegakkan hudud sejak dari penubuhannya lagi. Jika gagal kali ini walaupun peluang telah ada dan PAS telah berusaha maka sepatutnya PR menjadi lebih bersatu dan tidak terikut2 dengan kemahuan umno untuk memecahbelahkan PR. DAP seharusnya berlapangdada dengan isu ini kerana RRU Hudud ini hanya terpakai kepada orang2 Islam sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Apa plak nk salahkan dap. Salahkan pas kerana tidak ada strategi yg betul untuk memperjuangkan hudud. AlQardhawi berkata: bangunkan umat Islam dari segena aspek baru perjuangkan hudud. Mangsa banjir Klntn pun lom seleaai ditangani tiba2 sibuk nk laksanakan hudud. Allah turunkan banjir utk melihat prioriti kjaan klntn... mana yg lebih diutamakan.

Tanpa Nama berkata...

Bsangka baik lbh baik.. Dap & mca xkan terima hudud i2 kyataan yg semua kena setuju..

rakyat susah berkata...

PAS for ALL!!!

Tanpa Nama berkata...

Tgna dah bagi tahu dah pasal umno ni.... Kenapa tak serik 2 wahai passsssss .

Tanpa Nama berkata...

Ramainya penentang hudud dalam blog ni. Tak sangka ingat blog sokong Islam tapi lain rupanya.... Inilah kalau fahaman liberal dah meresap dalam jiwa manusia. Mereka fikir mereka yang memberi kejayaan bukanya tuhan. Sedangkan Kamu diminta berusaha dan tawakkal.

Setidak2nya kamu dah kenal siapa DAP dan PKR. Apa pandangan mereka terhadap Islam...cukup ANTI.





Note: Rasanya.....tak kan disiarkan. Tapi tak apa aku cuma usaha.

Tanpa Nama berkata...

Berusaha dan berjuang dgn ilmu dan akal bahalol. Bukan dgn nafsu. Tak faham2 lg ker umno itu penipu?

Tanpa Nama berkata...

Panjang tapi jangan tak baca Terutama yang bagi komen komen di sini Tk

Bila baca penerangan Hudud tersebut pertama sekali di sebut ialah pasal LGBT Pendekata kepala dok benda kotor sebab dah kena liwat banyak kali Sebut lah benda lain dulu

Lelaki sama Lelaki dan Perempuan sama Perempuan di kira Liwat Kalau hampir pada zina pasangan Lelaki dan Perempuan berdua dua akan di tangkap Ada kah selepas ini Lelaki duduk berdua dua akan di tangkap? Jika salah se orang mengaku pernah meliwat ada kah boleh di pakai pengakuan nya?

Jangan hanya serbu hotel bajet Rumah murah Kena adil kondo yang ada sekuriti dan rumah artis tak mampu milik rumah mewah pun kena tinjau tinjau

Yang kedua di sebut ialah Murtad Bagus lah tapi jangan nak Islamkan orang tergesa gesa Konon lagi ramai lagi bagus nampak Islam tu berkembang Jangan dakwah tak sebut kalau dah masuk Islam nanti jika hendak keluar kena penjara tau ! Orang dah kena pukul dera dengan suami pun ambil berbulan nak selesaikan kes Pengagihan pusaka pun kena jugak pergi Amanah Raya Dah uptodate ke sistem yang ada? Tu belum sentuh duit zakat

Islam memang tak boleh di kompromi tapi Islam itu mudah dan Indah Di negeri negeri lain boleh pulak kompromi ?

DAP tolak sekurang kurang nya DAP jujur UMNO terima tapi orang ternanti nanti bila pulak Trenganu nak bentang hudud Jika Trenganu nak buat tak payah susah susah guna je RUU Hudud Kelantan Jangan UMNO guna alasan pelabur pelabur akan takut sudah lah Kalau kat mesjid pulak jangan harap lah nak dengar khutubah pasal hudud Bila ceramah tanya pasal hudud terus ambil air dalam gelas Punya lah korner Tak caya tanya Ustad di FM Sinar apa dia jawab

Bukan DAP je tak akan terima BN UMNO pun dah bertahun tahun tak akan terima Kalau terima macam TGNA kata dia bubarkan PAS so patut tak PAS Kelantan di bubarkan ?

Isu bukan pasal tersangkut di parlimen Tapi persetujuan PAS bersama dengan PR Kalau PAS nak jadikan balik cara perjuangan Islam nya pada yang asal PAS keluar lah PR dengan cara terhormat Ingat UMNO sokong ke kalau PAS keluar PR dan kemudian PAS buat hudud Dan jika pemimpin pro PR yang menang selepas muktamar MCA lah yang akan tekan dan desak pemimpin pro PR tarik balik hudud

Tanpa Nama berkata...

Klu NIAT sifakeh2 ulamak itu betul2 JUJUR serta IKHLAS

1) Kenapa diTrgganu yg ada bapak FAKEH yg maksum dgn FITNAH pilkuda serta jd ulamak no.2 paling GLAMOR diunia diam BUTA mmBISU ddlm DUN Trgganu yg 100% adun2 nya melayu Islam?

Adakah Hadi Awang maseh RAGU2 dgn hukum HUDUD dan adakah Hadi Awang dah terang2 mnjd MUNAFIQ tegar yg sengaja suka bermain FITNAH dgn umno serta TIDAK beriman LANGSUNG kpd ALLAH?

Bukankah yg TAK nak kpd HUDUD itu adalah Kafir HARBI & MUNAFIQ?

2) Dinegeri Perlis pon ada yg konon2 digelar "MORSYITTDOL" no.1 yg baru dilantik yg boleh berdialog dgn Jin serta boleh mngambil GELIGA dr dlm mulut BUAYA.

Mungkin ada RIWAYAT nabi SAW ambik GELIGA buaya yg mnjd amalan Haron Din tu gamaknya?

Kenapa Haron Din tak mengajak mufti POPULAR umno Perlis Dr MAZA serta semua Adun2 ddlm DUN Perlis yg 100% melayu Islam itu kpd HUDUD?

Adakah Haron Din yg beriya2 nak sgt HUDUD itu serta Dr MAZA itu juga TIDAK beriman kpd ALLAH dan tergolong sbg MUNAFIQ yg sgt tegar?

3) Mengapa FOKUS hanya kpd Kelantan shj sdangkan Haron Din sbg mulloh FAKEH "MORSYHITTDOL" yg sgt glamor MSU no.1 PAS serta Dr MAZA sbg mufti yg sgt2 MAHSYUR diPerlis diam BISU tanpa PRIORITY kpd HUDUD samaskali?

Begitu juga dgn Hadi Awang yg sgt mesra dgn umno UTUSEX dan TV3 nape langsung TIADA PRIORITY buat HUDUD diTrrgganu slain hanya pandai brmain FITNAH u-turn dolak dalik BELIT auta yg jelas mnjd boneka & BARUA kpd umno semata2!

Siapakah Hadi & Haron Din ini yg sgt SERONOK bermain dgn sentimen smangat melayu ISLAM serta HUDUD tetapi sengaja buat2 BISU & BUTA dinegeri masing2

Apa punya MUNAFIQ mrk 2 org nih!

Nostalgia abkk berkata...

Politik orang Tengin....

IbnAbdHalim berkata...

Yg nyata Pas tlh masuk perangkap UMNO.

Tanpa Nama berkata...

TGNA yg membawa RUU yg asal.PAS kini telah maju setapak lg dlm usaha menegak kan RUU hudud.
Syg Tok guru x sempat meraikan bersama .. Alfatihah

Tanpa Nama berkata...

Anda berangan mat jenin . Berpijak la didunia yg nyata ...ambil pluang yg ada sewaktu PAS ada kelebihan .. Umno pon setuju skrg ni .. Iklas atau tidak hanya Allah yg tahu ..
Jika umno kurang krusi slps pru nnt .. Blum tentu pkr & dap akan sokong .. Dr trend skrg rasanya tidak .
Usaha dulu .. Kita merancang tuhan yg menentukan .

Tanpa Nama berkata...

PKR DAP dan ramai lagi pemimpin dan ahli PAS betul betul di kenakan oleh pro Ulamak UG

Jika PKR DAP membuat keputusan memutuskan pakatan dengan PAS pro Ulamak UG lah yang beruntung Kita lihat banyak PAS Kawasan yang tidak berpuas hati dengan mereka Memikirkan ahli PAS ini lah keputusan memutuskan hubungan dengan PAS berpanjangan

Lalu situasi ini di gunakan oleh pro UG dalam PAS dan UMNO

Dalam masa yang sama PR perlu selamatkan Selangor dengan segera memecat Exco PAS Sebab itu lah DAP mahu PAS tidak bersama sama PR PKR menjadi serba salah kerana UMNO akan mainkan isu hudud di Selangor pula

Hanya muktamar yang menentukan PAS bergerak dengan PR atau bersendirian atau masuk dalam tong taik UMNO

Tanpa Nama berkata...

Penipu for all
Munafik for all

Tanpa Nama berkata...

Pentingnya gabungan ulama dan profesional dalam pas..ulama bukan hanya dilabel sebagai si pemakai kopiah dan serban sambil baca kitab fiqh dalam masjid..keutamaan fiqh harus dijelaskan kepada umum..hudud belum lagi boleh dilaksanakan..kita kena ambil contoh pelaksanaan hukum islam di zaman Rasulullah S.A.W..berapa lama nabi perlukan untuk bentuk masyarakat dan negara Madinah?nabi tidak tergesa2 laksanakan hudud kerana masyarakat belum bersedia..selama 13 tahun dakwah nabi di Makkah..nabi tekankan isu2 selain penekanan aqidah seperti kemanusiaan dan keadilan ilahi..sebab itu ramai dikalangan masyarakat miskin dan hamba mengikuti dakwahnya nabi..isu penindasan yang nabi tentang..nabi bukan duduk saja mengajar dalam masjid..nabi keluar ke tengah masyarakat..membela nasib masyarakat yg ditindas..merekrut mereka menjadi para pejuang..bila tiba di Madinah..nabi satukan mereka menjadi satu pakatan yang baik antara muslim muhajirin dan ansar dgn non muslim seperti bani yahudi dan nasrani..nabi bina masyarakat Madinah atas dasar keadilan manusia.tiada paksaan dalam pelaksanaan hukum..10 tahin dakwah..utamakan yang penting sebelum hudud..nabi dah berikan contoh terbaik..

Tanpa Nama berkata...

Aku mula mengenali arena politik tanah air sejak 7 tahun yang lalu & aku tidak percayakan UMNO BN sampai sekarang, terutamanya sejak isu Bukit Kepong kerana mereka barua British & BUKAN pejuang sejati. Bagi aku, mereka hanya menggunakan politik sebagai senjata untuk menguntungkan kroni & memecahbelahkan ummah. Aku sumpah mereka celaka selamanya & kesilapan mereka terhadap rakyat serta negara ini tidak dapat dimaafkan!

Jika musuh politik cuba berbuat baik atau menyokong kita, pasti ada sesuatu yang tak kena. Inilah pesanan Ustaz Fadzil Noor yang aku masih ingat sampai sekarang.

Tanpa Nama berkata...

SYSTEM idup yg murni terikat dgn JANJI

Nabi SAW sentiasa teguh kpd JANJI

Krn AMANAH keatas JANJI afdal diutama

Bgmn org lain akan RESPEK kpd Islam sbg "uswatun-HASANAH" jk nabi SAW sndiri yg awal2 mlanggar JANJI

Nabi teguh pegang JANJI dgn musuh

Nabi teguh pegang JANJI dgn Musrikin

Nabi teguh pegang JANJI dgn Yahudi

HANYA..

Musrikin & Yahudi shj yg akan AWAL2 skali melanggar & menodai JANJI

KINI..

Giliran ularrrMAK2 haraki pula yg dah mngambil tempat musrikin KAFIR harbi & Yahudi yg trang2 AWAL2 skali tlh melanggar serta menodai JANJI

Sggup mlanggar menodai JANJI krn mndpt sokongan SUCI drp perompak songlap PENYANGAK setan2 yg dkenali w.pon setan2 yg dkenali itu TIDAK pernah samaskali mnunaikan JANJI2 royalti minyak yg tlh dperstujui!

Inilah akibatnya apb sibapak FITNAH dianggap ulamak yg berilmu tggi mk sgt2 mudahlah UMPAN2 bangkai harta ESOS balak projek dll ditabur agar terus berdusta memFITNAH demi FITNAH hatta kpd isu HUDUD skalipon supaya rkyat tertipu SAMAR serta terus mnjd bnar2 KELIRU

Adakah Islam yg dibawa nabi SAW itu trsgt2 jijik & HUDOH sprt yg dibawa oleh sibapak FITNAH itu??

Tanpa Nama berkata...

Sekadar bertanya tak boleh hukum hudud dilaksanakan selepas pr ambil alih putrajaya ?
Kan skrg dah huru_hara,tiada lg persefahaman,toleransi.adakah ini yg pas mahu ......

Tanpa Nama berkata...

almarhum TGNA tidak melaksanakan hudud kelantan kerana diugut oleh mahathir. tp knp selepas mahathir letak jwtn, hudud masih tidak dilaksanakan?

Di tganu, hudud di luluskan dgn perkenan sultan. tp knp hadi tak kuatkuasakan masa dia mb?

umno berkuasa selama lebih 50 thn. knp sampai sekrg tak buat ruu hudud?

knp umno sokong hudud dikelantan tp tak ada usaha nak hududkan negeri2 yg umno perintah?

ahli pas kena lihat dgn teliti mainan politik umno ini. ingat bayar apco juta2 buat apa?

opisboi berkata...

berjaya atau tidak hudud itu hak allah s.w.t dan kerajaan kelantan dah buat kerja mereka, jika umno belot pon di parlimen nanti , masyarakat melayu akan menilai umno anti islam, kita sama2 berdoa segala usaha ini berjaya, yakinlah yg dap, mca tidak akan sokong walaupon mereka tahu ianya baik sbb mereka org2 yg ingkar pada allah swt.hayatilah surah al-baqarah ayat 120.

Tanpa Nama berkata...

Satu peringatan buat yg nak laksanakan hudud. Klu umno mmg tak mampu melaksanakan hudud krn perangai mrk mcm Rasulallah saw sebut dlm hadis berikut. Pas tak tau lg. Sanggupkah TGHH potong tangan anak menantu dia klu disabit mencuri.

Hadis riwayat Aisyah ra.:

Bahwa orang-orang Quraisy sedang digelisahkan oleh perkara seorang wanita Makhzum yang mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang berani membicarakan masalah ini kepada Rasulullah saw.? Mereka menjawab: Siapa lagi yang berani selain Usamah, pemuda kesayangan Rasulullah saw. Maka berbicaralah Usamah kepada Rasulullah saw. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Apakah kamu meminta syafaat dalam hudud Allah? Kemudian beliau berdiri dan berpidato: Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu ialah, manakala seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun bila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah putri Muhammad mencuri, niscaya akan aku potong tangannya. (Shahih Muslim No.3196)

Tanpa Nama berkata...

PAS memang sedar ada lah wajar untuk menentang kezaliman dan ketidakadilan UMNO yang sangat melampau dari mendahulukan hudud

Semasa TGNA duduk bersebelahan mendiang Karpal Singh kedua dua pemimpin ini sedar penting nya kerjasama PAS dengan DAP Ketika itu TGNA berkata dulu benci bulan tapi sekarang bulan di hati nya merujuk kepada mendiang Karpal yang memakai baju berlambang bulan TGNA buat orang suka PAS dulu bila suka senang lah berbincang Tapi sekarang pro Ulamak buat orang benci pada PAS

Masalah nya bukan DAP dan PKR menyokong atau tidak tetapi kerana tiba tiba UMNO yang berperangai buruk dan banyak memperlekehkan hudud tiba tiba menyokong hudud Mengapa Hj Hadi masih mengeluarkan kenyataan masih bersama sama PR sedangkan kita tahu memang PKR dan DAP tak setuju dengan perlaksanaan hudud Tak masuk akal

Bagi setengah pendapat janji hudud di laksanakan sebab ambil kesempatan sokongan UMNO Macamana dengan amanah dan janji pada rakan PR? Ini hukum Tuhan bukan nak buat GST ke tidak Allah Maha Sempurna tapi walaupun berjaya lulus RUU Hudud ia nya tak sempurna sebab menipu dan tidak amanah Lebih sempurna keluar PR dan luluskan hudud Susah sangat ke.

Tanpa Nama berkata...

Pemerintah yang ditolak oleh islam ialah pemerintahan syaitan yang diktator dan zalim yang memiliki tujuan hanya untuk mencari kekuasaan serta tujuan tujuan lain yang sesat dan terlarang
Mereka mengejar dunia iaitu mengumpul kekayaan harta kekuasaan dan berhala..dengan kata lain dunia membuat mereka lalai dari kebenaran. Inilah yang ditolak oleh islam. Sedangkan pemerintahan yang membela kaum yang tertindas,mencegah kezaliman serta menegakkan keadilan masyarakat sebagaimana diusahakan oleh Nabi Sulaiman dan para penerus agung selepas baginda adalah model pemerintahan yang penegakkannya merupakan kewajipan terbesar kita. Mendirikan pemerintahan yang adil adalah bentuk ibadah yang tertinggi.

Unknown berkata...

Kau ni memang bngap btul lh..ekceli hudud dh lulus sjk thn 93 lg dn yg ni hnya pindaan saje..so lau pas nk jalankn hudud kna ada sokongan 2/3 mp dlm parlimen!

Tanpa Nama berkata...

Slm gb, ni jack. Kesian ko gb. Napa jd mcm ni. Uda2 la tu gb. Ingat perjuangan kamu dulu. Kamu memperjuangkan hudud dulu. Jgn psl sesuatu kita lupa perjuangan asal. Kamu sendiri fhm maksud saya

Tanpa Nama berkata...

Ada beberapa komen mengatakan yang Nabi laksanakan Islam sebelum Hudud di ikuti pandangan Yusuf al-Qaradhawi

Ada pandangan mengatakan kita telah lama Islam sejak nenek moyang kita lagi kita telah Islam Sebab itu dah boleh laksana hudud

Islam kita telah bertahun tahun lebih dari 13 tahun Perkiraan pro Ulamak bermula dari zaman nenek moyang kita Kalau tidak pun bermula dari tertubuh nya PAS Tidak pun sejak PAS bercita cita melaksanakan hudud

Sedangkan Islam telah melalui zaman kejatuhan dan untuk bangkit semula bukan senang kerana kita di sekat bahkan sehingga Islam begitu kerap di kaitkan dengan Penganas

Di sini masih ada kenduri kawin yang masih ikut budaya nenek moyang kita sebelum Islam Belanja majlis asal mampu tak jadi masalah tak payah ikut apa yang Islam galakan

Sedangkan Raja Arab mangkat pun kita tak terikut

Kepercayaan mandi safar pun masa kita berumur 17 tahun baru di larang
Sentuh anjing ada kata boleh ada kata tak boleh

Penceramah boleh kata Nabi saw kenduri hidang roti jala Hukum Qazah di tolak

Dalam Quran tak ada larangan judi Tolak hadis di beri pengiktirafan sampai sekarang apa keputusan mahkamah kita pun tak tahu

Kes fitnah bukan sekali dua kali

Jadi kita belum boleh kira 13 tahun itu selagi semua ini tidak di selesaikan Dan kalau Rasullulah mengambil 13 tahun Ulamak biasa akan mengambil 31 tahun pun belum tentu kalau macam ini punya ulamak dalam PAS

Tanpa Nama berkata...

Dok sronok umno skong hudud smpi lupa kt pnyokong msuk pnjara d perak krna kzaliman umno..x sedar dri msuk prangkap dn khianat kt pnyokong..

rattlehead berkata...

Nice bro.....200 peratus setuju....byk lagi org msia tercicir dlm permainan politik.. susah la nak kuburkan umno gayanya kalo hadi tak ditukar ni

Tanpa Nama berkata...

Saya x nmpk gb menentang hudud dan saya mmg kenal gb ... beliau amat istiqamah di dlm perjuangannya dari dulu.

Cuma di dlm kes hudud ini, beliau mengambil dan berpegang kpd fiqh awalliyat... apa sebenarnya yg perlu diutamakan...

Tanpa Nama berkata...

salam..nak tanya sikit..HUDUD yg diluluskan adakah tertakluk pada semua orang islam? adakah sultan juga tertakluk di bawah hudud yg trlah diluluskan...jika tidak..adakah ini menghina HUDUD itu sendiri? islam mementingkan keadilan..ingat SULTAN jugam manusia..adakah kita hendak mencontohi BRUNEI dimana SULTAN DAN KAUM KERABAT TIDAK TERTAKLUK DI BAWAH HUDUD? ini ke keadilan yg dibawa oleh hudud islam? jgn sampai kita menghina hudud islam yg mulia ni .....
Hadis riwayat Aisyah ra.:

Bahwa orang-orang Quraisy sedang digelisahkan oleh perkara seorang wanita Makhzum yang mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang berani membicarakan masalah ini kepada Rasulullah saw.? Mereka menjawab: Siapa lagi yang berani selain Usamah, pemuda kesayangan Rasulullah saw. Maka berbicaralah Usamah kepada Rasulullah saw. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Apakah kamu meminta syafaat dalam hudud Allah? Kemudian beliau berdiri dan berpidato: Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu ialah, manakala seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun bila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah putri Muhammad mencuri, niscaya akan aku potong tangannya. (Shahih Muslim No.3196)

otoote berkata...

memang komen anta disiarkan. komen cerdik pon siar
komen bodoh pon ada.bingai cam anta pon ada

Tanpa Nama berkata...

Dulu pemimpin PAS selalu jugak di dalam ceramah politik mereka mengatakan UMNO menentang hukum Islam dsb. Menuduh UMNO yang bukan-bukan apabila bergabung bersama MIC dan MCA didalam BN. Setelah PAS bergabung dgn DAP didalam Pakatan Rakyat mereka tak kisah pulak bersekutu dgn bukan ISLAM dan secara umumnya ramai penyokong pembangkang bangsa Melayu masih tak perasan bahawa orang Melayu sedang di pecah belahkan dgn pembentukan PAKATAN Pembangkang.

Situasi perpecahan org Melayu inilah yang bolih membuatkan orang seperti Kit Siang dan Guan Eng tersenyum lebar kerana majoriti penduduk Malaysia adalah berbangsa Melayu dan prinsip pecah dan perintah digunakan untuk membolihkan mereka jadi pemerintah di Tanah Melayu ini bagi mengubah dasar undang-undang yang sedia ada. Mereka tahu bahawa musuh mereka yg paling utama sebenarnya adalah ugama islam itu sendiri dan usaha mesti dibuat bagi menghina ugama itu sewenang-wenangnya sekiranya rang undang-undang yang mempertahankan dapat mereka mansuhkan. Mereka juga faham bahawa hanya ugama Islam dan Raja-Raja Melayu sahaja yang mampu untuk menyatupadukan semula bangsa Melayu di Negara ini. Sebab itulah agenda mereka yang paling utama sebenarnya sekiranya mereka dapat memegang tampuk kuasa.

Kepada pemimpin PAS yang masih suka memainkan lagu lama kononnya UMNO adalah “musuh” Islam, solat pun tak dapat pahala dsbnya. Anda semua elok lihat apa sebenarnya PANDANGAN dari kaca mata pemimpin DAP (Guan Eng) apabila beliau berkata “"Mereka (PAS) kini beralih dalam Pakatan dan SANGGUP mempercayai Umno untuk melaksanakan undang-undang (HUDUD) itu," katanya dalam satu kenyataan. Apakah yang tersirat daripada statement Guan Eng itu, wahai pemimpin-pemimpin PAS? Tidak kah beliau sudah memberi pengiktirafan bahawa cuma orang-orang Melayu di dalam UMNO sahaja yang beliau tidak mampu untuk tipu dan perdaya KEiSLAMAN MEREKA.

Sekiranya masih ada pemimpin PAS yang masih memainkan “lagu lama” mereka ini tidak layak untuk menjadi wakil rakyat sebenarnya sebab ternyata mereka hanya layak untuk menjadi “wakil” pemimpin DAP yg bermatlamat untuk memecahbelahkan bangsa Melayu di Tanah Air tercinta ini. Kalau masih tak faham jugak lantaran pekatnya NAHU politik PAS mereka eloklah mereka perhatikan hadis ini.

Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Bauan syurga dapat dirasai sejauh perjalanan 1000 tahun . Demi Allah tidak akan merasainya seseorang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang memutuskan tali persaudaraan” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Tanpa Nama berkata...

Saya nak tanya kamu...Rasullullah seorang yang berbangsa arab tu ditentang oleh para keluarga baginda dan kaum yang berbangsa apa??peperangan besar yang berlaku ketika zaman baginda itu antara bangsa arab dengan arab atau sebaliknya?..Rasulullah menentang politik perkauman yang dibawa oleh para bangsawan arab walaupun mereka adalah para keluarga baginda..nabi membentuk piagam madinah dengan kerjasama para non muslim madinah..ini sejarah yang tidak boleh dinafikan..

Tanpa Nama berkata...

Penentangan yang berlaku kepada UMNO bukan disebabkan namanya..penentangan berlaku atas dasar menentang para penindas mustakbirin dan membela kaum tertindas mustadh'afin..

Anti Fitnah berkata...

Anon March 21, 2015 at 9:31 PM,
Seronok membaca karangan kamu ni. Kau ni memang cerdik, cerdik membuat cerita.
Memang benar LGE tak mampu dan tak mungkin mampu untuk tipu dan perdaya KEiSLAMAN orang-orang Melayu di dalam UMNO tapi apakah mungkin LGE mampu berbuat sedemikian terhadap PAS?
Jangan berbicara tentang Islam kalau kau nak berbicang tentang perpaduan Melayu sebab ianya bercanggah dan mat jelas ifat kemunafikan kau tu. Tak payah bawa hadis Nabi sebab kau ni menghina Nabi. Nabi tak pernah memperjuangkan perkauman.
Amat jelas kau ni yang sebenarnya memperdayakan Melayu dan ingin membawa Melayu ke neraka. Kalau kau ikhlas pada Melayu, bawalah Melayu tu balik kepada Islam iaitu berlaku adil tanpa kezaliman. Setahu aku dalam Islam, tidak ada hak istimewa Melayu atau kaum di dalamnya. Jadi jangan dok mengarut kat sini sebab yang memBURUKkan dan mengHINA Islam tu ialah kamu sendiri.

Unknown berkata...

Jangan marah, sinis kot.

Tanpa Nama berkata...

ramai sangat yang menghina ulamak, tapi yang dok melalak dan terkinja kinja dalam tv tak pula ramai yang melalak menghina bahkan di sokong dan di undi sebagai pujaan ramai....

Sedarlah kalau tiada ulamak penyambung dakwah pasti ISLAM itu sendiri akan musnah di Malaysia ini.

Apakah kita semua yang bangga sangat dengan hidup MELAYU, yang pasti tak pernah akan ada yang akan kekal selain TAKWAnya kepada ALLAH tidak kira apa bangsanya.

sama-samalah kita menyokong usaha yang dijalankan untuk melaksanakan hukum Allah tanpa mengambil kira ianya tercapai atau tidak. yang penting usaha kita di pandang oleh Allah bukan hasilnya.

Kalau kita sentiasa menentang usaha ke arah jalan Allah pasti janji Allah itu adalah benar: penghujung ayat 5:49 dan ayat 50. "jika mereka berpaling (daripada hukum yang diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang yang fasik." "Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki? Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada Allah bagi orang yang yakin?

**YAKINLAH SEKSAAN AMAT KERAS kepada PENENTANG²NYA.

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya sikit..kamu yakin dgn statement yusuf qardhawi sebagai ketua ulama dunia atau hadi awang sebagai timbalan dia?



Tanpa Nama berkata...

Ulamalah yang antara yang akan dimasukkan ke dalam neraka kata kata sesat yang menyesatkan orang lain..definisi ulama tolonglah dibahaskan dalam skop yang lebih global dan luas..jangan beranggapan hanya ustaz2 yang pulang dari al azhar atau lain2 universiti islamik itu dianggap ulama..merela harus berijtihad dan mengatakan hukum berdasarkan waqi' atau keadaan masyarakat semasa..kita tidak tentang hudud..sebab ianya hanya sebahagian daripada hukum islam..kita jangan salahkan non muslim kerana mereka jahil tentang islam..peranan kita untuk menerangkan kepada mereka secara berhikmah dan mengambil masa..jangan tergopoh gopoh..perlu ada strategi..seolah olah pas sudah mengabai tanggungjawab besar dalam amar makruf nahi mungkar iaitu menentang kezaliman regim umno..mereka musuh bertepuk tangam melihat pergaduhan pakatan..mengalih fokus pas dan merugikan pakatan..statement dan tindakan presiden tidak mencerminkan seorang ulama yg berpegang pada janji walaupun perjanjian melibatkan non muslim..Rasulullah pada perjanjian hudaibiyah pun berpegang pada janji dgn musyrikin makkah kafir harbi walaupub ditentang oleh segelintir sahabat..mengapa nabi teruskan pada perjanjian??kerana itu strategik dan kebijaksanaan nabi untuk merekrut dan menyampaikan dakwah melalui perjanjian tersebut..