4 Mac 2015

PAS4ALL, Professional Mahu Semarakkan, Pro-Ulama Mahu Kuburkan...


Mujahid: Kembali jadi 'PAS untuk Semua'

Ketika cakap-cakap tentang “perpaduan Melayu” dan kerjasama PAS dengan Umno, muncul persoalan sama ada slogan “PAS untuk Semua” masih diguna pakai.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa berkata parti itu harus diingatkan untuk mempromosi agenda seluruh rakyat Malaysia jika mahu mengekalkan slogan bagi mendekati golongan bukan Islam itu.

Katanya, 10 daripada 12 inisiatif yang digariskan PAS adalah mempromosi agenda pelbagai budaya, pelbagai agama dan pelbagai kaum.

Hanya dua, kata ketua biro perpaduan kaum PAS itu lagi, berkaitan perjuangan dan perpaduan Islam.

“Malah dalam dua perkara itu juga, terdapat peringatan supaya tidak lupa membentuk perhubungan rapat dengan semua masyarakat,” kata Mujahid kepada Malaysiakini.

Katanya, walaupun semua ini disebut dalam perlembagaan, mereka bertindak bercanggah dengan inisiatif itu.

“Saya hendak beritahu anggota PAS, kembalilah kepada semangat perlembagaan (PAS),” kata anggota Parlimen Parit Buntar itu. -mk

ULASAN GB

GB ingin memetik beberapa komentar menarik yang ada di situ.

Mohd Suhaimi Aziz · Top Commenter · UTM Skudai, Johor
Kenyataan Rasmi Ahli Akar Umbi PAS!!!

Marilah ahli-ahli PAS kita bertekad satu hati untuk meneruskan perjuangan PAS yang dicita-citakan oleh Almarhum Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj. Nik Aziz Bin Hj Nik Mat yang ingin melihat PAS terus mara bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya dalam PRU akan datang kerana perjuangan kita untuk menegakkan syiar Islam kini sudah hampir mencapai kemenangan. Insya'Allah, hanya kemenangan PAS bersama Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas PRU ke-14 sahaja yang dapat memberikan PAS kuasa yang lebih tinggi di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan dasar-dasar Islam dalam sistem pemerintahan, perundangan dan ekonomi dengan PAS mempunyai ruang yang lebih luas untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang politik Islam termasuk undang-undang Islam kepada seluruh rakyat Malaysia yang selama ini telah dipropagandakan oleh rejim umno/bn dengan pelbagai label yang tidak betul tentang ajaran Islam yang sebenar demi menakutkan rakyat atas semangat perkauman peninggalan penjajah British yang mengamalkan pecah dan perintah untuk terus kekal berkuasa!!!

Rakyat Malaysia menaruh harapan yang amat tinggi agar PAS mempunyai barisan kepimpinan tertinggi parti yang baharu dalam pemilihan akan datang yang lebih mantap, progresif, dinamik dan universal hasil daripada gabungan golongan ulama dan profesional yang mampu membawa aspirasi rakyat Malaysia untuk menumbangkan rejim umno/bn dalam PRU ke-14 nanti dengan memacu strategi politik yang jitu dan bersistematik bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat kerana sudah pasti rejim umno/bn akan menyalahguna segala kekuatan jentera dan duit kerajaan untuk kepentingan parti pemerintah yang korup untuk terus kekal berkuasa di Putrajaya di mana kejatuhan rejim umno/bn di Putrajaya akan membongkar segala penyelewengan dan salahguna kuasa harta kerajaan oleh pemimpin-pemimpin umno/bn yang mengumpul kekayaan hasil daripada keperitan dan kesusahan rakyat sejak negara kita mencapai kemerdekaan lebih 57 tahun yang lalu!!!

Insya'Allah, ahli-ahli PAS seluruh Malaysia sekali lagi akan membuat perubahan besar-besaran dalam pemilihan kepimpinan PAS dalam muktamar yang akan diadakan pada bulan Jun ini nanti seterusnya akan istiqomah dengan keputusan muktamar sebelum ini untuk memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat atas ikatan tahaluf siyasi bersama rakan PKR dan DAP dalam usaha memperkuatkan jentera pilihanraya untuk menumbangkan rejim umno/bn dalam PRU ke-14 & seterusnya menguasai Putrajaya!!! Insya'Allah, atas aspirasi dan kepercayaan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya terhadap dasar-dasar PAS yang lebih Islamik, PAS akan mampu mengemudi Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP untuk membawa perubahan kepada sistem pemerintahan negara Malaysia yang lebih adil, telus, amanah, bertanggungjawab dan rakyat adalah tuan kepada negara ini!!!

Ahli-ahli PAS sudah pasti tidak akan membiarkan puak-puak UG menggunakan alasan atas agenda perpaduan melayu dan Islam yang retorik tajaan umno yang jelas merupakan satu tipu muslihat rejim umno/bn yang akan kehilangan kuasa dalam PRU ke-14 nanti di mana rakyat Malaysia sedia maklum bahawa setiap kali umno lemah, mereka akan menjaja perpaduan melayu sedangkan sewaktu umno kuat, umnolah yang mengkhianati bangsa melayu sendiri, umno lah yang menindas rakyat Kelantan sejak PAS memerintah negeri Kelantan pada tahun 1990 dibawah Menteri Besar Almarhum Tuan Guru Dato Hj. Nik Aziz!!! Umno juga lah yang menafikan Royalti Minyak Rakyat Kelantan dan Royalti Minyak Rakyat Terengganu sewaktu PAS berjaya memerintah negeri Terengganu selepas PRU pada tahun 1999!!! Sesungguhnya ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia tidak akan lupakan pengkhianatan umno terhadap bangsa melayu dan rakyat Malaysia yang tidak menyokong rejim umno/bn kerana rejim umno/bn mengamalkan politik balas dendam terhadap rakyat!!!

Sudah tiba masanya ahli-ahli PAS perlu sedar siapa yang perlu kita angkat sebagai pimpinan tertinggi PAS yang dapat mengembalikan semula kegemilangan PAS era bekas Presiden PAS Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Noor yang telah berjaya mengangkat PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang berpengaruh dan diyakini oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya untuk menggantikan umno di mana PAS diyakini membawa ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. yang membina Kerajaan Islam di Madinah atas paksi Iman dan Taqwa di mana Islam membawa kesejahteraan kepada seluruh manusia yang merangkumi sistem pemerintahan, sistem perundangan, sistem ekonomi dan pelbagai sistem kehidupan yang berteraskan keadilan Islam!!!

Puak-puak UG inilah pengkhianat sebenar parti PAS yang berselindung disebalik gelaran ustaz dan menyalahguna agama untuk menyerang rakan-rakan dalam jemaah PAS yang istiqomah memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang dibina atas air mata rakyat yang tidak sanggup lagi ditindas dan dizalimi oleh rejim umno/bn yang menyalahgunakan sistem kehakiman, PDRM, SPR, SPRM, ISA, Akta Hasutan, jentera kerajaan dan media perdana untuk mempertahankan rejim umno/bn yang korup dan menekan rakyat marhein yang bangun menentang kezaliman, ketidakadilan, rasuah, salahguna kuasa, menyeleweng dana kerajaan dan menipu dalam setiap kali pilihanraya diadakan yg dilakukan oleh rejim umno/bn!!!

Puak-puak UG inilah yang telah merosakkan perjuangan Almarhum Ustaz Dato Fadzil Noor yang membawa PAS diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan budaya sebagai parti gerakan Islam yang sentiasa mendepani masa dalam membawa isu-isu rakyat dan kepentingan negara dengan gambaran Islam yang membawa rahmat kepada sekalian alam!!! Puak-puak UG inilah yang mengkhianati amanah dan kepercayaan rakyat yang memberikan undi kepada PAS atas nama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan rejim umno/bn yang korup kerana berunding dengan umno secara sulit atas nama agenda melayu retorik tajaan umno yang merupakan pengkhianat melayu yang sebenar!!!

Barua dalam golongan UG lebih rela berunding dengan umno yang merupakan musuh politik PAS berbanding untuk berbincang bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat sedangkan puak UG ini tahu bahawa umno mengkhianati rakyat Kelantan menafikan hak Royalti Minyak Rakyat Kelantan!!! Puak UG dalam PAS lebih percaya kepada umno yang merupakan musuh politik PAS berbanding rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat!!!

Barua yang sebenar ialah golongan UG dalam PAS yang secara sulit berunding dengan umno tanpa pengetahuan ahli-ahli PAS dan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat selepas PRU ke-12 & PRU ke-13!!! Golongan UG dalam PAS lebih bernafsu menyerang rakan-rakan dalam PAS yang berusaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang merupakan rakan PAS sebaliknya golongan UG lebih seronok untuk berbincang dengan umno yang merupakan musuh politik PAS yang pernah mengkhianati PAS semasa PAS bersama Perikatan!!!

Mahzan Hashim· SMK King Edward VII, Taiping

Petikan kenyataan2 pemimpin Pas yg pro ulamak & profesional utk penilaian kita .

Mujahid yusof rawa 'kekalkan Pas 4 All',
Dr zulkifley ahmad 'kembali ke meja mesuyurah, muzakarah, debat & wancana
pahrollazi ' Pasma 'memperkuatkan gabungan Pr',
mat sabu ' Pas akan kekal dlm Pr',
KP Suhaizan kayat 'Pas x kan berpecah kerana pengalaman telah mengajar & mematangkannya'

TGHH 'Pr pbt boleh cetuskan kembali peristiwa 13 mei',
Nik abduh 'ada barua dlm Pas',
Ustaz hassan, mahfoz msu & PPPas Perak 'jika x bersetuju, keluarlah dari Pas'
Dr Zuhdi 'Pas akan berpecah selps muktamar bln jun ini',
Mb Ahmad yaakob 'kaji balik tahaluf siyasi' "Pasma duri dlm daging",
cucu che usin ceroi (blogger GU) "mrk tu jebon2 "

Kpd ahli2 Pas termasuk gwa , golongan mana kita akan bersama, kita tentukanlah

Ab Wahab Jusoh · Maastricht School of Management

Sepatutnya ahli dah tahu pimpinan sekarang tak bersedia menerima pandangan pimpinan berpendidikan sekular yg jelas lbh matang dan berpandangan jauh. Kalau pimpinan ulamak PAS berpendirian utk berkonfrontasi dgn yg tidak berpendidikan tinggi Islam, tunggulah saat kejatuhan.

Hisham Ahmad · Works at Melaka

PAS utk semua.
Kumpulan ustaz-ulama janganlah membolot PAS untuk anda adakah semua pendapat anda mutlak pada kebenarannya? tidak, jawapannya.

Maka, tentulah dalam persoalan isu semasa, keputusan ulama juga perlu dinilai sama ada ia sesuai, praktikal dan terbaik walaupun ia tidak mencanggahi syarak.

Mungkin ada dari pihak lain, walau tidak sedalam ilmu dan tidak seluas kefaqihan seperti anda tetapi kerana ada kelebihan kepakaran dalam urusan dunia yang tertentu, mampu mendatangkan keputusan yang lebih praktikal, sesuai dan terbaik serta tidak mencanggahi syarak seperti dalam strategi politik dan sebagainya.

maka, janganlah ada yang perlekehkan pandangan yang tidak sealiran...
beralasankan grup profesional tiada cukup ilmu dan kefaqihan
lalu ada yang di syaitan, dimunafiq dan diperlekehkan
mahu dinyahkan ...
setelah lama bermatian dalam perjuangan
saya mahu tanya kepada semua ahli PAS dan sesiapa jua
anda mahu orang yang anda pilih-undi sebagai kumpulan pemimpin
yang membuat keputusan tertinggi pentadbiran, strategi dan pengurusan,

atau orang agama yang memilih sesama mereka berkuasa ... atas segalanya. Batalkan apa yang mereka kehendaki ...sedangkan syarak tidak dicanggahi.

Presiden dan AJK PAS pusat adalah kuasa tertinggi pembuat keputusan/tindakan tertinggi bukan Majlis Syura... melainkan keputusan dan tindakan itu salah pada syarak. Itupun proses penilaian dan pembatalan itu perlu betul cara dan kaedahnya.

KIta tidak mahu ...satu majlis syura yang berkuasa membatalkan satu keputusan bersifat pentadbiran, pengurusan atau strategi politik yang berasaskan syura -pemimpin2 yang diundi dan dilantik ahli PAS.

Sebab itu AJK PAS pusat terdiri bijak pandai yang pelbagai kepakaran supaya keputusan itu bukan sahaja tidak langgar syarak tetapi hebat,berstrategi dan menguntungkan!

Masih saya ingat kata-kata DR Zaharuddin tentang kesukaran menghasil produk kewangan syariah kerana ia bukan sahaja perlu lulus syarak tapi mestilah "marketable" atau laku dan boleh laris

Tiada untungnya lulus syariat tapi orang tak minat!

Fikirkan.... Allah juga yang lebih dan maha mengetahui.

Raja Mohd Shahrim . Cattle Feeder at NFC · 17,575 followers

Penyertaan golongan profesional dlm PAS kerana PAS dilihat sebuah parti progresif dimana ISLAM dan Kesederhanaan menjadi melengkap antara satu sama lain... Tidak benar..masalah dlm PAS berpunca dari kebanjiran golongan ini seperti yg didakwa.. Parti siasah dinegara ni..sentiasa berevolusi, begitu juga PAS...jika ada konflik ni kerana perbezaan pandangan ..usahakan cari jln tengah dan penyelesaian yg diterima oleh semua..

Edly Mohammad Firdaus · Legal Executive at DPO International · 300 followers

Nabi dulu pun sebarkan Islam utk semua,tak kira bangsa,kaum,darjat.betullah apa mujahid cakap.kembali kepada perlembagaan.ada perlembagaan tp kalau nak ikut kepala sendiri pun buat apa?Nik Aziz dlu xde pun membaruakan sesama pakatan.hubungan dieeratkan lagi dalam pakatan adalah.lolz

PAS BUKA MATA
1. perlunya golongan profesional dan pakar ekonomi dalam pas. pas kini sangat lemah dalam bidang tersebut termasuk pemikiran para penyokong. ramai penyokong pas lebih sibuk menjadi keyboard warrior soal2 remeh yg tidak melibatkan hak dan dana rakyat, ekonomi dan masa depan negara. seperti isu liwat menyerang peribadi yg di timbulkan atau fitnah dari umno. melaga-lagakan rakan dalam pakatan rakyat, rebut jawatan dalam parti.

2. berapa ramai kita dari pas berjuang mendedahkan penyelewengan pemimpin UMNO sekarang yang mengadaikan rizab melayu dan hak bumiputra? penyelewengan projek2 mega seperti.. kes perwaja steel 16 billion rakyat turut menanggung hutang sampai sekarang. pkfz 12 billion. 1mdb hutang lebih 30billion. nfc lembu kondo dan byk lagi kalau nak disenaraikan..

3. berapa ramai kita berjuang untuk bongkarkan kezaliman seperti tragedi memali. ulama' dibunuh. dalang sebenar 13mei rusuhan kaum dll..

sedih dan simpati saya pada sesetengah penyokong pas mengharap redha Allah dalam perjuangan tapi mungkin terpalit fitnah mengaibkan.

- 1cent thinking ahli bawahan.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan GB,

Saya berasal dari keluarga miskin dengan menjadi anak yatim semenjak kecil. Boleh bayangkan tidak betapa susahnya saya membesar dan saya mempunyai perasaan prejudis pada setiap orang kaya. Orang kaya yang berlagak kaya, berpura-pura simpati dan memandang hina orang lain sungguhlah tidak mendapat tempat langsung di hati saya.

Golongan yang amat tertekan ketika ini adalah saudara se-Islam kita di Palestin, Syria, Mesir dan Myanmar. Terutamanya Palestin yang menghadapi tekanan sejak abad yang lalu oleh Israel yang disokong penuh oleh Amerika. Pelbagai bentuk kezaliman telah dilakukan pada saudara kita. Hanya bom hidrogen saja belum dijatuhkan di Gaza.

Saya amat-amat bersimpati pada mereka. Oleh kerana itu sesiapa sahaja yang mesra dan dilihat mesra dengan Amerika/Israel/Yahudi/Zionist tentulah menjadi musuh juga kepada saya.

Siapakah baru-baru ini yang bermain golf dengan Obama? Siapakah yang sibuk shopping serata Amerika dengan jet peribadi M'sia? Siapakah yang menjadi pelanggan APCO? Siapa yang membekalkan minyak kelapa sawit pada Israel? Siapa anaknya buat filem dengan Hollywood? Siapa yang membenarkan kapal ZYM berlabuh di Port Klang? Terlalu banyak kalau hendak disenaraikan di sini...
Bukankah ini SECARA TERANG menunjukkan betapa mesranya kerajaan dan pemimpin kita dengan puak yang menzalimi saudara kita di Palestin? (Walaupun wakil PUTERA Amno pergi ke Palestin bawa bantuan dan masuk ke sempadan Rafah diiringi tangisan oleh pihak yang kena tinggal, ia langsung tidak menarik perhatian saya, pada saya ia hanyalah mekap semata-mata untuk mengabui perbuatan jahat mereka selama ini).

Oleh itu mengapa pula ada pihak dalam PAS sibuk hendak berUG dengan AMNO,membela AMNO, mesra AMNO?

Sakit betul hati saya melihat MB Kelantan bersalam mesra dengan PM di Putrajaya dan dipaparkan pula di TV. Di zaman TGNA tak pernah sekali pun mengecap peluang ini kerana perjuangan TGNA amatlah jelas dan ikhlas membela rakyat dan menentang puak yang zalim.

Maaf tapi saya harus menyatakan geng UG dan kita semua janganlah mengikut tabiat ULAR. Dimusim sejuk (waktu susah) ia diam dan kelihatan baik. Namun bila terkena sedikit cahaya matahari (mendapat sedikit kesenangan) ia mula menjadi liar dan mematuk.

Terbalik dengan kumpulan Profesional, mereka meninggalkan kesenangan hidup dan pangkat untuk memperjuangkan nasib seluruh kaum yang tertindas. (Boleh saja mereka duduk di pejabat, menulis preskripsi ubat, memeriksa pelan, melayan customer). Saya memandang mereka ini dengan kasih dan hormat. Semoga Allah merahmati mereka selama mereka berada di jalan Allah SWT.

Satu soalan saya pada geng UG, besok di dalam kubur, Tuan-Puan semua akan berjumpa siapa? Wala' kita yang sebenar pada Allah dan kekasihnya.

Nasihat saya beri pada anak saya yang telah remaja, di persimpangan kita tidak tahu perbuatan kita itu betul atau salah, yang mudah bayangkan Rasullah SAW di samping kita dan lihat, tergamak atau tidak lagi kita melakukannya.

Maaf atas tulisan yang agak panjang ini. Saya menulis untuk masa depan anak-anak kita semua dan juga saudara kita di Palestin.

-RSM-




mohd shahran berkata...

Adakah abu bakar, umar, uthman dan ali dari golongan ulamak? mereka orang awam yang ditarbiyah ole rasul.. tak ada segenggam IJAZAH YANG BERTULIS PENDIDIKAN ISLAM, SYARIAH, ATAU APAUPUN tetap mereka adalah pejuang islam diiktiraf dunia.. islam dan iman bukan terletak pada kertas ijazah bro...

Unknown berkata...

salam bro !

hehe .. nice piece of work!

Kita yg suka bangat ulamak-umarak yg bijaksana, yg ikhlas amalan, cekap pulak buat kerja, berkarisma, berintegriti, mesra rakyat.

Sekarang ni kita kritik ulamak yang lembik, cakap tak serupa bikin, dah kita pulak
dituduh "parasit, perosak PAS@ agama, barua Umno" ??

Kira dah beradab dah ni, kalau kurang ajor, kita nak aje ajor ulamak peranai celaka tu dengan sepak terajang aje, bukan tegur elok-elok lagi !

Wth !

Tanpa Nama berkata...

Dah cantik dah PAS FOR ALL
Boleh kalah negara negara Islam yang lain Insya allah

PAS tidak dapat mendekati kaum lain melainkan kaum melayu jika bersama UMNO kerana kaum lain menjauhi UMNO

Tapi perlu di ingatkan UG menfokuskan kepada isu wala pada Hj Hadi dan MSU untuk menjayakan langkah langkah bersongkol dengan UMNO Selain dari wala kenyataan PAS FOR ALL akan dibalas dengan hudud

Jika MSU dihormati kerana ilmu sepatutnya MSU guna kan ilmu tersebut menarik UMNO bersama PAS dan bukan PAS yang di umpan untuk bersama UMNO
Seperti mana MSU sebelum ini telah berjaya menarik ramai ahli professional menyertai PAS dan ada di antara mereka bukan sebagai ahli

Dan jangan sesekali masukkan UMNO dalam makna ALL kerana UMNO dah gagal mencerminkan pentadbiran Islam yang sebenar

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Swajarnya sbg org yg brSYAHADAH @ mnjd SAKSI, apatah lagi mnjd sbnr2 SAKSI kpd nabi SAW..kita wajib slalu mmbayangkan dr DEKAT keadaan dgn meVISUALISEkan 'realiti' kehidupan nabi SAW itu sendiri pd wkt itu..

COBA..

Coba VISUALISE kan dgn sdlm2nya & fikirkan sejenak

Adakah asalusul nabi SAW itu dari latar blakang hidup..

--sbg AHLI-Kitab yg konon2-ULAMAK?
ATAU
--pedagang peNIAGA-PROFESIONAL??

SETERUSnya..

VISUALISE kan pula siapa
--Abu Bakar Assiddiq?
--Omar ALKhattab?
--Usman ibnu Affan?
--Ali ibnu Abu Talib?
--AbdurRahman ibnu Auf?
--Bilal bin Rabbah
--Hudzaifah ALYamani
--Zaid ibnu Harithah
--Usamah bin Zaid
--Khalid ibnu Walid

Kesemua mrk yg diatas itu adalah dr kalangan pdagang/PENIAGA-PROFESIONAL & dr kalangan pahlawan-PROFESIONAL serta dr kalangan org-BIASA hatta yg berasal latar belakangkan dr hamba-SAHAYA shj..

TIDAK..tidak & TIDAK seorg pon dr mrk yg diatas itu trmasuk nabi SAW sndri yg brlatar belakang dr kalangan AhlulKitab yg "taksub" bhw hanyalah mrk shj yg layak digelar ULAMAK

DAN..
Akhirnya smua shbt2 diatas itu secara NATURAL-praktikal-imformal tlh pon mnjd pewaris, sbnr2 ULAMAK pewaris nabi..
- Alangkah mudah-SIMPLEnya memahami erti/MAKNA/definasi bgmn PROFESIONAL sprt Abu Bakar, Omar, Usman, Ali, Talhah,AbdurRahman Auf,Khalid alWalid trmasuk bekas2 hamba sprt Bilal Zaid & Usamah akhirnya mnjd ulamak.

INGAT..

Klu dizaman nabi dulu
Klu dizaman itu pon

Sudah trjd AhlulKitab yg mng"HIJACK" erti/MAKNA/definasi ULAMAK pewaris nabi demi diri merasa suci "SPECIAL" semata2 krn NIAT-kpntinganDIRI,yakni dr kalangan Yahudi & Nasrani..sudah tentu sekali JEJAK keji itu pasti & PASTI diikuti pula oleh umat nabi SAW sndiri pd hari ini..??

Nabi SAW ada mengingatkan bhw..

"Dikalangan umatku ada yg pasti mengikuti JEJAK org2 Yahudi & Nasrani setapak demi setapak hatta hingga masuk kelobang biawak-BANGKAI!?"

Nota:
Biawak suka simpan BANGKAI/songlap ddlm lobang SEMBUNYI-gelap

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Swajarnya sbg org yg brSYAHADAH @ mnjd SAKSI, apatah lagi mnjd sbnr2 SAKSI kpd nabi SAW..kita wajib slalu mmbayangkan dr DEKAT keadaan dgn meVISUALISEkan 'realiti' kehidupan nabi SAW itu sendiri pd wkt itu..

COBA..

Coba VISUALISE kan dgn sdlm2nya & fikirkan sejenak

Adakah asalusul nabi SAW itu dari latar blakang hidup..

--sbg AHLI-Kitab yg konon2-ULAMAK?
ATAU
--pedagang peNIAGA-PROFESIONAL??

SETERUSnya..

VISUALISE kan pula siapa
--Abu Bakar Assiddiq?
--Omar ALKhattab?
--Usman ibnu Affan?
--Ali ibnu Abu Talib?
--AbdurRahman ibnu Auf?
--Bilal bin Rabbah
--Hudzaifah ALYamani
--Zaid ibnu Harithah
--Usamah bin Zaid
--Khalid ibnu Walid

Kesemua mrk yg diatas itu adalah dr kalangan pdagang/PENIAGA-PROFESIONAL & dr kalangan pahlawan-PROFESIONAL serta dr kalangan org-BIASA hatta yg berasal latar belakangkan dr hamba-SAHAYA shj..

TIDAK..tidak & TIDAK seorg pon dr mrk yg diatas itu trmasuk nabi SAW sndri yg brlatar belakang dr kalangan AhlulKitab yg "taksub" bhw hanyalah mrk shj yg layak digelar ULAMAK

DAN..
Akhirnya smua shbt2 diatas itu secara NATURAL-praktikal-imformal tlh pon mnjd pewaris, sbnr2 ULAMAK pewaris nabi..
- Alangkah mudah-SIMPLEnya memahami erti/MAKNA/definasi bgmn PROFESIONAL sprt Abu Bakar, Omar, Usman, Ali, Talhah,AbdurRahman Auf,Khalid alWalid trmasuk bekas2 hamba sprt Bilal Zaid & Usamah akhirnya mnjd ulamak.

INGAT..

Klu dizaman nabi dulu
Klu dizaman itu pon

Sudah trjd AhlulKitab yg mng"HIJACK" erti/MAKNA/definasi ULAMAK pewaris nabi demi diri merasa suci "SPECIAL" semata2 krn NIAT-kpntinganDIRI,yakni dr kalangan Yahudi & Nasrani..sudah tentu sekali JEJAK keji itu pasti & PASTI diikuti pula oleh umat nabi SAW sndiri pd hari ini..??

Nabi SAW ada mengingatkan bhw..

"Dikalangan umatku ada yg pasti mengikuti JEJAK org2 Yahudi & Nasrani setapak demi setapak hatta hingga masuk kelobang biawak-BANGKAI!?"

Nota:
Biawak suka simpan BANGKAI/songlap ddlm lobang SEMBUNYI-gelap



Tanpa Nama berkata...

kalau begini Mujahid berpandangan jauh, boleh ganti Presiden Pas sekarang

Tanpa Nama berkata...

Presiden Pas perlu diganti, Pas makin lembik, tiada berjiwa dan halatuju tidak jelas....

Tanpa Nama berkata...

PAS4ALL BERMAKSUD PAS4ALLAMAK SAJA...TAK ALLAMAK TAK BOLEH....

Tanpa Nama berkata...

Masa pru minta undi, tapi kalau bagi Teguran pas terus jentikAn cina, pas Ini parti politik for all ??? Penipu for all!!!!!

Doctor zuldi, bahasa jentik tu belajar Dari buku mana?