19 Mac 2015

Di Tengah-tengah Hudud & Ijtima, Rakyat Dihimpit Kenaikan Tambang Teksi & Bas Ekspres


Tambang pengangkutan awam naik 20% hingga 67%

Tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20% hingga 67% berkuat kuasa serta merta manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus.

Kenaikan tambang itu yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini dibuat berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penyelarasan kadar tambang itu dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barang dan kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.

Menurutnya, penumpang yang menggunakan teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bahru perlu membayar RM8 bagi perjalanan sejauh lima kilometer berbanding RM6.50 sebelum ini, iaitu kenaikan sebanyak RM1.50.

Sementara itu, kenaikan lebih tinggi dilihat di Pulau Pinang dengan caj perjalanan sejauh 10 kilometer menggunakan Teksi 1Malaysia dinaikkan sebanyak RM8 iaitu daripada RM11.80 kepada RM19.80.

Spad juga sedang mempertimbang untuk menaikkan tambang perkhidmatan kereta api KTM Komuter, KTM Intercity, ETS, LRT dan Monorail yang akan diumumkan pada satu tarikh lain.

ULASAN GB

GB tertarik dengan satu komen di blog ini di dalam entri sebelum ini iaitu mengenai 13 orang ahli PAS yang dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Rayuan.

Rejim UMNO BN semakin zalim, PAS sibuk nk dptkan skngn UMNO dlm isu hudud di klntn, presiden sibuk dgn raih publisiti dgn ijtima di rusila...

Ya, tatkala PAS sedang sibuk mengenai hudud di Kelantan dan ijtima Ulama Sedunia di Rusila, rejim UMNO BN terus menzalimi rakyat. Semalam 13 ahli PAS dijatuhi hukuman penjara 10 bulan, hari ini kerajaan mengumumkan pula kenaikan tambang teksi dan bas ekspres dari 20% - 67%.

Kehidupan rakyat terus menderita, sedangkan pemimpin PAS masih sibuk dengan agenda masing-masing sehingga tidak lagi berkesempatan untuk membela rakyat.....

Apakah bagi mereka, isu rakyat sudah tidak penting lagi? Rakyat hanya penting masa pilihanraya? Sama dengan pendirian rejim UMNO... tapi UMNO BN boleh terus menipu rakyat dengan menabur gula-gula BR1M... kamu PAS nak tabur apa?

Oh GB terlupa nak mencari redha Allah.... tak perlukan redha manusia....

Demikianlah sikap dan mentaliti mereka... nilailah sendiri. Akhirnya untung secupak rugi segantang...

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS memang Parti Politik GAGAL untuk rakyat yang GAGAL

Selagi Bangkai Negara menguasai selagi itu majoriti rakyat papa kedana miskin dan toye

Rata rata orang orang Melayu saja

Jika Pakatan Rakyat bersatu pasti Bangkai Negara akan pupus cepat

Ada nya Hudud di masa ekonomi papa , apa nak jadi pada umat melayu Islam yang miskin papa kedana giler mentedarah rasuah dan BR1M ????

Apa kah rasuah akan di hukum ikut hudud ????

Orang orang Melayu jugak kena hudud.

Tanpa Nama berkata...

Hukum hudud perintah Allah.
Siapa yg menafikan wajarkan dduk d bumi & gunakan khazanah Allah.wuallahualam

Tanpa Nama berkata...

Inilah kualiti org bijak pandai kita yg beragama islam. Perkara yg utama tentang kesempitan hidup, kezaliman tidak diambil kira. Jangan salahkan DAP yg disifatkan kafir tu tampak lebih prihatin kpd rakyat dari

bijak pandai org islam kita. Jgn salahkan PKR yg disifat tak faqeh agama byk berusaha utk menegakkan keadilan di Malaysia. Itu yg PAS kena tgk. Tp. Ntah la... Aku tgk skrg ni, ramai yg keliru. Tp. Pada aku, hudud itu wajib disokong, tp aku ragu dgn pelaksana2nya. Berselirat dgn isu2 yg menjejaskan imej islam! Anyway, PAS can say goodbye to their fans n PRU 14.

Malaysiabaru berkata...

Objektif utama PAS bercelaru

Objektif UMNO buat duit... Pas pun ikut asalkan Umno sokong hudud

Pas dapat hudud dan Umno dapat duit

Simple
.. Rakyat yg buduh sokong pas dan umno

Tanpa Nama berkata...

Umno sokong hudud untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat...yg dungu ni Pas masih x sedar juga....kalau umno memang jujur mahukan hudud.....dulu lagi dah di jalankan hukum hudud

Tanpa Nama berkata...

Saya selalu ikuti tulisan GB... sangat menarik...

betul kata GB, walaupun suruhan yang wajib kita mesti gunakan akal untuk melaksanakannya.

Contohnya hudud, memang wajib diperjuangkan, tetapi mesti gunakan akal & ilmu dan kena ada strategi untuk perjuangkannya. Bukan suka-suka boleh usulkan di DUN atau parlimen yg kita tahu masyarakat bukan Islam sudah pasti menolaknya termasuk juga dari kalangan Islam seperti UMNO.

Kita jgn gopoh seperti gopohnya orang yg merebut ghanimah masa Perang Uhud. Akhirnya musyrikin takluk balik Bukit Uhud.

Kita boleh percayakah UMNO sokng hudud di Kelantan sdgkan di Parlimen parti yg sama inilah yg menolaknya nanti.

Tujuan UMNO hanya nak lihat PR berpecah.

Yg penting skrg ialah tumbangkan UMNO BN dulu.

cucu mamak kutty berkata...

dlm quran bab hudud ada berapa ayat aje tapi lebih banyak tentang RAHMATANLILALAMIN,bantu org miskin,jaga dan beri makan anak yatim,tolon g org yg kesempitan hidup,tolong mereka2 yg geladangan,sediakan rumah pada mereka yg takde rumah dan mcm2 lagi.....sama mcm org yg tunaikan haji berkali2,umrah berkali2....sedangkan masih ramai org miskin yg patut di bantu.....takde sapa2 pun org islam yg nak tentang hudud krn hudud itu hukum ALLAH SWT tapi apa kah nabi muhamad di utus cuma krn laksanakan hudud....klu org miskin nak mampos ke .nak mati ke, nak mati kebulor ke....pas peduli apa,apa kah pak2 ustaz dan pak2 lebai pas ni ambil peduli dgn org2 yg greladangan dan merempat tak beruimah,tak cukup makan dan kenapa tak di pungut di kutip org2 geladangan,terutama yg dah tua2 terbuang dari keluarga,yg di halau oleh anak2,kenapa tok2 lebai pas yg tasbih di tangan tak tin ggal tu tak pi kutip bawa balik kerumah,jaga dan beri makan...........sudah le lebai2 munafik ni aku tengok muka2 dia org pun aku meluat......lebai2 n i cuma tahu kumpul harta sebab tiap2 tahun nak pi umrah......n anti boleh bangga berpuluh2 kali pi umrah .dok kat masjid ceroita bab umrah,dok kat kedai kopi cerita bab umrah....jumpa kawean tanya kat kawan ...kau tak pi umrah ke??????......aku baru balik umrah......ORG MISKIN MAMPOS,ORG SUSAH MENDERITA,HARGA BARANG BERTABAH MAHAL,KOS HIDUP BERTAMBAH TINGGI,ORG POLITIK BERTAMBAH KAYA,RAKYAT BERTAMBAH MENDERITA,TOK2 LEBAI TAMBAH HARTA KUTIP DUIT DARI TONG MILO,JUAL ILMU,JUAL HADITH,JUAL AYAT QURAN.....RAKYAT HIDUP BERTAMBAH MISKIN,BERTAMBAH PENDERITAAN........

Tanpa Nama berkata...

Bagus wahai saudara. Tak der sape tentang hukum hudud! Persoalan skrg.. Perlaksanaan yg kabur dan penuh kontroversi. Ko ckp tu betul tp boleh ker cuba pikir lebih skit dari konteks skrg yg penuh tipu daya umno?

Tanpa Nama berkata...

peduli apa pas for all, peduli apa negara kebajikan, peduli apa kezalimam kerasuahan kemiskinan, peduli apa gst jet 1mbd Banjir besar tambang naik, peduli apa Johor dan negeri umno Tak buat, peduli ap parliament busy Tak Ada bincang, penduli apa Nor jazlan cakap langgar perlembanggaan.

Yang penting pas dapat sokong umno buat hudu supaya dapat bukit pas adalah parti suci mulia tarterhingga.

Yang lain nak peduli apa? Mari rakyat Malaysia wala Msu dan presideng pas ulama termulia.

Anti Fitnah berkata...

Ini semua salah Cina.
Harga Barang Naik, Cina yang salah.
Tak laksana Hudud, Cina yang salah.
..... Pening aku ...
Sindrom penafian asyik berlaku.
GST belum berjalan, Perkhidmatan dan Barangan dah Naik harga. Cina yang naikkan hargakah?

Tanpa Nama berkata...

Kenaikan disebabkan puasa dah dekat Tak terasa lah sangat

Sepatutnya tambang bas teksi murah untuk mengalakkan orang tidak menguna kenderaan sendiri

Yang sibuk minta tambang naik bas sekolah tapi yang botak head naikkan tambang bas ekspress

Sekarang jalan dah di tambah kan dengan 4 lane Oleh itu pengunaan minyak bas ekspress pun jadi kurang Kalau naik bas Ke Singapore 4 jam pun dah boleh sampai Bukan tiap tiap hari jam pun

Tanpa Nama berkata...

Anda pasti klu PR JD gomen rakyat akan senang? Tariff di Penang da grape kali nail? Utk bayo gaji Abg Sabu ke? Rumah yg dibina utk org ado ado ..Janji kg pala x dikota ...
Masalah air & penyuraian kenderaan dipolitikan diSelangor ..Rumah urut berlambak lambak ada la..
Dgn PR jd gomen ..tiada nepotisma, kronisma, rasuah? Harga minyak ,tol & rumah dan inflasi akan turun?
Berpijak didunia yg nyata ..
Klu nak ubah biar kpd yg lebih baik ..
PS. Pas mmg pandai berpolitik ..mungkin hang x fhm strategic posturing .. Tunggu & lihat nnt ..

Tanpa Nama berkata...

Yang pasti pemimpin UMNO BN yang kaya kaya Mahathir tak tanya macam mana anak anak pemimpin PR dapat duit tapi Mahathir tanya macam mana anak Najib dapat jadi kaya

PR melantik wakil dari BN untuk menjadi jawatankuasa menyemak perbelanjaa negeri tapi dua dua di tolak oleh BN

Hasil Negeri Selangor dan Penang meningkat berbanding semasa UMNO BN berkuasa

Jika PR jadi Gomen yang pasti negara tak berhutang berbillion 1MDB tak ujud Isteri pemimpin tak dadan rambut sampai RM1200 Bank Rakyat tak bagi pinjaman tanpa bunga macam macam lagi

Tanpa Nama berkata...

Mari kita botakkan Hamid yg dah botak too. Eksyen. Dah bole komisyen drp towkeh le tu. Haa. Cara nk turun Hamid kena turun najid dulu. Bole setuju?

Tanpa Nama berkata...

Hamid botak must resign now. Habihkan boreh jek. Gaji sebulan brapa Rm hamid ooi? Dah le pencen menteri. Cukop le tu. Atau bubar je SPAD. Kan dah ada kementerian pengangkutan?