26 Mac 2015

MSO: Hanya Generasi "Educated Politik" Mampu Selesaikan Kemelut PAS-DAP


Hubungan Pas - DAP makin meruncing oleh mso

Hubungan parti agama Pas dengan parti chauvenis Cina DAP nampaknya kian runcing. Kedua belah parti saling tembak menembak dan singgung menyinggung antara satu sama lain. Keduanya sama-sama menegakkan keyakinan masing-masing tidak mahu mengalah. Macam kucing jantan berebut betina, sama-sama menunjukkan "meow" yang kuat.

Keruncingan ini sebenarnya bukan bermula sejak meletusnya isu Hudud, tetapi hubungan keduanya menjadi hangat dan panas sejak lama dahulu lagi. Ia seperti api dalam sekam yang membakar tanpa keluarkan asap.

Telah ada sejarah kerenggangan kedua-dua parti itu. Saya tidak mahu mengatakan DAP seperti budak-budak seperti mana didakwa pemimpin Pas, tetapi Pas juga lebih kurang budak-budak, berfikir tidak putus mengenai DAP ini. Pas tidak ada pendirian sendiri terhadap DAP.

Masalah Pas dan DAP bukan soal peribadi mana-mana pemimpin kedua-dua parti itu, tetapi soal perbezaan ideologi yang dibawanya. Ia bukan kerana Lim Kit Siang tidak sukakan Abdul Hadi Awang atau sebaliknya, tetapi kerana perbezaan ideologi dan matlamat perjuangan.

Pas membawa perjuangan untuk menegak dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan negara ini. Manakala DAP pula memperjuangkan membebaskan keadilan sosial yang liberal. DAP mahu menjadikan Malaysia hak semua rakyat tanpa dominasi Melayu. Situasi ini ditambah dengan minat Pas yang ke belakangan ini turut memperjuangkan bangsa.

Pegangan ideologi politik DAP ialah liberalisme, manakala Pas ialah "agamanisme". Ia bagaikan api dengan minyak yang tidak disulin dan disaringkan. Kedua bahan mentah itu menjadi mudah terbakar.

Jadi melihat kepada perbezaan inilah maka keduanya tidak mungkin dapat berdamai dalam tempoh yang lama untuk satu tujuan. Kalau diibaratkan hubungan mereka umpama sebuah perkahwinan, perkahwinan mereka bukan berlangsung atas dasar cinta sama cinta, tetapi kerana paksaan. Dalam hal ini, dilihat dari konteks Pakatan Rakyat, orang yang memaksa mereka berkahwin ialah Anwar Ibrahim.

Anwarlah yang mengijabkabulkan mereka agar berkolobrasi dalam pilihan raya bersamanya untuk menumbangkan kerajaan UBN. Anwar seronok dengan majlis perkahwinan mereka itu kerana beliau mendapat laba untuk makan gulai. Seperti mana saya katakan sebelum ini apabila Anwar Ibrahim diasingkan ke dalam penjara, perpecahan dalam Pakatan Rakyat akan berlaku.

Sebagai orang tua atau mediator Anwar tidak dapat memberi nasihat dan didikan lagi kepada Pas dan DAP kerana dihalang besi penjara. Dan antara tujuan pemenjaraan Anwar itu ialah untuk tidak membolehkan Anwar membujuk Pas dan DAP. Agenda itu sudah membuahkan hasil. Apakah Pas dan DAP menyedari hakikat ini atau tidak?

Hal ini hari ini sudah nampak jelas. Perkembangan hubungan antara DAP dan Pas yang disebabkan tidak sefahaman mengenai hukum Hudud membuktikan apa yang saya bayangkan itu. Melihat kepada senario kini, jalan untuk Pas dan DAP kembali duduk serumah semula sudah mustahil, kecualilah generasi baru yang lebih edukated politik menguasai kedua-dua parti itu.

Walaupun ada pemimpin Pas yang cuba mendamai dan menyejutkan keadaan, tetapi ia sia-sia sahaja. Apa lagi yang berusaha mendamaikan semula DAP (Kit Siang dan Guan Eng) dengan Abdul Hadi (Pas) itu beberapa pemimpin sahaja yang mereka sendiri diprejudis dan ditohmah dengan macam-macam tohmahan. Manakala yang lain seakan suka kalau Pas terus putus hubungan dengan DAP.

Kenyataan dikeluarkan bersemangat agar Pas memutuskan hubungan dengan DAP dan menjalinkan hubungan dengan rakan baru Umno.

Berdasarkan itu, Pas dan DAP bolehlah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya ke-14 kelak tanpa bantuan antara satu sama lain. Kalau kata-kata Mohd Amar Nik Abdullah boleh dipakai, dimana dia kata, Pulau Pinang juga akan kalah tanpa kerjasama dengan Pas, bererti pilihan raya akan datang memperlihatkan kedua-dua parti itu dalam keadaan kritikal dan bakal kehilangan kuasa.

Walaupun di Kelantan DAP tidak menjadi faktor menang dan kalah Pas, tetapi perbalahan itu boleh mempengaruhi suasana di Kelantan. Yang pastinya kerusi-kerusi Pas di luar Kelantan bakal hanyut. Sejujurnya.. dan untuk tidak memeningkan kepala dicadangkan Pas putus sahaja kerjasama dengan DAP jangan adakan lagi persefahaman walau apa pun keadaan. Kedua-duanya jangan jadi budak-budak.

Saya bimbang kalau Pas juga bersikap cocoh jilat dalam hal ini menyebabkan orang ramai khasnya pengundi atas pagar akan keliru dan muak dengan Pas. Pas yang dilihat sebagai sebuah parti berwibawa dan berintegriti akan rosak. Apabila orang sudah tidak sukakan kita untuk apa tunggu lagi, "cau"lah. Itu yang lebih baik dan bermaruah.

ULASAN GB

GB tak perlu ulas. Sokong saja iaitu generasi muda yang educated politik yang boleh selesaikan kemelut yang melanda PAS-DAP kini.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maaf, pada pandangan aku pemimpin pas ni langsung tidak peduli tentang teguran yg bertali arus, asalkan kewajipan dia terhadap Allah ditunaikan. Mereka ni Lebih takut kpd Allah kalau nak dibandingkan dgn ulama krjaan yg takut kpd makluk.

Tanpa Nama berkata...

Kalau menang undi dan dpt memerintah jika Allah tidak redha, tak ada ertinya. Itulah maksud pemimpin pas.

Tanpa Nama berkata...

Org politik klu dah KENYANG umpan mana ada kesah soal pnindasan rakyat

Apb dah KENYANG hanya tahu putar tipu brsandiwara auta khianati rakyat

Brp ramai yg dah KENYANG dgn umpan slps pru-2008 dgn melompat kluar drp PR mnjd bebas yg pro kpd BN, yg ini trjd JELAS & TERANG

TETAPI..

TETAPI..ada yg SAMAR lg MENGELIRUkan

Iaitu..ada lg yg betul2 KENYANG dah diberi umpan diarah duduk bertahan ddlm PR agar terus melakukan ONAR dr dlm..mrk ini akan dijamu seKENYANG2 nya selagi diarah duduk ddlm PR!

Mrk ini BUKAN bodoh politik, tetapi trpaksa mnjd BODOH & sggup buat2 BODOH krn dah KENYANG mnelan umpan dan trpaksa akur arahan setan!

Mrk ini tak kesah dipandang HINA hatta terang2 kelihatan BODOH serta dipanggil BODOH skalipon diatas idea & tindakan mrk yg bnar2 BODOH!

Inilah padahnya apb ahli2 politik itu tlh KENYANG mnnelan bangkai/umpan & sama2 mnjd HAMBA setan yg sgt2 hina!

Ridd berkata...

Aiioi....! PR.....Korang ni semua bermasalah dari lepas pilihanraya sampai lah ni. Tak habis2 dgn masalah......masalah......masalah....!

Masalah yg dulu pun tak habis lagi selesai sampai lah DSAI tu dah masuk penjara masih lagi masalah tak selesai. Duit RAKYAT kerajaan keluarkan untuk 1MDB sampailah dah duit hanyutan dan menanggung rugi berbillion billion masalah PR tak gak selesai.
Ni duit RAKYAT kerajaan dah keluar beli JET baru pun PR MASIH TAK HABIS BERTEKAK SESAMA SENDIRI......!
Kawan sebagai pengundi pun dah bosan dgn dgn cara politik PR ni. BN dalam diam2 dah pulun berbilion bilion duit rakyat.....!
yang pasti RAKYAT tetap kena GST,SOCSO,CUKAI ..... itu memang dah confirmed.
PR istihar perbuatan BN pun benda dah berlaku....duit Rakyat dah sememang hanyut. Yg dapat projek tu pun mungkin dah beli berpuluh puluh rumah mungkin dah siap duduk bergumbira.
PR dok memekak dgn masalah DALAMAN yg bangang dan menunjukkan KEBODOHAN sikap pemimpin masing2.
kalau dah tak boleh tinggal sebumbung buvar saja lah...... dan TUMPUKAN pada amanah yg diberikan oleh pengundi masing2. PRU akan datang biarkan pengundi pikirkan sapa yg dia nak undi. Kalau dah rupa ini perangai PR rakyat terpaksa lah RAKYAT MEMBIAR KAN SAJA DIROGOL OLEH KERAJAAN BN. Bagi undi diharap dapat mengurangkan beban Rakyat rupanya bermasalah sampai kesudah tak selesai. Akhir nya Rakyat tetap jadi masa perkosaan oleh kerajaan BN.

PEMIMPIN2 PR.......SEMUA SUDAH TERJADI.......RAKYAT SUDAH MENJADI MANGSA PERKOSAAN YG RAKUS DARI KERAJAAN BN.

TAHNIAH BUAT SEMUA PEMIMPIN2 PR.
HIDUP PR
HIDUP GST
HIDUP PR
HIDUP 1MDB
HIDUP PR
HIDUP JET BARU SAMPEI......!
HIP HIP HOREY
HIP HIP PR
HIP HIP HOREY
HIP HIP PR
PENGUNDI JADI KARTUN PR.

Ridd berkata...

Aiioi....! PR.....Korang ni semua bermasalah dari lepas pilihanraya sampai lah ni. Tak habis2 dgn masalah......masalah......masalah....!

Masalah yg dulu pun tak habis lagi selesai sampai lah DSAI tu dah masuk penjara masih lagi masalah tak selesai. Duit RAKYAT kerajaan keluarkan untuk 1MDB sampailah dah duit hanyutan dan menanggung rugi berbillion billion masalah PR tak gak selesai.
Ni duit RAKYAT kerajaan dah keluar beli JET baru pun PR MASIH TAK HABIS BERTEKAK SESAMA SENDIRI......!
Kawan sebagai pengundi pun dah bosan dgn dgn cara politik PR ni. BN dalam diam2 dah pulun berbilion bilion duit rakyat.....!
yang pasti RAKYAT tetap kena GST,SOCSO,CUKAI ..... itu memang dah confirmed.
PR istihar perbuatan BN pun benda dah berlaku....duit Rakyat dah sememang hanyut. Yg dapat projek tu pun mungkin dah beli berpuluh puluh rumah mungkin dah siap duduk bergumbira.
PR dok memekak dgn masalah DALAMAN yg bangang dan menunjukkan KEBODOHAN sikap pemimpin masing2.
kalau dah tak boleh tinggal sebumbung bubar saja lah...... dan TUMPUKAN pada amanah yg diberikan oleh pengundi masing2. PRU akan datang biarkan pengundi pikirkan sapa yg dia nak undi. Kalau dah rupa ini perangai PR terpaksa lah RAKYAT MEMBIAR KAN SAJA DIROGOL OLEH KERAJAAN BN.
Bagi undi diharap dapat mengurangkan beban Rakyat rupanya bermasalah sampai kesudah tak selesai. Akhir nya Rakyat tetap jadi masa perkosaan oleh kerajaan BN.

PADA SEMUA PEMIMPIN2 PR...!
SEMUA SUDAH TERJADI.......RAKYAT SUDAH MENJADI MANGSA PERKOSAAN YG RAKUS DARI KERAJAAN BN.

Undi PR pun BERmasalah tak undi PR menjadi jadi masalah. HAKIKAT NYA RAKYAT TADAH PUNGGONG BAGI KERAJAAN BN LIWAT SEPUAS PUASNYA.


TAHNIAH BUAT SEMUA PEMIMPIN2 PR.

HIDUP PR
HIDUP GST
HIDUP PR
HIDUP 1MDB
HIDUP PR
HIDUP JET BARU SAMPEI......!
HIP HIP HOREY
HIP HIP PR
HIP HIP HOREY
HIP HIP PR
HIP HIP HIP
PENGUNDI JADI KARTUN PR Dan BN HOOREY...!

Tanpa Nama berkata...

Begitu juga ideologi MCA lebih kurang sama ideologi DAP iaitu liberalisme UMNO pun sama dengan dominasi melayu nya. Jadi ideologi bukan masalah Cuma ideologi UMNO BN dikuatkan dengan RM dan Projek Itu sebab tak ada masalah Jika di perhatikan dalam BN lebih lebih lagi UMNO mana ada Generasi "Educated"

Rakyat tak peduli dengan ideologi ideologi ini Yang penting ialah matlamat iaitu memimpin Malaysia dengan adil dan bijak Bebaskan rasuah dari Malaysia Kalau BN UMNO guna duit projek PR guna lah satu kepimpinan yang baru yang bersih

Masalahnya yang buat huru hara sekarang ini bila ada pemimpin yang guna ideology untuk kepentingan diri atau sekumpulan orang Tu sebab Anwar Ibrahim pun ditengking bukannya Lim Kit Siang yang kena tengking Memang isu ini macam api dalam sekam tapi bukan api dari ideologi tapi api dari apabila PR mengambil alih kuasa dari UMNO di Selangor

BN boleh mengenepikan ideologi demi pulus Mengapa PR tak boleh mengenepikan ideologi demi untuk Malaysia Baru?

Tanpa Nama berkata...

Adakah Allah akan redha sekiranya puak-puak ini membiarkan BN terus berkuasa dengan segala kecelaruan yang berlaku? Mana dalil dan penjelasan?

Tanpa Nama berkata...

That's is the point.. Saudara anwar Ibrahim,Islam,taat Dan berwala.. Dia adalah keutamaan dari seribu keutamaan..Kerana api fitnah yg berbara Sehingga Umat Islam didunia menerima bias-bias kemaluan-kemaluan..Api fitnah yg berbara itu mencemar bani-bani melayu karna pencetus fitnah ITU Orang melayu,demi-melayu'hidup-melayu.....Fitnah ini membebankan mengaibkan bagai dedaun kering menuju neraka........dosa-dosa makluk Dan pencipta...fana!!! Percaya sedangkan sebaliknya...Ummmm Cari la anuar Abraham dan kaum kerabat diharitimbang-tara........Didalam alquran dosa fiitnah itu satu perlakuan selingkuh yg perlu diambil perhatian karna is adalah satu keutamaan...boleh semak..jgan malas Orang pas t terbabang ketayap ente-ente!!!

Tanpa Nama berkata...

Dalam PAS ada banyak professional. Dalam ada beberapa macam. Cthnya pemikiran liberal. Puak ni kebanyakkan asal dari kumpulan JIM. Oleh kerana JIM gagal berkembang dalam politik jadi mereka menyusup kedalam PAS. Nasib baik aku tak terlibat dalam JIM.

sekarang Pasma dah ada. PRB dah ada. Puak2 Jim blah le masuk tempat sana. Mungkin boleh berjaya macam parti AKP Turki.

Tanpa Nama berkata...

Adakah benar Pas nak mencari keredhaan Allah dengan cuba menegakkan Hudud, sedangkan telah berkali-kali MEREKA mengkhianati persetujuan yang telah dicapai bersama rakan-rakan dalam PR. Apakah siri-siri perbuatan khianat Pas terhadap janji dan kesepakatan yang telah dicapai bersama rakan PR itu sesuatu yang diajar oleh Islam atau ianya diredhai Allah. Sebenarnya aku yang kerdil di hadapan Allah ini melihat Pas sekarang sedang dipimpin oleh golongan manusia yang menggelarkan dirinya sebagai ulamak namun ulamak yang tidak ada maruah dan bodoh sombong. SEBENARNYA MEREKA TAHUPUN BAHWA HUDUD YANG DICANANGKAN ITU SEKALI-SEKALI TIDAK AKAN DITERIMA DAN PASTI AKAN DITOLAK OLEH PEMERINTAH BN DI PUSAT KELAK NANTI.

Tanpa Nama berkata...

dibimbanginya....takaut takut negara sudah jadi muflis terlebih dahulu..krn pemimpin sibuk bercakaran tentang hudud...pada masa itu semua sudah tidak bermakna.yg untung yahudi juga dapat handle negara ini..dengan bermcm syarat mereka..masa itu hadi ke mana guan eng ke mana najib ke mana .rakyat cnfm jd mcm abdi

Tanpa Nama berkata...

Haji Hadi cakap berdolak dalik suka hati dia nak datang mesyuarat ke tidak ke lantaklah.. lama-lama DAP pun tak tahan..

Cuba jadi daei.. dakwah kan DAP pergi mesyuarat cerita betul-betul penuh hikmah.. Hudud adalah tuntutan Islam.. Kau DAP kena terima hakikat.. cepat atau lambat PAS tetap akan buat Hudad.. lama-lama tentu mereka faham..

Ini tidak sikap hj Hadi tidak mencerminkan akhlak yang baik seorang ulama.. bagai mana dakwah nak nak berkembang.

Sekarang nasi sudah hapir jadi bubur..

Tanpa Nama berkata...

Sekarang sudah masuk ke episod saling menegakkan benang basah...saling melondeh antara satu sama lain. Memang macam budak-budak gelagat pimpinan PAS dan DAP. Kedua-duanya ibarat yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat.

Yang berantakan ialah PAS dan DAP. PKR bijak menangani isu. UMNO dan BN melihat dan tepuk tangan. Selamat jalan PR.

Yang diperlihat sekarang gelagat pemimpin yang sudah hilang arah tuju. Isu-isu rakyat diketepikan. Masing-masing mahu menunjukkan kuasa yang tidak akan membawa apa-apa makna. Menang atau kalah PAS dan DAP tetap sama...yang jelas pengundi makin muak dengan gelagat anda...

Pinjam kata-kata Menteri Nazri...Hanya orang bodoh dalam PAS dan DAP saja yang suka nak panjangkan isu-isu antara mereka dan melondeh parti masing-masing...hahahaha

air gunung berkata...

Sedara 10:00. Am.
Kih kih.kuat benor JIM yg x berapa kerat dlm PAS tu.bekas UMNO yg x braper kerat pon kuat gak dlm PAS kan.bekas ABIM bekas PRM bekas PKR bekas hamim bekas berjasa dan segala bekas2lah.dah tu PAS ni parti utk saper.rakyat mekah madinah ker.ker tibet monggolia.geli plak aku dgn slogan PAS FOR ALL.

lainkali tak yahlah tunding kat saper2 tanpa hujah dan bukti yg kukuh bagai saiful bukhari n jude pariera semata2 malas nak muhasabah n cari kelemahan diri.TGHH tu pon bekas ABIM.x der plak org nak persoalkan.padahal sblmnya pon almarhum us fadhil nor pon ABIM.bkn konspirasi ker tu.tp x dernya ahli PAS yg matang ambilkira mender tu.cuma akhir2 ni ramai sgt yg perasan asal kluaran agama jer ulamak n mula pandai2 berfirman bersabda pelbagai bila org kritik.padahal bkn org tak tau takat manalah masa belajr dulu.takut lulus pon psl menoyol kih kih.wat urusan persatuan pon hampeh.

Tanpa Nama berkata...

Tukar je Presiden PAS selesai masalah

Jangan kan hudud nak keluar PR pun PAS berdolak dalil Yang kena halau dulu PAS eh eh Sekarang ni Mursyidul pulak yang nak halau DAP Sebab nya DAP halau PAS Sedangkan PAS kena halau sebab mungkir pada pakatan Sebab sebab yang DAP beri tak di jawab

DAP nak stay tu kita faham lah yang PAS tak nak 'cau' tu yang kita tak faham Sekurang kurang bagitahu lah kebaikan PAS pada PR walaupun Hj Hadi macam tu