UMNO BN Boleh Kalah Jika GST Diteruskan
Rakyat patut menggesa kerajaan untuk tidak mengenakan cukai tambahan seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) jika mereka berpendapat ia akan hanya menambahkan beban.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebarang cukai tambahan akan menyebabkan harga barang naik, termasuk kos ubat dan rawatan kesihatan.
“Saya rasa rakyat perlu beri maklum balas. Mereka boleh beritahu, jika kerajaan kenakan lebih banyak cukai, mereka tidak akan undi kerajaan itu lagi pada masa depan,” katanya, mengulas isu kos perubatan dan penjagaan kesihatan yang dikhuatiri meningkat selepas GST dilaksanakan, 1 April ini.
Beliau ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Perdana University dan University of California, San Diego di sini, semalam.
Selain itu, Dr Mahathir yang merupakan Canselor Perdana University juga tidak bersetuju dengan cadangan pengasingan pendispensan ubat (DS) yang menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, berdasarkan pengalamannya sendiri yang pernah menjadi doktor di klinik swasta, sistem yang diguna pakai sekarang iaitu doktor sendiri memberikan ubat kepada pesakit perlu dikekalkan kerana selain lebih murah, ia juga memudahkan pesakit.
“Orang sakit ini tak ikut masa. Tetapi farmasi kerja tempoh tertentu sahaja jadi kalau kita suruh dapatkan ubat daripada dispensari kadang-kadang susah sikit lah, menjadi masalah kepada pesakit. Saya dulu pun bawa beg dengan ubat, kalau ada sakit bagi (ubat) serta-merta,” katanya.
Sebelum itu, Dr Mahathir dalam ucapannya di majlis itu mendedahkan bagaimana kemajuan dalam dunia perubatan menyebabkan beliau sendiri hilang kelayakan untuk menjadi seorang doktor.
“(Pihak berkuasa) tarik balik sijil saya sebab sejak 40 tahun lalu saya sudah tidak amalkan perubatan dan mereka rasa saya tidak tahu banyak perubatan moden.
“Tetapi saya mengikuti perkembangan dunia perubatan dan telah mendapat manfaat daripada kemajuan bidang penjagaan kesihatan,” katanya di hadapan 100 pelajar perubatan Perdana University yang baharu menamatkan pengajian praklinikal dalam sains perubatan dan kesihatan.
Dr Mahathir yang menyampaikan ucapan bertajuk Pendidikan Penjagaan Kesihatan: Dulu, Kini dan Masa Depan turut berkongsi cerita semasa beliau menjadi pelajar perubatan pada 1950-an bagi mengingatkan pelajar universiti supaya menumpukan kepada pengajian.
Beliau turut menekankan kepentingan mempelajari subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris bagi membolehkan rakyat menguasai bidang perubatan.
8 ulasan:
setuju kata dr mahathir 100%
Ikan mahal Sayur mahal salahkan orang tengah FAMA memainkan peranan menghapuskan orang tengah
Ni apahal ubat pulak ada orang tengah (farmasi)
Sekarang baru Mahathir bercakap Dah ujung bulan Mac
BN ada banyak lagi yang boleh BN buat untuk menang
BR1M Persempadanan UG UMNO&PAS Isu perkauman Ugama Hudud Artis Konsert Projek
Dan Mahathir juga yang cakap jika pembangkang menang negara huru hara
Dan sudahnya Melayu kan mudah lupa Alah bisa tegal biasa Dulu Kini Selama lamanya
GB percaya tak itu Mind Control...Jangan mudah percaya..Sekian.
skrg rmai rkyt mngambil sikp brdiam dfiri dn myimpan dlm hti ketidkpuasan ujudnya gst yg membebankn rakyt. sikp tungu dn liht akn dpt dketahui pd pru akn dtg.
Mahathir bukanlah sebijak mana dalam akademik, itulah sebabnya tidak dapat memasuki MCKK. Disebabkan Anwar adalah lepasan MCKK, maka itulah yang ditaramnya dengan penuh dendam kesumat tanpa sempadan. Ijazah perubatannya pun mungkin tidak mendapat pengiktirafan, tetapi disebabkan melayu ketika itu amat memandang tinggi kedudukan seorang doktor, maka mamak pedukang ini mengambil peluang memperkudakan orang melayu. Itupun melayu masih belum sedar lagi.
Persyarikatan malaysia bermula dari zaman mahathir. Konsep pengguna berbayar. Dia cerdik. Dah sapu kekayaan negara. Umno baru adalah syarikat. Pengerusi syarikat adalah mahathir. Negara miskin dan pemimpin yg korup adalah bekas tangan mahathir.
Pensyarikatan tu mahathir buat sekurang2 nye x menaik beban rakyat.....walau macam mana pun mahathir tu.....Die masih mendahulukan rakyat......zaman mahathir harga barang x kan naik melambung....kalau naik pun sikit2 jerr....x der la macam zaman najib haramjadah ni.....kirenya mahathir berhati perut dan baik kepada rakyat daripada najib zalim haramjadah ni
Catat Ulasan