13 Mac 2015

[VIDEO] Golongan TAKSUB Itu Adalah Golongan Melampaui Batas


Ampu, tak boleh ditegur menular dalam PAS'

Budaya mengampu dan tidak boleh ditegur kini merupakan antara masalah yang terdapat dalam PAS, kata Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.

Mengulas isu pemilihan presiden dan perpecahan dalam PAS, Hanipa berkata ada segelintir "ustaz-ustaz bermasalah" yang tidak boleh menerima sekiranya teguran dibuat terhadap Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tanpa menamakan mana-mana individu, peguam itu mendakwa, terdapat juga segelintir mereka yang hanya membodek dan tidak menegur jika terdapat kesalahan yang dilakukan oleh ppresiden parti.

"Kebanyakan ustaz-ustaz ini memang bermasalah dalam PAS sekarang ini. Saya cakap bukan kerana saya tak sayang. Kalau saya tak sayang mereka, saya tak cakap.

"Saya selalu tegur dalam mesyuarat dan di luar mesyuarat. Mereka yang tak mahu mengaku presiden ada kelemahan, dia tahu presiden lemah, tapi tak mahu tegur. Ini masalah.


"Saya selalu cakap, mereka (ustaz) yang sebenarnya merosakkan presiden. Mereka yang tak mahu menegur presiden dan merasakan semua yang dilakukan (presiden) sempurna. Ini sebenarnya yang merosakkan PAS. Mengampu ini dalam mana-mana pertubuhan dia memang menghancurkan.

"Ini masalah dalam PAS, selagi kita tak mengaku benda ini, jangan harap kita boleh pergi ke depan. PAS kena mengakuinya," katanya dalam forum 'Ke mana PAS tanpa Nik Aziz?' anjuran Malaysiakini malam tadi.

Hanipa yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata parti juga memerlukan seorang presiden yang bukan sahaja boleh menjadi wakil kepada parti tetapi turut mewakili Malaysia.

Sehubungan itu, Hanipa berkata, segala teguran terhadap Hadi yang juga MP Marang, perlu diambil bagi memastikan ia tidak merugikan parti pada masa akan datang.

"Presiden PAS bukan sahaja mewakili PAS tetapi (mewakili Malaysia), barulah orang yakin PAS boleh mentadbir. Ini tidak mewakili Malaysia, tidak masuk akal. Orang dalam PAS ini kena keluar daripada mentaliti terkepung yang kamu bina sendiri.

"Kita selalu ditarbiyah mesti ikhlas pada parti, jadi kalau kita ada kepentingan peribadi, kita tak boleh terus hidup. Ini akan merugikan PAS. PAS tak boleh lari, jangan anggap (teguran) orang luar tak penting,"
kata Hanipa lagi. -mk


Dedah kelemahan Hadi elak PAS terus rosak, kata pemimpin

Sikap pihak tertentu yang terus mencanangkan kesempurnaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa mendedahkan kelemahan presiden PAS itu hanya akan membawa kerosakan kepada parti, kata Mohamed Hanipa Maidin.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata, pimpinan perlu berani menyatakan masalah yang sedang dihadapi parti bagi membolehkan ia diselesaikan.

“Saya sering tegur dalam mesyuarat, mereka yang rosakkan presiden PAS ialah mereka yang menyokong presiden bawa rebah,” kata ahli Parlimen Sepang itu pada sebuah forum bertajuk “Ke mana PAS tanpa Tuan Guru Nik Aziz”, anjuran portal Malaysiakini di Petaling Jaya, malam tadi.

“Mereka tidak mahu menyatakan presiden ada kelemahan, berasakan presiden semuanya sempurna. Inilah golongan yang merosakkan PAS. Dia tahu presiden lemah tetapi tak menyuarakannya.”

Hanipa berkata apa yang berlaku kepada Hadi kini mirip sebagaimana yang digambarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menerajui kerajaan.

Katanya, Dr Mahathir pernah menceritakan segala apa yang dilakukannya dianggap betul kerana tiada siapa yang berani menegur.

“Beliau juga menceritakan bagaimana dalam sebuah kerajaan, apabila raja terlampau takut ditegur, suatu hari raja berbogel, orang boleh kata cantik, padahal raja berbogel,” katanya.

Hanipa yang juga seorang peguam itu turut mengulas kenyataan mursyidul am PAS yang baru Datuk Haron Din yang menggesa Hadi dikekalkan sebagai presiden.

Katanya, kenyataan Haron itu berbeza dengan pendirian yang dipegang selama ini oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Ini bagi saya tidak sepatutnya keluar daripada mulut mursyidul am yang menggantikan Nik Aziz. Saya bukan tak hormat Haron tetapi kita perlu hormat mereka yang mendraf perlembagaan PAS.

“Jangan kita menganggap perwakilan seolah-olah tiada nilai dalam PAS sehingga terus dihimpit mesti pilih (calon tertentu). Maknanya kita tak hormat perlembagaan PAS sedangkan kewujudan mursyidul am pun daripada perlembagaan PAS,” katanya.

Semalam, Haron menyifatkan belum tiba masanya untuk menukar presiden PAS dan ahli parti itu perlu taat kepada Hadi.

“Riak dan maklum balas daripada masyarakat, sejauh yang saya dapat rasakan adalah kebanyakan ahli PAS rasa belum perlu tukar presiden.

“PAS Kota Baru sahaja yang suarakan (tentang penukaran itu),” katanya kepada Sinar Harian.

Hanipa berkata ulama PAS pada hari ini walaupun arif dalam soal hukum-hakam agama tetapi mereka gagal memahami landskap politik semasa.

Katanya, golongan berkenaan hidup dalam dunia yang mereka bina sendiri dan terkepung dalam ketakutan serta kegelisahan.

“Mereka yang balik dari Timur Tengah, kalau daripada segi menghafaz, tafsir hadis dan al-Quran ini sempurna tetapi gagal memahami realiti. Kalau tanya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dia pun tak tahu 1MDB. Ini realiti dalam PAS.

“Sekarang ini kepelbagaian dianggap satu ancaman dan menyusahkan maka lahirlah istilah ‘walla’ dan sebagainya,” katanya.

Forum yang turut dibarisi panelis seperti Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib, Pengerusi Islamic Renaissance Front Dr Ahmad Farouk Musa dan Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar itu turut dihadiri kira-kira 50 orang semalam.

Forum itu dipengerusikan oleh Pengarang Malaysiakini Jimadie Shah Othman
-TMI






ULASAN GB

GB selalu mengulas dengan menyatakan bahawa golongan yang mempertahankan Haji Hadi bukan kerana wala, tetapi kerana TAKSUB sehingga perkara yang salah pun dipertahankan. Malah ada yang ketaksubannya termasuk di dalam kategori "melampaui batas" sehingga mengugut (seperti kes Safwan Anang), berdemo untuk menurunkan pemimpin jemaah sendiri (kes Mokhtar Senik & the geng) mencedera (seperti di dalam kes Aduka) dan mengikut sifat-sifat syaitaniah lain seperti berkahak tuii, memaki, menjebonkan orang dan seumpamanya seperti yang dilakukan oleh papagomo-papagomo versi PAS seperti El-Haraki, Tok Usin Ceroi, Al-Bangi, Huzir Sulaiman dan seumpamanya dan mereka mendakwa mereka kumpulan ulama!

Allahyarham TG Fadzil Noor pernah menyatakan bahawa pimimpin PAS boleh dikritik. Tetapi golongan taksub Hj Hadi tidak boleh menerima jika Hj Hadi dikritik


Ketua Ulama Sedunia, Yusuf al-Qaradhawi sendiri di dalam Fiqh al-Ikhtilaf, ms. 192. berkata:

"Telah diketahui dengan pasti bahawa tidak ada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sedangkan Allah dan Rasul-Nya tidak mewajibkan kita mentaati orang-orang tertentu sekalipun memiliki ilmu yang luas... Tindakan itu bererti menempatkan para imam mazhab sebagai pembuat syari‘at atau menganggap pendapat mereka sebagai dalil syari‘at yang tidak boleh dibantah.. sehingga menyerupai perbuatan para Ahli Kitab yang menjadikan rahib-rahib dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan selain Allah."

Di dalam soal mazhab juga kita tidak dibenarkan untuk taksub dan taqlid, inikan pula di dalam berorganisasi seperti PAS.

Golongan yang melampau batas itu akan tetap menerima hukuman tak kiralah samada dia seorang Mursyidul Am sekalipun kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas sepertimana peringatanNya berkali-kali di dalam Al-Quran:

Innallaha la yuhibbul musrifiin
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sama sepertimana rosaknya firaun kerana penasihat haman.

rosaknya hj bakhil kerana tuan penasihat 20%

sokong yg membawa rebah

tp kalau UG PAS nk join umnu, mesti ada dulu sifat wajib ini, membodek tk kira hujan panas ribut petir. yg penting bodeeek

Tanpa Nama berkata...

Ambil pengajaran bagaimana AlArqam jatuh tersungkur.Ada kalangan pentaksub yg mengatakan bahawa Abuya adalah kasyaf.Ada pula kalangan
Mereka yg masuk hanya kerana melihat ada peluang perniagaan.
Ini adalah aturan musuh yg berjaya laksana agenda mereka

Kuda Perang berkata...

Tak cukup tarbiah...

Tanpa Nama berkata...

Kena terima LA teguran drp hanpiah tu . pas kena berubah.drp seje mentaliti

Tanpa Nama berkata...

Adakah TGHH rasa TG hebat dan sempurna, maka semua anak buahnya menyalak apabila TGHH dikeritik? Kalau tak tolonglah teguran sikit anakbuah tu.

Tanpa Nama berkata...

Mursyidul Am PAS yg baru memang handal berniaga

Tanpa Nama berkata...

" ulama PAS pada hari ini walaupun arif dalam soal hukum-hakam agama tetapi mereka gagal memahami landskap politik semasa. "

- Sedutan ayat yang PALING MANTAP !

Malaysiabaru berkata...

UMNO dah jolok ularrrmak pas dgn rasuah duit wanita dan pangkat...

Termakan juga juak niii

air gunung berkata...

Teguran pedih,direct no kona2.x susah nak faham.tak berlapik dgn qalalLahu Taala atau qalanNabiyy s.a.w.tp hebat pasal tak payah guna kalimah barua,syaitan,jebon khak thuii dan sewaktu dgnnya.itulah perbezaan antara mereka yg diberi kefahaman tentang sesuatu dgn mereka yg tak diberi kefahaman.tak apa.tgoklah lps neh.mende plak laaa kena carut si hanifa neh.kih kih kih.beza antara jiwa besar n jiwa kecik.tgor sket trus jd mcm bebudak kecil

Tanpa Nama berkata...

memang Hadi ilmu tinggi, tapi kurang bijak dan penakut berpolitik, berbanding TGNA istiqamah dan jelas

Tanpa Nama berkata...

Ulama Pas syok sendiri, kerana pengundi yang undi Pas berapa peratus ulamak?

Tanpa Nama berkata...

masa perang Siffin Muawiyah tipu julang quran?, masa Pakatan Rakyat UMNO tipu ulamak julang hudud....?

Tanpa Nama berkata...

ulamak Pas bukan nak menang pilihanraya, mereka nak menangkan UMNO dalam pilihanraya?

otaistillkick berkata...

pas semakin menonjolkan kepincangan kepimpinan dan pegangan .. ini satu kejayaan bagi BN / UMNO .
Agenda menarik pengundi menyokong PAS lebih utaama buat masa ni ... berkuasa baru bolih laksanakan idea ..

Tanpa Nama berkata...

Kerana pemimpin.. pas jadi teruk sekarang.. itu pun tak sedar lagi..

Ajen Umno dah meresap dalam PAS.. jadi musang berbulu ayam..

azam muhamad nor berkata...

bukan hj bakhil....tp Tuan Siddiq Sigaraga...

Tanpa Nama berkata...

itu kaki fitnah laa woi!
brp bnyk kali fitnah barua pilkuda tu
dah jd kaki tokan fitnah dah

dan dah jd bapak fitnah pon dah
bapak fitnah nih takyah tegur2 lagi
bapak fitnah sgt wajib kena terajang
bapak fitnah wajib dibuang

Tanpa Nama berkata...

pakatan rakyat(dap pas pkr)wala pada pejuangan diatas garis-garis wadah tahaluf demi satu impiana rakyat diatas permasaalah-permasaalahan yg berlaku dipentas politics.Bara-meloloskan-meloboskan Diri Dari cengkaman political yg hitam diatas nama tahaluf siyasi.Disini tidak timbul soal tahaluf yang terbatal karna ente-ente telah berwala,tidak timbul soal untung-rugi karna matlamat ITU suatu yang berwala di sini matlamat itu satu keutamaan diatas nama kesepakatan.kitabukan berada dizaman-zaman permulaan islam'kita berada dipenhujung za man melewati zaman dinggin Dan berbatu.Dikurun INI diabad'ed INI yang mendongkah arus bertinta rona-rona dosa,Iman Dan taqwa adalah suatu keutamaan.Pencerahan diantara dua persimpanggan itulah jalan yang lurus,seawal anak tangga anak tangga seruan munajad.........UG-Dari desas -desus kicawan hud-hud haram berwala dengan bukan islam,non-muslim?selama ini pemerentah itu berselingkuh dan berwala dgn golonggan yg fasik..harus!?Pemerentah berselingkuh/berwala diatas kepentingan dgn bangsa yahu'ed dipentas globalisasi?harus!!!?Sudah menjadi bara Akibard terhimpit-tersepit begitu mudah merekayasa alasan-alasan diatas tona-rona Islam..wow hebat!!!! ...fitnah!!_Onar-onar beronga sekerdip angin bayu,dahan-dahan jatuh,bias-bias cinta sepasang merpati putih.....tentang sesaOrang,hamba-hamba tersakit-sakit,terpalit, terhimpit' dosa-dosa rekacipta lampu-lampu ghaib!!...hamba itu Islam,taqwa berwala....satukeutamaan,pemutihan diatas kekilafan-kekilafan ITU.Kaum keluarga dihimpit-himpit sendu-sendu,rindu-kasih pada sang hamba.....lampu ghaib menari-tari mengikut alunan-alun irama........

Tanpa Nama berkata...

Setiap hari semakin menjadi jadi perangai pro Ulamak Dah tak ada segan silu lagi

Setiap ketua pemimpin mesti ada orang yang di sekeliling nya Hari ini sekarang ini kita jangan memberi alasan kelemahan Hj Hadi kerana pengampu dan pembodek Orang lemah seperti Hj Hadi memang memerlukan pengampu kerana aura kepimpinannya dah pudar Dia dah jadi Pak Turut

Pak Lah pun bukan tak ada kaki bodek tapi dia berundur Dia boleh buat degil macam Najib dan Hj Hadi Satu guna APCO Satu lagi guna Ulamak

Pembodek pembodek merayu rayu atas pentas bila Mahathir berundur Bagi lagi tempuh tenang supaya jangan berundur Tapi Mahathir tak jadi Pak Turut macam Hj Hadi

Kau ingat Hj Hadi tu ada sumbang idea ke dalam mesyuarat PR Terus terang je lah





Tanpa Nama berkata...

kalau handal niaga , nape lak eh.... kan nabi kita pun handal niaga... tak gitu kan.... 9/10 dari punca rezki maa..... dan yg penting dia handal gak dlm ilmu ugama..... so... jangan jelous la yerr....
maka terimalah hakikat...dan kenyataan....

Tanpa Nama berkata...

Dulu dulu "dia" slalu kata umno itu KAFIR

"Dia" kata klu mati ddlm prjuangan mnentang kekafiran/sekular itu adalah mati SYAHID

Skrg "dia" dah jd punca FITNAH
"Dia" dah brulang2 kali buat FITNAH
Terang2 "dia" dah mnjd bapak FITNAH
"Dia" dgn koncu2nya sdang brgelumang FITNAH

"Dia" wajib dhukum/hudud krn FITNAH

"Dia" wajib diperangi krn FITNAH

Krn FITNAH itu lebih "besar" drp pmBUNUHAN, maka FITNAH itu juga tlh mmbawa lebih "besar" KEROSAKAN dan KEGELAPAN kpd umat.

Tanpa Nama berkata...

dah 12 tahun pegang jawatan tertinggi tak cukup lg? brp non muslim yg dah didakwah? apa pencapaian? bukankah sudah sampai masa mengundur diri dan beri peluang kpd org lain. atas dasar kesihatan pun dah mencukupi. bukan tak ada rungutan langsung drpd ahli bawahan!