4 Mac 2015

Selepas Foto Bertudung, Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al-Quran


Susulan mengundang spekulasi ramai ekoran satu foto yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya beberapa minggu lalu, yang mana foto tersebut menunjukkan seolah dia memakai tudung, terbaharu selebriti kontroversi, Lindsay Lohan mencetuskan satu lagi tanda tanya kepada peminatnya.

Beberapa jam lalu, bintang filem Mean Girls ini memuat naik satu foto petikan ayat Al-Quran.

“Ya tuhanku, tingkatkanlah pengetahuanku. Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada mu ilmu yang bermanfaat,” seperti dipetik menerusi foto di Instagram Lindsay Lohan.

Tindakan bekas bintang Disney yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah itu sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat maksud di sebalik tindakan Lohan memuat naik gambar tersebut.

Ada di antara mereka teruja dan gembira sekiranya Lindsay mendalami Islam dan mahu melihat bintang berusia 28 tahun itu menjadi muslimah.

Malah, ada juga yang berpendapat tidak ada salahnya Lohan memuat naik ayat itu kerana tulisan ayat dalam berbahasa arab disifatkan suatu bahasa sejagat.

Ada yang membuat spekulasi kononnya Lohan sudah mendapat hidayah dan petunjuk.

Namun, ada juga yang berpendapat Lohan seperti mempersenda ayat Al-Quran yang disanjung umat Islam.

Bukan hanya Lindsay, sebelum ini Beyonce Knowles turut melakukan perkara sama. Melalui laman Instagramnya, isteri kepada Jay Z itu memuat naik gambar dua potongan ayat Al-Quran sehingga mendapat perhatian ramai pihak.

Persoalan, kenapa dia memuat naik foto berkenaan? Hanya Lohan saja yang tahu.

Tapi apapun, ia adalah hak masing-masing dan tidak salah kalau ia bertujuan untuk meluahkan rasa bersyukur walaupun dia bukanlah seorang yang beragama Islam kerana potongan ayat A-quran yang dimuat naiknya itu dalam tulisan bahasa arab membawa maksud doa semoga dirinya dipertingkatkan ilmu pengetahuan.

Barangkali ia adalah doa Lohan kepada Tuhan yang mana mungkin dia sedang mencari petunjuk dan jalan keluar daripada kehidupannya yang kucar kacir dan bermasalah yang pernah menjadi lesbian, minum arak, dadah serta pernah dimasukkan ke pusat pemulihan dadah kepada kehidupan lebih baik. - mD

ULASAN GB

Di dalam hal ini adalah lebih baik untuk kita bersangka baik.

Manusia dikurniakan hidayah dari Allah dengan pelbagai cara dan bentuk. Itu sebab umat Islam dianjurkan malah disuruh oleh Rasulullah untuk menyampaikan darinya walaupun sepotong ayat.

Berdasarkan hadith ringkas itu alangkah bagusnya kita titipkan suara-suara kebenaran daripada Al-Quran dan Hadith melalui media sosial seperti blog, facebook, twitter, instagram, Whatsapps dan sebagainya untuk memenuhi tuntutan hadith berkenaan disamping memenuhi suruhan Allah di dalam Surah Al-Asr: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal saleh, pesan memesan dengan kebenaran, pesan memesan dengan kesabaran."

Siapa tahu dengan titipan tersebut ia akan mengetuk pintu hati rakan-rakan lain untuk memperdalami ayat-ayat berkenaan dan lantas mengenal Islam...

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah jua. Kita hanya diseru untuk menyampaikan...

Sesungguhnya engkau tidak berupaya untuk memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sayangi, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Semenjak berblog dan berfb selama ini... GB sentiasa cuba memenuhi tuntutan berkenaan... walau ada juga yang tidak menyukainya... kerana GB berfikir, jika kita tidak mahu menyampaikan, Allah akan datangkan "orang lain" (seperti Linndsay Lohan di atas) untuk menyampaikannya... salah siapa?

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UG akan kata lohan Hina agama, sepertk tunduhan mereka kepada cina walaupun hanya sebut Nama agama.

Tanpa Nama berkata...

Bukan kah Allah hanya untuk Melayu Islam ?

Tanpa Nama berkata...

Cina Tak boleh sebut Nama tuhan, lohan boleh ker?

Tanpa Nama berkata...

biarlah mereka mendekati islam secara kefahaman mereka seadanya,inshaallah bilamana allah berkehendaki pasti allah akan memberi hidayah kepada mereka.tiada bangsa di mata allah swt hanya mereka yang beriman.

Anti Fitnah berkata...

Yang dok kata Allah swt untuk Melayu Islam tu sebenarnya bukannya sayangkan Allah swt sangat. Yang depa sayang tu ialah Melayu. Bagaimana orang yang begitu tebal sifat perkaumannya akan sayang kepada Allah swt?
Sepatutnya bukan Melayu Islam yang patut disebut. Yang patut disebut orang Islam berketurunan Melayu. Islam mesti didahulukan dan kalau boleh, Melayu itu ditiadakan. Jadi bila orang lain bertanya kita, kau ni siapa? Maka dijawab dengan begitu yakin, AKU ADALAH ORANG ISLAM.

Tanpa Nama berkata...

Allah untuk semua...bukan hanya untuk Melayu...Islam utk semua..

Xperlu nak dijadikan isu pun if kita bersangka baik..Islam sendiri menyuruh kita bersangka baik cuma Melayu sahaja yang berfikiran sempit..

Islam itu Mudah tapi Melayu sebenarnya yang complicated..

obat diet ampuh berkata...

husnudzon saja moga dapat hidayah

Tanpa Nama berkata...

Kerja Allah ini memang pelik

Yang benar dan akhlak nya terpuji di uji hingga ke satu tahap yang kita yang tenguk pun tak terdaya Kerana Tuhan yang di sembah memang sangat Hebat

Yang si jahat buat macam macam jenis jahat sehingga merasa diri sendiri yang menganayai diri nya sendiri dan kemudian boleh sedar yang sehebat mana jahat yang di lakukan ada lagi yang lebih Hebat

Yang pertama ada juga yang tersesat di hujung jalan dan yang kedua ada juga sesat selama lama nya

Diri ini dalam kategori mana ? Nak buat kerja jahat tak mampu Nak buat baik pun tak ke mana

Peduli kah Tuhan atas hamba Nya ini?

Tanpa Nama berkata...

kenapa di Sabah dan Sarawak boleh, sedangkan juga dalam Malaysia?

Tanpa Nama berkata...

ujian allah ikut kemampuan hambanya....

Tanpa Nama berkata...

Benarkah ujian Allah mengikut kemampuan hambanya Jika benar mengapa kecundang ramai dengan takbur nya dengan dengki nya dengan angkuhnya Sekiranya kita di uji mengikut kemampuan kita tidak sedemikian

Oleh itu kemampuan bukan sesuatu sifat seperti iman akidah tapi kita diuji dengan apa yang ada di dunia ini Dari dulu hingga sekarang Pangkat dan Harta Bahkan dengan ada Ilmu yang sedikit kita bisa kecundang

Untuk apa kita di uji kalau bukan untuk menentukan tahap kedudukan kita maka kita uji lah sendiri di mana tahap kita dengan mendekati Allah

Maaf bukan nak membalas ulasan Anon 4 26 PM dan saya pun tidak lagi berhajat memanjangkan hal ini Saya kesal kerana dalam kemelut masyarakat Islam sekarang saya tertanya tanya di mana tahap (peranan) saya ALLAHHUAKHBAR

Kepada tuan tuan dan Tuan GB saya mohon maaf Anggap lah ianya luahan rasa saya bukan di tuju kepada tuan tuan Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Moga2 dapat hidayah Allah SWT

dee sufi berkata...

dari pada nak sebut2 je Allah, lebih baik beriman kepadanya.. Ucap Shahadah... sebutlah namaNYA siang malam.. Pasti dpt syurgaNYA..

Semoga Allah mengurniakan ehsan dan hidayahnya buat semua.. termasuklah artis ini..

Tanpa Nama berkata...

Takyah sembang banyak sangat. kutuk sana-sini. Orang yang bercakap pun belum tentu masuk syurga. Lebih baik berbuat baik sesama manusia. Mudah-mudahan dapat hidayah dan rahmat Allah Taala. Siapa salah siapa betul itu Allah yang tentukan.