26 Mac 2015

[VIDEO] Kotak Hitam Dedah Juruterbang Terkunci Di Luar Kokpit


Misteri menyelubungi nahas Germanwings selepas analisis awal data perakam suara kokpit mendedahkan juruterbang terkunci di luar kokpit.

Analisis awal itu memaklumkan bahawa juruterbang itu cuba memecah pintu kokpit untuk masuk ke dalamnya.

Bagaimanapun, masih belum ada petunjuk mengapa juruterbang itu meninggalkan kokpit dan apakah yang berlaku kepada juruterbang yang berada di dalam kokpit pesawat itu.

Seorang pegawai kanan tentera yang terlibat dalam penyiasatan itu menyifatkan perbualan antara kedua-dua juruterbang itu "amat baik, amat tenang" semasa pesawat itu memulakan penerbangan dari Barcelona ke Düsseldorf.

Audio perakam kemudiannya menunjukkan salah seorang daripada juruterbang meninggalkan kokpit dan tidak dapat masuk semula ke dalamnya.

"Juruterbang yang berada di luar mengetuk pintu secara perlahan tetapi tiada jawapan," kata penyiasat itu.

"Dan dia kemudiannya mengetuk pintu dengan lebih kuat dan masih tiada jawapan.

"Sememangnya tiada maklum balas diberikan oleh juruterbang di dalam kokpit."

Penyiasat itu berkata: "Anda boleh dengar dia (juruterbang di luar kokpit) cuba memecah pintu itu."

Audio perakamn suara kokpit itu sedikit-sebanyak memberi petunjuk yang membawa kepada punca nahas Germanwings yang terhempas di Pergunungan Alps Perancis antara Barcelonnette dan Digne, Perancis pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, masih banyak persoalan mengenai nahas belum dirungkaikan. - MIRROR/mstar





3 ulasan:

Awanama berkata...

indonesia dah dpt rakaman kotak hitam air asia. perancis pun dah dpt rakaman kota hitam germanwings. tp malaysia sampai LA NI tak dpt2 rakaman MH17!!!

kalau indon boleh proses kotak hitam air asia knp malaysia mesti serahkah kotak hitam MH17 kpd british?

Awanama berkata...

Pasal bodoh lah pasal apa lagi. Temberang jer lebih kejaan Mesia ni. Yang depa panda lepaih beli kapai terbang beli kapai terbang. Bila tang kotak hitam kapla otak depa jadi itam kelam macam hati depa jugak.

Awanama berkata...

Bukan setakat MH 17 saja, tu MH 370 apa crita? Usahkan kotak hitam yg kecil bangkai kapal terbang pun tak tau dimana...yg msia nampak hanya sperma anwar dlm anu saiful tak pakai mikroskop pun boleh nampak...